Pendaftaran Seminar Tajwid LuarBiasa [Edisi Ramadhan] telah dibuka!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ada satu berita baik yang ingin saya kongsikan kepada anda.

Pendaftaran Seminar Tajwid Luar Biasa Edisi Ramadhan telah pun di buka!

Ini berdasarkan maklumat terkini yang saya terima daripada admin Furqanworks Sdn. Bhd


Sumber :  Klik Di Sini   

Berita baiknya.. Seminar Tajwid Luar biasa [Edisi Ramadhan] diadakan di empat lokasi dan tarikh yang berbeza seperti berikut:

Seminar 1- MELAKA
  • Lokasi : Dewan Perpustam/Dewan Tuah, Perpustakaan negeri Melaka. 
  • Tarikh : 29 & 30 April 2017
  • Hari : Sabtu & Ahad
  • Masa : 8.30 pg – 5.00 ptg 

Seminar 2- UTM JOHOR
  • Lokasi : Dewan Kuliah, Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan, UTM Skudai, Johor
  • Tarikh : 5 & 6 Mei 2017
  • Hari : Jumaat & Sabtu
  • Masa : 8.30 pg – 5.00 ptg 

Seminar 3- SIRIM SHAH ALAM
  • Lokasi : Dewan Auditorium, Sirim Seksyen 2, Shah Alam
  • Tarikh : 13 & 14 Mei 2017
  • Hari : Sabtu & Ahad
  • Masa : 8.30 pg – 5.00 ptg 

Seminar 4 - UKM BANGI
  • Lokasi : Dewan Kuliah Utama, Pusat Siswazah UKM, Bangi
  • Tarikh : 20 & 21 Mei 2017
  • Hari : Sabtu & Ahad
  • Masa : 8.30 pg – 5.00 ptg 
Sumber :  Klik Di Sini   


Seminar Tajwid Luarbiasa ditujukan khusus untuk golongan dewasa yang ingin mempelajari dan menguasai ilmu tajwid sehingga ke tahap anda boleh mengajar rakan-rakan dan anak dirumah walaupun anda bukan seorang ustaz atau ustazah. Walaubagaimanapun, ada juga ibu bapa yang pernah membawa anak-anak mereka untuk menyertai seminar ini.

Selepas menghadiri seminar ini... In Shaa Allah walau apa pun profesion pekerjaan anda samada anda seorang doktor, engineer, guru dan sebagainya.. Anda boleh mengajar anak-anak anda membaca Al-Quran di rumah.


Testimoni Peserta Seminar Tajwid LuarBiasa Ogos 2016

Sumber :  Klik Di Sini   

SIlibus Tajwid Luar Biasa

Berikut merupakan Silibus Tajwid Luar Biasa yang akan diajar dalam seminar ini.

Sumber :  Klik Di Sini  

SILIBUS 1 (BASIC RULES) - Pengenalan tentang tajwid.
FOKUS : Para peserta akan dapat membezakan ilmu tajwid ’dalam buku’ dengan tajwid praktikal. Ilmu tajwid yang diamalkan agar mudah baca Al-Quran.
SILIBUS 2 (KOMPONEN) - Makhraj serta sifat huruf.
FOKUS : Para peserta akan didedahkan cara untuk menyatukan ilmu makhraj & huruf ketika praktikal bacaan Al-Quran. Inilah fokus utama ilmu tajwid. Cuma, dua bab ini paling sukar difahami.  Jika anda kabur disini, banyak ’lompong’ dalam bacaan Al-Quran nanti. 

SILIBUS 3 (TRAFFIC JAM 1) - Hukum berkaitan Nun mati, Mim mati & Tanwin.
FOKUS : Para peserta akan didedahkan cara ’short-cut’ untuk memahami hukum Bacaan dengung & tidak dengung. Anda tidak perlu pening menghafal hurufnya. Ia antara hukum tajwid paling banyak wujud dalam Al-Quran. 
SILIBUS 4 (TRAFFIC JAM 2) - Hukum Mad
FOKUS : Ini antara bahagian yang sukar dikuasai kerana  mad ada 19 pecahan. Para peserta akan dapat belajar secara praktikal. Anda camkan mad berdasarkan beza ’speed’nya.
SILIBUS 5 (SPECIAL CASES) : 9 BACAAN UNIK
FOKUS : Dalam bacaan riwayat Hafs An A’sim, ada 9 bacaan unik. Kuasainya, bacaan anda akan ’perfect’.
SILIBUS 6 (SPECIAL RULES) : SEBUTAN HURUF TEBAL- NIPIS
FOKUS : Dari sudut praktikal, huruf tebal-nipis terutamanya Ro’ merupakan huruf yang PALING KERAP disebut secara salah kerana huruf ini berbeza dengan sifat huruf lain. Ada masanya ia dibaca tebal, ada ketikanya ia dibaca nipis.


