Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sebelum tu saya nak tanya..
Pernah tak anda baca Buku Menjejaki Jutawan Senyap hasil Tulisan Chef Li?
Kemudian Pernah tak anda baca Buku Bagaimana Bankrup menjadikan Aku Kaya hasil tulisan Hafiz Mansor?
Kalau belum, eloklah anda baca kedua-dua buku tersebut secepat mungkin...
Terdapat banyak Tips berharga yang dikongsikan oleh dua orang usahawan ini.
Walaupun maklumat yang mereka tulis dalam kedua-dua buku tersebut tiada kena mengena dalam dunia pekerjaan saya.. Tetapi saya seronok membacanya.
Bagi saya menuntut ilmu tiada batasan. Tiada Had sempadan. Sesiapa sahaja boleh membaca mana-mana buku yang kita suka. Membaca kan gedung ilmu? Bacalah! Selagi kita mampu melakukannya.
Bila dah dapat ilmu yang cukup berharga melalui pembacaan, tak boleh simpan sorang-sorang. Setiap ilmu yang kita dapat perlu dikongsikan, supaya lebih ramai orang boleh mendapat manfaat melalui perkongsian tersebut.
Setelah membaca kedua-dua buku tersebut, maka terhasillah
10 TIPS JUTAWAN SENYAP DARIPADA PENIAGA PASAR MALAM, PENIAGA PASAR HARIAN, PENIAGA BAZAR RAMADHAN DAN PENIAGA-PENIAGA KECIL
10 TIPS JUTAWAN SENYAP DARIPADA PENIAGA PASAR MALAM, PENIAGA PASAR HARIAN, PENIAGA BAZAR RAMADHAN DAN PENIAGA-PENIAGA KECIL
Siapa sangka ramai di kalangan peniaga pasar malam, peniaga pasar harian, peniaga Bazar Ramadhan dan peniaga-peniaga kecil dah jadi Jutawan senyap.
Nama pun Jutawan senyap, kenalah diam-diam. Tak perlu nak bagi tahu kepada orang lain berapa income yang mereka dapat!
Gaya hidup nampak bersederhana.
Tidak berbelanja mewah.
Tidak memandu kereta mewah
Tidak berbelanja mewah.
Tidak memandu kereta mewah
TAPI...
Ada duit simpanan dalam bank sekitar 5 hingga 6 angka.
Ada tanah di sana sini
Ada beberapa buah rumah sewa
Ada ternakan
Ada ternakan
dan lain-lain
Secara realitinya, tak semua peniaga pasar malam mampu sampai ke tahap macam ni. Hanya ada sebahagian sahaja yang sampai ke tahap itu dengan izin Allah S.W.T
Pasti ada rahsia besar yang mereka miliki sehingga mampu mencipta kejayaan yang luar biasa berbanding peniaga-peniaga lain.
Nak tahu Apa Rahsia mereka?
Meh sini kami kongsikan 10 TIPS JUTAWAN SENYAP daripada mereka
1) Yakin dengan ALLAH S.W.T
- Yakin dengan Allah S.W.T dalam apa juga usaha yang kita lakukan.
- Jaga Hubungan dengan Allah S.W.T
- Jaga Solat 5 Waktu
- Allah S.W.T adalah bos kepada segala bos yang terdapat di dunia ini.
- Allah S.W.T yang beri rezeki kepada kita
- Bila kita jaga hubungan dengan Allah S.W.T, Allah akan jaga bisnes kita
2) Jaga Hubungan dengan Ibu Bapa (Termasuk Ibu dan bapa Mertua)
- Sentiasa berbuat baik dengan ibu bapa.
- Jangan meninggikan suara dihadapan ibu bapa
- Sentiasa bertanya khabar kepada mereka
- Jika Ibu masih hidup, sekali sekala ajak ibu solat berjemaah dengan kita. Semasa berdoa , nyatakan 10 perkara yang kita hajatkan dan ibu tolong aminkan. Doa seorang ibu sangat mustajab untuk seorang anak.
- Selepas selesai solat, cium tangan ibu. Minta maaf pada ibu
- Bagi yang sudah tiada ibu, ziarahlah kubur mereka dan bagi tahulah hajat dan doa kita dipusara mereka. Mudah-mudahan roh ibu mendengar dan mengaminkan doa kita
3) Jaga Hubungan dengan isteri dan anak-anak
- Bila kita mendirikan rumah tangga, rezeki kita akan bertambah
- Bila kita dapat zuriat, rezeki kita akan bertambah.
