Perkongsian Tan Sri Dato' Dr Rozali Ismail (CEO Puncak Niaga Holdings Berhad) kepada Bakal Graduan PSIS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada 29 Februari yang lalu, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah menganjurkan program CEO Faculty Talk...iaitu satu program Perkongsian Pintar di antara politeknik dengan pihak Industri.


Tan Sri Dato' Dr Rozali Ismail di CEO Faculti Talk
Tan Sri Dato' Dr Rozali Ismail di Program CEO Faculty Talk : "Engaging Mind, Shaping Future"

Program tersebut dihadiri oleh pelajar-pelajar  semester 5 dan 6 Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), wakil-wakil industri, wakil dari Jabatan Pengajian Politeknik, barisan pengurusan tertinggi PSIS, dan pensyarah-pensyarah tertentu yang mempunyai kelapangan masa pada ketika itu.

Syukur Alhamdulillah.. kebetulan pula,  saya tak ada kelas pada masa tersebut.. Jadi, dapatlah peluang mendengar perkongsian daripada seorang ahli korporat berbangsa Melayu tersohor di Malaysia iaitu Tan Sri Dato' Dr Rozali Ismail, CEO Puncak Niaga Holdings Berhad.

Sebenarnya, dah lama saya teringin nak mendengar perkongsian kejayaan beliau. Selama ni, saya hanya pernah mendengar ucapan beliau semasa di Majlis Konvokesyen PSIS

"Tan Sri Dato' Dr Rozali Ismail merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS)."

Ketika memberi Talk di PSIS dalam program CEO Faculty Talk
Latar Belakang Tan Sri Dato' Dr Rozali Ismail
  • Dilahirkan pada bulan Disember 1957. Menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang di Universiti Malaya pada tahun 1981
  • Pernah menjadi peguam dan  bekerja dengan kerajaan (lapan agensi kerajaan) selama lapan tahun. Kemudian melibatkan diri dalam dunia perniagaan. 
  • Pernah menyertai Bank Islam (M) Berhad sebagai Pengurus Jabatan Undang-undang dan Kesetiausahaan pada tahun 1983. 
  • Kemudian menyertai Bank Rakyat sebagai jururunding bagi menukarkan operasi perbankan mereka kepada operasi yang mematuhi kehendak Shariah.
  • Pernah menjalankan perniagaan dalam bidang guaman, pembangunan hartanah, pembinaan dan juga perbankan. 
  • Menceburkan diri dalam bidang hartanah melalui beberapa syarikat persendirian seperti Central Plus Sdn. Bhd. dan Corporate Line (M) Sdn.Bhd.
  • Mengasaskan firma guamannya sendiri, iaitu Rozali Ismail & Co. Bertindak sebagai peguam cara dan peguam bela. Beliau menguruskan firma guamannya itu selama tujuh tahun.
  • Mengasaskan syarikat milikan keluarga, iaitu Puncak  Alam Housing Sdn. Bhd. bagi menjalankan projek pembangunan hartanah di Lembah Klang, Kuantan dan Johor. 
  • Ahli Lembaga Pengarah dalam U-Wood pada 3 September 1999.
  • Pengerusi Eksekutif WWE Holdings Berhad, iaitu syarikat pelaburan dan pembinaan yang membekalkan perkhidmatan kejuruteraan yang berkaitan dengan reka bentuk, aktiviti memasang siap, pemasangan, pembekalan air, pemprosesan kumbahan dan kemudahan alam sekitar.
  • Penasihat dan Pengerusi bersama Generasi Wawasan FELDA dan Timbalan Presiden Persatuan Air Malaysia. 
  • Penasihat IMM, Presiden Dewan Perniagaan Melayu bagi Negeri Selangor 
  • Pengerusi Majlis Perundingan Ekonomi Melayu ("MAPEM").
  • Timbalan Presiden Persatuan Air Malaysia ("MWA") (Sesi 2003/2005), 
  • Bekas Ahli Lembaga Pengarah Universiti Utara Malaysia (2004-2006), 
  • Penasihat lalu Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Majlis, Universiti Malaya (21 Mei 2004 hingga 20 April 2007) 
  • Bekas Pemegang Amanah Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) (Januari 2008 - Disember 2009).
  • Menerima anugerah Fellowship Award dariInstitut Pemasaran Malaysia pada 6 November 2001
  • dan lain-lain. (Cari dekat Google untuk membaca lebih banyak kisah kejayaan Tan Sri Dato' Dr Rozali Ismail. Syarikat beliau juga turut menjadi penaja bagi sebuah pasukan Bola Sepak di MalaysiA)"
Tan Sri Dato' Dr Rozali Ismail di PSIS
Tan Sri Dato' Dr Rozali Ismail, seorang Ahli Korporat berbangsa Melayu Tersohor di Malaysia

