Kecoh Bila Imam Muda Nak Kahwin Lagi!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada hari Ahad baru-baru ini, saya ada menonton satu Telemovie menarik bertajuk "Imam Muda Nak Kahwin Lagi" di TV1.

Saya tertarik untuk menonton telemovie tersebut, disebabkan untuk mencari jawapan kepada beberapa persoalan yang pernah saya ajukan dalam entri bertajuk Poligami Dan Alam Perkahwinan berdasarkan pandanganku... 

Siapa yang belum pernah membaca entri tersebut, silalah baca!!

Dalam entri tersebut, saya tidak memihak kepada mana-mana pihak.. Samada lelaki mahupun wanita..

Tetapi, kalau sesiapa yang pernah membaca entri tersebut.. Terutamanya Lelaki... Pasti akan berfikir beribu-ribu kali, sekiranya dalam hati pernah terdetik untuk berpoligami..

Serius!! Bukan mudah... Dan tersangatlah Mustahil untuk seorang lelaki boleh membahagikan masa dengan adil untuk isteri pertama, isteri kedua, anak-anak bersama isteri pertama, anak-anak bersama isteri kedua, ayah dan ibu mertua isteri pertama, ayah dan ibu mertua isteri kedua, menguruskan persekolahan dan pelajaran anak-anak bersama isteri pertama, menguruskan persekolahan dan pelajaran anak-anak bersama isteri kedua dan lain-lain.


"Nak uruskan masa sedia ada bersama seorang isteri dan anak-anak pun dah rasa kelam kabut... Bagaimana pula seorang lelaki boleh berfikir untuk berkahwin lain?" - Suami Mithali -

Disebabkan itu, saya begitu tertarik untuk menonton telemovie ini... Untuk mengetahui apakah kesudahan cerita tersebut?....

Ini kisah Imam Muda Nak kahwin lagi yer...

Bukan Kisah Madu 3 dalam Filem P Ramlee tu..

Pasti mempunyai pendekatan yang berbeza diantara kedua-dua watak ini... 

SINOPSIS TELEMOVIE IMAM MUDA NAK KAHWIN LAGI

Hassan (lakonan Razali Hussain) merupakan seorang imam sambilan di kampungnya. Dalam masa yang sama beliau juga merupakan seorang usahawan tani yang berjaya. Hasil dari kebunnya sahaja, sudah menyamai pendapatan seorang pegawai tinggi di syarikat multi nasional. Malah, elaun sebagai imam yang diberi kerajaan, telah Hassan dermakan setiap bulan kepada masjid tempat dimana beliau bertugas. 

Hassan mempunyai seorang isteri yang cantik dan muda bernama Maya (lakonan Memey Suhaiza). Mereka mempunyai seorang anak perempuan yang berusia 3 tahun. Maya merupakan seorang isteri yang sangat beruntung kerana mempunyai seorang suami yang alim, kaya, dan disukai oleh semua penduduk kampung tidak kira tua, muda, lelaki dan wanita. 

Selain ustaz Hassan yang menjadi rujukan penduduk Kampung, Maya juga sering menjadi tempat rujukan para ibu jika mempunyai apa-apa masalah yang membabitkan soal hukum. Maya juga amat aktif dalam kegiatan dakwah dikalangan kaum wanita di kampungnya.


Hassan pula, selain dikenali sebagai imam muda dan berjaya didalam bidang pertanian... Dia juga dikenali sebagai seorang lelaki yang lembut hati kerana sikap beliau yang tidak sanggup melihat orang lain yang hidup dalam kesusahan. 

Para pemuda kampung juga amat menghormati Hasaan kerana beliau amat mudah untuk didekati dan berkomunikasi dengannya. 

Tanpa di duga, satu berita telah tersebar di kampung tersebut yang mengatakan Imam Muda akan berkahwin lagi

Keadaan ini telah menjadikan penduduk kampung berasa resah. 

Ada yang tidak percaya dengan khabar angin tersebut. 

Ada pula yang percaya dengan khabar angin tersebut kerana Imam Muda Hassan seorang yang kacak dan berharta. Sudah pasti ramai wanita di kampung tersebut meminatinya terutamanya janda-janda yang kematian suami atau berpisah dengan suami.

