Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Baru-baru ini Tok Penghulu ada share satu info penting tentang ‘Rahsia’ seorang lelaki yang berjaya beli rumah pertama beliau dan dapat diskaun RM30 ribu.
Baru-baru ini Tok Penghulu ada share satu info penting tentang ‘Rahsia’ seorang lelaki yang berjaya beli rumah pertama beliau dan dapat diskaun RM30 ribu.
"Bagaimana Tuan Khairul Ezuwan mencari jalan untuk beli rumah pertama pada usia 23 tahun. Biasanya untuk orang usia 23 tahun, banyak cari alasan untuk tidak beli rumah. Pengalaman membeli hartanah pertama di Shah Alam. Paling best, macam mana Tuan Khairul Ezuwan beli rumah dan dapat diskaun RM30 ribu.Rumah yang beliau beli bukannya rumah baru tau. Tapi subsale." - Tok PenghuluBayangkan kalau anda beli rumah dapat diskaun RM30 ribu, duit penjimatan ini dapat anda gunakan untuk beli banyak benda bermanfaat. Termasuk Kahwin dan beli kereta secara tunai. Tapi kereta second hand lah. Bukan kereta baru!
Sumber : Klik Di Sini
Bila baca perkongsian daripada Tok Penghulu ni, mengingatkan saya kepada cerita lama.. Tentang pesanan saya kepada seorang pelajar perempuan yang minta Tips daripada saya macamana nak lekas kumpul duit nak kahwin...
"Encik Anuar, Encik ada Tips tak Macammana nak suruh bakal suami saya cepat kumpul duit supaya kami dapat lekas kahwin?" - Pelajar Perempuan
Ya! Itu tips yang pelajar perempuan ni minta daripada saya semasa di akhir semester pengajian beliau di politeknik.
Jawapan saya masa tu hampir sama dengan jawapan TOK PENGHULU.. Tapi tak tahulah samada dia ikut ke tak cadangan saya tu... cuma yang pasti semasa hari Raya Aidilfitri baru-baru ni dia dah pun mendirikan rumah tangga dengan pasangan hidupnya... Alhamdulillah...
Nasihat Saya Kepada Pelajar yang nak cepat Kahwin selepas menamatkan Pengajian
1. Jangan Beli Kereta atau Motor terlebih dahulu
Gunakan sahaja pengangkutan awam atau guna sahaja motor yang anda gunakan semasa belajar (Ramai pelajar ada motor semasa belajar di IPT)
2. Tumpang rumah keluarga atau sewa rumah termurah (nak jimat sewa rumah dengan kawan-kawan bujang)
Cuba kurangkan komitmen bulanan untuk sewa rumah.
3. Elakkan buat aktiviti yang perlukan kos yang banyak supaya anda berpeluang untuk buat banyak simpanan daripada wang gaji anda
Boleh dapatkan tips bagaimana nak merancang perbelanjaan bulanan dan harian melalui artikel ini -> Mulakan dengan Berjimat kalau nak hidup SENANG!
Katakan anda dapat kumpul duit RM1,000 sebulan setelah amalkan Tips yang saya kongsikan dalam artikel di atas. Nak kahwin anda perlukan wang tunai sekurang-kurangnya RM20,000 (Paling murah). Jadi nak kumpulkan RM20,000 memakan masa selama 2 tahun. Jadi, bagaimana kalau nak kumpul duit kahwin lebih cepat daripada 2 tahun?
Jawapannya Beli Rumah. Tapi, sebelum beli rumah anda kena ikut Tips yang saya kongsikan di bawah.
Jawapannya Beli Rumah. Tapi, sebelum beli rumah anda kena ikut Tips yang saya kongsikan di bawah.
4. Pilih loan Yang Betul
Pastikan loan pertama yang anda buat dengan bank adalah loan rumah. Bukan loan kereta. Ini adalah kerana loan kereta akan menyebabkan komitmen anda semakin tinggi dan kelayakan di pihak bank untuk beli rumah semakin berkurangan.