Perkongsian Tan Sri Dato' Dr Rozali Ismail (CEO Puncak Niaga Holdings Berhad) kepada Bakal Graduan PSIS


Berikut merupakan sedikit perkongsian info Tan Sri Dato' Dr Rozali Ismail kepada bakal Graduan PSIS dalam seminar CEO Faculty Talk.


"Kerajaan menyasarkan 60 peratus daripada 1.5 juta pekerjaan baharu adalah Pekerja Berkemahiran TVET menjelang 2020, bagi menyokong sasaran itu kerajaan memperuntukkan RM4.8 bilion dalam Bajet 2016 kepada 545 institusi TVET."

Banyak sebenarnya, budget yang telah pihak kerajaan keluarkan untuk memperkasakan Latihan Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET).


4 Fokus dalam Menyediakan Modal Insan

Susulan itu, terdapat 4 Fokus dalam menyediakan Modal Insan Yang memenuhi kehendak pasaran Iaitu:
  1. Pembangunan dalam bidang Sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik atau STEM (science, technology, engineering and mathematic), perlu dimantapkan untuk melahirkan modal insan yang lebih berkualiti.
  2. Kemampuan untuk berinovasi perlu dipupuk dan diberi ransangan untuk menyerap budaya tersebut di kalangan warga universiti samada pensyarah atau mahasiswa.
  3. Membangunkan budaya keusahawanan di kalangan mahasiswa
  4. Kebolehan berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Cuba tengok poin-poin yang di highlight oleh Tan Sri.. Ia merupakan cabaran yang dilontarkan oleh Tan Sri kepada para peserta seminar ini.
  1. How You can Create Your Opportunity?
  2. Belajar bidang-bidang yang diminati
  3. Cebur perniagaan dalam bidang yang diminati samada secara individu atau berkumpulan.
  4. Gilap Your Own Opportunity

1. How You can Create Your Opportunity

Create Your Opportunity berdasarkan kepada bakat masing-masing. Setiap orang mempunyai bakat masing-masing samada selari atau tidak dengan bidang yang sedang diikuti di politeknik. 

Jadi, setiap orang perlu mengenal pasti bakat masing-masing. Dan gunakan bakat tersebut dengan sebaiknya.

Contohi Allayarham Dato' Sudirman Hj Arshad yang merupakan Senior Tan Sri semasa belajar di Universiti Malaya

Allayarham mempunyai bakat untuk menjadi seorang penyanyi...Walaubagaimanapun, semasa belajar di Universiti Malaya beliau mengambil jurusan undang-undang. Setelah menamatkan pengajian, beliau berjaya Organise bakat dalam bidang nyanyian. Kemudian, beliau juga berjaya menjadi seorang Businessman berjaya dengan mempraktikkan ilmu dan pengalaman yang arwah belajar semasa di Universiti. 

Air Tin Sudi Alayarham Sudirman Haji Arshad
 Air Tin Sudi Antara salah satu produk perniagaan keluaran syarikat Alayarham Dato' Sudirman Haji Arshad


2. Belajar bidang-bidang yang diminati

Sebaik-baiknya kita belajar dalam bidang yang kita minati. 

Sekiranya dari awal lagi kita sudah tahu bakat kita... dan kita juga sudah tahu bidang apa yang kita minati. Ianya lebih mudah untuk fokus dalam bidang tersebut. Tetapi, tidak semua orang mempunyai nasib sebaik itu.

Ada setengah orang dah tahu bakat masing-masing. Tetapi, ahli keluarga (terutamanya emak & ayah) beranggapan bidang tersebut tidak sesuai dengan diri kita, dan tiada masa hadapan. Jadi, kita disuruh belajar dalam bidang yang belum tentu kita minati. 

Ada setengah orang pula tak pasti bidang apa yang mereka minati. Setelah mereka belajar dalam bidang-bidang tertentu, baru mereka sedar, bidang tersebut tidak sesuai pun dengan diri mereka. Dan mereka dapat rasakan ada bidang lain yang lebih minati.