Keadaan ini menyebabkan terdapat orang kampung yang mula hilang rasa hormat kepada Imam Muda Hassan. Bagi mereka, Hassan sepatutnya bersyukur kerana mempunyai isteri yang muda dan cantik seperti Maya. Malah Maya juga bukan wanita sebarangan, beliau mempunyai ijazah dalam ilmu Usulludin.  

Reaksi Isteri Pertama Bila Tahu Imam Muda Nak kahwin Lagi
Reaksi Maya (Isteri Pertama) Bila Tahu Imam Muda Hassan Nak kahwin Lagi..


Reaksi Maya (Isteri Pertama) Bila Tahu Imam Muda Hassan Nak kahwin Lagi..


Pada awalnya Maya tidak menghiraukan berita tersebut, kerana bagi Maya beliau cukup mengenali siapa suaminya. Namun, selepas mendegar banyak berita tentang suaminya daripada penduduk kampung, menyebabkan Maya mengambil keputusan untuk menyiasat kebenaran berita tersebut.

Hasil siasatan Maya, beliau mendapati sejak akhir-akhir ini suaminya sering bertemu seseorang di bandar. Setiap kali Maya tanya siapa, Hassan cuma mengatakan sahabat lama. Maya mula memikirkan yang bukan-bukan dan beliau akhirnya terpancing juga dengan cerita karut orang kampung tentang suaminya. 

Haji Malik (lakonan Abu Bakar Juah) merupakan imam tua di kampung tersebut. Beliau juga kelihatan agak sibuk sejak akhir-akhir ini. 

Pada satu hari, seorang pemuda kampung telah terdengar perbualan Haji Malik melalui telefon. Dalam perbualan tersebut, Haji Malik mengatakan dia sedang sibuk mengurus pernikahan Hassan dengan seorang janda. 

Gara-gara perbualan tersebut, maka tersebarlah cerita Imam Muda Hassan bakal berkahwin dengan seorang Janda. Orang kampung mula berfikir bahawa, Imam Muda Hassan yang disangka baik selama ini rupanya tidak ada beza dengan lelaki lain di kampung tersebut. 


"kalau dah Lelaki Semuanya sama. Tak Kiralah Imam Muda Hassan Sekalipun!!" Antara isi kandungan Dialog yang diutarakan oleh seorang penduduk kampung.

Imam Tua Dan Imam Muda Nak kahwin Lagi
Imam Tua (Haji Malik) Menjadi Penasihat Utama Imam Muda... Bila Imam Muda Hassan Nak kahwin Lagi..

Semenjak hari tersebut... Penduduk kampung mula tertanya-tanya, siapa antara 3 janda di kampung itu yang menjadi kekasih gelap Hassan??

Malah ada yang mengatakan yang bukan-bukan.. Mereka merasakan Hassan tidak seharusnya menjadi imam muda kampung itu. Alasan mereka, pasti Hassan sering bertemu dengan janda muda tersebut di bandar. Janda muda yang paling mereka syaki adalah Syikin (lakonan Watie Sadali) yang terkenal dengan imej seksi, selalu memakai pakaian ketak dan Free hair. Ada beberapa orang pernah ternampak Syikin berseloroh dengan Hassan. 

Hassan mula merasa rahsianya telah bocor apabila mendapati isterinya mula merajuk dan adakalanya suka marah-marah. Mana mungkin Maya sanggup di madukan lebih-lebih lagi dengan Syikin yang terkenal sebagai janda bergetah kampung tersebut. Beberapa kali Hassan cuba menjelaskan kepada Maya, tetapi Maya sering menghentikan perbualan mereka separuh jalan. 


3 orang pemuda kampung yang selama ini rapat dengan Hassan telah bertindak untuk menghalang Hassan daripada berkahwin lagi. Akhirnya, mereka bersemuka dengan Hassan untuk mendapatkan penjelasan yang sebenar daripada mulut Hassan sendiri.  

Dengan jujur dan tenang, Hassan telah mengakui akan kebenaran berita tersebut. Tetapi, dia berjanji akan memberitahu 3 pemuda ini tentang siapa bakal isteri beliau pada Subuh keesokan harinya.

Pada malam tersebut, sebaik sahaja sampai di rumah Maya sudah bersiap sedia menunggu kepulangan suaminya dengan penuh menggoda. Maya ingin melayan suaminya dengan sebaik mungkin dengan harapan supaya suaminya dapat membatalkan hasrat untuk berkahwin lagi.....

