Diari Projek Fertigasi Rock Melon PSIS Musim ke 2 (Siri 6)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Diari Projek Fertigasi Rock Melon PSIS Musim ke 2 diteruskan lagi untuk siri yang keenam.

Kali ni saya nak kongsikan pula tentang aktiviti jualan kami selepas berlangsungnya Mesyuarat dan Majlis Perasmian memetik buah dan Uji Rasa buah Rock Melon.

22 Februari 2018
Buah-Buah Rock Melon dah Sold Out.

22 Februari 2018

Untuk makluman kepada yang bertanya...
..
Buah Rock Melon PSIS Musim ke2 dah SOLD OUT sejak semalam..
Bilangan buah yang kami ada pun tak banyak.. Cuma ada 368 biji sahaja..
...
Kami ingin memohon maaf sebab tak dapat nak memenuhi permintaan rakan-rakan yang ingin mendapatkan Buah rock Melon PSIS...
...
In Shaa Allah, ada rezeki jumpa lagi pada musim ke 3 nanti...
...
Terima kasih kepada rakan-rakan dan kenalan yang sudi membeli hasil tanaman kami... Diharap semua pelanggan berpuas hati dengan kemanisan buah Rock Melon dari bumi PSIS...

#Rockmelon
#RockMelonPSIS
#PSIS
#TeamRockMelon
#TeamRockMelonPSIS


Buah Rock Melon PSIS Sold Out pada hari ke 3 selepas jualan dibuka

23 Februari 2018
Penemuan - Rekod tertinggi Kemanisan buah Rock Melon PSIS berjaya mencapai hampir 21 Brix.

23 Februari 2018

Alhamdulillah...
Hampir 21 brix (ukuran kemanisan)
Bacaan tertinggi buah rock Melon PSIS setakat ini.. 
Doakan semoga kami berjaya menghasilkan buah yg lebih berkualiti lg pada masa akan datang..

#psis
#rockmelon
#rockmelonpsis
#teamrockmelon
#teamrockmelonpsis


 Keadaan buah yang berjaya mempunyai bacaan kemanisan hampir 21 Brix
Rekod tertinggi kemanisan buah Rock Melon PSIS setakat ini - hampir 21 Brix

Syukur Alhamdulillah di atas hasil kejayaan ini...
Kami hanya mampu berusaha..
Kami hanya mampu merancang..
Walaubagaimanapun semua ketentuan dan kejayaan datang dengan izin Allah S.W.T... Syukur Alhamdulillah.. kali ni Allah izinkan kami berjaya..

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. tahniah tuan dan pasukan atas kejayaan yang begitu manis ini..

    saya tumpang gembira juga..

    keep it up

    BalasPadam
  2. Macam mana rasa buah ni ya. Tak pernah cuba lagi ni

    BalasPadam