Lawatan kerja ke Ladang Rock Melon milik Usahawan Tani Haji Ariffin

Assalamualaikum dan Salam Sejatera..

Pada Hari Ahad bersamaan 16 Julai 2017, saya berpeluang untuk menyertai lawatan Kerja ke Ladang Rock Melon Sg. Ayer Tawar milik seorang usahawan Tani tempatan yang bernama Haji Ariffin. 

Lawatan kerja ini turut disertai oleh Puan Pengarah PSIS, Pegawai Keusahawanan PSIS, Pengurus Projek Rock Melon di Psis, Puan Mastura dan suami dari syarikat Teras Maju Resources selaku Mentor kepada Projek Rock Melon di PSIS, dan pelajar-pelajar yang terlibat dalam projek Rock melon di PSIS.

Bergambar kenangan di Ladang Rock Melon milik Usahawan Tani Haji Ariffin


Sebenarnya, inilah kali pertama saya berpeluang melawat ke ladang Rock Melon. Tak sangka, dekat kawasan saya sendiri ada ladang Rock Melon yang agak besar mempunyai kapasiti 10,000 plastic bag atau 10,000 pokok Rock Melon.

Menurut Haji Ariffin, ladang Rock Melon yang beliau usahakan bersama 3 lagi rakan kongsi telah pun masuk ke musim yang ke 3 proses penanaman.

Ladang Rock Melon ini dibangunkan dengan modal sebanyak RM120,000 (RM100,000 untuk kos tanaman dan RM20,000 lagi untuk kos sistem tangki air dan rumah pekerja)

keadaan Pokok Rock Melon yang ditanam di Ladang Haji Ariffin

12 Tangki Air berkapasiti _____ Liter digunakan untuk menampung keperluan 10,000 pokok Rock Melon di Ladang Haji Ariffin 
Pam air yang digunakan untuk menyalurkan air dan baja ke pokok-pokok Rock Melon

Timer yang digunakan untuk mengawal Pam Air.

Semua peserta lawatan berasa kagum dengan semangat keusahawanan yang ditunjukkan oleh Usahawan tani Haji Ariffin. 

Orang kampung yang berjiwa besar! Bersemangat besar! 

Bagi saya, beliau seorang usahawan Melayu yang berjiwa kental. Berani mengambil risiko dengan mengusahakan satu projek pertanian berskala besar. Bak kata Mentor kami Puan Mastura.
Dalam projek pertanian ni kita kena berani berhadapan dengan Risiko "High Risk, High Return"..

-Puan Mastura-
Di ladang Rock Melon Haji Ariffin, kami berpeluang untuk melihat sendiri pokok-pokok Rock Melon dari dekat. 

Para peserta berpeluang untuk melihat pokok-pokok Rock melon dari dekat

Pada kesempatan ini, para peserta dapat belajar cara untuk melilit pokok Rock Melon pada tali, dapat melihat secara live bagaimana rupa bunga dan putik rock melon, contoh penyakit yang terdapat pada pokok Rock Melon, dan lain-lain

Mendengar taklimat dan penerangan tentang pokok Rock Melon daripada Puan Mastura..

Dalam masa yang sama, para peserta juga turut berpeluang belajar secara praktikal tentang cara-cara untuk menjaga pokok Rock Melon di ladang ini.


Putik Rock Melon
Bunga Rock Melon dan buah Rock Melon yang masih kecil
Buah Rock Melon yang masih kecil. Sebelum membungkus buah Rock Melon ini, kita perlu mengenal pasti buah yang terbaik

Pegawai keusahawanan PSIS, Wakil FAMA dan Pengurus Projek Rock Melon PSIS turut serta dalam lawatan kerja ini

Haji Ariffin mempunyai 3 orang pekerja untuk menjaga 10,000 pokok di Ladang ini. Melihat kemampuan para pekerja Haji Ariffin menguruskan 10,000 pokok Rock Melon pada setiap hari, diharap dapat menyuntik semangat para peserta untuk menjaga pokok-pokok Rock Melon mereka sendiri nanti. 

