Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Memiliki Homestay di Seri Iskandar Perak merupakan impian saya sejak lebih 2 tahun lepas. Keinginan atau impian tersebut timbul disebabkan ramai pengunjung blog saya datang melalui beberapa keyword berkaitan dengan "Homestay di Seri Iskandar Perak" seperti :
- 'Senarai Homestay di Seri Iskandar Perak'
- 'Homestay di Seri Iskandar'
- 'Senarai Homestay di Seri Iskandar'
- 'Homestay Murah Di Seri Iskandar Perak'
Homestay di Seri Iskandar Perak hampir menjadi kenyataan (Perabot-perabot utama telah pun dihantar ke Homestay kami..)
Bukan mudah sebenarnya nak setup sebuah Homestay.. Kalau tak percaya, cubalah buat satu..
Melainkan anda sudah ada pengalaman dan kepakaran setup Homestay seperti tuan Shafie Bustan dan tuan Fadzlan Zainol mungkin anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyiapkan sebuah homestay.
Tapi , kalau baru ada pengalaman yang tak seberapa seperti saya dan isteri saya.... Alamatnya... Haisshhhh... Makan masa berbulan-bulan juga nak siapkan sebuah homestay...
Masa dan Kos : 2 faktor terpenting yang perlu diambilkira untuk setup sebuah Homestay
2 faktor utama yang menjadi kekangan untuk menyiapkan sebuah homestay ialah masa dan kos..
Ya betul! Memandangkan saya dan isteri sama-sama bekerja.. Sama-sama sibuk... Jadi, masa yang kami ada agak terbatas.
Masa yang boleh digunakan untuk Setup Homestay kami cuma ada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Itupun kalau ada Free pada masa tu.. Biasanya dalam masa sebulan, dapatlah seminggu atau dua minggu sahaja yang free pada hari Sabtu dan Ahad... Itulah sahaja masa yang kami ada untuk buat kerja-kerja menyiapkan homestay kami..
Masa terbaik yang kami ada untuk Setup Homestay kami ialah pada 26 Mei (Jumaat) hingga 29 Mei (Isnin) 2017 baru ni... Masa tu kebetulan cuti sekolah, awal bulan Ramadhan dan pelajar politeknik pun cuti sekolah. Jadi, dapatlah ambil cuti 2 hari pada hari Jumaat dan Isnin untuk menyambung kerja-kerja menyiapkan Setup homestay kami..
Walaupun dah menggunakan masa yang ada dengan sebainya, tapi tetap juga tak sempat nak siapkan homestay kami..
Masa terbaik yang kami ada untuk Setup Homestay kami ialah pada 26 Mei (Jumaat) hingga 29 Mei (Isnin) 2017 baru ni... Masa tu kebetulan cuti sekolah, awal bulan Ramadhan dan pelajar politeknik pun cuti sekolah. Jadi, dapatlah ambil cuti 2 hari pada hari Jumaat dan Isnin untuk menyambung kerja-kerja menyiapkan Setup homestay kami..
Walaupun dah menggunakan masa yang ada dengan sebainya, tapi tetap juga tak sempat nak siapkan homestay kami..
Gambaran ruang tamu dan ruang makan Homestay kami yang terletak di Seri Iskandar Perak
Kata orang ada duit semua jadi... Kalau tak ada masa nak Setup sendiri Homestay, boleh upah orang lain untuk menguruskannya..
betul!! Saya setuju, ada duit semua jadi.. Asalkan ada duit, boleh upah sesiapa sahaja untuk melengkapkan keperluan-keperluan homestay seperti peralatan elektrik dan perabot..
Tapi masalahnya, kos kami juga agak terbatas.. Sebab tu tak berani nak upah orang untuk menyiapkan homestay kami..
Walaupun lambat, tapi takperlah!! Kami terpaksa Redha dengan keadaan tersebut...
Syukur Alhamdulillah.. Akhirnya kami dapat juga mencukupkan hampir kesemua perabot dan peralatan elektrik di Homestay kami dengan kos yang cukup menjimatkan.
"Tips Beli Perabot Murah -> http://bit.ly/2lIkE6P "
Terima kasih saya ucapkan di atas bantuan ayah mertua saya, kerana sudi tolong berunding harga bagi pihak kami dengan kontraktor/pekedai sewaktu kami nak:
- Pasang lampu, kipas dan plaster syiling
- Pasang Grill Rumah
- Beli perabot seperti Katil dan Tilam Queen Size untuk 4 bilik, set sofa, rak tv dan set meja makan
- Beli peralatan elektrik seperti Peti Ais 2 pintu, Televisyen dan 2 unit Penghawa Dingin..
Ruang tamu Homestay di Seri Iskandar Perak
Terima kasih banyak-banyak.. Tanpa bantuan ayah mertua saya, mungkin kos yang lebih besar terpaksa kami keluarkan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan tersebut..
