Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kebanyakan calon yang akan menduduki Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 3 November ini pada ketika ini sedang bertungkus lumus untuk membuat persediaan.
Tentu ada yang sedang mencari nota atau rujukan, ada yang sedang buat study group, ada yang sedang mencari buku-buku lama berkaitan dengan dasar-dasar kerajaan dan sebagainya. Tahniah kepada calon-calon yang telah memulakan langkah awal untuk membuat persediaan bagi menghadapi exam PTD November nanti!!
Jadi, saya rasa terpanggil untuk kongsikan sedikit Tips Study Smart untuk Jawab Exam PTD 2017. Tips ini mungkin diperlukan oleh sesetengah calon, disebabkan kebanyakan calon yang nak jawab exam PTD ni ada yang sudah bekerja. Jadi, mungkin ada diantara mereka yang mempunyai kekangan masa untuk study. Semoga tips yang ingin saya kongsikan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.
10 Tips Study Smart Untuk Menjawab Exam Online PTD 2017
Ok tak 10 Tips Study Smart Untuk Menjawab Exam Online PTD 2017 yang saya kongsikan di atas?
Itu antara strategi yang boleh anda gunakan semasa menghadapi peperiksaan Online SPA.. Sila laksanakan strategi-strategi tersebut, atau boleh lakukan juga strategi-strategi lain yang difikirkan lebih kreatif dan inovatif.. ;)
Terutamanya bagi calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan Online PTD pada 3 November nanti.
Kebanyakan calon yang akan menduduki Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 3 November ini pada ketika ini sedang bertungkus lumus untuk membuat persediaan.
Tentu ada yang sedang mencari nota atau rujukan, ada yang sedang buat study group, ada yang sedang mencari buku-buku lama berkaitan dengan dasar-dasar kerajaan dan sebagainya. Tahniah kepada calon-calon yang telah memulakan langkah awal untuk membuat persediaan bagi menghadapi exam PTD November nanti!!
Rujukan Fizikal Exam PTD Versi 2014 ke bawah
Tapi, saya percaya tak semua calon macam tu. Ada juga calon yang masih 'blur' lagi. Tak tahu nak buat apa? Tak tahu nak study apa? Tak tahu nak dapatkan rujukan dekat mana?
Jadi, saya rasa terpanggil untuk kongsikan sedikit Tips Study Smart untuk Jawab Exam PTD 2017. Tips ini mungkin diperlukan oleh sesetengah calon, disebabkan kebanyakan calon yang nak jawab exam PTD ni ada yang sudah bekerja. Jadi, mungkin ada diantara mereka yang mempunyai kekangan masa untuk study. Semoga tips yang ingin saya kongsikan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.
10 Tips Study Smart Untuk Menjawab Exam Online PTD 2017
- Cari Sebanyak Mungkin Rujukan yang anda Perlukan.. Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) merupakan jawatan yang digunapakai oleh hampir semua kementerian. Jadi, setiap calon perlu mempunyai pengetahuan yang menyeluruh tentang isu-isu semasa, dasar-dasar kerajaan, kecerdasan IQ, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan sebagainya. Untuk itu anda perlu mencari sebanyak mungkin rujukan sebagai bahan bacaan anda.
- Kumpulkan Rujukan (buku fizikal dan buku digital) di satu tempat supaya mudah untuk anda capai.. Ya betul! Mungkin anda perlukan ruang untuk anda study dan untuk "team anda" study sebagai persediaan untuk menjawab exam pada 3 November nanti.
- Tandakan/label muka surat penting untuk rujukan fizikal dan pastikan anda mudah untuk membuat carian poin-poin penting bagi rujukan digital... Untuk memudahkan anda dan "team" anda mencapai maklumat yang diperlukan semasa berlangsungnya exam online nanti, sebaiknya anda tanda/labelkan poin-point/tajuk-tajuk penting pada buku fizikal anda (Contoh dalam gambar di atas). Untuk bahan rujukan dalam "soft copy" atau rujukan digital pula sebaiknya pastikan perisian microsoft word/pdf anda boleh berfungsi dengan baik sekiranya anda ingin menggunakan capaian "serach". Jangan bergantung kepada sumber carian online semata-mata, sebab ada sumber carian online yang mungkin tidak tepat ketika anda membuat carian dalam keadaan yang tergesa-gesa semasa exam nanti. sebaiknya tapis daripada awal sumber-sumber carian online yang anda yakini tepat dan kumpulkan maklumat tersebut dalam satu folder di komputer anda.
- Baca akhbar bulan Oktober 2017 dan ke bawah... Isu semasa sangat penting. Anda perlu peka dengan isu-isu semasa yang berlaku di dalam atau di luar negara. Tapi ingat!! baca info berkaitan dengan isu-isu semasa ye. Bukan gosip artis atau dunia hiburan. Yang ni confirm tak masuk dalam exam.
