Tak lama lagi cuti sekolah akan bermula... Dah ada perancangan sebarang program untuk anak-anak?
Kalau belum, Ada Berita baik untuk ibu bapa dan anak-anak yang ingin mendalami ilmu Tajwid sempena musim cuti sekolah kali ini.
Ustaz Hj. Mohd Asraff Ayob Al-Hafiz akan mengadakan Seminar Tajwid Luar biasa Mega di tiga lokasi dan tarikh yang berbeza pada musim cuti sekolah kali ini iaitu:
Seminar 1
Tarikh : 3 dan 4 Disember 2016
(Sabtu dan Ahad)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Bertempat di :
Dewan Tuah,
Perpustakaan Awam Melaka,
Jalan Bukit Baru, Melaka
Seminar 2
Tarikh : 17 dan 18 Disember 2016(Sabtu dan Ahad)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Bertempat di :
Dewan SIRIM, Auditorium SIRIM Berhad,
Persiaran Dato' Menteri, Seksyen 2, Shah Alam
Seminar 3
Tarikh : 24 dan 25 Disember 2016(Sabtu dan Ahad)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Bertempat di :
Seminar TLBM Dewan Bestari,
Fakulti Pendidikan, UKM, Bangi
Seminar Tajwid Luarbiasa ini sebenarnya ditujukan khusus untuk golongan dewasa yang ingin mempelajari dan menguasai ilmu tajwid sehingga ke tahap anda boleh mengajar rakan-rakan dan anak dirumah walaupun anda bukan seorang ustaz atau ustazah.
Selepas anda menghadiri seminar ini... In Shaa Allah walau apa pun profesion pekerjaan anda samada anda seorang doktor, engineer, guru dan sebagainya.. Anda boleh mengajar anak-anak anda membaca Al-Quran di rumah.
Selepas anda menghadiri seminar ini... In Shaa Allah walau apa pun profesion pekerjaan anda samada anda seorang doktor, engineer, guru dan sebagainya.. Anda boleh mengajar anak-anak anda membaca Al-Quran di rumah.
Testimoni Peserta Seminar Tajwid LuarBiasa Ogos 2016
Tetapi, dalam seminar sebelum ini ada seorang peserta berumur 13 tahun yang mengikuti seminar ini dari mula hingga habis.
Alhamdulillah.. Ini menunjukkan silibus yang terkandung dalam seminar ini sesuai untuk semua peringkat umur. Cuma bagi ibu bapa yang membawa anak-anak berumur kurang daripada 10 tahun, ibu bapa perlu memastikan anak-anak memberi tumpuan sepenuhnya kepada penyampaian ustaz.
..
Sumber : Klik Di Sini
SIlibus Tajwid Luar Biasa
Berikut merupakan Silibus Tajwid Luar Biasa MEGA yang akan diajar dalam seminar ini.
Sumber : Klik Di Sini
SILIBUS 1 (BASIC RULES) - Pengenalan tentang tajwid.
FOKUS : Para peserta akan dapat membezakan ilmu tajwid ’dalam buku’ dengan tajwid praktikal. Ilmu tajwid yang diamalkan agar mudah baca Al-Quran.
SILIBUS 2 (KOMPONEN) - Makhraj serta sifat huruf.
FOKUS : Para peserta akan didedahkan cara untuk menyatukan ilmu makhraj & huruf ketika praktikal bacaan Al-Quran. Inilah fokus utama ilmu tajwid. Cuma, dua bab ini paling sukar difahami. Jika anda kabur disini, banyak ’lompong’ dalam bacaan Al-Quran nanti.
SILIBUS 3 (TRAFFIC JAM 1) - Hukum berkaitan Nun mati, Mim mati & Tanwin.
FOKUS : Para peserta akan didedahkan cara ’short-cut’ untuk memahami hukum Bacaan dengung & tidak dengung. Anda tidak perlu pening menghafal hurufnya. Ia antara hukum tajwid paling banyak wujud dalam Al-Quran.
SILIBUS 4 (TRAFFIC JAM 2) - Hukum Mad
FOKUS : Ini antara bahagian yang sukar dikuasai kerana mad ada 19 pecahan. Para peserta akan dapat belajar secara praktikal. Anda camkan mad berdasarkan beza ’speed’nya.
SILIBUS 5 (SPECIAL CASES) : 9 BACAAN UNIK
FOKUS : Dalam bacaan riwayat Hafs An A’sim, ada 9 bacaan unik. Kuasainya, bacaan anda akan ’perfect’.
