Pengalaman Beli Rumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Membeli rumah tidaklah semudah seperti ketika kita bermain Saidina.. 

Main Saidina memanglah mudah.. boleh beli banyak rumah, boleh beli banyak hotel..

TAPI... sekali meja terbalik, menggagau cari rumah dan hotel masing-masing yang jatuh berselerak di atas lantai... hahaha ;)

Bila kita dengar ada orang boleh beli rumah sampai 30 buah rumah, 14 buah rumah, 9 buah rumah, 6 buah rumah, 4 buah rumah dan sebagainya... semuanya perlu melalui satu atau beberapa proses...

Ada proses yang sekejap, ada proses yang lama.. ada cerita yang indah... ada pula cerita yang tak seindah seperti yang kita sangka.. semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing..

Biasanya, orang akan cerita yang baik-baik sahaja.. Tak semua pelabur sudi cerita kesusahan bagaimana untuk mendapatkan rumah-rumah yang telah mereka miliki sekarang.. 

Walau apa pun, pengalaman tu sangat penting...

Kalau sebelum ni asyik baca pengalaman orang lain dan baca kisah kejayaan orang lain dalam pelaburan hartanah... 


Kali ni jom baca kisah suka duka saya pula dalam pengalaman membeli rumah.. semoga bermanfaat..

Pengalaman Beli Rumah

Tujuan saya tulis post ini semata-mata nak sahut seruan tuan Meor Zaidee @ Abangensem, selaku rakan blogger... dan juga mentor dalam pelaburan Hartanah..

Sebelum saya mengenali blog abangensem.com saya memang "zero" dalam pelaburan hartanah.. 

Keinginan nak beli rumah tu ada.. tapi sekadar rasa syok nak beli rumah.. nak buat aset.. itu sahaja yang saya tahu..


Rakan Blogger dalam Seminar Hartanah Abang Ensem


Rumah Banglo Satu Tingkat di Batu Gajah Perak

Sekitar tahun 2010, saya ada booking sebuah rumah banglo satu tingkat di Batu Gajah Perak pada harga RM148,800..

Ini artikel berkaitan dgn rumah banglo tersebut..
http://www.coretananuar.com/2012/07/rumah-banglo-satu-tingkat-di-batu-gajah.html 

Bagi saya, harga rumah banglo tersebut sangat berbaloi untuk dimiliki pada masa itu... pakej harga yang cukup-cukup berbaloi dengan keluasan tanah yang saya kira agak luas..

Pada masa tu saya masih bertugas di Politeknik Mukah Sarawak.. atas faktor jarak "Over sea" membuatkan saya terlupa nak follow up tentang tempahan rumah yang telah saya buat..

Saya beranggapan, bila dah booking, saya akan terus dapat rumah tersebut..

Sekali sekala saya pernah juga bertanya dengan pihak yang saya berurusan.. "pegawai" tersebut bagi tahu fasa yang saya tempah pembinaannya masih belum dimulakan lagi.. bila dah selesai pembinaan fasa pertama nanti, baru pihak pemaju akan siapkan pembinaan untuk fasa-fasa yang seterusnya..

Pak Ya Homestay 1 di Batu Gajah Perak

Sementara menunggu saya mendapatkan "rumah banglo satu tingkat" yang diidamkan.. (mungkin inilah agaknya perasaan beli rumah pertama... rasa excited semacam)... Isteri saya pula berminat untuk membeli rumah teres satu tingkat berharga RM105,000 di Metro Pengkalan, Batu Gajah, Perak.

Rumah dekat Perak masih lagi murah pada masa tu.. rumah teres satu tingkat (Rumah undercon) 4 bilik masih boleh diperolehi pada harga RM105,000 pada tahun 2010..

Bila rumah dah siap, kami jadikan rumah tersebut sebagai homestay... maka lahirlah Pak Ya Homestay 1.. Sehingga sekarang homestay ini masih lagi beroperasi.. 

