Terima kasih di atas Ucapan Hari Lahir Saya Yang ke 37....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pagi ni buka email terkejut melihat begitu banyak email yang masuk ke dalam Mailbox..

Sekali tengok pada tajuk..... Rasa Syukur... Rasa Terharu.... Rasa nak senyum lama-lama pun ada.... ;) hehehe... 

Generate Ucapan Hari Lahir secara Automatik guna sistem-> Onpay.my


Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan Usahawan Internet terutamanya dari Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM), diatas ingatan Hari Ulangtahun Kelahiran saya yang ke 37.. 

Terima kasih kepada mereka semua yang telah menghantar email kepada saya sejak dari jam 12.00 malam tadi:

Terima kasih banyak-banyak... Saya doakan semoga Kalian juga dipanjangkan umur dan sentiasa dimurahkan rezeki..

37 Tahun saya dah bernafas di muka bumi ini.... Syukur Alhamdulillah... Syukur kepadat Allah S.W.T kerana memberi peluang kepada saya untuk terus bernafas di muka bumi ini bagi menghabiskan hari-hari terakhir di bulan Ramadhan 1439 H. Terima kasih di atas nikmat kesihatan tubuh badan yang engkau kurniakan.... Terima kasih dan syukur di atas nikmat iman, nikmat rezeki, nikmat berkasih sayang, dan sebagainya... 

Terima kasih kepada kedua ibu-bapa yang telah melahirkan dan membesarkan saya.. Memberi pendidikan yang secukupnya kepada saya... Sehinggalah sampai kepada diri saya yang sekarang...

Terima kasih kepada isteri saya yang sudi menerima saya seadanya sebagai pasangan hidup... Terima kasih kerana sudi menerima kekurangan dan kelemahan diri saya.. 

Tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan lama saya semasa di sekolah rendah, di sekolah menengah, di Universiti dan sebagainya.. Terima kasih kepada Rakan-rakan di Media sosial.. Terima kasih kepada rakan-rakan blogger... Terima kasih kepada rakan-rakan sekerja dan lain-lain...

Saya doakan semoga Kalian sjuga dipanjangkan umur, dipeliharan iman, diberi nikmat kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa dimurahkan rezeki.. Ameen... 

Info Berkaitan:


Catat Ulasan

3 Ulasan