Dalam post Kali ni kita sambung lagi tentang Projek/Kursus Fertigasi tanaman Rock Melon di Politeknik Sultan Idiris Shah (PSIS).
Sebelum ni kami dah membuat Lawatan kerja ke Ladang Rock Melon milik Usahawan Tani Haji Ariffin. Setelah pulang dari Ladang Rock Melon Haji Ariffin, pada sebelah petangnya pula kami belajar secara praktikal cara-cara untuk menyemai dan menanam pokok Buah Rock melon.
Cara-cara Menyemai dan Menanam Pokok Buah Rock Melon
Berikut merupakan langkah-langkah menyemai dan menanam pokok buah Rock Melon seperti yang telah diajar oleh Mentor kami iaitu Puan Mastura dari syarikat Teras Maju Resources
1) Isi Tray dengan tanah semaian "Peatmoss".
Sebelum ni kami dah membuat Lawatan kerja ke Ladang Rock Melon milik Usahawan Tani Haji Ariffin. Setelah pulang dari Ladang Rock Melon Haji Ariffin, pada sebelah petangnya pula kami belajar secara praktikal cara-cara untuk menyemai dan menanam pokok Buah Rock melon.
Cara-cara Menyemai dan Menanam Pokok Buah Rock Melon
Berikut merupakan langkah-langkah menyemai dan menanam pokok buah Rock Melon seperti yang telah diajar oleh Mentor kami iaitu Puan Mastura dari syarikat Teras Maju Resources
1) Isi Tray dengan tanah semaian "Peatmoss".
"Tanah semaian Peatmoss merupakan bahan reput atau bahan mati daripada gabungan beberapa komponen di dalamnya seperti lumut, pokok renek, rumput dan lain-lain" (Sumber : Klik Di Sini)
Para peserta dengan tekun mendengar taklimat yang disampaikan oleh Puan Mastura selepas selesai mengisi tray dengan tanah semaian "peatmoss"
2) Letakkan bijih benih Rock Melon di setiap atas bekas acuan tray. Teknik yang diajar oleh Cikgu Min merupakan teknik "Baring". ;) Sekarang ni kita ikut teknik yang diajar oleh Cikgu Min dari A hingga Z.
Selain teknik baring, teknik lain yang disyorkan adalah dengan memastikan bahagian bijih benih yang paling tajam tertanam di dalam tanah
Cikgu Min sedang menyusun bijih benih Rock Melon di atas setiap acuan yang terdapat dalam tray
Para pelajar turut melakukan perkara yang sama seperti yang diajar oleh cikgu Min
3) Tekan sedikit Bijih Benih Rock Melon supaya terbenam sedikit ke dalam tanah semaian "Peatmoss"
Teknik menekan kena betul. Jangan terlebih tekan sehingga menyebabkan bijih benih terbenam agak dalam ke dalam tanah.
4) Ambil tanah semaian "Peatmoss" dan ratakan di atas Tray supaya dapat menutupi kesemua bijih benih Rock Melon sehingga tidak kelihatan
Ratakan tanah semaian di atas tray sehingga menutupi semua bijih benih Rock melon
5) Letak tray tadi di atas kawasan lapang dan siram benih dan tanah semai bagi lembab BUKAN basah lenjun
Letak tray di kawasan lapang
Siram air dengan Pam Racun (kalau ada pam racun elektronik lagi bagus) sehingga lembap
6) Susun Tray secara bertingkat. Pastikan kaki tray di atas tidak masuk ke dalam acuan tray di bawah supaya dapat memberi ruang kepada bijih benih untuk bercambah
7) Balut Tray dengan beg plastik hitam. Boleh gunakan beg plastik sampah. Tujuannya untuk membantu menyerap haba matahari dengan lebih cepat dan sekata
Balut Tray dengan beg plastik hitam
Masa yang diperlukan adalah selama 46 jam sebelum plastik hitam dibuka
Tray yang telah dibalut dengan plastik hitam perlu diletakkan di tempat yang terbuka supaya boleh dapat cahaya matahari.
