Bersambung lagi tentang Projek Menanam Rock Melon di PSIS hasil kerjasama diantara Kelab Keusahawanan PSIS, FAMA dan Konsultan dari Syarikat Teras Maju Resources.
Sebelum ni kami telah membuat Lawatan kerja ke Ladang Rock Melon milik Usahawan Tani Haji Ariffin dan kami juga dah belajar cara-cara Menyemai dan Menanam Pokok Rock Melon ke dalam Polibeg. Sekarang ni tiba saat yang ditunggu-tunggu oleh semua Peserta projek Rock Melon PSIS iaitu aktiviti menanam Pokok Rock melon ke dalam Polybag secara keseluruhan.
Untuk memberkati lagi aktivitu menanam pokok Rock Melon di PSIS, kami telah mengadakan Majlis Doa Selamat sebelum aktiviti menanam pokok dilakukan.
Majlis Doa Selamat sebelum Aktiviti Menaman Rock Melon di PSIS
Majlis Doa Selamat sebelum Aktiviti Menaman Pokok Rock Melon
Majlis Doa Selamat sebelum Aktiviti Menaman pokok Rock Melon turut dihadiri oleh Pengarah PSIS Lt. Kol. Bersekutu Hjh. Norehan Binti Md Shariff, Ustaz Mohd Farid Bin Dawam (Pengerusi Kelab Kebajikan Staf PSIS juga selaku memimpin bacaan doa), En. Mohamad Fauzi B. Che Pa selaku pengurus Projek ini, Puan Mastura dan Encik Zawawi dari Syarikat Teras Maju Resources.
Puan Pengarah PSIS, Pengurus Projek Rock Melon PSIS, dan Pengerusi Kelab Kebajikan Staf PSIS
Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Pengurus Projek Rock Melon di PSIS iaitu En. Mohamad Fauzi B. Che Pa
Kata-kata aluan daripada Pengurus Projek Rock Melon di PSIS, En. Mohamad Fauzi B. Che Pa
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Pengarah PSIS Lt. Kol. Bersekutu Hjh. Norehan Binti Md Shariff
Ucapan daripada Pengarah PSIS Lt. Kol. Bersekutu Hjh. Norehan Binti Md Shariff
Para peserta tekun mendengar amanat yang disampaikan oleh puan Pengarah PSIS
Seterusnya Majlis diteruskan lagi dengan Bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Farid Bin Dawam.
Bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Farid Bin Dawam
Selepas selesai Bacaan Doa Selamat, tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh para peserta program ini iaitu aktiviti Menanam anak pokok Rock Melon ke dalam Polybag secara keseluruhan.
Anak-anak pokok Rock Melon dalam Tray Semaian beumur 7 hari
Puan Mastura dari Syarikat Teras Maju Resources memberi penerangan kepada para peserta tentang cara-cara nak menanam anak pokok Rock Melon ke dalam Polybag
Dengan berhati-hati para peserta mengeluarkan anak pokok Rock Melon dari Tray Semaian
dan tanam...
Keceriaan jelas terpancar di wajah-wajah para peserta.... In Shaa Allah, buah Rock Melon nanti akan jadi manis.. semanis wajah orang-orang yang menanamnya... ;)
Pengarah PSIS juga turut mengambil bahagian untuk menanam anak pokok Rock Melon ke dalam Polybag.
Selepas selesai menanam pokok-pokok Rock Melon ke dalam Polybag, kami belajar pula cara membancuh baja untuk disalurkan ke setiap Polybag
Sekali lagi para peserta mendengar penerangan daripada Puan Mastura..
Encik Fauzi sedang menyukat nilai tahap kealkalian air dengan menggunakan meter PH
Seterusnya uji kuantiti air yang disalurkan ke setiap Polybag..
Polybag dipilih secara rawak oleh 12 orang pelajar..
Polybag dipilih secara rawak oleh 12 orang pelajar..
Pen Dripper dari polybag dimasukkan ke dalam botol air mineral untuk mengetahui berapa kuantitu air yang keluar dari pen dripper dalam masa 1 minit..
Untuk mendapatkan kuantiti air yang diperluka, kok pada tangki baja perlu dilaraskan ... kuantiti air yg diperlukan untuk setiap polybag adalah dalam lingkungan 100ml/minit.
Dalam sehari air baja disalurkan ke Polybag sebanyak 5 kali iaitu pada pukul 8.00 pagi, 10.00 pagi, 12.00 tengahari, 2.00 petang dan 4.00 petang. Aktiviti-aktiviti menyalurkan air baja ke polybag daoat disalurkan secara automatik dengan menggunakan timer.
Alhamdulillah... Selesai sudah Majlis Doa Selamat dan Aktiviti Menaman pokok Rock Melon di PSIS...
Selepas ini kerja kami hanya perlu memantau perkembangan pokok rock melon. Sekali sekala kena Spray pokok rock melon untuk memastikan tiada serangga yang makan daun-daun pokok disamping untuk memastikan pokok berada dalam keadaan yang sihat..
Sekali lagi kami ucapkan ribuan Terima Kasih kepada Puan Mastura di atas tujuk ajar Dan komitmen yang diberikan..
Doakan semoga projek tanaman Rock Melon kami di Politeknik Sultan Idiris Shah (PSIS) berjalan dengan jayanya. In Shaa Allah... Amin..
Info Berkaitan:
- Lawatan kerja ke Ladang Rock Melon milik Usahawan Tani Haji Ariffin
- Cara-cara Menyemai dan Menanam Pokok Rock Melon ke dalam Polibeg
- RM100 ribu untuk dimenangi dalam Pertandingan Mencipta Idea Perniagaan Gabungan Pemikir Profesional Felda (GAPROF)
- Bisnes Paling Sesuai Untuk Orang Yang Kreatif
- [HASIL SURVEY] Kos Korban Dan Aqiqah 2016 Untuk 1 Bahagian Lembu Di Seluruh Malaysia
- Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak
- Macamana nak Beli Rumah dengan gaji kecil?
5 Ulasan
Begitu rupanya cara menanam rock melon ke dalam polybag
BalasPadamBolehlah minta sikit lepas tuai lepas ni.. hahhaah
BalasPadamkaedah penanaman ni macam fertigasi lah kan?
BalasPadampergh...memang menarik tak terkata.
BalasPadamsemoga projek ni berjaya dan hasilkan rock melon yg manis2 semanis pelajar dan cikgu yg menjayakan projek ni..
BalasPadam