Nak Pilih Kereta Import Mewah atau Homestay?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dah lama tak berkesempatan nak melungkan masa untuk menulis sesuatu di blog ini dari hati ke hati, seperti sebelum-sebelum ini....

Keadaan masa sangat tidak mengizinkan, dengan kepelbagaian komitmen kerja dan komitmen ke atas minat dan tanggungjawab yang tidak berkesudahan..

Saya rasa bersyukur dan berbesar hati untuk menerima dan melaksanakan kesemua komitmen-komitmen tersebut, dan saya redha sekiranya ada sebahagian minat yang lain terpaksa saya perlahankan sedikit.. antaranya adalah menulis blog..

ok.. berbalik kepada topik utama kita...

Sebelum tu saya  nak tanya... 

Sekiranya di beri pilihan antara kereta Import mewah atau Homestay, anda nak pilih yang mana?
..
..
Naik kereta import Mewah bergaya...
Bila balik kampung masa raya, boleh heboh satu kampung dek penangan "makcik-makcik bawang" bila tengok anda bawa kereta import mewah.... Bergaya habihhhh... 
..
..
Bak seperti kata iklan dulu-dulu.... Gaya... Mutu.... Keunggulan... hahaha... korang ingat tak iklan apa ni?




Tapi...

Kalau anda pilih homestay... emmm... Tak bolehlah nak glamour... sebab orang tak nampak..

Balik kampung pulak naik kereta kancil lama...
Lagilah tak glamour di mata "makcik-makcik bawang"....
Sebenarnya elok jugak macam tu... Kurang sikit jadi bahan perbualan makcik-makcik bawang di kampung... hahaha...

Jadi, anda nak pilih yang mana?

Antara Kereta Import Mewah atau Homestay?

Pilihan terletak di tangan anda..... 

Walau apa pun pilihan anda... Yang penting kena ada ilmu....

Sekiranya ada ilmu yang betul, In Shaa Allah... Pilih mana-mana satu pun tak ada masalah... Malah mungkin boleh membuat lebih banyak keuntungan....

Tapi, kalau tak ada ilmu yang betul.... belum tentu pilihan yang anda buat tu akan jadi pilihan yang betul... Setuju?

Fikir-fikirkanlah...

Sekian sahaja perkongsian dari saya..

Semoga bermanfaat...

Ikhlas,

Anuar

Catat Ulasan

0 Ulasan