Ini link pengiklanan bagi homestay tersebut:
http://www.coretananuar.com/2016/03/pak-ya-homestay-di-perak-1-rumah-teres.html

Masa ni pun masih zero lagi dalam pelaburan hartanah.. beli rumah sebab fikir nak buat aset sahaja..

Kemudian, bila saya dapat berpindah ke semenanjung pada Julai 2011, saya teringin nak belajar ilmu dalam pelaburan hartanah..

Masa tu saya mula membaca blog Abangensem.com

Daripada jadi pembaca blog, terus "jatuh cinta" dan tertarik untuk menyertai 
Seminar Subsale Abang Ensem yang ke 13..

Kebetulan seminar tersebut turut dihadiri oleh beberapa blogger terkenal di Malaysia seperti Beautifulnara, Hadihaizil Din, Muhamad Faizal Anuar PJ, Fazrol Amer , dll..

Bagi saya sangat berbaloi dengan yuran RM88 yang saya bayar pada ketika itu.. disamping dapat belajar ilmu beli rumah subsale daripada AbangEnsem, dapat sekali peluang untuk berkenalan dengan beberapa orang blogger.. rezeki namanya tu..

Setelah pulang dari seminar, saya berusaha untuk membeli rumah pertama.. disamping menunggu dapat rumah banglo satu tingkat yang diidamkan..

Rupanya penantian tidak kesampaian.. bukan rezeki saya untuk mendapatkan rumah banglo tersebut. Mujur juga nama saya tiada dalam senarai nama pembeli.. Syukur Alhamdulillah... rupanya ada banyak isu yang diluahkan oleh para pembeli..

Boleh baca luahan pembeli di ruangan komen artikel ini:
http://www.coretananuar.com/2012/07/rumah-banglo-satu-tingkat-di-batu-gajah.html 

Selepas kecewa dgn rumah banglo satu tingkat tersebut, saya aim nak beli rumah di Seri Iskandar, Perak.. Pilihan tersebut dibuat atas faktor lokasi yang strategik, iaitu berada diantara dua Universiti, UTP dan UiTM Seri Iskandar, Perak..

Pada asalnya saya berhasrat nak beli rumah satu tingkat.. tapi nak cari rumah subsale atau rumah lelong dekat kawasan tersebut memang tak pandai.. nak survey pun tak rajin.. 

Sudahnya saya nekad ambil rumah teres dua tingkat yang sedang dibangunkan pada ketika itu... tengok harga pun masih ok lagi jika nak dibandingkan dengan harga-harga rumah semasa di sekitar Ipoh dan Manjung...

Tanpa berfikir panjang terus saya booking sebuah rumah undercon (teres dua tingkat) berharga RM260,000..

Pak Ya Homestay 2 di Batu Gajah Perak

Dalam tempoh dua tiga bulan lepas saya booking rumah, ayah mertua saya ada offer kalau-kalau saya berminat nak beli rumah teres satu tingkat.. rumah coner lot pada harga RM140 ribu.. memang murah rumah tu.. rumah subsale.. tapi sayangnya bukan berada di lokasi yang saya nak.. ayah mertua saya beli sebuah untuk di jadikan sebagai homestay... maka terhasillah Pak Ya Homestay 2...

Ini link pengiklanan bagi Pak Ya Homestay 2
http://www.coretananuar.com/2016/03/homestay-di-Seri-Iskandar-perak.html

Pak Ya Homestay 2 masih beroperasi sehingga sekarang..

Sebuah lagi rumah yang ayah mertua saya rekemenkan kepada saya, terletak betul2 dihadapan Pak Ya Homestay 2.. 

mengikut perancangan ayah mertua saya.. kalau saya jadi ambil rumah yang direkemenkan hari tu, dia nak bangunkan kawasan tersebut untuk dijadikan sebagai lokasi majlis kenduri kahwin.. kalau jadi memang cun.. lokasi strategik.. 

Tapi apakan daya... saya tak terfikir pun sampai tahap macam tu.. saya tak dapat baca perancangan ayah mertua saya.. 

