Teringin Sangat Nak Pulang Ke Kampung Halaman! Dekat mana tu?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Syukur Alhamdulillah.... Kita masih lagi dipanjangkan umur dan diberi kesempatan untuk terus bernafas di muka bumi ini.


Tanpa kita sedari, sekejap sahaja masa berlalu. Seperti baru semalam kita melangkah ke tahun baru 2019. Tapi rupanya sekarang kita sudah berada di penghujung bulan Julai 2019.


Jelas! Secara realitinya masa tidak pernah menunggu kita. Masa akan terus berlalu pergi meninggalkan kita..  


Betul kata orang, masa umpama emas. Ianya sangat bernilai dalam hidup kita. Hanya mereka yang sangat menghargai masa sahaja faham betapa pentingnya masa untuk diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah sementara kita masih berpeluang bernafas di muka bumi ini.



Teringin Sangat Nak Pulang Ke Kampung Halaman Sendiri! Dekat mana tu? Ada durian tak dekat situ?


Ok.. Berbalik kepada tajuk post yang saya nak tulis pada kali ni tentang Teringin Sangat Nak Pulang Ke Kampung Halaman Sendiri! Dekat mana tu? 

Cuba anda bayangkan, sekiranya anda dapat berpeluang untuk melancong ke tempat-tempat percutian yang cantik dan menarik seperti dalam gambar di atas tu.. Apa perasaan anda?

Saya tambah lagi contoh beberapa keping gambar tempat-tempat cantik di dunia dalam gambar di bawah ni..





Best ke tak best kalau anda dapat berpeluang ke tempat-tempat cantik dan menarik seperti dalam gambar-gambar di atas?

Tentu lah best kan?

Alangkah bestnya lagi, sekiranya tempat-tempat menarik tersebut merupakan Kampung halaman anda sendiri... Tentu setiap minggu rasa tak sabar nak balik ke kampung halaman untuk menikmati keindahan pemandangan, keindahan laut, kedinginan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa..

Best sangat-sangat kan...

Sebab apa anda rasa seronok??... Sebab anda dapat melihat sendiri keindahan kampung halaman anda.. Keindahan alam ciptaan Allah S.W.T...

Anda tahu tak Kampung Halaman anda yang sebenar lebih indah daripada mana-mana tempat yang menarik di dunia?

Betul ke ni encik Anuar?

Atau encik Anuar nak main-main jer ni...

Buat lawak Pagi Sabtu Encik Anuar ni.... Hahaha...


Kampung Halaman Anda Lebih Indah daripada mana-mana Tempat Menarik Di Dunia


Kampung Halaman anda lebih indah daripada mana-mana tempat menarik di dunia...

Tiba-tiba ada yang mencelah... "Dekat tempat tu ada durian tak encik Anuar?"

Hahahaha.... Alahai.. Bukan setakat durian, apa yang anda nak semua boleh dapat...

"Betul ke Encik Anuar? Dekat mana tu?"

Semakin Excited mereka nak tahu...

Baiklah... Saya kongsikan maksud ayat Al-Quran yang ada menunjukkan di mana terletaknya Kampung Halaman kita..


Dalam surah Al-Baqarah ayat 30 sehingga ayat 36 ada menceritakan tentang asal usul kejadian manusia seperti berikut :

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata:"Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau." Tuhan berfirman:"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui."
(Surah Al Baqarah ; Ayat 30)


Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama benda-benda, kemudian mengemukakannya kepada para malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar."
(Surah Al Baqarah ; Ayat 31)


Mereka menjawab:"Mahasuci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain apa yang telah engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
(Surah Al Baqarah ; Ayat 32)


Allah berfirman:"Hai Adam beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini." Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu Allah berfirman:"Bukankah sudah Aku katakan kepadamu, bahawa sesungguhnya Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?"
(Surah Al Baqarah ; Ayat 33)


Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.
(Surah Al Baqarah ; Ayat 34)


Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim".
(Surah Al Baqarah ; Ayat 35)



Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".
(Surah Al Baqarah ; Ayat 36)



Ya!! Kampung Halaman Kita di Syurga...