Siapa yang Patut Hadir ke Seminar ini?
  • Mereka yang ingin faham ilmu tajwid praktikal tanpa perbahasan teori berjela-jela.
  • Mereka yang baca Al-Quran tapi tidak ingat nama hukum tajwidnya.
  • Mereka yang ingin BIMBING anak sendiri ilmu tajwid di rumah walaupun anda tiada latarbelakang agama.
  • Mereka yang baca Al-Quran tapi panjang mad ’main teka’. Sekejap 4 harkat, sekejap 5 harkat.
  • Mereka yang basic tajwidnya ’tidak tersusun’, banyak tidak faham, keliru tentang ilmu tajwid.
  • Mereka yang berumur tapi masih tidak kuasai tajwid. Risau baca Al-Quran seorang diri, takut ada salah.
  • Mereka yang selalu ’confuse’, asyik ingat 10 huruf ikhfa’ sahaja, padahal hurufnya 15.
  • Dah bagus baca Al-Quran tetapi bila ditanya nama hukum tajwid terutamanya mad, anda masih kabur.
  • Mereka yang sering mengajar / tadarus Al-Quran dan ingin kemaskan kedua-dua bahagian : baca bagus, teori pun mantap.


Testimoni Peserta Seminar Tajwid Luar Biasa sebelum ini 

Berikut pula merupakan antara Testimoni Seminar Tajwid Luar Biasa yang diadakan pada bulan Januari 2016..










Kebanyakan peserta berpuas hati setelah menyertai seminar ini...

Sekiranya berminat nak mendaftar, Boleh klik pada link di bawah:
-> tajwidluarbiasa.com

Daftar beramai-ramai lagi untung berbanding daftar sorang-sorang..
  • Daftar seorang kena bayar RM140 untuk setiap peserta..
  • Daftar secara berkumpulan (3 orang) kena bayar RM90 sahaja untuk setiap peserta JIMAT 36% 

Setiap peserta akan dapat Work Book Tajwid secara PERCUMA bernilai RM30

Seminar Tajwid Luarbiasa
Work Book Tajwid

Tempat adalah terhad.. Hanya dibuka kepada 200 peserta terawal sahaja..

Workbook Tajwid Luarbiasa sangat membantu para peserta untuk mempelajari ilmu Tajwid.
..
Seminar Tajwid LuarBiasa [Edisi Ramadhan] : Persediaan Tadarus Sempena Ramadhan

Pendaftaran melalui dalan talian. Klik link di bawah untuk mendaftar
-> tajwidluarbiasa.com

"Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, niscaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU."-Khutbah terakhir Rasulullah S.A.W pada 9 Zulhijjah, Tahun 10 Hijriyah di Lembah Uranah, Gunung Arafah-

P/s : kalau tak keberatan, boleh share atau sebarkan info ini... semoga ramai yang akan mendapat manfaat daripadanya.. In Shaa Allah..


"Berminat nak sertai program Waqaf Al-Quran ke Masjid-Masjid atau surau-surau?  Klik Di Sini -> http://bit.ly/2mBHFf6

Info berkaitan:


Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. sekarang dah ada yang lupa tajwid .. bagus seminar macam ini.. tak kisah tua ke muda, yang penting kita ada kemahuan untuk perbaiki lagi ilmu2 macam ini

    BalasPadam
  2. Bagus seminar macam ni.. kena promote la benda2 baik ni kan.. mohon share

    BalasPadam
  3. menarik seminar begini, boleh perbaiki ilmu tajwid

    BalasPadam
  4. Kalau ilmu macam ni memang patut kita berusaha sungguh sungguh untuk tuntut.
    .
    Bacaan yang tartil dan makhraj pun tepat memang di sukai oleh Allah swt

    BalasPadam
  5. Bagusnya ada program seperti ni, boleh memperbaiki diri dalam ilmu tajwid.

    BalasPadam
  6. wow..sangat bagus..

    mudah-mudahan ramai yang mendapat manfaatnya

    BalasPadam
  7. ramai orang tua-tua pun nak betulkan tajwid. syukur la ada program camni.

    BalasPadam