5. Beli Rumah yang dah siap (Subsale) untuk Mendapatkan "Wang Tunai Dalam Tangan" dengan kadar Segera
Beli Rumah yang dah siap (Rumah subsale) di bawah harga pasaran, supaya boleh dapat wang tunai dalam tangan dengan kadar segera. "Wang Tunai dalam tangan" tersebut, bolehlah anda gunakan untuk melangsungkan majlis perkahwinan anda dengan secepat yang mungkin.. ;)
Sebagai Contoh, boleh tengok beberapa bukti yang dapat saya kongsikan. Bagaimana anda boleh dapatkan Wang Tunai dalam tangan dengan kadar segera setelah anda mula bekerja?
Baiklah, saya kongsikan sumber-sumbernya...
Antara sumber info nak dapatkan rumah di bawah harga pasaran ialah:
Walaubagaimanapun, terlebih dahulu anda perlu tahu market value bagi rumah di kawasan yang anda inginkan kerana jika anda tak tahu tentang market value di kasawan tersebut, mana mungkin anda boleh cari rumah di bawah harga pasaran.
Jadi, kalau anda ada ilmu dalam pelaburan hartanah ( Ilmu dalam pembelian rumah Subsale) sebenarnya mudah untuk dapatkan Cash Money dengan secepat yang mungkin untuk segerakan majlis perkahwinan anda.
Nak dapatkan ilmu ini kena belajar. Kalau anda tahu cara-cara nak nego dengan pemilik rumah, boleh membantu anda untuk beli rumah Subsale tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal. Dahlah tak perlu keluarkan modal, dapat pula cash money beberapa puluh ribu dalam tangan. Siapa tak nak kan dapat rezeki macam ni?
Berminat tak nak kumpulkan duit nak kahwin dengan cepat?
kalau berminat -> BACA DI SINI

Contoh Beli rumah Subsale dan dapat Wang Tunai dalam tangan sebanyak RM20,000
Contoh Beli rumah Subsale dan dapat Wang Tunai dalam tangan sebanyak RM30,000 (Harga masih boleh Nego lagi tu... Kalau pandai nego boleh dapat kurangkan harga lagi)
Contoh Beli rumah Subsale dan dapat Wang Tunai dalam tangan sebanyak RM40,000
Contoh Beli rumah Subsale dan dapat Wang Tunai dalam tangan sebanyak RM150,000
(Harga masih boleh Nego lagi tu... Kalau pandai nego boleh dapat kurangkan harga lagi)
Macamana anda nak dapatkan peluang beli rumah Subsale seperti contoh-contoh yang saya kongsikan di atas?
Baiklah, saya kongsikan sumber-sumbernya...
Antara sumber info nak dapatkan rumah di bawah harga pasaran ialah:
- Melalui Portal/Website Hartanah
- Networking, antaranya melalui Lawyer, banker, dan sebagainya
- Real Estate Agent/Agency
- Group Hartanah di Media Sosial
- Iklan-iklan di Pokok, Tiang lampu, Bus Stop & Kedai Runcit
- Di Jabatan Imigresen - kalau ada rezeki anda akan dapat "desperate Seller" daripada pemilik rumah yang perlu menjual tanah disebabkan nak migrate ke oversea
- Pejabat Agama - Tempat orang nak failkan cerai dan ada sesetengah pasangan "desprate" nak jual rumah sebelum berpisah
- Rumah Mayat Hospital - Tempat mereka yang kehilangan keluarga
Walaubagaimanapun, terlebih dahulu anda perlu tahu market value bagi rumah di kawasan yang anda inginkan kerana jika anda tak tahu tentang market value di kasawan tersebut, mana mungkin anda boleh cari rumah di bawah harga pasaran.
Jadi, kalau anda ada ilmu dalam pelaburan hartanah ( Ilmu dalam pembelian rumah Subsale) sebenarnya mudah untuk dapatkan Cash Money dengan secepat yang mungkin untuk segerakan majlis perkahwinan anda.
