Mulakan dengan Berjimat kalau nak hidup SENANG!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Susulan daripada Artikel bertajuk Belajar Cara Urus Wang Dengan Betul dalam Program Be $MART CIMB Foundation di PSIS, tentu ada yang bertanya...\
  • Nak Start dari mana yer?
  • Macamana nak buat ni?
  • Panjang sangat artikel Encik Anuar ni, sampai tak tahu nak start dari mana?

Hehehe... Betul ke?

Hmmm... Mungkin ada kebenarannya juga...
Siapa suruh tulis panjang-panjang... Kan dah ada orang yang tak faham dah... Hehehe


Mulakan dengan Berjimat kalau nak hidup SENANG!

Kunci utama yang saya dapat daripada kursus Belajar Cara Urus Wang Dengan Betul dalam Program Be $MART CIMB Foundation di PSIS. Kalau nak hidup senang, kita kena amalkan sikap berjimat cermat.

Antara Strategi berjimat cermat yang boleh dilakukan dalam kehidupan kita ialah:
  • Berjimat Cermat Di Rumah
  • Berjimat Cermat Ketika Berbelanja
  • Berjimat Cermat Makanan Harian
  • Berjimat Cermat Dalam Hal Pendidikan
  • Berjimat Cermat Dalam Majlis
  • Berjimat Cermat Dalam Aspek Penggunaan Kenderaan
  • Berjimat Cermat Untuk Kesihatan
  • Berjimat Cermat Di Pejabat
  • Berjimat Cermat Dalam Hiburan
  • Berjimat Cermat Untuk Pelajar Universiti
  • Berjimat Cermat Dalam Komunikasi dan Gajet
  • Berjimat Cermat Dalam Aktiviti Bercuti
  • Berjimat Cermat Di Waktu Perayaan
  • Berjimat Cermat Pindah Rumah Baru


Dengan berjimat cermat, akan dapat membantu kita supaya lebih banyak menyimpan.

Untuk mengelakkan daripada berlaku ketirisan wang, atau berbelanja melebihi keperluan, kena buat perancangan perbelanjaan bulanan, perancangan perbelanjaan harian, dan rekod perbelanjaan harian. 

Sebagai contoh boleh melihat perancangan perbelanjaan bulanan seperti dalam gambar dibawah

Perancangan Perbelanjaan Bulanan

cadangan agihan duit gaji mengikut pecahan-pecahan kecil berdasarkan komitmen bulanan masing-masing

Cadangan pengagihan pendapatan:
  • Wealth Multiplier 20%
  • Wealth Distribution 10%
  • Parents - 10%
  • Vacation (Enjoy like holiday, travel, tengok wayang, dll) - 5%
  • Saving - 15%
  • Necescities - 40%

Tidak semestinya anda perlu ikut 100% seperti yang dicadangkan di atas. Tetapi anda disyorkan supaya agihkan duit gaji anda mengikut pecahan-pecahan kecil berdasarkan komitmen masing-masing.

Nak lebih teliti lagi boleh buat perincian perancangan perbelanjaan bulanan seperti dalam gambar di bawah

 Perincian perancangan perbelanjaan bulanan

Dengan adanya perancangan bulanan seperti ini, kita dapat agihkan duit bulanan kita mengikut pecahan-pecahan kecil.

Itu, baru perancangan bulanan..
Kadang tu apa yang kita rancang tak sama dengan apa yang kita buat.

Jadi, bagaimana nak memastikan kita buat apa yang kita rancang?


Catatan Perbelanjaan Harian

Kenalah buat pula catatan perbelanjaan harian. supaya kita tahu wang kita ke mana perginya. Dengan adanya catatan perbelanjaan harian dapat membantu kita untuk mengesan sekiranya berlaku ketirisan wang atau terbelanja duit kita ke tempat yang tidak diperlukan. 

Contoh catatan perbelanjaan harian untuk tempoh satu bulan (31 hari) 

Dalam catatan perbelanjaan harin, kita kena catat semua perkara yang kita belanjakan dalam sehari. Daripada sekecil-kecil perkara sehingga ke sebesar-besar perkara. Daripada pembelian sekecil-kecil nilai duit seperti membeli gula-gula berharga RM0.05 sehingga sebesar-besar duit seperti membayar pinjaman kereta, pinjaman rumah dan sebagainya. Semuanya kena catat dalam Catatan Perbelanjaan Harian.