 Nak dijadikan cerita memang bukan rezeki saya.. disebabkan lambat bertindak, pemilik rumah tersebut telah pun menjual rumah tu kepada orang lain.. tak ada lah rezeki saya untuk mempunyai sebuah homestay berhadapan dgn homestay ayah mertua saya..

Pak Ya Homestay di Seri Iskandar Perak

Ok.. berbalik semula kepada rumah yang saya booking di Seri Iskandar perak.. ejen rumah tersebut hubungi saya, tawarkan sebuah rumah corner lot yang lokasinya cukup strategik.. rumah tersebut pada asalnya dah ada orang yang booking.. tapi sayangnya bank reject loan pembeli asal rumah tersebut.. atau bahasa mudahnya loan bank tak lepas..

Jadi, ejen pemaju ni bersungguh-sungguh lah tawarkan kepada saya... dalam masa yg sama, dia dah semak slip gaji saya.. memang lepas untuk ambil rumah corner lot ni..

Masa tu saya tak boleh nak bagi kata putus.. sebab komitmen kewangan akan bertambah.. daripada cadangan asal nak beli rumah dengan bayaran bulanan sebanyak RM1300.. kini dah jadi sebanyak RM2000 sebulan... fuh.. neves.. banyak tu.. risau tak mampu nak bayar jer.. huhuhu...

Selepas berbincang dgn puan isteri.. akhirnya puan isteri setuju nak ambil rumah tu.. rumah idaman kot..

Alhamdulillah.. akhirnya kami berjaya memiliki rumah idaman tersebut.. rumah teres corner lot 2 tingkat pada harga RMXXX,XXX di Seri Iskandar Perak..

Rumah tersebut juga kami jadikan sebagai homestay... maka lahirlah Pak Ya Homestay 4 di Seri Iskandar Perak..

Ini link pengiklanan bagi Pak Ya Homestay di Seri Iskandar Perak..
http://www.coretananuar.com/2017/06/pak-ya-homestay-seri-iskandar-perak.html

Itulah sahaja pengalaman saya beli rumah.. tak banyak.. cuma itu sahaja yang saya mampu setakat ini..

Cuma harapan saya, satu hari nanti kalau ada rezeki saya teringin juga nak beli rumah dekat kawasan KL atau Selangor...

Tapi masa tu nanti mungkin saya perlukan bantuan ejen hartanah yang kacak bergaya Mior Hafis Mior Ahmad.. boleh tak? Hehehe..

Harapnya adalah rezeki saya satu hari nanti..

Ikhlas dari Hati

Anuar
Parttime sebagai Cleaner Homestay
http://www.coretananuar.com/2017/12/suami-ku-seorang-cleaner-homestay-on.html

Sumber:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1883459918349579&set=a.557816604247257.136673.100000567665977&type=3&theater

P/S: Selepas baca harap sudilah Klik Link Facebook di atas. Sumbangkan 1 like kepada saya. Support saya dalam penyertaan Contest yang dianjurkan oleh Abang Ensem.

Terima kasih di atas support yang anda berikan.. 



Info Berkaitan:


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. teringin nak beli rumah.. insyallah harap suatu hari adalah rezeki

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Shaa Allah.. ada rezeki tu... tapi nasihat saya.. sebelum beli rumah, kena cari ilmu terlebih dahulu.. supaya boleh dapat lebih banyak keuntungan semasa membeli rumah.

      Padam
  2. Teringin juga nak jadi pengusaha homestay.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Shaa Allah.. tak mustahil boleh menjadi kenyataan..kalau nak sedikit ilmu tentang homestay, boleh baca artikel blog saya yg bertajuk Rujukan Penting Untuk Homestay

      Padam
  3. Saya baru grad tahun ni. aim nk beli rumah pertama atas tanah area selsngor. doakan saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Shaa Allah.. saya doakan.. ada rezeki.. cuma jangan sesekali bertangguh untuk beli rumah.. tangguh beli kereta lebih baik daripada bertangguh semasa membeli rumah..

      Padam