Walau apa pun situasi peserta, Tan Sri menyarankan supaya peserta selesaikan dulu pembelajaran di politeknik untuk mendapatkan segulung Diploma. Setelah itu, barulah belajar (fokus) dalam bidang yang anda minati. Seperti yang berlaku dalam hidup Allayarhan Dato' Sudirman Hj Arshad.

Jom kita baca sedikit latar belakang Allayarham Dato' Sudirman Hj Arshad.  

Latar Belakang Allayarham Dato' Sudirman Hj Arshad. 
  • Melanjutkan pelajaran dalam Fakulti Undang-Undang di Universiti Malaya pada tahun 1976.
  • "Juara Bintang RTM 1976" pada 11 Ogos 1976. 
  • Menerima Ijazah undang-undang (LL.B) pada tahun 1980.
  • Menjalani latihan guaman pada tahun 1983 dan diiktiraf sebagai peguam pada tahun 1984. Bagaimanapun, Sudirman meninggalkan bidang guaman kerana memilih bidang seni sebagai kerjayanya. 
  • Menubuhkan syarikat 'Sudirman Productions' pada tahun 1983.
  • Gelaran "Penghibur Nombor 1 Asia" (pada 19 Mac 1989) 
  • Menubuhkan Sudirman Usaha Dagang Industri (SUDI) Sdn Bhd (1989-1991) yang mengeluarkan minuman tin berkarbornat jenama SUDI. Kejayaannya dalam memasarkan SUDI telah mengangkat Sudirman sebagai pemenang Anugerah Pengusaha Muda. 
  • Mengeluarkan SUDI Rasa - iaitu makanan dalam tin seperti sardin, santan kelapa, buah-buahan, koktel dan mee segera. 
  • Memiliki restoran yang dinamakan Restoran Selera SUDI terletak berhampiran pejabat urusannya, Sudirman Productions di Taman Sri Hartamas. 
  • Sudirman Productions dan SUDI Sdn Bhd telah ditutup pada September 1991. 
  • Membuka Sudir Shoppe di Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur dengan menjual beraneka barangan yang berkaitan dengan penampilan bintang popular. Perniagaannya termasuk cermin mata hitam yang fleksibel.
  • Menjadi kolumnis ruangan ‘Teringat-ingat’ dalam majalah hiburan URTV, terbitan Utusan Melayu. 
  • Menjadi residen writer di Kumpulan Karangkraf. Menulis dan melukis untuk majalah-majalah terbitan Karangkraf pada ketika itu seperti Bacaria, Nona, Media Hiburan, Mingguan Kanak-kanak dan Remaja. 

3. Cebur perniagaan dalam bidang yang diminati Samada secara individu atau berkumpulan

Kejayaan demi kejayaan Allayarham Dato' Sudirman Haji Arshad, sewajarnya boleh dijadikan contoh kepada remaja zaman sekarang. Ramai yang kagum dengan keberanian Allayarham menceburi bidang perniagaan yang diminati secara individu.

Tetapi... Kelemahan apabila kita menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang kita minati secara bersendirian.... ialah seperti apa yang telah berlaku kepada syarikat SUDI Sdn. Bhd. Air minuman SUDI yang pernah popular pada satu ketika dahulu, hanya mampu bertahan selama 3 tahun sahaja (1989-1991). Dan syarikat tersebut terpaksa ditutup apabila Allayarham Sudirman jatuh sakit. 

Air Tin Sudi yang pernah popular pada tahun 1989 hingga tahun 1991
Air Tin Sudi yang pernah popular pada tahun 1989 hingga tahun 1991

Sayangnya.. kejayaan empayar perniagaan Allayarham Sudirman Hj Arshad  hanya tinggal kenangan.. Tiada waris atau sanak saudara beliau yang dapat meneruskan empayar kegemilangan tersebut...

Selain syarikat SUDI Sdn. Bhd., terdapat beberapa perniagaan lain yang juga terpaksa ditutup apabila Allayarham jatuh sakit pada tahun 1991..

Sudir Shoppe salah satu perniagaan milik Allayarham Dato' Sudirman Haji Arshad
Sudir Shoppe salah satu perniagaan milik Allayarham Dato' Sudirman Haji Arshad

Pejabat Baru SUDIR : Hartanah 4 tingkat di Sri Hartamas 

Inilah kelemahan apabila menjalankan perniagaan secara bersendirian. Sebaiknya, cubalah jalankan perniagaan secara berjemaah.. In Shaa Allah, perniagaan akan terus berkembang...

