Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Hari ni, merupakan Hari Raya ke 5.. Baru sempat nak Update blog.. Ni pun tak dapat nak tulis panjang-panjang.. Sebab banyak urusan yang perlu diselesaikan...
Pada kesempatan ini, saya nak ucapkan Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin... dengan ingatan tulus ikhlas daripada kami Muhamad Anuar Marsib, Norsuzana Zakaria, Muhamad Amsyarhadi Haikal, Muhamad Adam Danial, Assyifatu Naila dan Muhamad Aisy Firas.
Raya tahun ni sempat ambil gambar keluarga di rumah mertua saya di Pusing, Perak..
Keluarga Ayah Mertua Saya.. Cuma adik ipar saya yang ke 4 tiada dalam gambar sebab beraya di rumah mertua..
Alhamdulillah.. Raya pada kali ini turut diserikan dengan kelahiran cucu ke 9 ayah mertua saya yang lahir dua hari sebelum raya..
Kelahiran Cucu ke 9 ayah mertua saya.. Baby Boy
Waktu raya macam ni seronok melihat kerenah anak-anak dan anak saudara... terutamanya waktu bersalam-salaman... Bermaaf-maafan.... Lagi-lagi time dapat duit raya.. ;)
Cucu-cucu beratur... Salam dengan atuk dulu, baru boleh dapat duit raya.. ;)
Suasanan Hari Raya pertama dan kedua kali ni agak sibuk... Selain sibuk membuat persiapan menyambut tetamu yang bertandang ke rumah ayah mertua saya, kami juga sibuk mengemas homestay sebelum penyewa masuk dan keluar...
Alhamdulillah... Raya kali ni ramai pula yang berminat nak menyewa Homestay kami.. Ada sahaja panggilan telefon yang ayah saya terima daripada bakal penyewa Pak Ya Homestay 1 dan Pak Ya Homestay 2 menyebabkan ayah mertua saya tak cukup tangan untuk menguruskan kedua-dua homestay tersebut.. Memang letih... Tapi rasa bersyukur dengan rezeki pemberian Allah S.W.T kepada kami..
Keluarga di sebelah saya pula, sempat balik Kampung di Bagan Datoh Perak pada hari raya ke 4. Pada Hari raya ke 3 melawat dan menguruskan abang sulung saya mencuci luka Accident pada bulan Ramadhan yang lalu.. Kemudian melawat pakcik-pakcik saya di Ipoh, Perak.
Gambar anak-anak dan anak-anak saudara di sebelah saya ketika beraya di Bagan Datoh Perak
Oklah... Cukuplah setakat itu sahaja, cerita ringkas tentang hari raya kami sekeluarga...
Kami mohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan atau kesilapan yang telah kami lakukan samada disengajakan atau tidak disengajakan.
Kami mohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan atau kesilapan yang telah kami lakukan samada disengajakan atau tidak disengajakan.
Secara peribadi, saya juga ingin memohon maaf kepada sesiapa juga yang mengenali saya , menerusi beberapa akaun jaring sosial yang saya miliki seperti:
- Facebook Peribadi
- Blog CoretanAnuar.com
- Fanpage Discount Hari2
- Blog DiscountHari2
- Fanpage Restoran Pak Ya Nasi Pandan
- Blog CaturSukipt
- Blog JKE-PSIS
- Suscriber saya di Laman web Aktifmykad.com
- Suscriber saya Laman Web TipsexamSpa.com
- Fanpage Na'ila Shawl By Zaika
- Pak Ya Homestay 1
- Pak Ya Homestay 2
- dan lain-lain..
Harapan saya semoga kita sentiasa berhati-hati semasa berada di jalan raya.. pandu cermat, jiwa selamat..
Ok.. Jumpa lagi di lain waktu...
Semoga kita sentiasa berada di bawah perlindungan Allah S.W.T. In Shaa Allah..
4 Ulasan
Wahhh, ramai budak2 sebaya2 tu, mesti meriah
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamComment salah acc plak.. Hehe.. Selamat hari raya tuan anuar
BalasPadamSelamat Hari raya
BalasPadamtudia sampai x sempat nk up blog..hehhe