Pegasus Hotel Shah Alam Mewarnai Percutian Kami Sekeluarga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. 

Pada hari Sabtu yang lepas (4 April 2016), sempena menyertai Kejohanan Bowling #BBN Vs lynk.my di Plaza Alam Sentral Shah Alam.. saya berpeluang membawa keluarga bercuti-cuti Malaysia di Shah Alam, Selangor.. 

Hotel yang menjadi pilihan kami dalam percutian pada kali ini, ialah Pegasus Hotel Shah Alam yang terletak di Seksyen 15, Shah Alam.. 

Sekarang ni nak buat tempahan Hotel mudah sahaja.. Semuanya boleh dilakukan hanya dihujung jari.. Tinggal pilih sahaja laman web mana yang kita nak tempah? Trivago, Agoda, Booking.com, Traveloka, Expedia, Hotel.com? Mana-mana pun boleh.. Terlalu banyak pilihan... Pandai survey, boleh dapat harga murah..

Dalam percutian kami ni, seperti biasa saya menempah Pegasus Hotel melalui laman web Agoda.com. Melalui perbandingan harga yang saya buat di laman web Trivago, saya dapati harga yang ditawarkan di laman web Agoda dan booking.com sama sahaja. Disebabkan saya dah pernah beberapa kali menempah hotel di laman web Agoda... Jadi, nak memudahkan urusan, terus jer tempah hotel dekat laman web Agoda.. senang Cerita.

Kami menempah 1 bilik Deluxe Queen Room pada harga RM167.92 semalam.. Berikut merupakan maklumat tempahan yang telah saya lakukan.. 
Pegasus Hotel Shah Alam
Maklumat tempahan Pegasus Hotel Shah Alam yang saya terima melalui email
Pegasus_Hotel_Shah_Alam
Hotel Voucer yang saya terima melalui email

Untuk makluman anda, terdapat 3 jenis bilik yang ada disediakan di Pegasus Hotel, iaitu:
  • Superior Room (15 m²) - Harga Biasa RM1688 nett/night
  • Deluxe Room  (25 m²) - Harga Biasa RM238 nett/night
  • Executive Suite Room (80 m²) - Harga Biasa RM638 nett/night

Kalau nak diikutkan harga Hotel ini agak mahal.. Tetapi ini sahaja Hotel yang available pada masa tu, dan dapat memenuhi keperluan kami anak beranak (Saya, isteri dan 4 orang anak).. 

Walaubagaimanapun, kami rasa puas hati dengan kecantikan Hotel ini dan dapat memenuhi keselesaan kami sekeluarga.



Tengok bangunan pun dah nampak cantik..


Dekat Lif pun nampak ceria

Koridor.. 


Dekat luar pintu masuk juga nampak cantik..

Sekali masuk ke dalam.. Memang cantik dan ceria


Masuk dalam bilik Aisy Firas dan naila terus landing dekat atas katil..

Abang-abangnya pula begitu teruja dengan kecantikan hiasan bilik ini..

Antara kemudahan yang disediakan.


Tandas yang bersih dan cantik...

Iron dan Iron Board turut disediakan dalam almari... ;)

Bilik yang kami tinggal ni siap sekali dengan pakej bersarapan untuk dua orang dewasa. Disebabkan kami datang bersama 4 orang kanak-kanak, jadi kena sedikit bayaran tambahan... Untuk Haikal dan Adam sahaja yang kena bayar... Sorang kena bayar RM10.60.. Kira oklah tu, termasuk GST.. ;)

 

Kami sekeluarga bersarapan di Pegasus Hotel Shah Alam sehari sebelum masuk bulan Ramadhan..

Hari tu bagi mereka seronok... Dapat bersarapan dekat Hotel... Sebelum keesokan harinya kena dikerah bangun bersahur... ;) 
Alhamdulillah... Naila seronok bersarapan dekat Hotel..
Haikal dan Adam pun nampak seronok dapat bersarapan di Pegasus Hotel 

Menu bersarapan yang disediakan di Pegasus Hotel tak adalah sebanyak mana... Tapi jadilah.. Dapat bagi peluang anak-anak bersarapan dekat Hotel..

 Antara Menu Yang disediakan ketika bersarapan di Pegasus Hotel

 
Suka tengok hiasan pada dinding dan perabot-perabut yang ada. Nampak nice jer.. Hotel barulah katakan..

Selepas selesai bersarapan... masa untuk ke GYM pula..

Yelah... Tadi dah menambah kalori... Sekarang ni kena bakar kalori pula... ;)

 Haikal dan Adam bersenam di GYM
 Kemudahan-kemudahan yang disediakan di GYM Pegasus Hotel

Haikal cuba menyaingi saya di GYM... ;)

Peralatan yang disediakan di GYM Pegasus Hotel memang lengkap.. Semua peralatan baru... Kalau stay dekat sini memang rugi kalau tak pergi ke GYM... ;)

Waktu Check Out dari Pegasus Hotel

Dekat hotel ini nak cari tempat makan pun senang.. kemudian ada disediakan kemudahan WiFi. 

Secara keseluruhannya, saya dan keluarga sangat berpuas hati tinggal di Pegasus Hotel.. Walaupun tak ada disediakan Swimming Pool yang menjadi kegilaan anak-anak.. tapi dapat tempat tinggal yang selesa pun dah kira terbaik... 


Sekiranya anda berminat nak mendapatkan maklumat lanjut tentang Pegasus Hotel, Shah Alam...  Berikut merupakan info yang boleh anda hubungi:

Alamat :  Jalan Pahat L 15/L Dataran Otomobil, 
               Seksyen 15, 40200 Shah Alam Selangor Malaysia
Latitude: 3.0657360         Longtitude: 101.52800
Tel      : +603 5036 8888
Fax     : +603 5036 8899
Email  : reservation@pegasushotel.my 

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Nampak ceria la decorating hotel ni, tak la bosan kan

    BalasPadam
  2. mnarik..harga pun berpatutan..bilik pn cantik..

    BalasPadam
  3. Pink! Nampak ceria betul hotel tu, nice!

    BalasPadam
  4. kira murah la,, tapi takde tempat seronok untuk budak - budak
    swimming pool takde huhuhu

    BalasPadam
  5. Boleh singgah nanti.. nmpk menarik...

    BalasPadam
  6. Menarik laaa... memang nampak bersih hotel ni. Suka!

    BalasPadam
  7. Anak-anak paling suka bila bercuti dan tidur hotel kan..

    BalasPadam