Kalau nak tengok catatan perbelanjaan harian yang lebih detail lagi boleh tengok dalam gambar di bawah:

Catatan perbelanjaan harian untuk tempoh satu bulan (31 hari) dengan lebih detail (Sesuai untuk yang telah bekeluarga)

Setiap ruangan ada bahagian Description yang boleh kita perincikan sesuatu perbelanjaan, contohnya:
  • Food - Lunch, Dinner, Breakfest, Luch-KFC, Luch-Kedai Mamak, Dinner Steamboat, dan sebagainya.
  • Entertainment - Movie, Team Park, dll
  • dan lain-lain

Melalui kaedah ini, secara tidak langsung dapat membantu anda dengan lebih terperinci tentang aktiviti perbelanjaan anda dalam sehari

Dalam masa yang sama juga anda boleh tahu, dalam sehari anda sudah berjimat berapa banyak daripada bajet asal yang telah ditetapkan?. Ataupun anda dah terlebih berbelanja berapa banyak daripada bajet asal?

Sebagai contoh anda telah memperuntukkan bajet untuk makan tengahari sehari dalam RM10. Tiba-tiba pada hari tersebut, bos anda belanja anda makan tengahari atau ada jamuan makan tengahari dekat tempat anda bekerja. Dah jimat RM10 di situ. Penjimatan tersebut boleh anda gunakan untuk simpanan atau untuk kerpeluan lain.

Katakan pula keesokan harinya anda terpaksa berbelanja lebih. Contohnya tiba-tiba anda kurang sihat dan terpaksa pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan, atau ada kawan sekerja anda promote tudung keluaran terbaru dekat office. Disebabkan nak menjaga hati kawan, anda pun 'terbeli' tudung tersebut. Perbelanjaan secara tida-tiba begini juga perlu direkodkan supaya anda tahu dekat mana ketirisan wang yang berlaku dalam perbelanjaan seharian.

Bila ada kes-kes terlebih berbelanja ni, anda kena cover balik untuk perbelanjaan keesoakan harinya atau hari-hari yang seterusnya. Supaya anda tidak terlebih berbelanja daripada perbelanjaan bulanan anda. 

So, kesimpulannya kalau nak hidup senang pada kemudian hari tiada pilihan lain anda tetap perlu berjimat cermat. Banyakkan menyimpan. Melalui simpanan yang banyak boleh dijadikan modal untuk pelaburan atau perniagaan.

Kalau nak tahu dengan lebih lanjut lagi tentang teknik pengurusan kewangan, boleh BACA DI SINI

Semoga bermanfaat..


Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. tak terbuat yang catatan perbelanajaan harian tu

    BalasPadam
  2. Tabiat berjimat adalah cara mengelak pembaziran..

    BalasPadam
  3. cabaran utama kan tuan

    Bila dah buat semua ni

    tapi masa nak catat duit tu cam susah

    Aps yang ada tak cukup praktikal

    Ada cadangan?

    BalasPadam
  4. nk betul-betul jimat, kena betl-betul ikut berjimat..tapi nak betul-betul ikut tu yang selalu menjadi alasan ;-p

    BalasPadam
  5. Banyak senarai strategi berjimat dalam entri ni. Perbelanjaan yang melibatkan perkara yang besar-besar dan tidak terlalu mustahak tu boleh ditinggalkan buat sementara. Berjimat cermat amalan yang mulia.

    BalasPadam
  6. Berjimat-cermat sangat digalakkan, lebih lagi dapat menyimpan.

    Beli barang ikut keperluan, bukan kemahuan.

    Ramai yang pokai, belum sampai hujung bulan, duit dah kering akibat berboros.

    BalasPadam
  7. Mmg bagus berjimat cermat ni...sy ajar anak² menabung..setiap anak ada tabung diaorang sendiri..diaorang jadi excited bila tabung penuh

    Soya bahaya untuk pesakit Ovarian Cyst?? Fakta atau Mitos semata???

    BalasPadam
  8. mmg wajib ada plan. if not...ke laut dlm kita

    BalasPadam
  9. berjimat ini memang susah sebab bila dah ada uang langsung nak habis kan saja

    BalasPadam