Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Pada 19 Mac yang lalu, kami telah mengadakan Majlis Aqiqah dan Doa Selamat untuk kelahiran anak bongsu kami dan juga sempena pembukaan Pak Ya Homestay 2.
Syukur Alhamdulillah, Majlis ini telah pun selamat diadakan di Pak Ya Homestay 2 dalam keadaan yang sederhana.. Asalkan dapat melepaskan hajat saya, isteri dan ayah mertua. Jadi, tidak ramai tetamu yang dijemput hadir melainkan jemaah surau, saudara mara, kenalan terdekat dan ahli keluarga.
Nak buat majlis besar-besar rasa tak mampu. Lagipun sekarang ni banyak barang dah naik. Kambing 2 ekor sahaja dah RM1500.00. Itu belum lagi masuk nasi dan lauk-pauk yang lain. Jadi, memadailah asalkan dapat melepaskan hajat membuat Aqiqah untuk anak bongsu kami Muhamad Aisy Firas.
Imam Al-Bukhari meriwayatkan daripada Salman Bin Amir Al-Dhabi R.A katanya: "Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya, Bersama bayi itu aqiqahnya, maka tumpahkanlah darah untuknya dan tanggalkan daripadanya perkara yang menyakitkan (kotoran dan najis)"
Makna Aqiqah : Dari segi bahasa bermaksud "MEMUTUSKAN"Dari segi syarak bermaksud Menyembelih Kambing atau ternakan lain seperti unta, biri-biri, kibas dan lembu buat anak yang baru lahir khususnya pada hari ketujuh kelahiran atau selewat-lewatnya sebelum anak itu baligh
Majlis Aqiqah Anak Bongsu dimulakan dengan Marhabban..
Aisy Firas mendengar Marhabban..
Sebab ni pun yang terakhir nak merasa macam tu..... Lepas ni dah tak merasa dah...
Aisy Firas tidur tenang di dalam buaian ..
Pak Ya homestay merupakan sebuah rumah corner lot. Sesuai untuk mengadakan majlis doa Selamat, kenduri kesyukuran, sambutan hari kelahiran dsb..
Anak dan Ibu...
Kakak dan Adik..
Abang dan Kakak Tolong Hayun Buaian Adik
Cucu-cucu Pak Ya Tolong Hayun Buaian "Geng Baru"
Anak-anak Perempuan Pak Ya @ Makcik-makcik...
Kalau pandai Cuba teka mana yang sulung dan mana yang bongsu?
Terima kasih kepada tetamu yang sudi harir memeriahkan Majlis Aqiqah dan Kesyukuran untuk anak bongsu kami..
Syukur Alhamdulillah... Dulu Berlima, kini berenam..
Doakan Kesejahteraan kami sekeluarga
Bahagian Aqiqah mengikut Jantina Anak:Secara umumnya, dianjurkan untuk ibu bapa menyempurnakan aqiqah untuk anak-anak mereka, sekiranya anak lelaki afdal dilakukan dua bahagian sembelihan (2 bahagian lembu atau 2 ekor kambing), manakala untuk anak perempuan hanya perlu satu bahagian sembelihan. Sumber : eQurban.com
Info Berkaitan:
- Kos Aqiqah lebih Murah bersama eQurban
- Ibadah Korban dan Akikah 1434 Hijrah / 2013 Masihi
- Macamana nak laksanakan Ibadah Qurban kalau tak cukup kumpulan (7 bahagian)?
- Pekej Percuma Kembara Kemboja 4 Hari 3 Malam Dengan Equrban
15 Ulasan
Wah lena tidur dalam buaian. :)
BalasPadamAlhamdulillah, untung jadi anak bongsu ya..boleh merasmikan homestay atuk
BalasPadamgrand betul majlis aqiqahnya sampai lena budak tu.
BalasPadamTahniah bro.... sempurna sudah majlis akikah anak bongsu bro. Moga bertambah ceria anda sekeluarga. Insha Allah...
BalasPadamBetul-betul menarik majlis ini. Ia menjadi kenangan buat Aisy Firas bila besar nanti.
alhamdulillah.
BalasPadamwah.. meriah sungguh siap ada pelamin
BalasPadammeriahnya betul majlis akikah baby Aisy Firas. Alhamdulillah selamat dah.
BalasPadamalhamdulillah selesai satu majlis akikah ye...
BalasPadamseronok tengok meriah majlisnya..
alhamdulilah. Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan berbakti pada orang tua mu ya , Aisy Firas.
BalasPadamcantik pelamin baby, sampai lena dibuatnya. semoga firas menjadi anak soleh
BalasPadamlawa pelamin buaian tu..baby pun comel.
BalasPadamtahniah tuan..dah mempunyai 4 orang anak..sangat meriah mempunyai anak yang ramai mie...
BalasPadamsaya ada 3 sahaja dan anak pun dah mula masuk asrama
Tahniah.. ��
BalasPadamAlhamdulillah, semoga amal ibadahnya di terima oleh Allah swt. Bersyukur saya sudah aqiqoh untuk anak pertama kami.
BalasPadamTema biru purple tu memang cantik
BalasPadam