- Studi soalan Matematik SPM. Abaikan bab2 yang memerlukan anda melukis, guna kalkulator etc. Seksyen ini mudah sahaja. Sebab anda dah pun melaluinya semasa zaman sekolah dulu. Masuk di Universiti pun belajar perkara yang sama. Bukan soalan killer seperti pengamiran, pembezaan, laplace dan sebagainya. Kalau keluar soalan matematik killer macam ni memang ramai calon tak boleh jawab. Tapi soalan matematik yang ditanya mudah sahaja, cuma memerlukan sedikit ketajaman IQ dan latihan untuk membolehkan anda menjawab soalan dengan tepat.
- Baca laporan-laporan kerajaan berkaitan isu seperti GST dan GTP. Yang Terbaru TN50 menggantikan Wawasan 2020.. Tak banyak sekurang-kurangnya anda tahu serba sedikit tentang isi kandungan laporan-laporan terkini kerajaan seperti GST, GTP dan TN50. Sebab tu anda tak boleh bergantung semata-mata kepada rujukan lama seperti dalam gambar di atas. Sebab dalam rujukan lama mengandungi isu-isu semasa yang lama, tapi masih dianggap baru pada ketika rujukan tersebut dihasilkan. Contohnya Islam Hadhari (Zaman Pak Lah), Wawasan 2020 (Zaman Tun Dr. Mahathir), Koridor Utara (Zaman siapa?), dan sebagainya. Jadi perlu dapatkan rujukan yang terbaru sesuai dengan isu-isu semasa yang sedang hangat dibincangkan pada ketia ini. Tahukah anda untuk seksyen A sahaja bentuk soalan yang ditanya dipecahkan kepada 5-7 skop pertanyaan?
- Dapatkan Talian Internet yang Stabil.. Talian internet yang stabil sangat-sangat diperlukan. Anda study hebat macam mana pun tak guna, sekiranya semasa anda nak jawab soalan online tiba-tiba ada masalah talian internet. Talian internet adalah Nadi utama anda pada ketika itu. Sila Standby komputer yang ada talian internet dan juga handphone yang mengandungi data internet. Sebaiknya pastikan juga "talian hayat" yang anda gunakan juga boleh axcess internet supaya dapat membantu anda untuk mencari jawapan semasa exam sedang berlangsung.
- Para calon boleh menjawab exam secara santai tapi kena jaga masa.. Nak "bersila panggung" pun boleh, nak meniarap pun boleh, nak menjawab exam sambil menikmati percutian pun boleh.. Buatlah sesuka hati anda, sebab tak ada sesiapa nak pantau keadaan anda ketika sedang menduduki peperiksaan Online SPA. Ni yang best jawab exam secara online. Tak terikat dengan peraturan dan pemantauan oleh pengawas peperiksaan. Jadi gunakanlah kelebihan ini dengan sebaiknya. Tapi jangan Leka! Sebab maca mungkin mencemburui anda
- Para calon boleh menggunakan sebarang Talian Hayat.. Semasa sedang menjawab soalan peperiksaan secara online, anda boleh menggunakan seberapa banyak bahan rujukan yang anda ada. Malah anda juga boleh menggunakan talian hayat yang lain seperti bertanyakan kepada kedua ibu bapa anda, adik beradik anda, rakan-rakan anda, profesor, doktor, dan para ilmuan.. Anda boleh membuat rujukan atau ajukan soalan kepada sesiapa sahaja yang anda mahu, untuk mendapatkan jawapan yang anda perlukan. Tetapi harus diingat! anda terikat dengan masa menjawab soalan peperiksaan.. masa anda akan terus berjalan.. Jadi, sila pastikan rujukan anda mudah untuk "dicapai" di saat anda sangat memerlukannya. Tips nombor 2 dan nombor 3 mungkin dapat membantu anda pada ketika ini.
- Menjawab Exam dalam satu pasukan.. Ini merupakan satu strategi yang sangat efektif. Tetapi memerlukan kerjasama daripada orang-orang di sekeliling anda, yang mengharapkan anda segera mendapat pekerjaan setelah menamatkan pengajian. Minta bantuan mereka untuk turut bersama-sama dengan anda menghadap skrin komputer semasa peperiksaan secara online sedang berjalan. Pastikan di tangan mereka ada sekurang-kurangnya satu bahan rujukan seperti buku, ebook, tablet/komputer/smartphone yang turut dilengkapi dengan talian internet. (Untuk seksyen B, sila pastikan mereka yang cekap mengira sahaja berada dalam pasukan anda)
Ok tak 10 Tips Study Smart Untuk Menjawab Exam Online PTD 2017 yang saya kongsikan di atas?
