Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Susulan daripada artikel Cabaran Memiliki Rumah Impian Di Seri Iskandar Perak, pasti ada yang tertanya-tanya kenapa saya membuat keputusan untuk membeli sebuah rumah Impian di Seri Iskandar Perak?..
Dan kenapa pula saya bercadang untuk menjadikan rumah Corner Lot 2 tingkat tersebut sebagai Pak Ya Homestay 4?
Susulan daripada artikel Cabaran Memiliki Rumah Impian Di Seri Iskandar Perak, pasti ada yang tertanya-tanya kenapa saya membuat keputusan untuk membeli sebuah rumah Impian di Seri Iskandar Perak?..
Dan kenapa pula saya bercadang untuk menjadikan rumah Corner Lot 2 tingkat tersebut sebagai Pak Ya Homestay 4?
Cadangan Pak Ya Homestay 4 di Seri Iskandar Perak (Rumah Corner Lot 2 tingkat)
Untuk makluman, Cadangan mengadakan Pak Ya Homestay 4 di Seri Iskandar Perak disebabkan adanya permintaan.
Alhamdulillah... Setakat ini beberapa keyword di blog saya berkaitan Homestay di Seri Iskandar Perak masih lagi mampu bertahan di Page Pertama Google.. Contohnya seperti dalam gambar-gambar di bawah:
Berada di Kedudukan ke 4 untuk Keyword 'Homestay di Seri Iskandar'
Berada di Kedudukan ke 3 untuk Keyword 'Senarai Homestay di Seri Iskandar'
Berada di Kedudukan ke 4 untuk Keyword 'Homestay di Seri Iskandar Perak'
Susulan daripada keadaan ini, telah menyebabkan ayah mertua saya sering dihujani panggilan telefon daripada bakal penyewa yang berminat untuk mendapatkan Homestay di Seri Iskandar Perak.
Tentu ada yang tertanya-tanya.... Apa yang menariknya Seri Iskandar Perak? Kenapa ramai yang berminat untuk menyewa Homestay di kawasan tersebut?
Baiklah... Untuk menjawab persoalan tersebut, Jom baca entri ini sehingga habis..
Saya tertarik untuk membeli rumah di kawasan ini disebabkan kedudukannya yang terletak tidak jauh daripada 2 buah Universiti iaitu Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Teknologi Mara (UITM Seri Iskandar). Selain itu terdapat juga Institut Kemahiran Belia negara (IKBN), Sekolah Cluster SMKA Sultan Azlan Shah, kawasan membeli belah (Seperti Nilai 3) dan bakal didirikan sebuah Hospital kerajaan di kawasan ini.
6.1 KM jarak dari rumah saya ke UITM Seri Iskandar Perak
5.3 KM jarak dari rumah saya ke UTP Tronoh, Perak
Gambar di bawah pula merupakan kedudukan rumah yang saya beli di Seri Iskandar Perak. Rumah tersebut terletak di laluan masuk ke Lavender 2, Taman Universiti, Seri Iskandar Perak. Berhadapan dengan rumah saya ialah kawasan Elit yang menempatkan rumah-rumah Semi D yang berharga RM600 Ribu ke atas dan Rumah-rumah Banglo yang berharga RM800 Ribu ke atas. Jadi, harapan saya kalau dapat merasa terkena tempias sikit daripada kawasan Elit ni pun dah kira bersyukur sangat-sangat... Maklumlah, nak beli rumah-rumah dekat kawasan elit ni memang tak mampu... Setiap rumah berharga lebih setengah juta tu... Huhuhu...
Kedudukan Rumah Yang Saya Beli Di Seri Iskanda Perak (4.354798,100.989610)
Harapan utama saya, semoga harga rumah yang saya beli ini mampu melambung naik dalam tempoh yang singkat, disebabkan kedudukannya yang agak strategik (Berhadapan dengan kawasan Elit dan berhampiran dengan UTP dan UiTM Seri Iskandar)...
Dalam masa yang sama.. saya juga berharap dapat menjadikan rumah ini sebagai salah satu sumber pasif Income dengan menjadikannya sebagai "Pak Ya Homestay 4 di Seri Iskandar Perak".
In Shaa Allah, saya mungkin saya tidak akan menghadapi masalah untuk mencari penyewa Pak Ya Homestay 4... berdasarkan kedudukan Blog saya di enjin carian google.. Tetapi, masalah yang bakal saya hadapi ialah siapa yang akan menguruskan Homestay tersebut?
Doakan yang terbaik untuk saya... Semoga Allah memudahkan urusan saya di sini.
Info Berkaitan:
- Senarai Homestay di Seri Iskandar Perak
- Cabaran Memiliki Rumah Impian Di Seri Iskandar Perak
- Peluang Pelaburan Hartanah di Bandar Universiti, Seri Iskandar Perak
- Pak Ya Homestay di Perak 1 (Rumah Teres 1 tingkat)
- Pak Ya Homestay di Perak 2 (Rumah corner lot)
- Tips Bila Berhadapan Dengan LHDN
- Geng Gila Hartanah.... Jom kenali siapa kami?
10 Ulasan
blog tuan memang mempunyai kekuatan SEO yang bagus..tahniah dan saya sentiasa doakan tuan diberi kemudahan untuk mengurus perkara tersebut
BalasPadamSaya pun ada saudara yang tinggal di seri iskandar, selalu juga saya ke sana. Kawasan ni baru nak membangun. banyak juga projek2 baru tengah dijalankan.
BalasPadammungkin boleh jadi homestay pilihan untuk bercuti.
BalasPadammungkin boleh jadi homestay pilihan untuk bercuti.
BalasPadamMemang power tuan anuar..:-)
BalasPadamWahhhh.. byk status ribut tuuu.. insyaAllah saya pun nak berjaya macam Anuar juga.. hehe
BalasPadamkalau turun sana, bolelah menyewa.
BalasPadamBoleh share dgn saya ape rahsianya
BalasPadamSaya baru berjinak dgn Homestay di seri https://homestaykiteseriiskandar.blogspot.my/
BalasPadambetflix ออนไลน์เปิดให้บริการเดิมพันตลอด 24 ชั่วโมง เกมยอดฮิต
BalasPadam