Menurut Haji Ariffin, kalau kita gagal dalam pertanian setakat sekali dua, itu perkara biasa. Nak jadi "master" dalam bidang pertanian, perlu mengambil masa. Sama seperti kita ambil kursus di peringkat Diploma, perlu ada masa untuk kita belajar selama 3 tahun sebelum layak untuk mendapat segulung Diploma. 

Jadi, kalau kita gagal dalam bidang pertanian, kita tidak boleh berputus asa. Kena belajar lagi dan lagi teknik-teknik pertanian daripada mereka yang telah berjaya.

Menurut Haji Ariffin lagi, sebelum beliau mengusahakan tanaman Rock melon ini beliau pernah mengusahakan tanaman Cili dan Timun. 

Berdasarkan pengalaman beliau mengusahakan ke tiga-tiga jenis tanaman ini, beliau lebih suka mengusahakan Rock Melon. sebab senang nak diuruskan dan senang nak dipasarkan.

Bila ditanya. Setakat ni bagaimana dengan pulangan yang diperolehi hasil jualan buah Rock Melon?

Menurut beliau, setakat ni beliau dah jual 2 kali buah Rock melon. Hasil tuaian pertama beliau hanya berjaya menghasilkan sekitar 8 tan sahaja. Untuk tuaian kali kedua, beliau berjaya mengeluarkan sebanyak 16 tan buah Rock melon. Dan untuk kali ni, beliau mensasarkan untuk mengeluarkan sebanyak 20 tan buah Rock Melon.

Harga pasaran buah Rock Melon sekiranya dijual kepada pemborong atau pihak FAMA adalah sekitar RM3.60/kg hingga RM3.80/kg.

So, anda kiralah sendiri anggaran jualan 20 tan buah Rock Melon untuk 10,000 pokok. Dah kira nanti anda fikirlah sendiri untung tak jadi usahawan tani ni?

Apa yang lebih membuatkan kami tertarik dengan projek usahawan Rock melon ni... Sekarang ni Haji Ariffin telah membuka sebuah lagi ladang Rock melon yang baru bersama seorang rakan niaga beliau. Ladang kali ni yang juga terletak dalam negeri Selangor dapat memuatkan 15,000 pokok Rock Melon. 

Fuh!! Nampak tu... 

Disebabkan Haji Ariffin sudah nampak potensi keuntungan sebagai usahawan Tani Rock melon, beliau sanggup membuat pelaburan yang lebih besar untuk membuka ladang Rock Melon yang lebih besar lagi. 

Pengarah PSIS dan Puan Mastura memberi sedikit ucapan sebelum meninggalkan ladang Rock Melon Haji Ariffin  

Secara keseluruhannya, memang kami sangat berpuas hati dapat melawat ke Ladang Rock melon haji Ariffin ni..


Iklan : Rahsia Fanpage yang ramai orang belum tahu (Klik Di Sini)

Sepanjang kami berada di lafang beliau, Haji Ariffin tidak lokek untuk berkongsi ilmu kepada kami daripada A sehingga Z. Tanyalah apa sahaja berkaitan Rock Melon. Segala jawapan yang kami perlukan sememangnya tidak menghampakan.. Siap belanja air lagi untuk setiap peserta.. ;) hehehe... Terima kasih banyak-banyak tuan Haji. Kami doakan semoga Projek tanaman buah Rock Melon Haji Ariffin terus berjaya..

Oklah... Setakat ini sahaja perkongsian saya pada kali ni.. Doakan juga semoga projek tanaman Rock Melon yang sedang kam usahakan di PSIS pada ketika ini mendapat kejayaan... In Shaa Allah.. Amin..

Sama-samalah kita doakan yer..

Info Berkaitan:





Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Menarik juga ladang rock melon ni

    BalasPadam
  2. Setuju dengan apa yang disebut oleh Haji Ariffin pemilik ladang Rock Melon, kalau gagal dalam bidang pertanian sekali dua tu perkara biasa. Hasilnya beliau dapat buka ladang tanaman yang begitu besar.

    BalasPadam
  3. wow..boleh kaya

    in shaa Allah dalam tangan..

    BalasPadam
  4. mainkan judi slot online terpercaya dari jackpot168 disini https://www.jackpot168slot.com

    BalasPadam