4. Gilap your Own Oppotunity.

Tahukah anda? Selain daripada penyanyi, pelakon, pengacara, dan businessman.. Allayarhan Dato' Sudirman Hj Arshad juga memiliki bakat menjadi seorang kartunis. 

komik hasil lukisan Allayarhan Dato' Sudirman Hj Arshad
Antara komik hasil lukisan Allayarhan Dato' Sudirman Hj Arshad

Jadi, selain fokus dalam bidang utama yang kita minati... sebaiknya kita juga perlu mempelbagaikan bidang-bidang lain yang kita minati...

Gilap Your Own Opportunity. Apa sahaja. Setiap kelebihan yang anda miliki merupakan anugerah daripada Allah S.W.T yang perlu anda manfaatkan dengan sebaiknya. Jangan persiakan bakat anda bergitu sahaja. ;) 


5. Contoh-contoh Bidang Keusahawanan yang boleh diceburi oleh bakal graduan PSIS.


Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020

Dalam seminar tersebut, Tan Sri turut memberi beberapa contoh usahawan online yang sedang berkembang pesat seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Betul!! Sekarang ni dah ramai orang yang berjaya menjadi usahawan secara online dengan menjual produk-produk yang mereka minati.

Sekiranya anda seorang yang cukup meminati pakaian wanita, jadilah seorang usahawan online yang menjual pakaian wanita. Contoh -> Klik Di Sini

Sekiranya anda seorang yang kreatif, suka buat cenderamata yang ekslusif untuk dijadikan hadiah.. boleh jadi seperti wanita ini -> Klik Di Sini 

Sekiranya anda seorang peminat Gadget,  jadilah seorang usahawan online yang menjual Gadget.

Apa sahaja boleh dijual diinternet. Asalkan anda tahu strategi pemasaran di Facebook, google, Instagram, Blog dan sebagainya.

Perkongsian Pintar diantara PSIS dengan 12 buah Syarikat Swasta

Berikut merupakan 12 buah Syarikat Swasta yang terlibat dalam menjalankan perkongsian pintar dengan PSIS.

Setakat ini terdapat 12 Syarikat yang ada menjalankan perkongsian Pintar dengan PSIS. 
Puncak Niaga Holding Berhad menjadi ketua dalam kalangan 12 buah Syarikat Swasta ini

Antara Wakil Industri yang menghadiri Seminar CEO Faculty Talk di PSIS

Tan Sri ada memaklumkan bahawa, terdapat beberapa syarikat Korporat yang sanggup menghulurkan dana dalam bentuk pinjaman kepada usahawan-usahawan muda dalam kalangan graduan. Puncak Niaga Holdings Berhad turut menyediakan kemudahan tersebut.

Syaratnya.. Pemohon perlu mengemukakan kertas kerja untuk mendapatkan dana tersebut. 

Bukan kertas kerja biasa ye!. 

Pastikan terdapat elemen-elemen inovasi dalam kertas kerja tersebut.

Sebagai contoh, anda ingin menjadi usahawan dengan membuka stall burger. Pastikan Stall burger tersebut mempunyai ciri-ciri inovasi berbanding stall burger yang sedia ada di pasaran. Kena ada perancangan 10 tahun dalam bidang keusahawanan. Apa perkembangan perniagaan yang ingin dicapai dalam tempoh 10 tahun dari sekarang?

Contoh perancangan 10 tahun dalam Bisnes Burger (Ada Inovasi).
  • Sediakan Proposal (Inovasi) untuk dinilai oleh badan-badan korporat supaya mereka boleh menyalurkan dana mengikut perancangan tersebut. (Attach dengan Industri)
  • Perancangan Tahun pertama - Takkan ada Untung (Target untuk buka 10 stall dengan modal RM200K)
  • Perancangan Tahun Kedua - Takkan ada Untung (Target untuk kembangkan perniagaan, daripada asal 10 stall berkembang menjadi 20 stall)
  • Perancangan Tahun ke 3 - kembangkan lagi perniagaan sehingga jadi 30 Stall 
  • Kemudian wujudkan Central Kitchen untuk bekalkan keperluan peralatan dan bahan masakan kepada kesemua 30 stall burger. Sentiasa pantau perjalanan 30 stall tersebut (Sasarkan keuntungan sehingga RM300K setahun)


Harapan Tan Sri Tan Sri Dato' Dr Rozali Ismail

Semoga selepas ini, lebih ramai graduan PSIS berjaya mencipta kerjaya dengan menjadi seorang usahawan. Kalau sebelum ini, kebanyakan graduan politeknik menjadi seorang "Pencari Kerja". Tetapi, pada kali ini kita cuba lahirkan seberapa ramai graduan politeknik yang mampu "Mencipta lebih banyak Peluang Pekerjaan" untuk rakyat Malaysia.