Dekorasi Homestay
Untuk dekorasi Homestay, dilakukan sendiri oleh isteri saya..
Setakat ni isteri saya telah pun menempah langsir 9 kaki berwarna biru untuk setiap tingkap dan Sliding Door.. Langsir yang ditempah dah dapat, Cuma belum sempat nak dipasang disebabkan tempat menggantung langsir belum siap dipasang..
Langsir Homestay di Seri Iskandar Perak masih belum di pasang
Kemudian, isteri saya telah pun memasang wallpaper pada dinding ruang tamu dan sebahagian dinding di ruang makan..
Wallpaper yang dipadang pada dinding ruang tamu dan sebahagian dinding ruang makan homestay
In Shaa Allah, kalau ada masa lagi nanti isteri saya bercadang untuk memasang wall paper lagi pada setiap bilik..
Dengan harapan supaya bilik kelihatan lebih ceria dan penyewa berasa selesa, gembira dan berpuas hati tinggal di homestay kami..
Setakat ni, homestay kami masih belum seiap lagi sepenuhnya... Dan dijangka boleh mula beroperasi dalam tempoh sebulan dari sekarang atau lebih awal daripada itu..
Doakan semoga segala usaha kami dipermudahkan... Dan semoga segalanya berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang..
------------------------------------------------ IKLAN ----------------------------------------"Sekiranya perlukan ilmu untuk membeli rumah.. Saya syorkan baca di sini-> http://bit.ly/2hClDXu"
Sumber : Klik Di Sini
"Nak dapatkan Tips Strategi Confirm Lulus Loan Rumah? Baca di sini -> http://bit.ly/2m2sn4c "
------------------------------- IKLAN ---------------------------Info Berkaitan:
- Jangan Bertangguh untuk membeli Rumah
- Macamana nak Beli Rumah dengan gaji kecil?
- Homestay di Seri Iskandar : Sasaran Suku Tahun Pertama 2017 masih belum dicapai
- Cadangan Pak Ya Homestay 4 di Seri Iskandar Perak disebabkan adanya permintaan..
- Pak Ya Homestay di Perak 2 (Rumah corner lot)
- Pak Ya Homestay di Perak 1 (Rumah Teres 1 tingkat)
22 Ulasan
Alahamdulillah....dah siap nanti memang berbaloi juga tuan..
BalasPadamteruskan buat yang terbaik dan saya pasti tuan amat berpuas hati dengan pulangannya nanti..
Saya doakan kejayaana tuan sekeluarga..aamiin
tahniah dah ada homestay sendiri. kalau ke seri iskandar nanti boleh call homestay ni :)
BalasPadamAlhamdulillah dah ..bakal pelanggan nie.
Padamkita tolong rakan blogger kan..hehehe.
Tahniah tuan.. untuk promosi tuan akan buat website khas ke macam mane
BalasPadampromosi website khas untuk homestay rumah ini memang bagus juga...guna landing page
PadamRumah homestay modal permulaan memang tinggi skit, selepas dah dapat pelanggan dah dapat untung punya..
BalasPadamtahniah bro...aku pun teringn jugak nak ada homestay sendiri tp rumah pun lom memiliki lagi....Owning a house seem like a nightmare because of the amount of debts you are getting yourself into.
BalasPadamAlhamdulillah, cantik homestaynya..Tahniah kerana atas usaha berjaya miliki homestay di Seri Iskandar
BalasPadamtahniah tuan dah ada homestay sendiri. semoga mendapat sambutan yg menggalakkan :)
BalasPadamAda homestay sendiri adalah peluang untuk jana pendapatan pasif
BalasPadamAda homestay sendiri adalah peluang untuk jana pendapatan pasif
BalasPadamAda homestay sendiri adalah peluang untuk jana pendapatan pasif
BalasPadamCantik dekorasi homestay tuan tu. Dah dekat dengan tempat saya ni :) Antara cara membuat pendapatan pasif melalui aset fizikal. Tahniah tuan.
BalasPadamWow Tahniah ye Ada homestay sendiri. Kalau ke area Sana boleh la mama book
BalasPadamkren bang homestay nya.brp hrga semalam ??
BalasPadamWahhh tahniah! Nampak luas dan selesa. Moga maju jaya ye
BalasPadambukan main cantim dan selesa lagi homestay ni
BalasPadamalhamdulillah, moga business bertambah maju. nak review panggil la uncle zuan hehe
BalasPadamTahniah impian telah menjadi kenyataan. Moga perniagaan bertambah maju
BalasPadamtahniah tuan.. semoga bisnes homestay terus sukses
BalasPadamseri iskandar ni dekat je dengan rumah saya..boleh minum tea sama2
BalasPadamIni yang buatkan saya nak buat homestay juga ni.
BalasPadam