Itu antara strategi yang boleh anda gunakan semasa menghadapi peperiksaan Online SPA.. Sila laksanakan strategi-strategi tersebut, atau boleh lakukan juga strategi-strategi lain yang difikirkan lebih kreatif dan inovatif.. ;)
Terutamanya bagi calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan Online PTD pada 3 November nanti.
Keadaan calon setelah selesai menjawab soalan-soalan peperiksaan Online SPA
Good Luck!!!!
Anda dah cari Buku Rujukan Exam Online PTD yang terkini?
Dah cari tapi tak jumpa!!
Ini jawapan yang biasa saya dengar daripada calon-calon exam Online PTD..
Anda tahu tak Tipsptd ada mengeluarkan EBOOK Exam Online PTD yang diupdate pada setiap tahun.
EBOOK (eBuku) ini dikeluarkan (diupdate) pada setiap tahun dengan isu-isu terkini.
Berikut adalah versi update rujukan Tipsptd:
- 1st revision: Mac 2010 (Gred 41)
- 2nd revision Oktober 2010 (PTD)
- 3rd revision Julai 2011 (PTD)
- 4th revision November 2011 (Pegawai Antidadah)
- 5th revision Januari 2012 (Penguasa Kastam)
- 6th revison Februari 2012 (Juruaudit)
- 7th revision Mei 2012 (PTD)
- 8th revision April 2013 (PTD)
- 9th revision Oktober 2014 (PTD)
- 10th revision Januari 2016 (PTD)
- 11th November 2016 (PTD)
- 12th November 2017 (PTD >>> ANDA)
Ianya telah melalui satu evolusi 11 kali penilaian dan tambahan nota terkini.
Jadi jika anda dipanggil ke sesi 3 November ini, JANGAN BELI BUKU kerana maklumatnya sudah lapuk (Melainkan anda dapat cari Buku TIPS EXAM PTD Versi terkini!)
Anda perlukan Tipsptd dalam bentuk ebook kerana ianya mengalami proses update yang konsisten..
Sumber : http://tipsptd.com
[Makluman 1]
Untuk pembeli rujukan PTD sebelum ini (tahun 2014 ke atas sahaja), naskhah update akan dihantar kepada anda pada 31 Oktober ini melalui email yang digunakan semasa pembelian yang lalu.
[Makluman 2]
Untuk calon baru, rujukan akan dibuka jualan pada 30 OKTOBER jam 10AM. Ianya terhad dan minta masuk dalam kalendar anda.
Untuk tak terlepas, mohon daftar di sini. Jadi kita boleh maklumkan terus kepada anda bila ianya dibuka. Anda akan dapat akses kepada PREVIEW COPY naskhah 2016 di sini juga.
Terus daftar di;
Buat masa ini ulangkaji dengan maklumat yang anda ada dulu. Akhbar jangan lupa baca :)
Info Berkaitan:
- Statistik Calon yang memohon dan menjawab Exam PTD dari tahun 2010 hingga 2016
- Download Review Copy Rujukan Peperiksaan Online PTD secara PERCUMA
- Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) diminati lulusan Universiti
- Pengalaman Jawab Exam Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) gred M41
- Iklan Jawatan Kosong Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41 2017
- Perubahan tarikh dan Format Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41 2014
- Permohonan Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 Secara Online masih dibuka sehingga 8 June 2014
13 Ulasan
Semoga memudahkan mereka menjawaba soalan ini nanti..
BalasPadamBukan mudah untuk lulus ni tapi tidak mustahil dengan persiapan yang rapi. Semoga tips ni dapat membantu mereka untuk menjawab soalan dengan kacang.
BalasPadamAll the best !
semoga berjaya semua calon
BalasPadamGood tips.. bukan senang nak jd ptd kan
BalasPadamcabaran di tempat saya...
BalasPadamcapaian internet agak tidak stabil..
kalau ada jalur lebar lagi bagus
Memang kena bagitau tips ni pada adik yang jadi calon exam ptd
BalasPadamharus daftar iniii...
BalasPadamTak sangka exam PTD dah boleh ambil online.. Good Luck semua calon PTD!
BalasPadamZaman dah semakin canggih, nak exam PTD pun dah boleh buat secara online.
BalasPadamMudahnya dengan adanya teknologi sekarang, teringat masa jalani ujian saringan PTD dulu ;)
BalasPadaminsentif utk penjawat awam dah meningkat..ramai la yang apply spa hehe
BalasPadamBagus perkongsian panduan dan tips study smart untuk menjawab exam yang dipaparkan di atas. Bahan rujukan sangat penting. Semoga ianya membantu beroleh kejayaan.
BalasPadamhari ni la kan..semoga semua calon berjaya menjawab dengan tenang..
BalasPadam