TVET Negara-negara maju dan negara-negara membangun
TVET Negara-negara maju dan negara-negara membangun

Kita jadikan negara-negara maju sebagai contoh... TVET diselaraskan ke arah keperluan komuniti perniagaan.


Sesi Soal Jawab:


Antara Peserta yang mengajukan Soalan kepada Tan Sri.

 Tan Sri Dato' Dr Rozali Ismail menjawab soalan dengan tenang 

Satu Contoh Soalan menarik yang diajukan kepada Tan Sri. 

Isu Lambakan Pekerja Asing di Malaysia Tentang isu Pengangguran
  • Sekarang ni pekerja Asing buat Kerja yang Orang Malaysia Taknak buat.
  • Contoh pembantu rumah - kalau kita hantar balik pembantu rumah ke negara asal mereka, ramai suri rumah tak akan bekerja sebab kena jaga anak.
  • Contoh Buruh yang memotong Sawit (Indonesia) - Kalau kita hantar balik rakyat Indonesia yang bekerja di ladang Sawit, orang Malaysia boleh bekerja tetapi minta gaji yang mahal. Kesudahannya, kos pengeluaran menjadi lebih tinggi.
  • Jadi, sanggupkah Graduan buat kerja-kerja tersebut? Termasuk kerja-kerja 3D seperti cuci longkang, buat longkang dan sebagainya yang pada ketika ini kebanyakannya dilakukan oleh pekerja asing.

Apa yang diperkatakan oleh Tan Sri, ada kebenarannya. Jadi, jangan menuding kepada mana-mana pihak di atas lambakan pekerja asing di Malaysia. Dah ramai orang Malaysia tidak berminat nak buat kerja-kerja tersebut. Jadi, nak harapkan siapa lagi? Pembangunan di Malaysia tetap perlu diteruskan. Perusahaan pertanian tertap perlu dijalankan. Nak tak nak, tiada pilihan lain, kita terpaksa menggunakan tenaga pekerja asing. 

Tan Sri Dato' Dr Rozali Ismail bersalaman dengan para peserta.
Tan Sri Dato' Dr Rozali Ismail bersalaman dengan para peserta.

Penghargaan kepada Tan Sri Dato' Dr Rozali Ismail daripada pengarah PSIS
Penghargaan kepada Tan Sri Dato' Dr Rozali Ismail daripada pengarah PSIS

Menjamu selera bersama Wakil Jabatan Pengajian Politeknik (JPP)

Setinggi penghargaan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Dato' Dr Rozali Ismail kerana sudi meluangkan masa untuk memberi maklumat-maklumat yang cukup bermanfaat kepada kami terutamanya bakal graduan PSIS. 

In Shaa Allah dengan usaha murni ini, selepas ini akan dapat mengeratkan lagi kerjasama pintar diantara PSIS dengan syarikat-syarikat Swasta... terutamanya Syarikat Puncak Niaga Holding Berhad... In Shaa Allah... Sama-samalah kita doakan yer..  


VIDEO CEO FACULTY TALK "ENGAGING MIND, SHAPING FUTURE"

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Satu perkongsian yang menarik.. bukann senang nak berjaya dan ada banyak saluran untuk menjadi usahawan yang berjaya.

    BalasPadam
  2. semoga jadi inspirasi kita untuk berjaya

    BalasPadam
  3. sangat bagus penganjuran program seperti ni..banyak manfaat utk bakal2 graduan

    BalasPadam
  4. Salam ukhuwah. Dengan pelbagai pengalaman kerja yang dimiliki Tan Sri Dato' Rozali diharap menjadi inspirasi buat anak bangsa.

    BalasPadam
  5. Sangat bermanfaar. Program srperti ini perlu diterukan untuk para pelajar dan bakal graduan .

    BalasPadam