Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Pada 16 September baru-baru ini sempena Hari Malaysia, saya berpeluang menonton rancangan Hijrah Usahawan #HijrahUsahawan dalam TV Al Hijrah pada tarikh dan masa seperti berikut:
Pada 16 September baru-baru ini sempena Hari Malaysia, saya berpeluang menonton rancangan Hijrah Usahawan #HijrahUsahawan dalam TV Al Hijrah pada tarikh dan masa seperti berikut:
- Rancangan : Hijrah Usahawan
- TV : TV AlHijrah
- Tarikh : 16 September 2016
- Hari : Jumaat
- Masa : 11.30 pagi
- Tajuk : Langkah Memulakan Bisnes
- Penceramah/Panel Jemputan: Dr Azizan Osman
- #HijrahUsahawan
Hijrah Usahawan #HijrahUsahawan dalam TV Al Hijrah bersama Dr Azizan Osman
Dalam rancangan TV yang berlangsung selama setengah jam ini sarat dengan info/tips berguna yang cukup bermanfaat kepada penonton, terutamanya kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan.
Dalam Episod kali ini, Dr Azizan Osman memberikan tips 17 Langkah Memulakan Bisnes
17 Langkah Memulakan Bisnes - Dr Azizan Osman
1# Mulakan bisnes dengan apa yang kita ada
2# Cari Peluang atau masalah
3# Cari advantage orang yang ada di sekeliling kita
4# Serlahkan bakat/kepakaran yang kita ada
5# Buat perkara/bisnes yang anda suka/minat
6# Elakkan buat pinjaman untuk berniaga.
- Pinjam bila dah kaya nanti. Pinjam dengan banyak untuk mengembangkan lagi perniagaan.
7# Jangan Berhenti Kerja
Boleh berhenti kerja apabila pendapatan bersih yang diperolehi dalam perniagaan bersamaan dengan minimum 3 hingga 5 kali ganda gaji bulanan kita dengan pekerjaan sedia ada sekarang
Boleh berhenti kerja apabila pendapatan bersih yang diperolehi dalam perniagaan bersamaan dengan minimum 3 hingga 5 kali ganda gaji bulanan kita dengan pekerjaan sedia ada sekarang
8# Memulakan dengan bisnes yang tidak memerlukan kedai
Mulakan Bisnes dari rumah atau bisnes Internet. Tak perlu sewa kedai
Mulakan Bisnes dari rumah atau bisnes Internet. Tak perlu sewa kedai
9# Tidak perlu menyimpan stok yang banyak
10# Mulakan berniaga sebagai Dropship/ejen
11# Cari ilmu Perniagaan dan Pemasaran
12# Luaskan rangkaian/Networking
- Kualiti kawan kita akan menentukan kualiti diri kita
13# Belajar daripada Pesaing
- tengok apa yang pesaing kita buat. Tiru apa pesaing kita buat dan berusaha untuk buat lebih baik daripada mereka
14# Jangan terlalu ikut kehendak sendiri
- keluarkan produk ikut apa yang pasaran nak. Bukan keluarkan produk apa yang kita nak
- Tuliskan matlamat perniagaan Harian, Mingguan, Bulanan, dan Tahunan. Suapaya kita mempunyai sasaran dalam menentukan hala tuju perniagaan kita.
16# Jaga Aliran Tunai
17# Berniaga dengan cara yang betul
- Daftar Syarikat, Bayar Cukai, dan bayar zakat
Ok lah... Setakat ini sahaja perkongsian saya pada kali ini..
Nak tahu lebih lanjut tips Hijrah Usahawan yang seterusnya, jangan lupa menonton TV Al-Hijrah pada jam 11.30 pagi pada hari Jumaat minggu hadapan. Salam kejayaan daripada saya. Semoga bermanfaat.
Info Berkaitan:

- Pengalaman Berharga Bersama Jutawan Internet : Irfan Khairi
- Sehari Bersama Ikon Jutawan Internet Malaysia (Irfan Khairi) Di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)
- Bagaimana Mencipta Pendapatan Pasif Seumur Hidup? - Azizi Ali (Jurulatih Jutawan Malaysia)
- Anak Jutawan Senyap Bisnes Burger
- Sumber Inspirasi Kejayaan 2016 : Daripada Seorang Guru Kini Jutawan
- 3 Usahawan kongsi Pengalaman Bankrap sebelum jadi Jutawan
- Perkongsian Tan Sri Dato' Dr Rozali Ismail (CEO Puncak Niaga Holdings Berhad) kepada Bakal Graduan PSIS
- Kisah Hidup Graduan Politeknik ditulis dalam buku "Bagaimana Bankrap Menjadikan Aku Kaya"
2 Ulasan
Banyak tu tips yang tuan Anuar kongsikan.
BalasPadamSemoga bermanfaat untuk mereka yang nak mulakan perniagaan.
semoga bermanfaat
BalasPadam