Setelah 46 jam berlalu...
8) Buka plastik hitam dengan berhati-hati tanpa mengusik tray daripada kedudukan asal
9) Angkat tray secara tegak ke atas bagi memastikan benih yang tumbuh tak patah
10) Susun tray di atas meja seperti masa nak spray air sebelum dibungkus
Tray yang telah disusun mengandungi bijih benih yang telah mula bercambah
11) Siram benih dan tanah semai bagi lembap BUKAN basah lenjun
12) Bawa tray semaian ke rumah semai dan susun tray tanpa bertindan
Keadaan tray dalam rumah semai
13) Tutup Pintu Rumah Semai
Tray Semaian berada dalam Rumah semai
14) Selepas 3 atau 4 jam sila pantau keadaan tray semaian. Jika tanah kering sila siram seperti prosuder 11. Jika masih lembap biarkan.
15) Bermula pada keesokan harinya rutin siram anak benih bermula. Lakukan kekerapan 3 kali sehari iaitu pada pukul 8 pagi, 12 tengahari dan 5 petang. Sehinggalah benih dah membesar seperti dalam gambar di bawah
Keadaan benih yang telah berubah menjadi anak pokok dan bersedia untuk di tanam.
Proses ini mengambil masa dalam 5 hari..
Selepas 5 hari.. kita sambung balik langkah yang seterusnya iaitu menanam anak pokok Rock Melon pada Polibag yang telah disediakan.
16) Alihkan microtubing (berwarna hitam) . Kemudian Korek sedikit lubang pada bahagian tengah Polibag yang mengandungi sabut kelapa yang telah hancur
17) Keluarkan anak benih Rock Melon dari dalam tray semai..
Keluarkan anak pokok Rock Melon dengan berhati-hati..
18) Letak anak pokok yang telah dikeluarkan dari tray semai ke dalam lubang tadi
19) Jangan biarkan anak pokok dalam keadaan seperti ini.. (Tanah semaian "Peatmoss" masih kelihatan lagi)
20) pastikan semua tanah semaian "Peatmoss" di tanam (tidak kelihatan)
21) Cucuk kembali microtubing berhampiran dengan anak pokok Rock Melon. Pastikan kedudukan microtubing berada pada keudukan seperti dalam gambar di bawah
Tujuan microtubing adalah untuk memberi air yang mencukupi pada akar pokok. Kedudukannya mesti berhampiran dengan akar pokok seperti dalam gambar di atas.
22) Selesai...
Iklan : Rahsia Fanpage yang ramai orang belum tahu (Klik Di Sini)
Cukuplah setakat ini perkongsian saya tentang Cara-cara Menyemai dan Menanam Pokok Buah Rock Melon. Semoga dapat memberi manfaat kepada anda yang memerlukan panduan ini.
Setinggi penghargaan terima kasih saya ucapkan kepada Puan mastura dan Cikgu Min di atas tujuk ajar yang diberikan..
Doakan semoga projek tanaman Rock Melon di Politeknik Sultan Idiris Shah (PSIS) berjalan dengan jayanya. In Shaa Allah... Amin..
Setinggi penghargaan terima kasih saya ucapkan kepada Puan mastura dan Cikgu Min di atas tujuk ajar yang diberikan..
Doakan semoga projek tanaman Rock Melon di Politeknik Sultan Idiris Shah (PSIS) berjalan dengan jayanya. In Shaa Allah... Amin..
Info Berkaitan:
- Lawatan kerja ke Ladang Rock Melon milik Usahawan Tani Haji Ariffin
- RM100 ribu untuk dimenangi dalam Pertandingan Mencipta Idea Perniagaan Gabungan Pemikir Profesional Felda (GAPROF)
- Bisnes Paling Sesuai Untuk Orang Yang Kreatif
- [HASIL SURVEY] Kos Korban Dan Aqiqah 2016 Untuk 1 Bahagian Lembu Di Seluruh Malaysia
- Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak
- Macamana nak Beli Rumah dengan gaji kecil?
