Pada 23 Disember 2016 baru-baru ni, saya berpeluang bawa isteri dan anak-anak ke Bukit Gambang Safari Park.
Sebenarnya keputusan untuk pergi bercuti ke Gambang Safari Resort ni di buat last minit.. Sebelum tu dah ada cadangan beberapa tempat untuk bawa anak-anak pergi bercuti.. antaranya Pulau Pangkor, Cameron Highland, Melaka, Genting Highland, Bukit Merah lake Town Resor dan tempat-tempat percutian lain di kawasan utara semenanjung.. tapi last minit tiba-tiba keputusan berubah.. terus booking tempat penginapan di Bukit Gambang Resort melalui Agoda.. ;)
Sebelum ni, saya pun kurang tahu apa yang menarik terdapat di Bukit Gambang Resort.. tapi bila dah sampai ke sini, baru tahu apa yang menarik di sini..
Kalau nak ikutkan memang banyak info yang ingin saya kongsikan dalan percutian saya pada kali ini... tapi mana yang sempat saya tulis, itu yang akan saya terbitkan terlebih dahulu...
Untuk artikel yang pertama, saya berminat untuk berkongsi sebahagian pengalaman semasa berada di Bukit Gambang Safari Park..
Apa yang menarik di Bukit Gambang Safari Park?
Selain daripada menonton haiwan secara live, antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Bukit Gambang Safari Park ialah menyaksikan live show. Terdapat beberapa aktiviti live show yang boleh anda tonton mengikut kesesuaian masa yang anda ada keriks berkunjung ke sini. Berikut merupakan senarai live show yang ada dipersembahkan di Bukit Gambang Safari Perak :
- Multi-Animal Show
- Wonderful Bird Show
- Predators Show
- African Yabara Fire Show (malam)
- Tarsan Advanture Show (malam)
- dan Educational Animal Briefings
Semasa kami ke sana, kami hanya sempat menonton 3 show sahaja iaitu:
- Multi Animal Show
- African Yabara Fire Show, dan
- Tarsan Adventure Show
Jom lihat koleksi gambar-gambar dan video tentang ketiga-tiga show tersebut.
Multiple Animal Show di Bukit Gambang Safari Park
Kami sempat menonton Multiple animal show Kira-kira pada jam 6.00 petang..Seronok jugak layan show ini..
Show ini dikendalikan oleh seorang host berbahasa Inggeris.. memperkenalkan dan mempersembahkan aktiviti-aktiviti binatang yang masuk dan keluar di atas pentas secara bergilir-gilir.
Ada yang keluar dari belakang pentas seperti Kuda padi anak-beranak, memerang, orang utan, musang, beruang, Llama dll..
Ada yang keluar dari sebelah kiri atas pentas dengan menggunakan tali seperti orang utan dan ..... (maaf tak tahu nama haiwan ini dalam Bahasa Melayu dan Inggeris)
Haiwan-haiwan dan para pelatih yang terlibat dalam menjayakan show ini
Kanak-kanak bertuah yang dipanggil ke atas pentas untuk 'beraksi' dengan ular sawa
Secara keseluruhannya kami suka menonton show ini.. ia agak santai, relax dan menghiburkan..
Fire Show di Bukit Gambang Safari Park
Pada sebelah malamnya.pula, kami berpeluang menonton Fire Dancers, Eaters and Breathers in Bukit Gambang Safari Park
Best juga layan aksi-aksi yang mereka persembahkan.. kalau tak percaya, boleh tengok gambar dan video di bawah...
gambar Fire Dancers, Eaters and Breathers in Bukit Gambang Safari Park
video Fire Dancers, Eaters and Breathers in Bukit Gambang Safari Park
Macamana? Best tak?
P/s : Jangan tiru aksi-aksi ini di rumah yer.. terutamanya anak-anak di bawah umur 18 tahun..
Tarzan advanture Show di Bukit Gambang Safari Park
Show terakhir yang sempat saya tonton pada malam tu ialah Tarsan Adventure Show..
Bukan tersalah ejaan yer.. dan bukan juga masalah penglihatan anda..
Sememangnya itulah ejaannya yang sebenar... Tarsan.. bukan Tarzan..
Kalau ada yang berminat nak tahu, kenapa mereka pilih perkataann tu?
Kenalah tanya dengan pihak pengurusan Safari Park ni..
Jom tengok aksi-aksi Tarsan, pemburu-pemburu Upahan dan beberapa ekor haiwan yang turut menjayakan show ini..
Boleh tengok video di bawah...
Video Tarzan advanture Show di Bukit Gambang Safari Park
Macamana? Best tak? Hahaha..
Kalau nak datang menonton show ini pada sebelah malam.. tolong jangan tanggalkan gelang tag anda.. tak perlu beli tiket lain untuk menonton show-show ini..
Semoga bermanfaat. ;)
Kalau nak datang menonton show ini pada sebelah malam.. tolong jangan tanggalkan gelang tag anda.. tak perlu beli tiket lain untuk menonton show-show ini..
Semoga bermanfaat. ;)
- Nikmati Keseronokan di Bukit Gambang Safari Park
- Booking apartment 1 bilik di Bukit Gambang Resort melalui Agoda.. dapat apartment 2 bilik... Syukur Alhamdulillah
- Cuti-cuti Malaysia di Bukit Gambang Resort
- I-GAMBANG HOMESTAY, Homestay Pilihan Terbaik di Gambang
- Nikmati Keseronokan di Bukit Gambang Water Park
- Multi Animal Show, Fire Show dan Tarsan advanture Show di Bukit Gambang Safari Park
8 Ulasan
belum pernah lagi masuk ke safari ni, biasa pergi ke water theme park gambang tu je
BalasPadamSaya pun ingat Bukit Gambang ni water theme park je. Rupanya ada Safari Park. Menarik jugak ni. Thanks for sharing
BalasPadammemang nampak menarik je tu..
BalasPadamentah bila lah nak pegi agaknya
teringin nak ke safari tu
BalasPadammenarik teringin nak p sana, belum pernah sampai
BalasPadamWah bestnya dapat bercuti dengan family..jauh bercuti. hehe
BalasPadamSiap ada lakonan lagi dekat Safari Park.. Comel nyaaa.. Hehe
BalasPadamterkejut tak bunyi mercun yang dilemparkan masa live show... pernah pergi sini...seronoklah juga.
BalasPadam