- Setiap zuriat yang lahir dalam keluarga kita, akan ada rezeki untuk si anak. Itu janji Allah S.W.T dalam Al-Quran.
- Jadi kena jaga hubungan dengan isteri dan anak-anak supaya rezeki sentiasa terbentang luas
- Sekali sekala solat berjemaah bersama isteri dan anak-anak. Berdoa bersama-sama minta hajat kita dimakbulkan dan diaminkan oleh mereka.
4) Jaga Hubungan dengan Masyarakat
- Hubungan dengan Masyarakat sangat penting kalau kita nak berjaya dalam apa juga perniagaan.
- Melalui hubungan yang baik dengan masyarakat memudahkan kita untuk buat networking
- Bila networking 'cantik' dan ramai orang berasa selesa dengan kita, ramai yang akan sudi bercerita tentang bisnes kita dari mulut ke mulut.
- Secara tidak langsung ramai orang akan mengiklankan perniagaan kita secara Percuma
- Sebagai Contoh "Korang tahu tak Ayah Mertua Imam Muda kita ada Jual Ayam Goreng di Bazar Ramadhan... Isteri aku pernah beli ayam gorang tu... Memang sedap... Aku rasa nak beli lebihlah esok... Boleh buat makan masa sahur sekali"
5) Bayar Zakat dan Rajin Bersedekah
Rahsia Sedekah -> http://bit.ly/2mLVZAr
- Sedekah akan buat rezeki kita berganda. Ini juga janji Allah dalam Al-Quran
- Setiap orang yang berterima kasih dengan pemberian kita, rezeki akan lebih mudah masuk
- Kalau dapat, kita bersedekah jangan sampai orang yang menerima sedekah tahu.
- Sebagai contoh, kita tolong bayarkan makanan orang lain (ALI) yang berada di kedai makan. Bila ALI nak bayar, Tokey Kedai bagi tahu yang makanan ini sudah di bayar.
- Bila Ali tanya siapa yang bayar? Tokey kedai tak nak bagi tahu.. Sukuplah sekadar Hamba Allah.
- Dalam hati ALI tentu mempunyai rasa berterima kasih yang amat sangat kepada Hamba Allah yang tolong bayarkan makanan beliau... dan tanpa di suruh terus berdoa dalam hati supaya hamba Allah yang tolong bayarkan makanan untuknya akan dimurahkan rezeki.
- Untuk alternatif lain, anda boleh infakkan harta ke rumah anak-anak yatim dan fakir-fakir miskin
- Infakkan harta di masjid atau surau-surau
- Selain itu Boleh juga meWaqafkan Al-Quran ke masjid-masjid atau surau-surau -> http://bit.ly/2mBHFf6
- Boleh juga buat Aqiqah Untuk Golongan Yang Kurang berkemampuan -> http://bit.ly/2mBWJtr
- Dan lain2
6) Beri yang terbaik kepada pelanggan
- Ini Rahsia *JUTAWAN SENYAP* yang semua peniaga WAJIB tahu dan amalkan.
- Pepatah Inggeris berkata "Customers is Always Right"... "Customers is a KING"
- Sekali kita buat kesilapan pada seorang pelanggan, pelanggan boleh HUKUM kita seumur Hidup. Kalau ada 1000 pelanggan HUKUM Bisnes kita seumur hidup, agak-agak apa akan jadi kepada bisnes kita? Lingkup..
- Sebagai Contoh kita jual Char Kuew Teow. Ada seorang pelanggan ni dah 10 kali makan Char Kuew Teow dekat kedai kita. Dia Rasa Sedap.
- Tapi nak dijadikan cerita, Kali ke 11 Dia makan Char Kuew Teow dekat kedai kita, dia rasa tak sedap. kebetulan pada hari tersebut udang yang kita masukkan dalam Char Kuew Teow dah Tak Fresh. Char Kuew Tiow yang kita masak ada berbau udang busuk dan sedikit sebanyak menjejaskan keenakan rasa Char Kuew Teow tersebut.
- Sekali kita buat silap, terus pelanggan tu akan claim Char Kuew Teow kita tak sedap. Dan Lain kali dah tak nak makan dekat kedai kita lagi.
- Lihat kesilapan sekali yang kita lakukan, Terus dihukum oleh pelanggan.. mungkin hukuman untuk sementara atau hukuman untuk selamanya..
