Jangan Bertangguh untuk membeli Rumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada tahun 2015 saya pergi ke office Huayang di Seri Iskandar Perak...
Masa tu Huayang sedang membangunkan Rumah Teres 2 Tingkat di taman Lavender 2..

Harga rumah lot tengah yang dijual pada masa tu RM244,800 dengan keluasan 22' X 70'

Harga rumah lot tengah di Seri Iskandar Perak pada tahun 2015 berharga RM244,800 dengan keluasan 22' X 70'


Masa tu rasa tak mampu nak beli rumah.. sebab mahal.. tapi mengenangkan harga rumah semakin lama semakin meningkat.. saya dan isteri akhirnya nekad untuk membeli rumah tersebut..

2 hari lepas (26 dis 2016), saya pergi semula ke pejabat Huayang di Seri Iskandar Perak.. Sambil bertanya tentang  kunci rumah yang saya beli.. sempat saya tengok projek terbaru Huayang..

Ada rumah teres 2 tingkat terbaru yang bakal di bina di kawasan Seri Iskandar.. Iklan belum keluar lagi.. tapi replika rumah dah ada..

Rumah teres dua tingkat berkeluasan 20' X 65' di jual pada harga RM315,000 untuk lot tengah..

Lihat kesan kenaikan harga rumah dalam masa setahun labih.. kalau sebelum ini harga rumah Lavender 2 dah mahal.. sekarang lagi mahal... keluasan rumah semakin kecil.. tapi harga rumah semakin mahal..

Kalau saya tak berani beli rumah Lavender 2 pada tahun lepas... tentu saya rasa menyesal.. sebab harga rumah terbaru ni jauh lebih mahal...

Nasihat saya.. kalau nak beli rumah jgn bertangguh.. lebih baik bertangguh membeli kereta daripada bertangguh membeli rumah..
..
Sekiranya perlukan ilmu untuk membeli rumah.. Saya syorkan baca di sini

Ilmu Pelaburan Hartanah yang terbukti berkesan dikongsikan oleh 16 orang pakar dalam ilmu pelaburan.

Sumber : Klik Di Sini

Abang Ensem - Memiliki 14 buah rumah sewa

Adrian UN
 Dr. Azizul Azli - Pakar Pelaburan hartanah


 Azlan Majid - Perunding Hartanah Berdaftar
Faizul Ridzuan - Memiliki 23 hartanah sebelum usia 30 tahun

 KhairulNawawi - Perunding Hartanah Berdaftar
 Shafie Bustan - Pakar Rumah Lelang
Zaidi Ismail - Pakar Perundingan Kewangan Peribadi
Sumber : Klik Di Sini

Sekarang ni sudah tidak ada alasan untuk bertangguh daripada membeli rumah.. Semakin lambat kita bertindak untuk membeli rumah, harga rumah akan jadi semakin mahal.. Kalau sekarang pun kita dah rasa tak mampu... Akan datang lagi kita rasa tak mampu.. 
"Nasihat untuk anak muda.. segerakan untuk membeli rumah... walaupun terpaksa bertangguh untuk membeli kereta..."
Nak dapatkan Tips Tambahan.. Strategi Confirm Lulus Loan Rumah?
Baca di sini -> http://bit.ly/2m2sn4c

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. beli sekarang atau tak beli terus..pilihan di tangan anda hehehe

    BalasPadam
  2. Abg sy berpeluang beli rumah, tetapi kena tunggu lama, even more than a year, pasal kes srata, sy pun tak paham sgt apa die cite.. hehe

    BalasPadam
  3. rumah skrg masih mahal kalu rumah baru. rumah subsale dah turun harga

    BalasPadam
  4. saya tak sabar nak dengar rumah turun harga. hehe

    BalasPadam
  5. betul tu bro... Dulu masa bujang owner rumah sewa aku offer rumah teres 2 tgkat yg aku sewa tu RM180k jer... masa tu rs mcm mahal giler.. Lokasi kat Cheras... Skrg ni 180k boleh dpt rumah flat jer... Nyesal giler... Tp apapun syukur sbb dah ade rumah sendiri wpun aprtmen dan sdg tggu rumah kedua siap hjg thn ni... Btul sgt, jgn bertangguh bli rumah...

    BalasPadam
  6. Betul tu, janan bertanguh beli rumah. Doakan saya supaya dapat rumah secepatnya.

    BalasPadam
  7. Samalah.
    Saya dengan husband pun beli juga rumah walaupun mahal.
    Sekarang berganda-ganda mahal.

    BalasPadam
  8. Tengah gigih kumpul deposit demi nak beli lagi rumah. Investment purpose. Biarlah kereta tak berapa nak canggih sangat, asalkan ada aset yang tinggi tambahnilai. Bukan susutnilai seperti kereta. :)

    BalasPadam
  9. Harga rumah di sana memang dahulu agak murah. Tapi sekarang dengan adanya pelbagai universiti nilai hartanah memang naik sungguh

    BalasPadam
  10. Rumah ni pon sejenis spesies naik tak turun2.
    Kalau aku kaya... Huhuuu..

    BalasPadam