Cuma, selama ini kita hanya mendengar perkhabaran tentang keindahan yang terdapat di Kampung Halaman kita. Tapi, belum sekali pun kita berpeluang untuk sampai ke Kampung Halaman kita...

Jadi, bagaimana kita nak pergi ke sana??


Al-Quran sebagai Peta (Petunjuk) untuk pulang ke Kampung Halaman kita (Syurga)

Saya pernah mendengar satu ceramah agama yang disampai oleh seorang ustaz tentang "Syurga adalah Kampung halaman Kita"

Point utama ustaz mengatakan Syurga adalah Kampung halaman kita adalah disebabkan nabi Adam A.S dan Siti Hawa berasal dari syurga. Kemudian diturunkan ke bumi ini, setelah terpedaya dengan hasutan Iblis supaya memakan buah Kuldi.


Jadi, tempat asal nenek moyang umat manusia iaitu Nabi Adam A.S. dan Siti Hawa adalah di Syurga..


Anggaplah selama kita hidup di muka bumi ini sebagai seorang perantau..... yang sedang berusaha untuk mencari jalan Pulang ke kampung Halaman (Syurga) yang kita tidak tahu di mana alamatnya... Kita pernah dengar tentang kelebihan dan keseronokan yang ada di kampung halaman kita, tapi kita tidak pernah lihat dengan mata kepala sendiri Bagaimana keadaan Kampung halaman (Syurga) kita?.


Bagaimana kita dapat tahu kampung Halaman (Syurga) kita wujud?

Melalui ayat-ayat yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadis-hadis yang ditinggalkan oleh baginda Rasulullah S.A.W..



"Dan berilah khabar gembira kepada orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: Inilah yang diberikan kepada kami dahulu dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya) dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan, isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya." (Surah al-Baqarah, ayat 25)


Jadi, kalau selama ini kita tersesat dalam mencari jalan untuk sampai ke destinasi yang dituju.... Kita boleh mencari jalan dengan bantuan teknologi seperti Waze, Garmen, Papa Go, Google maps dan sebagainya...


Tetapi, kalau kita tersesat mencari jalan pulang ke Kampung Halaman (Syurga), hanya Al-Quran sahaja yang dapat menjadi Petunjuk..



"Sebab itu, kita disarankan supaya membaca Al-Quran.... lepas baca kena faham isi kandungan Al-Quran... Lepas dah faham isi kandungan Al-Quran, barulah kita dapat menghayati sepenuhnya dan mengkaji tentang kebesaran Allah S.W.T...."

Sekarang ni... Kita memang tak ada pilihan lain untuk pulang ke kampung Halaman kita (Syurga), melainkan dengan bantuan Al-Quran sebagai peta untuk sampai ke sana.... Itu sahaja pilihan yang kita ada.... Dah tak ada "peta" lain dah yang dapat bantu kita..



Dalam hadis sahih Bukhari dan Muslim, musnad Abu Ahmad, Abu Said al-Qudri meriwayatkan, Ibnu Sayyad bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai tanah di syurga dan Baginda menyebut ia berasal daripada butiran tepung yang putih bersih, dan lembut apabila dipijak menyamai nikmatnya memijak tepung-tepung.

Abu Hurairah bertanya kepada Rasulullah SAW berkenaan asal ciptaan manusia dan Baginda menjelaskan manusia dicipta daripada tanah. Lalu beliau bertanya lagi, daripada apakah bangunan dalam syurga diperbuat dan Baginda menjawab batu-batanya daripada susunan emas dan perak, lantainya daripada minyak kasturi, kerikilnya daripada mutiara daripada yakut dan tanahnya daripada za'faran.

Sesiapa yang memasuki syurga akan berasa senang, tidak akan pernah susah, kekal di dalamnya dan tidak akan mati. Pakaian mereka tidak akan buruk, malah semakin hari, ia akan menjadi semakin cantik serta usianya sentiasa muda.