Nak dapatkan ilmu ini kena belajar. Kalau anda tahu cara-cara nak nego dengan pemilik rumah, boleh membantu anda untuk beli rumah Subsale tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal. Dahlah tak perlu keluarkan modal, dapat pula cash money beberapa puluh ribu dalam tangan. Siapa tak nak kan dapat rezeki macam ni?
Berminat tak nak kumpulkan duit nak kahwin dengan cepat?
kalau berminat -> BACA DI SINI
Semoga info ringkas yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada anda... Terima kasih kerana sudi membaca.. ;)
Info Berkaitan:
Info Berkaitan:
- Kan Tok Penghulu dah Pesan... Beli rumah dulu Sebelum Kahwin!
- 7 Kerja Part Time PALING HOT yang Boleh Dilakukan dari Rumah
- Pak Ya Homestay di Perak 1 (Rumah Teres 1 tingkat)
- Pak Ya Homestay di Perak 2 (Rumah corner lot)
- Macamana nak Beli Rumah dengan gaji kecil?
- Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak
- Geng Gila Hartanah.... Jom kenali siapa kami?
21 Ulasan
Menarik artikel ini tuan..
BalasPadamKawal cashflow.. In shaa Allah boleh.
Nak kawal cash flow wajib belajar
menarik! yg payah nak kawal diri utk berbelanja suka2 tu..hehe. good tips!
BalasPadamBukanmudah untuk orang mudah untuk kumpul RM30 ribu.. tapi berkaitan kecekalan dan kemahuan yang tinggi pasti boleh
BalasPadamMenarik ni. beli rumah subsale simpan beberapa tahu
BalasPadamnak kahwin jual dah dapat duit cash nak kahwin
Salah tu.. tak perlu jual rumah.. beli rumah dpt cash money disebabkan perbezaan harga jual dan harga pasaran
Padamkena belajar juga pasal hartanah ni..memang zero knowledge terus pasal benda ni..
BalasPadamsekarang la masa yang sesuai untuk belajar...
Padamkalau bertangguh lagi lama la nak tahu kan kan..
Terbaik bro perkongsian ini
BalasPadamBolehlah saya turut sekali amalkan teknik-teknik yang bro listkan tu
Memang ramai muda-mudi yang sangkut bab-bab duit ni. Lebih-lebih lagi duit khawin..Sampai sanggup buat loan puluh ribu untuk majlis khawin yang grand-grand..Lepas khawin, baru terasa bebanan.. Kalau tak diurus dengan baik, boleh jadi punca stress pulak selepas berkhawin ni..
BalasPadamselesaikan satu satu..elakkan dari berhutang itu panduan berguna utk adik adik yang baharu ingin memasuki alam berdikari huhu
BalasPadamKereta tak dapat nak pisahkan lagi so kena beli terus senang nak gerak sana sini.
BalasPadamKawen tu biar dulu, fokus pada mak ayah dulu.
Saya kahwin dulu, kemudian menyewa. Lepas tu beli kereta. Selang 3-4 tahun, beli rumah.
BalasPadamBy the way setiap orang ada cara yang tersendiri
Kalau baca masa belum kawin dah ada banyak rumah den ni. huhuh
BalasPadamwow tipsnya! tp memang pun kena ada ilmu utk setiap apa pun bisnes yang diuruskan.
BalasPadamnak kawin 2 lagi pun cukup lah bila di tempat kami ni tuan
BalasPadamBerkat kemahuan dan kecekalan, pasti boleh kahwin awal ;)
BalasPadamMenarik juga info cara nak dapatkan rumah bawah harga pasaran ni.
BalasPadamKawan saya begitu komited belajar ecom untuk cari duit nak kawen, akhirnya berjaya juga. Best buat duit USD. Apa pun tips sangat menarik, thanks admin sharing :)
BalasPadambeli rumah, jangan beli kereta. okay...
BalasPadamramai kata beli rumah, jangan beli kereta ya. tips dari ramai sifu pun mmg camni. kenapala saya baru tahu tips ni. huhu
BalasPadamDulu masa nak beli rumah pertama memang tak da ilmu langsung pasal hartanah. Bila dah ada ipmu, aduhai rasa rugi pulak beli kereta then beli rumah
BalasPadam