Faktor-faktor yang mempengaruhi Kenaikan Harga Lembu dan Kambing di Malaysia berbanding di Kemboja dan Indonesia untuk Ibadah Qurban 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada hari Ahad yang lalu (24 Julai 2016)Team eQurban telah menyertai Karnival Haji 2016 yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam bermula pada jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam.

Sumber : Klik Di Sini
Di Booth yang disediakan oleh Team eQurban, para pengunjung  boleh mendapatkan seberapa banyak info tentang aktiviti ibadah qurban & aqiqah di Kemboja. 

Memang rugi lah saper yang dah lalu, tapi tak singgah di Booth team eQurban. Sebab, para pengunjung berpeluang untuk melakukan Ibadah Qurban dan Aqiqah dengan harga yang cukup murah. Memang menjimatkan!  


harga Lembu di Kemboja untuk Ibadah Qurban 2016
Harga Lembu di Kemboja dan Indonesia jauh lebih murah berbanding harga lembu di Malaysia
  • Lembu Kemboja : RM350/bahagian
  • Lembu Malaysia : RM550/bahagian
  • Kambing Indonesia : RM580/ekor
  • Kambing Malaysia : RM800/ekor
        Sumber : www.equrban.com " 

Statistik kenaikan Harga Lembu Import dalam tempoh 2 tahun sebelum ini:
  • Harga lembu import dari Thailand 2014 : RM2,500 seekor
  • Harga lembu import dari Thailand 2015 : RM4,000 seekor

Apabila membaca entri ini, Tentu ada yang tertanya-tanya.. Kenapa harga lembu di Kemboja jauh lebih murah berbanding Harga Lembu di Malaysia?

Dan kenapa harga Lembu mendadak naik dalam tempoh 2 tahun sebelum ini?

Melihat kepada statistik ini, tidak mustahil harga lembu di Malaysia akan terus meningkat pada setiap tahun disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut: 

Faktor-faktor yang mempengaruhi kenaikan Harga Lembu Korban 2016 di Malaysia 

1. Kadar Pertukaran mata Wang AsingHarga lembu dan kambing untuk Aqiqah dan Qurban akan naik seiring dengan kadar inflasi sesebuah negara yang terlibat dan kadar pertukaran mata wang asing. Jika matawang negara pengimport naik berbanding Matawang Ringgit Malaysia (RM), maka harga lembu dan kambing akan naik. Sebaliknya jika Matawang Ringgit Malaysia (RM) turun maka harga lembu dan kambing juga akan naik. Jadi kita buat sendiri penilaian samada ekonomi negara pengimport yang berubah ataupun Malaysia? 

2. Permintaan yang tinggi melebihi barangan - Harga lembu dan kambing akan berterusan naik pada setiap tahun seiring dengan pertambahan permintaan. Permintaan yang melebihi barangan dipasaran akan merendahkan kuasa beli pengguna dan menyebabkan harga boleh dimanipulasi oleh pihak tertentu. 

3. Membeli Kambing Dan Lembu Semasa Waktu Puncak (Semasa Musim Hari Raya AidilAdha)Harga lembu dan Kambing untuk korban dan aqiqah akan meningkat semasa musim perayaan terutama semasa musim jari raya haji. Bagi mengelakkan harga yang terlalu tinggi, carilah lebih awal dalam sebulan dua sebelum musim puncak.

4. Kenaikan Harga Makanan Yang Digunakan Untuk Menggemukkan LembuDedak penggemuk 50 kg + dedak zat 50g. Ianya dijual pada harga RM90 untuk 100 kg. Untuk penggemukkan seekor lembu contohnya perlu makan 20% daripada berat badannya. Jikalau berat 150kg, makan perlu makan 30kg sehari. Jika purata 30kg sehari untuk diberikan makan untuk lembu, sehari sudah RM30. Untuk korban lembu perlukan mencapai umur lembu sehingga 2 tahun. Jadi tentu agak besar kos yang diperlukan untuk membesarkan lembu selama tempoh 2 tahun. Lebih-lebih lagi hari ini padang ragut pun sudah semakin kurang hari ini (Sumber : BeritaSemasa.com)

5. Kenapa Harga Lembu dan kambing di Indonesia dan Kemboja jauh lebih murah berbanding di Malaysia? - Kos Upah yang murah, banyak padang ragut untuk memberi makan kepada lembu dan kambing yang diternak di sana, dan Permintaan tidak melebihi barangan disebabkan ramai masyarakat Islam yang daif di sana.

Harga Lembu Korban 2016
Harga Lembu menjadi Mahal pada Musim Perayaan AidilAdha. Disebabkan permintaan yang tinggi melebihi barangan.
Rasulullah S.A.W bersabda:“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.” Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim.

Jadi, untuk mengelakkan kita rasa terbeban disebabkan kenaikan harga lembu dan kambing pada musim perayaan... Eloklah kita beli lebih awal atau boleh juga membeli secara online. 


harga Lembu 2016
Sumber : Klik Di Sini


"Musim ibadah qurban semakin hampir. Rebutlah peluang ini, untuk membuat tempahan qurban dan aqiqah di Kemboja dan Indonesia. Hanya RM350 untuk satu bahagian lembu dan RM580 untuk seekor kambing di Indonesia."

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, bolehlah hubungi maklumat-maklumat berikut: 

Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. byk faktor mempergaruhi kenaikan harga lembu di malaysia ni..

    [erbezaan yg ketara dgn harganya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan.... Dekat separuh perbezaan harga untuk satu bahagian lembu di Malaysia berbanding di kemboja...

      Padam
  2. wabak penyakit jugak mempengaruhi harga pasaran lembu tempatan...

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Tu lah pasal.... Berdasarkan pemerhatian saya, harga lembu di Malaysia sentiasa naik pada setiap tahun... Sedangkan harga lembu di Indonesia dan Kemboja boleh maintain jer tiap-tiap tahun... huhuhu

      Padam
  4. raya qurban dah dekat, dah boleh start tempah bahagian qurban la kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah... SIapa yang ada berhajat nak buat Qurban atau Aqiqah semasa raya haji nanti... Eloklah beli lembu atau Kambing sekarang... Lagi dekat nak raya haji, biasanya harga akan jadi lebih mahal...

      Padam
  5. InsyaAllah niat dah ada nak buat qurban..semoga dipermudahkan urusan nanti

    BalasPadam
  6. InsyaAllah akan turut membuat korban pada tahun ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... Semoga dimurahkan rezeki...

      Padam
  7. pakcik2 dah mula merungut harga lembu kambing naik musim qurban

    BalasPadam
  8. semoga saja bisa ikut berkurban tahun ini, yang terpenting ada niat dahulu, harga lembu mahal tak jadi masalah untuk nantinya.

    BalasPadam
  9. Nak berqurban, ikut kemampuanlah... jgn ingat NAK JIMAT @ NAK UNTUNG... Namapun QURBAN, maka kena korban lah.. korban semampunya.... wallahu'alam

    BalasPadam
  10. tak sedar, dalam sebulan lagi nak masuk hari raya haji pula kan. tapi mengenai kambing dan lembu ni, tulah kena pandai cari kat mana yang murah

    BalasPadam
  11. terkejut juga tahun ini punya harga korban..makin meningkat.

    BalasPadam
  12. Aqiqoh itu perlu, wah inspirasi banget. Rotansholuna pun akan menjadi salah satu sarana memberi hadiah souvenir Rotan BY Furniture Rotan

    BalasPadam