Khemah di syurga menjulang setinggi 60 hasta, bilik-biliknya juga tinggi dan besar serta didirikan tempat-tempat yang tinggi di dalamnya. Rasulullah SAW menceritakan, bilik di dalam syurga ternampak daripada luar ke dalam, yang dalam nampak sehingga ke bahagian luar, sangat luas dan cantik.


Orang yang boleh memasuki bilik ini ialah mereka yang sentiasa memberi makan kepada kawan yang selayaknya. Selain itu, mereka yang layak menghuni bilik itu dalam kalangan yang lemah-lembut budi bicaranya, sentiasa berpuasa sunat serta rajin solat pada waktu malam di saat manusia lain sedang tidur lena.

Sumber : https://www.bharian.com.my/node/276731


Selama ini kita dikhabarkan dengan kenikmatan-kenikmatan yang terdapat di dalam syurga...

Kalau kita berada di dunia ini.... Kita ternampak seorang wanita yang sangat cantik, sehingga mampu memukau pandangan mata kaum lelaki yang melihat wanita tersebut.... Di Syurga nanti, Allah jadikan bidadari-bidadari yang jauh lebih cantik daripada wanita-wanita paling cantik di dunia ini..


Kalau kita rasa KFC merupakan makanan yang paling sedap pernah kita nikmati di bumi ini.... Di Syurga nanti, terdapat makanan yang berkali-kali ganda lebih sedap daripada KFC...


Kalau kita rasa air Coconut Shake yang ada di dunia ni dah sangat sedap... tapi di Syurga nanti ada bermacam-macam air yang jauh lebih sedap.. boleh kita minum sehingga penuh satu sungai....


Lihat.... Terlalu indah gambaran tentang Kampung halaman (Syurga) kita..... Tidakkah ada keinginan untuk pulang ke kampung Halaman kita pada satu hari nanti? 


Sebagai seorang "perantau" saya pasti semua orang teringin untuk pulang ke kampung Halaman (Syurga) masing-masing.... Pasti kita ada keinginan untuk tahu, pengalaman yang pernah di rasai oleh nenek moyang kita (Nabi Adam A.S. dan Siti Hawa) sewaktu berada di sana...



Untuk pergi Kampung Halaman anda, tidak memerlukan wang ringgit yang banyak.. Tetapi perlu lakukan beberapa perkara antaranya:

  • Jangan Tinggal solat 5 waktu sehari semalam
  • Lakukan ke lima-lima rukun Islam
  • Perbanyakkan amal Ibadah
  • Luangkan masa untuk membaca, menghafal dan menghayati isi kandungan Al-Quran
  • Hidupkan Solat malam (Qiamulalil)
  • Banyakkan bersedekah
  • Sentiasa ringan tangan untuk menolong orang lain
  • Jadi ketua dan pemimpin keluarga yang adil
  • Bersifat pemurah dan penyayang
  • Sentiasa berzikir dan berselawat kepada Baginda Rasulullah S.A.W
  • dan sebagainya.

Nasihat ini juga ditujukan untuk diri saya yang sering cuai dan lalai dalam menjalani kehidupan seharian... Yang sering melakukan kezaliman di muka bumi ini.... Semoga Allah S.W.T dapat mengampunkan dosa-dosa saya yang telah lalu atau pada masa akan datang..


Saya ingin memohon maaf sekiranya info yang saya kongsikan ini mungkin tidak 100% tepat seperti yang disampaikan oleh Ustaz, alim ulama dan sumber-sumber bacaan... Mungkin ada kekurangannya berdasarkan kecuaian saya atau kealpaan saya dalam menyampaikan semula isi kandungannya... Walaubagaimanapun, saya cuba yang terbaik untuk menyampaikan perkongsian ini dengan sebaiknya...


Mana yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.t... dan mana yang tidak baik itu datangnya daripada kelemahan saya sendiri...


Semoga info yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada orang lain.... In Shaa Allah...

Catat Ulasan

1 Ulasan