Homestay di Seri Iskandar : Sasaran Suku Tahun Pertama 2017 masih belum dicapai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sekejap betul masa berlalu. Sekarang dah masuk Bulan April 2017. 

Ini bermakna suku tahun Pertama bagi tahun 2017 sudah pun berlalu. Sekarang ni kita dah masuk ke suku tahun kedua pula.

Dalam tempoh 3 bulan pertama di tahun 2017 ni ada sasaran yang dah berjaya dicapai dan ada juga yang masih belum dapat dicapai. Ada sasaran besar dan ada juga sasaran kecil.

Untuk tahun 2017 ni sebenarnya ada 2 Sasaran besar yang ingin saya capai berbanding tahun-tahun sebelum ini, iaitu:
  • Menghasilkan sebuah ebook pada setip bulan -> Berjaya dicapai -> Baca di sini
  • Mempunyai sebuah lagi Homestay di Seri Iskandar Perak -> Belum berjaya dicapai
Homestay Di Seri Iskandar Perak
Homestay Di Seri Iskandar Perak sasaran tahun 2017 yang masih belum dapat dicapai. 

Alhamdulillah.. 

Sasaran pertama untuk menghasilkan sebuah ebook pada setiap bulan telah berjaya dicapai.

Tetapi, sasaran kedua untuk memiliki sebuah lagi homestay sebelum 1 April 2017 tidak berjaya dicapai atas sebab-sebab tertentu.

Majlis Perkahwinan adik Ipar saya pada 1 April 2017 di Seri Iskandar Perak.

Masih teringat lagi dialog ini diantara saya dan ayah mertua saya..

"Masa Ika Kahwin nanti, boleh lah kita sekeluarga stay dekat rumah ni.. Tak jauh dari Dewan Seri Iskandar.. Takderlah kita terkejar-kejar dari Pusing.. Masa ni In Shaa Allah, homestay ni dah pun siap sepenuhnya.." - Kata saya kepada ayah mertua saya

Tapi apakan daya... Cadangan untuk membawa ahli keluarga menginap di Homestay ini semasa berlangsungnya Majlis Pernikahan adik Ipar saya tidak kesampaian. 

Kami hanya mampu merancang, tapi tuhan yang menentukan.

Sebab Utama Sasaran untuk memiliki Homestay di Seri Iskandar Perak sebelum 1 April 2017 tidak dapat dicapai 

Sebab utamanya adalah lambat dapat kunci rumah yang kami beli.

Mengikut jadual, sepatutnya kami boleh dapat kunci rumah pada penghujung tahun 2016.

Tapi atas masalah tertentu daripada pembiayaan pinjaman rumah, kami dijangka boleh dapat kunci rumah pada bulan Januari 2017.

Tetapi, atas masalah kekangan masa untuk menguruskan dokumen tertentu, menyebabkan kami dapat kunci rumah pada 21 Mac 2017. Delay 3 bulan daripada perancangan asal.

Takperlah mungkin ada hikmah disebaliknya. 

Semalam setelah selesai menguruskan majlis perahwinan adik ipar saya.. Kami sekeluarga sempat melawat ke rumah kami di Seri Iskandar Perak.


Homestay terbaru di Seri Iskandar perak
Gambaran Homestay terbaru yang akan beroperasi di Seri Iskandar perak

Setakat ni baru sempat masukkan elektrik, dan dalam proses memasang grill rumah. 

Lepas pasang Grill rumah nak kena pasang lampu dan kipas.

Lepas siap pasang lampu dan kipas, baru pasang langsir dan masukkan perabot.

Tips Beli Perabot Murah -> http://bit.ly/2lIkE6P

Hmmm... Paling cepat pun mungkin 2 bulan dari sekarang baru Homestay ni dapat beroperasi sepenuhnya.


Corner Lot Homestay di Seri Iskandar Perak
Bukan main seronok lagi Adam dan Naila dapat bermain di halaman rumah
Balkoni Homestay di Seri Iskandar Perak
Pemandangan dari Balkoni bakal Homestay di Seri Iskandar Perak
Master Bedroom Homestay di Seri Iskandar Perak
Pemandangan dari Master Bedroom bakal Homestay di Seri Iskandar Perak

Syukur Alhamdulillah. Impian untuk memiliki sebuah homestay corner lot di Seri Iskandar Perak hampir menjadi kenyataan. Doakan semoga dipermudahkan urusan kami.
..
"Sekiranya perlukan ilmu untuk membeli rumah.. Saya syorkan baca di sini-> http://bit.ly/2hClDXu
Sumber : Klik Di Sini

Homestay ini terletak berhampiran dengan Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan UiTM Seri Iskandar Perak

Untuk makluman, Homestay ini terletak berhampiran dengan Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan UiTM Seri Iskandar Perak.

Berikut merupakan jarak Homestay dari UITM Seri Iskandar perak dan UTP:

jarak dari Homestay ke UITM Seri Iskandar Perak
 6.1 KM jarak dari Homestay ke UITM Seri Iskandar Perak
jarak dari Homestay saya ke UTP Tronoh, Perak
5.3 KM jarak dari Homestay ke UTP Tronoh, Perak

Sekiranya ada yang berminat nak menyewa atau nak booking Homestay ini dengan lebih awal, boleh hubungi saya menerusi Whatsapp:
011-38221589 (Anuar)

Semoga bermanfaat.
"Nak dapatkan Tips Strategi Confirm Lulus Loan Rumah? Baca di sini -> http://bit.ly/2m2sn4c
Info Berkaitan:

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Luasnya homestay ni.
    Famili yang datang dengan budak-budak mesti suka.

    BalasPadam
  2. Mungkin kawasan ini masih baru dan memerlukan promosi yang besar-besaran. Berapa harga rumah ni ye?

    BalasPadam
  3. untuk perancangan masa jangka panjang.. boleh pergi jauh nih... masa saya belajar dekat sini.. belum nampak apa-apa lagi.. dah berbelas tahun tinggal.. tup2 dah siap...

    BalasPadam
  4. Besarnya rumah homestay ni, kalau disewakan pun boleh bayar ansuran bulanan bank juga ni kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya ada 3 pilihan untuk rumah ni.
      1) Sewakan kepada pensyarah UTP dengan sewa RM2000 sebulan
      2) Ada pengusaha Taska yang berminat nak sewa. kadar sewa dalam RM2000 sebulan
      3) Buat Homestay - Berisiko tinggi tapi rumah terjaga.

      Jadi, isteri saya setuju buat pilihan yang ke 3

      Padam
  5. cantik dan luasnya kwasan homestay ni, berbaloi orang yang menyewanya nnti

    BalasPadam
  6. Cantiknya rumah dan luas kawasan sekitar. Takpe terlambat 3 bulan, masih ada lagi 3 suku tahun untuk fokus pada homestay.

    BalasPadam
  7. Besar sangat rumah corner lot ni tuan anuar
    .
    Alhamdulillah ada rezeki lebih
    .
    Ilmu yang dapat terus buat. Semoga berkat

    BalasPadam
  8. Cantek design rumah.. takpe tuan.. setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.. perancangan Allah lebih baik dari perancangan kita..

    BalasPadam
  9. masih ada masa tuan...

    tahun 2017 baharu sahaja masuk bulan April

    BalasPadam
  10. memang ok buat homestay. tapi kena rajin mengemas. saya ada homestay di KL. dulu di PJ, tapi pindah ke KL. ada la pengalaman dalam 3 tahun dah buat homestay.

    BalasPadam