Statistik Calon yang memohon dan menjawab Exam PTD dari tahun 2010 hingga 2016

Exam Online Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) gred M41 akan diadakan pada 3 November 2017.

Saya percaya, calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan online tersebut tentu sedang berusaha keras pada ketika ini untuk mencari sumber rujukan sebagai persediaan untuk menghadapi ujian tersebut.


Download Review Copy Exam PTD 2017 secara PERCUMA (Klik Di Sini)

3 November bukannya lama pun!!. Semua calon perlu betul-betul struggle untuk menjawab exam online tersebut. Berdasarkan statistik calon yang memohon dan menjawab Exam PTD dari tahun 2010 hingga tahun 2016, boleh tahan juga ramainya. 

Berikut merupakan Statistik bilangan calon yang terlibat dalam setiap ujian tapisan yang dilaksanakan oleh pihak SPA untuk Jawatan PTD  dari tahun 2010 hingga 2016 .

Statistik Calon yang memohon dan menjawab Exam Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dari tahun 2010 hingga 2016



Statistik calon yang memohon Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 tahun 2010
Statistik calon yang menjawab Peperiksaan Bertulis Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik tahun 2010
Sumber : Klik Di Sini


Tahun 2010 peperiksaan diadakan secara bertulis. Zaman ni lagi susah siap ada 5 seksyen. Ada esei Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris lagi.

Masa ni calon yang memohon jawatan PTD ni tak ramai lagi. Cuma dalam 716 orang, tak sampai 1000 calon pun.  Masih mampu pihak SPA nak adakan Peperiksaan secara bertulis.

Statistik calon yang memohon Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 tahun 2013
 Statistik calon yang menjawab Peperiksaan Online Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 tahun 2013
Sumber : Klik Di Sini

Masuk sahaja tahun 2013, peperiksaan jawatan PTD telah dilaksanakan secara Online. Seramai 84,963 bilangan permohonan. Kalau pihak SPA nak buat secara bertulis juga saya tak tahu berapa banyak kos percetakan kertas yang perlu dikeluarkan oleh pihak SPA. Itu belum lagi ditambah dengan kos sewaan tempat, kos bayar upah kakitangan yang menjaga periksa. Jadi, sebab itulah pihak SPA terpaksa mengadakan peperiksaan PTD secara online untuk menjimatkan kos. 

Lagipun bilangan kekosongan jawatan yang diperlukan cuma 200 sahaja. Tak berbaloi untuk keluarkan kos yang besar semata-mata untuk mengisi 200 kekosongan jawatan di sektor awam. Sedangkan banyak lagi jawatan lain yang perlu diisi yang juga memerlukan kos.

Statistik calon yang menjawab Peperiksaan Online Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 tahun 2014

Statistik calon yang menjawab Peperiksaan Online Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 tahun 2014

 Pada tahun 2014 bilangan calon yang menjawab Exam Online PTD semakin berkurang berbanding tahun sebelumnya. Walaupun bilangannya berkurang separuh dari 84,963 kepada 44,908 tetapi bilangannya masih 5 angka. Ingat 5 angka tu sikit? Terlalu banyak jika hendak dibandingkan dengan bilangan kekosongan yang ada.


Statistik calon yang menjawab Peperiksaan Online Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 Januari 2016 
Statistik calon yang menjawab Peperiksaan Online Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 Januari 2016

Setelah lebih setahun pihak SPA tak buka iklan kekosongan jawatan PTD, tahun 2016 pihak SPA membuat kejutan dimana pengambilan jawatan PTD diambil sebanyak 2 kali. Satu pada bulan Januari 2016 dan satu lagi pada bulan November 2016.

Berita ini pastinya memeranjatkan semua pihak, dan pastinya ia merupakan satu berita gembira buat graduan yang berminat untuk memohon jawatan PTD.

Statistik calon yang menjawab Peperiksaan Online Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 November 2016 
Statistik calon yang menjawab Peperiksaan Online Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 November 2016


Pada buan Januari 2016 seramai 57,320 calon yang telah menduduki exam Online PTD, manakala pada bulan November 2016 seramai 45,555 calon yang telah menduduki exam yang sama.

Bila anda tengok statistik-statistik ini, anda dapat agak tak berapa bilangan calon yang bakal menduduki Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 3 November nanti?

Saya menjangkakan bilangannya masih 5 angka. Paling sikit pun mungkin 40 ribu hingga 50 ribu calon.

40 ribu hingga 50 ribu calon daripada 400 kekosongan jawatan PTD yang disediakan oleh pihak SPA. Hanya 0.08% sahaja kebarangkalin calon yang berjaya dalam tapisan ini.  


Sumber : Klik Di Sini

Jadi, saya ucapkan Good Luck kepada semua calon!!

Hanya mereka yang terbaik dalam kalangan yang terbaik sahaja yang akan berjaya menjadi Pegawai tadbir dan Diplomatik (PTD). Itupun selepas berjaya melalui tapisan:
  1. Peperiksaan secara Online
  2. Assessment
  3. Temuduga
  4. Kadet PTD
  5. Lantikan Tetap PTD

Ada 4 tapisan lagi yang perlu dilalui oleh setiap calon selepas lulus exam PTD nanti.

Itu cerita selepaa lulus Exam PTD. Sebelum tu kena study betul-betul untuk pastikan lulus semasa exam 3 November ini.


Sumber : Klik Di Sini

Nampak susah. Tapi ramai yang berjaya melepasi tapisan pertama. Mungkin tips ini berguna untuk anda:

-> Pengalaman Jawab Exam Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) gred M41

Juga rujukan ini mungkin sedikit sebanyak dapat membantu anda:




Info Berkaitan:

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. ramai yg yg dpt panggilan ni..saingan mmg sengit..yg power je akan ke level seterusnya..

    BalasPadam
  2. persaingan untuk mendapat kerja di sektor memang sengit..

    sekali dapat memang beruntung dan mereka yang terpilih.

    mungkin itu rezeki yang terbaik buat mereka

    BalasPadam
  3. saya pernah cba mohon 4x. 1x memang sampai tahap workshop tu. tapi sampai situ je, takde rezeki. Allah suruh buat shaklee

    BalasPadam