SILIBUS 6 (SPECIAL RULES) : SEBUTAN HURUF TEBAL- NIPIS
FOKUS : Dari sudut praktikal, huruf tebal-nipis terutamanya Ro’ merupakan huruf yang PALING KERAP disebut secara salah kerana huruf ini berbeza dengan sifat huruf lain. Ada masanya ia dibaca tebal, ada ketikanya ia dibaca nipis.
Siapa yang Patut Hadir ke Seminar ini?
- Mereka yang ingin faham ilmu tajwid praktikal tanpa perbahasan teori berjela-jela.
- Mereka yang baca Al-Quran tapi tidak ingat nama hukum tajwidnya.
- Mereka yang ingin BIMBING anak sendiri ilmu tajwid di rumah walaupun anda tiada latarbelakang agama.
- Mereka yang baca Al-Quran tapi panjang mad ’main teka’. Sekejap 4 harkat, sekejap 5 harkat.
- Mereka yang basic tajwidnya ’tidak tersusun’, banyak tidak faham, keliru tentang ilmu tajwid.
- Mereka yang berumur tapi masih tidak kuasai tajwid. Risau baca Al-Quran seorang diri, takut ada salah.
- Mereka yang selalu ’confuse’, asyik ingat 10 huruf ikhfa’ sahaja, padahal hurufnya 15.
- Dah bagus baca Al-Quran tetapi bila ditanya nama hukum tajwid terutamanya mad, anda masih kabur.
- Mereka yang sering mengajar / tadarus Al-Quran dan ingin kemaskan kedua-dua bahagian : baca bagus, teori pun mantap.
Testimoni Peserta Seminar Tajwid Luar Biasa sebelum ini
Video Testimoni Peserta Seminar Tajwid Luarbiasa
Berikut pula merupakan antara Testimoni Seminar Tajwid Luar Biasa yang diadakan pada bulan Januari 2016..
Sekiranya berminat nak mendaftar, Boleh klik pada link di bawah:
-> tajwidluarbiasa.com
Daftar beramai-ramai lagi untung berbanding daftar sorang-sorang..
- Daftar seorang kena bayar RM140 untuk setiap peserta..
- Daftar secara berkumpulan (3 orang) kena bayar RM90 sahaja untuk setiap peserta JIMAT 36%
Setiap peserta akan dapat Work Book Tajwid secara PERCUMA bernilai RM30
Work Book Tajwid
Tempat adalah terhad.. Hanya dibuka kepada 200 peserta terawal sahaja..
..
Jom daftar sekarang, sementara masih ada kekosongan..
-> tajwidluarbiasa.com
Isi masa cuti anda dan anak-anak dengan mempelajari ilmu agama. In Shaa Allah akan mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat..
"Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, niscaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU."-Khutbah terakhir Rasulullah S.A.W pada 9 Zulhijjah, Tahun 10 Hijriyah di Lembah Uranah, Gunung Arafah-
Info berkaitan:
- Buku mudahnya ngaji Tajwid
- Buku 56 Soal Jawab Tajwid
- Buku Teknik Adha
- Buku The Yassin
- DVD 3 Seminar
- DVD Tajwid Aman Hatiku
- DVD pakej Inspirasi Qurani
9 Ulasan
Elok la budak2 join program keagamaan camni untuk isi masa lapang. Anak saya tadika lagi so belum sesuai nak join. :-D
BalasPadamciktom ada jugak dapat email jadual baru ni..memang bagus hantar anak ke sini waktu cuti sekolah.
BalasPadamInsya Allah.. :-) Program yang boleh membantu lancarkan urusan akhirat kita nanti..
BalasPadamsaya pun dah booking 2 program cuti sekolah utk anak2. mudah2an
BalasPadamwow! terbaik la ada seminar macam ni. mengisi masa lapang dengan seminar
BalasPadampengisian untuk anak-anak ketika cuti sekolah ni, saya pun dah apa plan untuk diorang
BalasPadamBestnya...sangat bagus seminar macam ni. Pelaburan untuk akhirat, insyaAllah.
BalasPadamprogram yang bermanfaat untuk anak2.
BalasPadamPlay Blackjack at a Casino! - Microgaming - Microgaming
BalasPadamA worrione classic card game is a thrilling and engaging https://tricktactoe.com/ blackjack game poormansguidetocasinogambling at Microgaming. This fun game is febcasino now available for goyangfc.com your device!