Cendawan Busut Goreng dengan Tepung pun Sodap..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Waktu ni dekat Kampung Gajah, Perak tengah femes tentang cerita durian..

Ada beberapa orang kawan lama whatsapp bertanyakan kebenaran tentang lambakan buah durian yang di jual di Kampung Gajah pada ketika ini, terutamanya di jalan antara Jambatan Kampung Gajah dan Selat Pulau..

Berita tu memang betul.. cerita yang tengah viral sekarang ni pun memang betul.. Cuma harga durian kali ni, boleh tahan juga mahalnya kalau nak dibandingkan dengan musim-musim sebelum ni..


Sedang orang ramai sibuk memperkatakan tentang durian di Kampung Gajah, sebenarnya ada rezeki lain lagi yang ramai orang tak tahu..

Nak dijadikan cerita, semasa saya balik kampung baru ni emak saya bagi tahu dekat ladang kelapa sawit ada tumbuh cendawan busut.

Tanpa berlengah lagi, saya ajak emak saya bawa kami ke tempat yang ada cendawan Busut tersebut.. Maklumlah isteri saya dah lama sangat teringin nak petik sendiri cendawan busut ni...

Cendawan Busut, goreng dengan tepung pun sodap..

Sebelum-sebelum ni, setiap kali emak saya bagi kami cendawan busut, isteri teringin nak tahu macam mana rupa cendawam busut ni di kebun..

Jadi, kali ni bila dapat tahu jer berita tersebut, isteri dan adik ipar saya tak sabar nak pergi ke tempat yang ada cendawan busut.

Dipendekkan cerita, kami pun pergilah ke ladang kelapa sawit yang dimaksudkan oleh emak saya dengan menaiki 2 buah motorsikal.. sebuah motorsikal dinaiki oleh emak dan isteri saya.. sebuah lagi motorsikal dinaiki oleh saya, adik ipar dan anak bongsu saya Aisy Firas.. Anak bongsu saya, mana boleh tinggal dekat rumah, terutamanya bila nampak saya naik motor.. hahaha..

Semasa tiba di ladang sawit, pada awalnya pencarian kami agak hambar...
Hampir kecewa disebabkan dah penat kami ronda-ronda dari satu jalan ke satu jalan.. Tetapi Cendawan busut yang di cari tidak berjaya di temui..

Nak dijadikan cerita, rezeki kami baik hari tu..
Security Guard yang jaga pintu masuk ladang, pergi mencari kami untuk tunjukkan di mana lokasi yang ada cendawan busut..

Kawasan yang ada cendawan busut


Security Guard yang telah membantu kami menunjukkan lokasi cendawan busut

Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada beliau (Ikmal). Tanpa bantuan Ikmal, mungkin kami akan pulang dengan tangan kosong pada hari tersebut ..

Alhamdulillah.. ada rezeki kami.. 
Paling teruja masa tu, tentulah puan isteri dan anak saya.. sebab ini merupakan pengalaman pertama mereka petik sendiri cendawan busut di ladang kelapa sawit..


Isteri saya, adik ipar saya dan anak bongsu saya Aisy Firas


Nampak tu.. Aisy pun tolong mama petik cendawan busut..

Balik rumah, isteri terus proses cendawan busut tu... 
(cendawan busut ni tak boleh simpan lama.. bila cendawan ni kembang dah tak berapa elok untuk di makan.. kalau nak simpan dalam peti ais boleh, tapi ada caranya..)

Keesokannya baru boleh masak.. hari tu tak sempat nak masak, sebab sampai rumah dah agak lewat.. maklumlah perjalanan dari kampung ke rumah saya memakan masa dalam 2 jam perjalanan..

Cendawan Busut selepas di "siang"

Isteri tanya, nak masak apa cendawan busut ni?

Saya kata terpulanglah nak masak apa..

Cendawan busut ni nak masak apa-apa pun sedap sebenarnya... adik ipar siap buat masak nasi goreng lagi.. beberapa kali call isteri saya, bagi tahu nasi goreng yang di masak dengan cendawan busut ni sedap..

Kesudahannya isteri saya goreng jer cendawan busut ni dengan tepung... terbukti.. goreng pun sodap.. ;)


Cendawan busut goreng dengan tepung.. memang sedap..

Anak-anak saya Haikal dan Adam cukup suka.. kalau boleh nak ratah sampai habis cendawan busut goreng tepung ni... malam tadi isteri saya terpaksa goreng buat kali yang jedua... dan pagi ni isteri saya goreng lagi sekali... terbukti sedap lah tu.. ;)

Oklah.. cukup setakat ini sahaja perkongsian saya pada kali ni.. jumpa lagi di lain waktu

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Sedapnya cendawan guruh/busut ni...da lama teringin nak makan...

    BalasPadam
  2. fuh..cendawan goreng tepun..makan panas-panas masa hujan mmg terbaik

    BalasPadam
  3. Sedap ni. Goreng macam ni pun dah sedap. Ratah je.

    BalasPadam
  4. Rugilah goreng masak sup cili api..perghhhh

    BalasPadam