Peluang Main Chess dengan Cleaner Homestay di Universiti Teknologi Petronas (UTP) Tronoh Perak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Selain bertugas di Politeknik, seorang penulis blog dan seorang Cleaner Homestay.. Saya juga terlibat dalam menguruskan Kelab Catur di tempat saya bekerja. 
"Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan... Alang-alang bawa student main chess, kadang tu saya main chess sekali dengan student.."
Itulah yang biasa berlaku... Sebenarnya saya dah jarang menyertai tournement Chess, disebabkan banyak komitmen lain yang perlu saya uruskan... Tapi, bila ada kesempatan bawa student menyertai mana-mana kejohanan catur, biasanya saya akan cuba cari peluang untuk tutut sama menyertai pertandingan tersebut. hehehehehe ;)

Main Dengan Cleaner Homestay
 'Cleaner' Homestay... di Pak Ya Homestay 1 dan Pak Ya Homestay 2
Pada hujung minggu baru-baru ni saya telah membawa pasukan Catur PSIS menyertai Chess Open - PMSICO 2016 (FIDE RAPID RATED) di Politeknik Muadzam Shah Pahang. Alhamdulillah, pencapaian pasukan Catur PSIS pada kali ini menunjukkan peningkatan berbanding pencapaian dalam tahun-tahun sebelum ini. Boleh baca laporan kejayaan kami di sini -> Pencapaian Pasukan Catur PSIS dalam Rompin International Chess Open - PMSICO 2016 (FIDE RAPID RATED)

Dapat Peluang Bermain Chess dengan Manaog Stewart (Champion PMSICO 2015) dari Philiphine Semasa menyertai Rompin International Chess Open - PMSICO 2016 (FIDE RAPID RATED) 

Saya menentang Manaog Stewart (Champion PMSICO 2015) @ Rompin International Chess Open - PMSICO 2016 (FIDE RAPID RATED) 

Ini antara pengalaman menarik yang dapat saya kongsikan sewaktu menyertai Rompin International Chess Open - PMSICO 2016 (FIDE RAPID RATED) tempoh hari. Dapat beradu minda dengan jaguh bertahan dari Philiphine... Manaog Stewart (2135)

Lebih mendebarkan game ini turut ditonton oleh pemain-pemain Philiphine yang lain termasuk 3 orang IM (International master)


2 orang IM dari Philiphie antara yang terawal menonton perlawanan kami.. Fuhhh !!

Baiklah... Saya share game saya yang kalah ni... :(

==========================
Muhamad Anuar Marsib (1509)
Manaog Stewart  (2135)
PMSICO2016
Round. 1
=========================

1. c4      e6
2. Nc3    Nf6
3. d4      g6
4. e4      d6
5. f4       Bg7
6. Nf3     c5
7. d5      0-0
8. e5      dxe5
9. d6      exf4

Alhamdulillah... Saya berjaya menempatkan pond pada petak d6... Walaupun terpaksa mengorbankan 1 pond... Dengan adanya pond pada petak d6 membolehkan saya terus menguasai tempoh dalam game ini...

10. Bxf4  a6
11. Be2   Re8
12. 0-0    Nfd7
13. Qd2   Nc7
14. a3      Ra7
15. Bh6   Bh8
16. Rad1 b6
17. Qf4    f6
18. Qg3   Nf8
19. Nh4   Nd4
20. Bh5   Rd7


Kedudukan selepas Step yang ke 20.

Masuk step ke 21 saya telah membuat kesilapan... Sepatutnya mungkin saya perlu move Ne4 terlebih dahulu sebelum sacrifies Nxg6... Sekiranya 21. Ne4   Nf5.... diikuti 22. Rxf5  exf5  .... 23. Nxg6   Nxg6   ... 24. Bxg6   hxg6  .... 25. Qxg6+  ..... Masih banyak lagi advantage yang dapat saya ambil disamping past pond pada petak d6 masih dapat bertahan kekal di situ....

Tapi sebaliknya ini gerakan yang telah saya lakukan..

21. Nxg6  Nxg6
22. Bxg6  hxg6
23. Qxg6+  Bg7
24. Ne4     Rf8
Kedudukan selepas Step ke 24

25. Bxg7   Rxg7
26. Nxf6    Rxf6
27. Qxf6    Qxd6
Kedudukan selepas Step ke 27.. Dapat kelebihan satu Rook... Tapi kehilangan Past pond pada petak d6..
28. h4        Bb7
Satu lagi kesilapan yang telah saya lakukan dengan menggerakkan h4..

29. Rd2      Qc6
Kesilapan terakhir yang telah saya lakukan.... Rf2.. huhuhu..

30. Rf2       Rxg2+

0-1

Dalam game ni sebenarnya saya ada banyak advantage... Tapi sayangnya saya telah mensia-siakan peluang tersebut... Setelah melakukan kesilapan demi kesilapan bermula pada move ke 21.. huhuhu... 


Kalau tak... ada pengalaman mengalahkan champion PMSICO2015.. Tapi, nak buat macamana.. Dah bukan rezeki saya nak menang perlawanan ini. 😭😭😭

Peluang Main Chess dengan Cleaner Homestay di Universiti Teknologi Petronas (UTP) Tronoh Perak

Kata orang, mana yang dah lepas jangan dikenang.... Kalau rasa tak puas hati, boleh cuba dalam tournement chess yang akan datang... Tiba-tiba rasa bersemangat pula untuk main sekurang-kurangnya lagi satu tornement dalam masa yang terdekat ini.... 

Nak dijadikan cerita... Dapat pula surat jemputan dari UTP, sempena 4th UTP Team Chess Championship..

Hmmmm.... Ada ke yang berminat nak bermain Chess dengan saya @ Cleaner Homestay?

kalau ada... Moh kita masuk tournement dekat UTP pulak.. Tapi kali ni Kejohanan Catur berpasukan... Bukan individu macam dekat Muadzam hari tu...

Untuk maklumat lanjut, boleh baca poster di bawah.. atau layari laman web http://utccweb.weebly.com


4th UTP Team Chess Championship 2016
4th UTP Team Chess Championship 2016

In Shaa Allah... Jumpa anda di sana.. ;)

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. nampaknya tuan lebih mahir dalam menulis dan mengalahkan juara Chess adalah bukan sesuatu yang mudah..

    p/s : keseriusan tuan sudah menampilkan kejayaan sebenarnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin.. doakan kejayaan saya dan kejayaan student2 saya..

      Padam
  2. utp tu kampus saya dulu. saya antara batch terawal utp semasa awal penubuhannya.

    BalasPadam
  3. lupa nak tanya, tuan pengajar di utp ke. rasanya hari tu macam di ipt lain ke saya silap

    BalasPadam