Nikmati Keseronokan di Bukit Gambang Water Park

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bersambung lagi tentang aktiviti Percutian kami sekeluarga ke Bukit Gambang Resort City

Pada pagi hari kedua, kami sekeluarga pergi ke Bukit Gambang Water Park dengan menaiki Tram yang disediakan di Reception penginapan kami (Caribbean Bay Resort).

Nikmati Keseronokan di Bukit Gambang Water Park
Nikmati Keseronokan di Bukit Gambang Water Park

Betapa terujanya anak-anak dapat naik bas yang dipanggil TRAM.. Sebenarnya jarak dari Caribbean Bay Resort ke Bukit Gambang Water Park takderlah jauh sangat.. Tapi, disebabkan tak tahu macam mana nak ke sana... Dalam masa yang sama nak memudahkan kami ke sana... Terus jer kami ambil keputusan naik TRAM... hehehe..  

Sebaik sahaja turun dari TRAM, terus kami ke kaunter Bukit Gambang Water Park... Memang kami plan nak ain air dulu baru nak pergi ke Safari park.. Untuk makluman, Kaunter masuk Safari park dan Kaunter masuk Water Park terletak dalam bangunan yang sama.. Kaunter masuk Safari Park terletak di tingkat atas, manakala kaunter masuk Water Park terletak di tingkat bawah..    
kaunter masuk Bukit Gambang Water Park
Kaunter masuk Bukit Gambang Water Park

Tiket masuk Water Park
  • Dewasa : RM 35.00    (13 tahun dan ke atas)
  • Kanak-kanak / Warga Emas :  RM 25.00 (Kanak-kanak dengan ketinggian melebihi 90cm sehingga berumur 12 tahun)
  • Kanak-kanak dengan ketinggian dibawah 90cm PERCUMA


Combo Tickets ( Water Park + Safari Park )
  • Dewasa: RM 65.00 (13 tahun dan ke atas)
  • Kanak-kanak / Warga Emas : RM 45.00 (Kanak-kanak dengan ketinggian melebihi 90cm sehingga berumur 12 tahun)
  • Kanak-kanak dengan ketinggian dibawah 90cm PERCUMA

Tiket Naila dan Baby Aisy Percuma

Tiket masuk Adam (7 tahun) juga Percuma... Kebetulan pada hari jadi Adam..

Ada Special Price untuk student RM28.00 sahaja


Perkara yang WAJIB anda tahu semasa mendaftar masuk ke Bukit Gambang Water Park

Dalam Bukit Gambang Water Park, anda langsung tidak boleh menggunakan wang tunai untuk berbelanja samada untuk membeli makanan atau untuk menyewa kemudahan yang disediakan. Semua urusan pembayaran menggunakan E-Value.
 Semua urusan pembayaran di Bukit Gambang Water Park menggunakan E-Value
Semua urusan pembayaran di Bukit Gambang Water Park menggunakan E-Value

Jadi, nasihat saya.. Sebaiknya rancanglah dulu keperluan perbelanjaan semasa berada di dalam Bukit Gambang Water Park supaya dapat memastikan Kredit E-value yang berada pada anda mencukupi..

Kalau tak... Anda terpaksa pergi ke Kaunter Topup yang disediakan di dalam Bukit Gambang Water Park untuk menambah nilai kredit E-Value..

Disebabkan nilai kredit E-Value tidak mencukupi, saya terpaksa Top-Up 2 kali... Mujur semasa saya nak Top-up tu Q tak panjang...

Berikut merupakan gambar aktiviti-aktiviti menarik yang terdapat di Bukit Gambang Water Park..

Aqua Play dan Swimming Pool


Glacier River

Pelampung kena sewa yer.. Sekali sewa boleh guna di pelbagai tempat..

Kabana untuk Disewa (Ada 5 jenis Kabana) 


 Wave Pool dan Beach

 
Bola Tampar pantai pun ada..
  
Kids Slides


Adult Slides

Had ketinggian 110cm

Ada 4 jenis macam ni..

Lane Racer

Haikal dengan beraninya main Lane Racer

Alhamdulillah... Anak-anak gembira sepanjang berada di Bukit Gambang Water Park.. 

Selfie sikit di Bukit Gambang Water Park... Hehehe..

Ada kerja-kerja penyelenggaraan di Bukit Gambang Water Park

Bukit Gambang Water Park Map
Bukit Gambang Water Park Map

Semoga info yang saya kongsikan ini dalam percutian ke Bukit Gambang Water Park pada kali ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca yang berhajat untuk bercuti ke sana..

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. jelas kegembiraan dipancar di wajah tuan sekeluarga..saya pun gembira..

    BalasPadam
  2. Info bermanfaat, memang kena bookmark entri ini, kot2 ke depan nak pegi, tak penah lagi pegi.... kat rumah saya ada la The Carnival (sungai petani) lebih kurang macam ni, tapi kecik hehe

    BalasPadam
  3. tak mahal sangat tiket. sgt berbaloi

    BalasPadam
  4. Best...lama dah tak ke sini padahal laluan balik kampung je..

    BalasPadam
  5. sangat menarik..thanks bro berkongsi..

    ada dalam perancangan, tapi belum kesampaian nak ke sana..

    BalasPadam
  6. oh masa cuti mauilid tu kawan ada kesini...
    Masuk rasanya macam murah tapi semuanya nak kena sewa

    Yang paling tak boleh tahan makan burger tanpa sos

    Tapi apa pun best juga lah dekat sini

    BalasPadam
  7. Sempat merasa bercuti digambang masa cuti sekolah kali no. Dah lama plan :-)

    BalasPadam
  8. nice. nampak sangat sesuai ngan budak2 kecil :D

    BalasPadam
  9. wah seronoknya bawak anak2 mandi manda di gambang water park..ciktom asyik nak kena sana tapi xjadi je dari 2015 lg..bila la nak ke sana agaknya..

    BalasPadam
  10. Mmg sronok main situ..klu ade anak2 mmg sesuai g gambang ni..

    BalasPadam
  11. anak-anak seronok mak ayah teruja...

    BalasPadam
  12. seronok sekali sepertinya liburannya ya tuan ....

    BalasPadam
  13. tunggu cuti akan datang la jawabnya.

    sibuk gila sekarang.

    BalasPadam