Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Memiliki sebuah rumah di Seri Iskandar Perak merupakan impian saya, setelah tidak berjaya memiliki sebuah Rumah Banglo Satu Tingkat Di Batu Gajah, Perak kira-kira 5 tahun yang lalu.
Kalau nak dikenangkan balik.. memang sedih sebab tak berjaya memiliki rumah Banglo Satu tingkat tu.... Tapi bila difikirkan balik,Tentu ada hikmah disebaliknya... Rupanya, ramai pembeli yang kecewa setelah berurusan dengan beberapa pihak untuk membeli rumah Banglo tersebut....
Syukur Alhamdulillah... Mujurlah masa tu saya tak terlibat sama..
Susulan daripada kekecewaan tersebut, saya dah aim untuk membeli sebuah rumah Impian di Seri Iskandar Perak..
Jadi, bulan Mei tahun lepas saya cuba apply Loan untuk membeli sebuah rumah Corner Lot 2 tingkat di Seri Iskandar Perak... Syukur Alhamdulillah, loan saya lepas...
Memiliki sebuah rumah di Seri Iskandar Perak merupakan impian saya, setelah tidak berjaya memiliki sebuah Rumah Banglo Satu Tingkat Di Batu Gajah, Perak kira-kira 5 tahun yang lalu.
Kalau nak dikenangkan balik.. memang sedih sebab tak berjaya memiliki rumah Banglo Satu tingkat tu.... Tapi bila difikirkan balik,Tentu ada hikmah disebaliknya... Rupanya, ramai pembeli yang kecewa setelah berurusan dengan beberapa pihak untuk membeli rumah Banglo tersebut....
Syukur Alhamdulillah... Mujurlah masa tu saya tak terlibat sama..
Susulan daripada kekecewaan tersebut, saya dah aim untuk membeli sebuah rumah Impian di Seri Iskandar Perak..
Jadi, bulan Mei tahun lepas saya cuba apply Loan untuk membeli sebuah rumah Corner Lot 2 tingkat di Seri Iskandar Perak... Syukur Alhamdulillah, loan saya lepas...
Rumah Corner Lot 2 tingkat di Bandar Universiti, Seri Iskandar Perak
Semasa saya beli rumah ni, keadaan di kawasan tapak pembinaan baru dalam proses meratakan tanah..
Baru-baru ni semasa melawat tapak pembinaan ketika pulang berhari raya di Pusing, Perak.... Alhamdulillah, rumah dah dekat nak siap... Terima kasih saya ucapkan kepada pihak pemaju kerana menyiapkan kerja-kerja mengikut progres kerja yang telah dirancang..
Keadaan di Tapak pembinaan Rumah Teres Dua Tingkat di Bandar Universiti, Seri Iskandar Perak
In Shaa Allah, sekiranya tiada sebarang masalah... rumah ni mungkin akan siap dalam tempoh 3 hingga 5 bulan lagi..
Cabaran Pak Ya Homestay 4 Di Seri Iskandar Perak
Memandangkan pada ketika ini saya dan isteri masih lagi berkhidmat di Sabak Bernam Selangor.... Jadi, kami becadang untuk menjadikan rumah ini sebagai Homestay... Cadangan asalnya, nak minta ayah mertua saya tolong uruskan Homestay ini disamping beliau menguruskan dua Homestay yang lain iaitu Pak Ya Homestay di Perak 1 (Rumah Teres 1 Tingkat) dan Pak Ya Homestay di Perak 2 (Rumah corner lot).
Cadangan Asal untuk menjadikan Rumah ini Sebagai Pak Ya Homestay 4 di Seri Iskandar Perak
Tetapi... Berdasarkan kepada keadaan sekarang, hati mula berbelah bagi setelah memikirkan balik cabaran-cabaran yang bakal saya dan isteri hadapi untuk menjadikan Rumah Corner Lot 2 Tingkat ini sebagai Homestay..
Pandangan Sisi Rumah Teres Corner Lot 2 tingkat di Bandar Universiti, Seri Iskandar Perak
Antara cabaran-cabaran yang bakal kami hadapi ialah:
- MODAL - Untuk menjadikan rumah rumah teres Corner Lot dua tingkat ini sebagai Homestay, sudah pasti memerlukan modal yang besar. Sekiranya modal yang kami keluarkan semasa Setup Homestay satu tingkat kira-kira RM15K, kali ni mungkin melebihi RM20K... Huhuhu... manalah nak cari duit sebanyak itu.
