Rekod Kejayaan 3.7 juta pengunjung menghadiri MAHA 2016

"Penganjuran MAHA 2016 pada kali ini berjaya mencipta rekod yang cukup memberangsangkan dengan kehadiran 3.7 juta pengunjung dan perjanjian jualan melebihi RM380 juta."
Video yang menggambarkan Kemeriahan penganjuran MAHA 2016

Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 telah diadakan selama 11 hari bermula dari 1 Disember 2016 di Taman Pameran Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang. 

Tema yang dibawakan oleh penganjur MAHA kali ini ialah Our Food Our Future (Makanan Kita Masa Depan Kita) ternyata berjaya menarik minat ramai pengunjung. Dengan tema tersebut, fokus MAHA kali ini adalah untuk memberikan pengetahuan, awareness tentang sumber makanan di Malaysia, selain mempromosikan lebih banyak produk berkaitan AgroPelancongan (AgroTourism) serta Gaya Hidup Agro (Agro Lifstyle).

Penganjuran MAHA pada kali ini dilihat berjaya mencatat sejarah dengan kehadiran seramai 3.7 juta orang pengunjung dan  perjanjian jualan melebihi RM380 juta. Dengan rekod tersebut, secara tidak langsung telah berjaya melepasi sasaran yang ditetapkan oleh pihak penganjur iaitu 3 juta pengunjung dan perjanjian jualan sebanyak RM200 juta.  

MAHA 2016 sentiasa dibanjiri oleh ribuan pengunjung hampir pada setiap masa

Strategi baru dalam penganjuran MAHA kali ini berkonsepkan agrotainment seperti 'Rhythm of the Farmers' ternyata dapat menarik minat pengunjung ke kawasan pameran tahun ini, terutamanya daripada golongan belia.



Malah, ramai yang sanggup terus berada di MAHA 2016 sehingga ke malam hari untuk merasai kemeriahan penganjuran program-program yang disediakan pada malam hari


Video Sambutan MAHA 2016 pada waktu malam tak kurang juga hebatnya..


Selain daripada penyertaan golongan belia, MAHA 2016 turut melibatkan golongan peniaga profesional dalam sektor pertanian dan orang awam. Disamping ianya turut dihangatkan dengan persembahan beberapa artis terkenal, persembahan kebudayaan, masakan tradisional, persembahan dan pelancaran produk , teknologi dan inovasi pertanian, bazar agro,  dan pertandingan memancing.


Kewujudan Kampung Mok Cun, Kampung Durian Runtuh Upin Ipin serta festival muzik, maskot transformer dan kereta kuda turut memberikan impak positif kepada golongan muda dan kanak-kanak yang sebelum ini tidak tahu mengenai MAHA. 

Berikut merupakan beberapa gambar yang dapat saya kongsikan untuk menggambarkan kemeriahan suasana di MAHA 2016... 


Gambar-gambar Kemeriahan penganjuran MAHA 2016.

Fakta Penting MAHA2016 yang boleh dijadikan sebagai kenangan
  • Rekod jumlah pengunjung paling ramai, 3.8 juta malah melebihi sasaran 3 juta pengunjung
  • Perjanjian Jualan RM380 Juta dicatatkan melebihi sasaran perjanjian jualan sebanyak RM200 juta
  • 40 % belia terbabit
  • Upin Ipin sebagai maskot
  • Wujudnya Kampung Mok Cun dan Durian Runtuh Upin Ipin
  • Ada pertandingan Lembu Sado
  • Festival Muzik diperkenalkan

 Video Kemeriahan MAHA 2016 dari pagi hingga ke malam selama 11 hari

Kebanyakan pengunjung yang pergi ke MAHA 2016 sangat berpuas hati dan dengan rela hati sudi menceritakan keseronokan dan kemeriahan yang mereka alami sepanjang berada di sini. Ini antara faktor yang menggalakkan lebih ramai pengunjung menghadiri MAHA 2016 dari sehari ke sehari.

Ramai yang berpuas hati dengan layanan baik yang diberikan oleh petugas-petugas MAHA. Disamping Produk-produk yang dijual juga menarik dan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.


Tahniah Pada Penganjur MAHA 2016

Tahniah diucapkan kepada penganjur dan semua Petugas MAHA 2016. Terima kasih di atas servis terbaik yang kalian berikan sehingga berjaya memberi gambaran yang cukup positif dalam penganjuran MAHA kali ini.. 

Diharap kecemerlangan ini dapat diteruskan dalam penganjuran MAHA yang akan datang. supaya dapat menarik lebih ramai pengunjung lagi..  In Shaa Allah.. 

Sekiranya ingin mendapatkan lebih banyak maklumat tentang MAHA 2016, boleh layari Fanpage MAHA 2016 - https://www.facebook.com/maha.gov.my

P/s: Jangan lupa like sekali Fanpage tersebut yer... ;)

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. pihak yang beruntung adalah peniaga dan sedikit sebanyak memberi impak positif kepada ekonomi negara

    BalasPadam
  2. Saya salah sorang drpd 3.7 juta tu 😃😃😃

    BalasPadam
  3. Memang ramai pengunjung kali ini. Dari seluruh pelusuk negara pengunjung yang datang

    BalasPadam