23 Ulasan
Macam ni rupanya tanam benih rock melon ya
BalasPadamBuah dia pun mahal. Kalau pandai boleh tanam sendiri
proses menanam tu agak rumit...sebab itu mahal kot
PadamIbu kurang suka makan rock melon
BalasPadamKalau suka boleh lah tanam
Senang aje nak semai benih dia. Lepas ni boleh buka ladang rock melon lah ya bro Anuar :-)
BalasPadamSemaian peatmoss menjadikan tanah sangat bermutu untuk tanaman rock melon
BalasPadamTau makan jer Kita.... Hehee
BalasPadamTak de bakat tuk menanam. Orang tua kata tangan panas gitu
Best sebenarnya dapat bercucuk-tanam pokok terutama buah-buahan seperti Rock Melon, tembikai, labu dan sebagainya.
BalasPadamBetul ke orang tua kata, "Tangan Panas Tak Boleh Tanam apa-apa pokok sebab ia akan mati".
tengok gambar macam rumit je..
BalasPadambenih boleh beli dgn tuan ke? gmo atau non gmo? minat pulak tanam
BalasPadamKalau benih lain, contoh kacang panjang dan cili pun macam ni juga ke caranya?
BalasPadamBest juga kalau dapat bercucu tanam sendiri
BalasPadamWow..best juga kalau buat ni..
BalasPadamkadang2 nak bertanam juga tapi kurang ada masa tu
Haha dah duduk hutan batu sampai lupa pulak nak bercucuk tanam sendiri
BalasPadamSenang je kan kalau dah tahu macam mana nak tanam pokok pokok ni.
BalasPadamBestnyaaa bila ada ilmu bercucuk tanam ni... cuma kena minat dan sabar.. nanti dah ada hasil yang banyak, boleh makan puas-puas..
BalasPadamkalau nak beli kat pasar, mahaii bak hang...
Suka betul bab menanam ni, tapi renyah juga kalau tengok cara menanam ni ya
BalasPadamMenarik. Tapi kena ada kebun la kan. Kihkih. Saya duk atas langit la plak.
BalasPadampergh...tak sabar nak tengok hasilnya
BalasPadamBole ni cuba jadikan projek subjek kemahiran hidup kat sekolah ni heee
BalasPadamWww.vitadiary.com
Akak fail bab tanam-menanam ni.... Tapi bila tengok teknik professional, minat tu dtg semula wlp tau mesti fail punya!
BalasPadamBestnya kalau dapat berkebun. Nak makan boleh petik je... Tengok cara semai benih rock melon ni pun macam senang je...
BalasPadamJAGUARQQ SITUS DOMINO99 POKER ONLINE DAN BANDARQ ONLINE
BalasPadam* Dengan Minimal Deposit : Rp 15.000,-
* Bisa deposit via pulsa XL dan Telkomsel
* Minimal DP Via Pulsa 15.000 ( RATE : 0.84 / Potongan : 16% )
* Tersedia 9 Game Dalam 1 User ID
+ BANDARQ
+ ADUQ
+ SAKONG
+ DOMINO99
+ BANDAR66
+ POKER
+ BANDAR POKER
+ CAPSA SUSUN
+ PERANG BACCARAT
* Bonus Rollingan 0,5% Setiap minggu
* Bonus Referal 20% Seumur hidup
- Kontak Kami -
WA : +855964608606
TELEGRAM : +855964608606
LINE : csjaguarqq
Website : JaguarQQ
Klik Disini : BandarQ Online
Kunjungi Juga BlogSpot Kami :
JaguarQQ
Kemenangan JaguarQQ
Berita Gosip
Cerita Seks
Sahabat Wisata
butuh penghasilan tambahan? mainkan pkv games dan hasilkan uang hingga jutaan rupiah diisni. 180.215.200.34
BalasPadam