.
- Cuba bayangkan apa akan berlaku kalau makanan yang kita jual langsung tak sedap? Agak-agak ada tak pelanggan yang nak membeli secara berulang di kedai kita?
.
- Hah.. sebab tu setiap peniaga kena sentiasa dapatkan maklum balas daripada pelanggan.
- Jangan Syok sendiri!! kena tahu, apa kekurangan masakan/produk/servis kita dari kaca mata pelanggan
- Kalau dah dapat tahu makanan yang kita masak tak sedap, kenalah belajar memasak daripada yang pakar..
- Kalau dah dapat tahu servis yang kita sediakan kurang memuaskan, kenalah perbaiki atau pertingkatkan kualiti servis..
- Kalau dah dapat tahu produk yang kita jual tak bagus, kenalah buat R&D untuk pertingkatkan kualiti produk..
- kena Cari ilmu yang sepatutnya berkaitan dengan bisnes kita. Kalau perlu, pergi berkursus.
- Dalam Bisnes pelanggan adalah Raja. Kalau kita pandai membelai hati pelanggan, In Shaa Allah masa depan bisnes kita cerah.
7) Sentiasa mencari Ilmu yang berkaitan dengan bisnes kita
- Pernah dengar tak cerita tentang Jutawan-jutawan Kosmetik pergi kursus pemasaran?
- Walaupun dah jadi Jutawan, dah jadi CEO dengan sales berjuta-juta ringgit setahun masih lagi mencari ilmu tantang Bisnes. Inilah dia Usahawan yang sebenar.
- Nak berjaya dalam bisnes kena ada ilmu.
- Hatta, berniaga makanan di pasar malam sekalipun nak kena ada ilmu.
- Kena cari ilmu yang berkaitan dengan Bisnes kita. Kena sentiasa update setrategi pemasaran semasa. Strategi pemasaran perlu berubah dari masa ke semasa berdasarkan kepada keperluan.
- kalau tak tahu, kena belajar daripada mereka yang dah berjaya dalam bisnes masing-masing.
Boleh tengok Contoh-contoh berikut:
- Tips Bisnes Air balang -> http://bit.ly/2mYzmej
- Tips Bisnes Ais Krim -> http://bit.ly/2mLY2Eo
- Tips Bisnes Bakeri -> http://bit.ly/2mh6ZVd
- Tips Bisnes Burger -> http://bit.ly/2mgWJfx
- Tips Bisnes Muffin -> http://bit.ly/2mQZKGz
- Tips Bisnes Kek Kukus -> http://bit.ly/2mBLjWA
- Tips Bisnes Biskut Penyet -> http://bit.ly/2nujNrz
- Tips Bisnes Kuih Maruku -> http://bit.ly/2mA8tuU
- Tips Bisnes Kuih Tart -> http://bit.ly/2mYm6Gx
- Tips Bisnes Cheese kek -> http://bit.ly/2mAm3hC
- Tips Bisnes Biskut Raya -> http://bit.ly/2nu8P5o
- Tips Bisnes Bahulu -> http://bit.ly/2mBNzwJ
- Tips Bisnes Apam Polkadot -> http://bit.ly/2mQNllX
- Tips Bisnes Buat Coklat Sendiri -> http://bit.ly/2mh1wwW
- Tips Bisnes kek Coklat -> http://bit.ly/2mhn7Fl
- Tips Bisnes Cupcake -> http://bit.ly/2mArFZv
- Tips Bisnes 22 jenis Kek -> http://bit.ly/2mAqtVN
- Tips Bisnes Fotografi -> http://bit.ly/2nuQoOA
- Tips Bisnes Ikan Tilapia -> http://bit.ly/2mRNjdb
- Tips Bisnes Kambing -> http://bit.ly/2ndaxLR
- Tips Bisnes Dekorasi Rumah -> http://bit.ly/2mYvfiv
- Tips Bisnes Baju Bundle -> http://bit.ly/2nHGZCW
- Tips Bisnes jual barang murah dari China -> http://bit.ly/2mhke7I
- tips Bisnes Jual Perabot Murah dari China -> http://bit.ly/2lIkE6P
8) Lakukan Solat Sunat terutamanya Solat Dhuha, Tahajud, Taubat dan Hajat
- Rahsia Solat -> http://bit.ly/2nda7oT
- Allah sangat suka hambanya yang bangun di tengah malam untuk melakukan Solat Tahajud
- Allah sangat suka hambanya yang sentiasa betaubat meminta ampun kepada Allah S.W.T (Solat Sunat Taubat)
- Bila hati dan Jiwa kita telah bersih dan tenang, lakukan solat sunat mohon supaya hajat kita di tunaikan (Solat Sunat hajat)
- Solat Dhuha jangan lupa untuk diamalkan. Solat Sunat Dhuha merupakan amalan paling ideal untuk menjemput rezeki dalam hidup kita
9) Jangan Beli terlalu banyak Aset Perniagaan semasa mula Berniaga
- Ramai peniaga melayu tak dapat bertahan lama dalam bisnes, sebab tak mampu nak pusing balik modal perniagaan apabila sudah sampai masanya.
