Rezeki hari Jumaat....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Disebabkan itu hari Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan berbanding hari-hari yang lain.
Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir Radhiyallahu Anhu berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda: “Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah. Hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Aidilfitri dan Aidiladha di sisi Allah. Pada hari Jumaat terdapat lima peristiwa; Diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat Adam dimatikan, di hari Jumaat juga terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selagi tidak memohon yang haram, dan di hari Jumaat juga akan berlakunya kiamat. Tidaklah seseorang Malaikat yang dekat di sisi Allah SWT, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat.” (HR. Ahmad)

Alhamdulillah... Sehingga kini ada sahaja rezeki yang saya terima pada hari Jumaat. Berikut merupakan rezeki hari Jumaat yang terbaru iaitu pada 14 Oktober 2016.

Komisyen rahsiauber.com bertarikh 14 Oktober 2016 (Hari Jumaat)

Siapa teringin nak dapat rezeki macam ni pada setiap hari Jumaat, saya syorkan anda mengunjungi laman web rahsiauber.com.


Dalam laman web tersebut ada menerangan cara macamana nak dapat duit melalui Rahsia UBER.. Good Luck!

Keistimewaan Hari Jumaat

Ok.. Berbalik semula kepada keistimewaan hari Jumaat.. Di mana Pintu rezeki sentiasa terbuka luas pada hari tersebut, sekiranya kita dapat memanfaatkan peluang yang ada dengan sebaiknya. 

Hari Paling Mulia
Hari Jumaat merupakan hari paling mulia di mana terdapat beberapa peristiwa yang terjadi pada hari Jumaat, di antaranya:
  • Allah SWT ciptakan nabi Adam A.S
  • Nabi Adam A.S. dimasukkan ke dalam syurga.
  • Nabi Adam A.S. diturunkan dari syurga menuju bumi.
  • Allah mewafatkan Nabi Adam A.S.
  • Hari Jumaat juga merupakan hari akan berlakunya Qiamat.
 Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: “Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu juga Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga. Pada hari itu juga kiamat akan terjadi dan pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan permintannya.” (HR. Muslim)

Hari Bagi Kaum Muslimin
Hari Jumaat merupakan hari berkumpulnya Umat nabi Muhammad S.A.W dalam masjid-masjid yang besar untuk mengikuti solat dan sebelumnya mendengarkan dua khutbah jumaat yang mengandungi wasiat bertaqwa dan nasihat-nasihat, serta doa.
Allah SWT berfirman:“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli; Yang demikian itu lebih baik bagimu Jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah Al-Jumaah 62: Ayat 9)

Hari Ramai Malaikat Turun ke Bumi
Pada hari Jumaat juga, Allah SWT mengutus para malaikat turun ke muka bumi. Di tangan mereka terdapat  tinta kalam emas dan kertas-kertas daripada perak, mereka juga berdiri dan menunggu di pintu-pintu masjid bagi mencatat nama-nama mereka yang hadir ke masjid dan mendirikan Solat Jumaat.

Hari Mustajab Berdoa
Hari Jumaat adalah masa yang mustajab untuk berdoa terutama pada dua waktu terbaik iaitu di antara:
  • Imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai Jumaat.
  • Pada akhir waktu Asar.
Rasulullah S.A.W. bersabda: “Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah SWT sesuatu kebaikan, melainkan Allah SWT memakbulkan doanya atau ia meminta Allah SWT melindunginya daripada sesuatu kejahatan, melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tarmizi).

Hari Dihapuskan Dosa
Diampuni dosa-dosanya antara Jumaat tersebut dengan Jumaat sebelumnya. 
Dari Salman Al-Farisi Radhiyallahu Anhu mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersuci sesuai kemampuan, merapikan rambutnya, memakai minyak wangi, lalu berangkat ke masjid, dan masuk masjid tanpa melangkahi sesiapa, kemudian solat sesuai tuntunan dan diam tatkala imam berkhutbah, nescaya diampuni dosa-dosanya di antara dua Jumaat.” (HR. Bukhari).

Hari Lebih Utama Bersedekah
Sedekah pada hari itu lebih utama dibanding sedekah pada hari-hari lainnya.
Ibnu Qayyim berkata: “Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama di sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya.” .Hadis  dari Ka’ab menjelaskan: “Dan Sedekah pada hari itu lebih mulia dibanding hari-hari selainnya.” (Mauquf Shahih)

Hari Meraih Pahala
Orang yang hadir dan menunaikan kewajibannya untuk solat Jumaat akan mendapat pahala untuk setiap langkahnya ke Masjid, setara dengan pahala ibadah satu tahun solat dan puasa.
Aus bin Aus berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian bersegera berangkat menuju masjid, dan menempati shaf hadapan kemudian dia berdiam, maka setiap langkah yang dia ayunkan mendapat pahala puasa dan solat selama satu tahun, dan itu adalah hal yang mudah bagi Allah.” (HR. Ahmad dan Ashabus Sunan, Didakwa sahih oleh Ibnu Huzaimah).
Terdapat banyak lagi keistimewaan dan kelebihan hari Jumaat yang tak sempat untuk saya kongsikan dalam entri ini... Kalau anda rajin, bolehlah cari bahan bacaan yang ada menerangkan pelbagai kelebihan dan keistimewaan pada hari tersebut.. Semoga kita akan menjadi insan yang lebih bertaqwa, lebih berhikmah, lebih berjaya dan lebih cemerlang di dunia dan akhirat. 

Jadi, marilah sama-sama kita berdoa supaya Allah S.W.T. memilih kita dalam golongan yang diberikan kelebihan oleh Allah S.W.T pada setiap hari Jumaat. 

In Shaa Allah.. Amin..

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Banyak betul kelebihan hati jumaat nie ye.. Saya share ye

    BalasPadam
  2. Selain tu jangan lupa baca surah Al-Kahfi. Semoga ada kesempatan utk kita membacanya.

    BalasPadam
  3. moga di hari jumaat ini kita peroleh banyak kebaikkan :)

    BalasPadam
  4. betul sekali, semoga hari jum'at ini penuh berkah dan barokah

    BalasPadam
  5. Jumaat penghulu segala hari dengan banyak kelebihannya

    BalasPadam
  6. Banyak barakah yang Allah turunkan di hari jumaat. Tapi itu lah, kadang kita tak tau pun sebab jarang ambik tau :D

    Dah tau kena rebut ganjaran tersebut. Manfaatkan kelebihan hari jumaat

    BalasPadam
  7. alhamdulillah tahniah!!! keberkatan dan kerajinan mempromosi dapat pulangan yang lumayan

    BalasPadam
  8. untungnya tuan..ada rezeki masyuk..saya tumpang gembira

    BalasPadam
  9. Hello Dear , Visit Our Blog, Thanks you For Sharing , Make Share It And Keep Going To Do....

    BalasPadam