- KEMUNGKINAN AYAH MERTUA SAYA TIADA MASA UNTUK MENGURUSKAN HOMESTAY INI - Melihat keadaan ayah mertua saya yang begitu sibuk menguruskan dua homestay semasa hari raya baru-baru ini... saya pun tak pasti samada beliau mampu menguruskan homestay ke 3 pada masa yang akan datang.. Pada masa ini, selain menguruskan dua buah Homestay sebenarnya ayah mertua saya juga turut sibuk menguruskan Restoran Pak Ya Nasi Pandan dan juga kebun di hadapan rumah beliau.
- KADAR SEWA HOMESTAY - Kadar Sewa Homestay menjadi topik Pendebatan saya dan Isteri. Sekiranya kadar sewa Pak Ya Homestay di Perak 1 (Rumah Teres 1 Tingkat) dan Pak Ya Homestay di Perak 2 (Rumah corner lot) diletakkan pada kadar harga RM200/malam... Bagi saya kadar sewa RM250/malam mungkin sudah memadai untuk sebuah Homestay Corner Lot 2 tingkat. Setuju tak?
- KOS PENYELENGGARAAN DAN KEBERSIHAN HOMESTAY - Cabaran ni yang mungkin agak susah sikit. Maklumlah, Homestay ni agak besar berbanding 2 Homestay yang lain. Kalau nak bersihkan homestay ni pun tentu agak memakan masa. Cabaran yang perlu difikirkan ialah apabila ada penyewa Check Out pada jam 12.00 tengahari, kemudian ada penyewa lain nak Check in pada jam 2.00 petang hari yang sama.. Fuhhh... Itu belum masuk lagi dan jaga kebersihan di luar Homestay... Luas keseluruhan kawasan rumah 3627.8 kaki persegi.. Keluasan kawasan lebihan tanah 2088 kaki persegi (kalau ada modal mungkin nak buat Taman mini dekat kawasan ni)..
Yurp... Inilah antara cabaran-cabaran yang masih berlegar difikiran kami setakat ini..
Semakin dekat rumah ni nak siap... Makin berdebar pula rasanya...
Nak tinggal dekat rumah ni dalam masa terdekat ni, mungkin agak mustahil... Bukan mudah kami nak dapat berpindah dari Sabak Bernam ke Ipoh Perak...
Nak disewakan, takut rumah rosak... Kalau nak sewakan agak-agak berapa ringgit orang sanggup sewa untuk rumah macam ni?
Nak dijadikan homestay, kena fikirkan pula cabaran-cabaran di atas tu...
Kalau ada modal nak buat Taman mini dekat kawasan lebihan tanah seluas 2088 kaki persegi. Doakan semoga saya dimurahkan rezeki...
Kalaulah ada mana-mana pengusaha Taska Atau Tabika yang berminat untuk mencari Rumah Teres Corner Lot Dua Tingkat untuk dijadikan premis operasi mereka... Bolehlah hubungi saya melalui:
- Email : nuargto@gmail.com
- Whatsapp : 011-38221589
In Shaa Allah, kadar sewa kita boleh deal supaya dapat mewujudkan win-win situation... ;)
8 Ulasan
murahnya rezeki tuan..
BalasPadamsusah jgak nak emnguruskan homestay kalau duk jauh ni..apa-apa pun try cuba dlu..hehe
terbaik. moga dipermudahkan :)
BalasPadamCuba solat istikharah dulu..
BalasPadamwah..besaqnya rumah..berapa ratus k ni masa tu beli.. untung beli awal2 kan..
BalasPadampengusaha taska mungkin boleh kot, tapi sama je macam sewa rumah nanti..kalau homestay tu le....kot area Ipoh leh up lagi harganya..apa pun kalau dekat ngan kawasan student sentiasa ada demand tu
BalasPadamrumah yang sangat cantik dan berharap ia amat berbaloi untuk dibeli..sesuai juga untuk keluarga besar
BalasPadamwow..design rumah ni sgt moden..cantik sgt...
BalasPadambesar rumah, cantik pulak tu. nanti mesti ada pengusaha taska yang berminat
BalasPadam