- Mana taknya.. Dapat jer untung sikit terus beli aset untuk keselesaan di tempat berniaga atau keselesaan di pejabat.. Beli mesin yang canggih-canggih... Beli perabot yang mahal-mahal.. Kesudahannya, bila nak pusing balik modal duit tak cukup.
- Sebaiknya... setiap kali dapat keuntungan, gunakan duit tersebut untuk beli lebih banyak stok barang jualan.
- Setiap kali habis jual stok yang ada, beli lebih banyak stok.. Lagi dan lagi..
10) Syukur dan Redha ( Tawakal dan Sabar)
- Sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan. Kalau dapat lebih sikit, kena sedekahkan sebahagian daripada rezeki tersebut.
- Banyakkan bersabar dalam menghadapi setiap dugaan.
- Lebih banyak kita bersyukur, lebih banyak kita bersabar, lebih banyak nikmat yang bakal kita perolehi.
- In Shaa Allah, semoga rezeki tak tersalah alamat. Cuma samada lambat atau cepat sahaja.
- Teruskan Istiqamah dalam melakukan 10 perkara ini.. In Shaa Allah, kita juga pasti beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.
Tips/Formula Tarik Rezeki -> http://bit.ly/2nuT672
Kalau tak keberatan Forwardkan info ini kepada kawan-kawan anda..
Semoga ramai yang bakal mendapat manfaat daripadanya..
Bantu rakan anda.
Terutamanya kepada rakan-rakan anda yang terlibat berniaga di pasar-pasar malam atau pasar-pasar harian atau di bazar-bazar Ramadhan..
Bantu mereka, dengan menyampaikan info ini kepada mereka.
Anda permudahkan urusan orang lain. In Shaa Allah, satu hari nanti Allah juga akan permudahkan urusan anda.
Semoga bermanfaat..
Info Berkaitan:
- 3 Usahawan kongsi Pengalaman Bankrap sebelum jadi Jutawan
- Anak Jutawan Senyap Bisnes Burger
- Kisah Hidup Graduan Politeknik ditulis dalam buku "Bagaimana Bankrap Menjadikan Aku Kaya"
- Amalkan Selawat Tafrijiyah : Semoga Murah Rezeki..
- Sumber Inspirasi Kejayaan 2016 : Daripada Seorang Guru Kini Jutawan
30 Ulasan
Terima kasih tuan atas perkongsiaan tersebut..
BalasPadamJaga hubungan antara manusia dan Allah memang terpenting sekali
Bukan saja kena tahu tips ni tapi kena amalkan juga.. barulah berjaya kan?
BalasPadamInsyaAllah akan diaplikasikan dalam kehidupan seharian
BalasPadamorg2 yg berjaya dlm bisnes, berusaha dari bawah, mula dengan satu dua sen.. mrk berjuang habis2an hingga berjaya
BalasPadamBanyak benda boleh belajar dari entri ini. Terima kasih.
BalasPadamthanks atas perkongsian
BalasPadamTips yang sangat berguna.. kadang-kadang tu kita malas untuk buat semua ni.. tapi seringkali pertikai kenapa rezeki susah nak masuk...
BalasPadamterima kasih bos atas perkongsian ini
BalasPadamterbaik bos... betul hubungan dengan orang kita kena baik. Insyallah ada keberkatan disitu..
BalasPadampernah baca buku chef li, memang terbaik buku tu
BalasPadamBukan senang nak berjaya.. yang penting kena ikhlas dlm semua perkara yang kita buat.. perkongsian diatas blh jadi panduan untuk kita semua...
BalasPadamThanks perkongsian kali ini, i follow post ini. Insyallah kita sama-sama mencari rezeki dan ikhlas dalam mencari rezeki. Baru boleh ada keberkatan dalam mencari rezeki.
BalasPadamChef li pun pernah alami zaman susah juga. Memang bagi motivasi pada saya
BalasPadamgood sharing...jom orang kita..mai jadi jutawan ..tolong agama tolong keluarga
BalasPadamTerima kasih tuan atas perkongsian yang sangat bermanafaat.credit to blog owner.terbaik.
BalasPadamtips yang baik berkat utk dikongsi bersama. semoga kita semua menjadi jutawan
BalasPadamTerima kasih dengan perjongsian tersebut..
BalasPadamTerima kasih dengan perjongsian tersebut..
BalasPadamJAGUARQQ SITUS DOMINO99 POKER ONLINE DAN BANDARQ ONLINE
BalasPadam* Dengan Minimal Deposit : Rp 15.000,-
* Bisa deposit via pulsa XL dan Telkomsel
* Minimal DP Via Pulsa 15.000 ( RATE : 0.84 / Potongan : 16% )
* Tersedia 9 Game Dalam 1 User ID
+ BANDARQ
+ ADUQ
+ SAKONG
+ DOMINO99
+ BANDAR66
+ POKER
+ BANDAR POKER
+ CAPSA SUSUN
+ PERANG BACCARAT
* Bonus Rollingan 0,5% Setiap minggu
* Bonus Referal 20% Seumur hidup
- Kontak Kami -
WA : +855964608606
TELEGRAM : +855964608606
LINE : csjaguarqq
Website : JaguarQQ
Klik Disini : BandarQ Online
Kunjungi Juga BlogSpot Kami :
JaguarQQ
Kemenangan JaguarQQ
Berita Gosip
Cerita Seks
Sahabat Wisata
https://bayanlarsitesi.com/
BalasPadamGöktürk
Yenidoğan
Şemsipaşa
Çağlayan
FSPF
Diyarbakır
BalasPadamSamsun
Antep
Kırşehir
Konya
LQZ
sakarya
BalasPadamelazığ
sinop
siirt
van
ES2
urfa evden eve nakliyat
BalasPadammalatya evden eve nakliyat
burdur evden eve nakliyat
kırıkkale evden eve nakliyat
kars evden eve nakliyat
Yİ08K
A224E
BalasPadamKarapürçek Fayans Ustası
Tekirdağ Şehir İçi Nakliyat
Muş Lojistik
Konya Şehir İçi Nakliyat
Çerkezköy Parke Ustası
Manisa Evden Eve Nakliyat
İzmir Şehir İçi Nakliyat
Çanakkale Lojistik
Hotbit Güvenilir mi
F3FA1
BalasPadamTunceli Şehir İçi Nakliyat
Düzce Parça Eşya Taşıma
Hexa Coin Hangi Borsada
Bayburt Şehirler Arası Nakliyat
Bitlis Şehir İçi Nakliyat
Sakarya Evden Eve Nakliyat
Raca Coin Hangi Borsada
Artvin Parça Eşya Taşıma
Kütahya Evden Eve Nakliyat
D012E
BalasPadamBitlis Evden Eve Nakliyat
Kayseri Evden Eve Nakliyat
Afyon Evden Eve Nakliyat
Pancakeswap Güvenilir mi
Çerkezköy Bulaşık Makinesi Tamircisi
Binance Referans Kodu
Coin Nedir
Binance Referans Kodu
Bitrue Güvenilir mi
7846B
BalasPadamindirim kodu %20
DF660
BalasPadambinance referans kodu
referans kimliği nedir
binance referans kodu
resimli magnet
resimli magnet
referans kimliği nedir
binance referans kodu
resimli magnet
binance referans kodu
449BA
BalasPadamParasız Görüntülü Sohbet
Tiktok İzlenme Hilesi
Nonolive Takipçi Satın Al
Twitter Retweet Hilesi
Likee App Beğeni Satın Al
Kripto Para Nasıl Kazılır
Azero Coin Hangi Borsada
Bitcoin Üretme
Onlyfans Takipçi Hilesi
6E56C
BalasPadambybit
yulaf bal sabunu
bitcoin ne zaman çıktı
filtre kağıdı
4g proxy
nar sabunu
tarçın sabunu
zerdeçal sabunu
bingx