Apa yang berlaku pada malam tersebut tak perlulah saya ceritakan di sini... Hanya orang dewasa sahaja yang dapat memahaminya... ;) 

Keesokannya, ke tiga-tiga pemuda ini sanggup datang solat berjemaah di surau semata-mata nak berjumpa dengan Imam Muda Hassan... Walaupun sebelum ini, mereka mereka sebenarnya cukup liat nak bangun pagi...

Tetapi malangnya... Imam Muda Hassan pula terlajak tidur... Maklumlah malam tadi..................................

Betapa kecewanya ketiga-tiga pemuda ini kerana tidak dapat berjumpa Imam Muda Hassan pada ketika itu...

Waklaubagaimanapun, mereka tidak berputus asa lalu pergi ke kebun Imam Muda Hassan selepas kuliah subuh. 

Kecoh Bila Imam Muda Nak Kahwin Lagi
3 Pemuda yang cuba Menghalang niat Imam Muda untuk berkahwin Lagi

Hassan mengaku dia mahu bernikah dengan seorang janda kerana mahu mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Hassan mahu menikahi janda yang dibuang oleh keluarga mereka. 

Imam Muda Hassan memberitahu, sekiranya ada pemuda dikampung ini yang sanggup menikahi Janda yang beliau maksudkan. Beliau sanggup untuk tidak meneruskan hasratnya menikahi Janda tersebut.

Persoalannya... Ada tak pemuda kampung ini yang sanggup menggantikan tempat beliau?

Ke tiga-tiga pemuda tersebut dengan berani mengatakan mereka sanggup menggantikan tempat imam muda Hassan untuk menikahi janda yang Hassan maksudkan. Sebenarnya,  pemuda-pemuda tersebut berfikir janda yang dimaksudkan itu adalah Syikin yang memegang status "janda bergetah" di kampung tersebut. 

Mendengar pengakuan ke tiga-tiga pemuda tersebut.... Lega hati Imam Muda Hassan... Rupanya masih ada pemuda-pemuda kampung yang sanggup menggantikan tempat beliau...

Lalu... Imam muda Hassan membawa ke tiga-tiga pemuda ini ke rumah janda yang dimaksudkan...

Apabila sampai di rumah janda yang dimaksudkan oleh Imam Muda Hassan...

Ketiga-tiga pemuda ini berasa terkejut apabila janda yang dimaksudkan oleh Imam Muda Hassan adalah Siti, iaitu janda yang berusia 45 tahun dan telah lumpuh. Beliau hidup dalam kedaifan bersama seorang anak perempuan. Suaminya telah menceraikan beliau semenjak beliau lumpuh. Menurut imam tua, Janda tersebut ada mempunyai seorang abang, tetapi sudah tidak mempunyai kedua orang tua dan saudara mara. Tetapi malangnya, mereka gagal menghubungi abang janda tersebut. Disebabkan rumah janda tersebut terletak di hujung kampung dan agak jauh dari rumah orang lain, maka tiada siapa yang ambil berat keatas dirinya.

Jadi, atas dasar perikemanusiaan.. imam muda yang telah banyak membantu kehidupan janda tersebut dan anaknya. 

Untuk mengelakkan fitnah disebabkan kerap datang ke rumah janda tersebut. Imam muda merasakan ada baiknya sekiranya beliau menikahi janda tersebut. Dan hasrat tersebut disokong penuh oleh imam tua yang menjadi penasihat peribadi beliau selama ini.
..
..
Ok... Berbalik semula kepada tiga orang pemuda yang beria benar nak mengantikan tempat imam muda untuk berkahwin lain... Apabila mereka mendapati janda yang dimaksudkan adalah Siti (Janda yang sudah tua dan lumpuh), masing-masing menarik balik kata-kata mereka....

Dan mereka merasa kagum dengan tindakan yang telah dilakukan oleh Imam Muda Hassan.. Yurp... Belum tentu ada orang lelaki di kampung ini yang sanggup mengahwini Siti. Tetapi atas dasar untuk membantu seorang wanita yang hidup dalam kedaifan, Imam Muda Hassan sanggup melakukannya...
..
..

Ok.. Sekarang berbalik pula kepada cerita Maya, isteri pertama Imam Muda Hassan..
..
Disebabkan terpengaruh dengan kata-kata penduduk kampung, dan risau sekiranya suaminya menikahi Syikin si "janda bergetah" di kampung tersebut. Maya, telah pergi ke rumah Syikin dengan niat untuk menyerang janda tersebut.

Sewaktu pergaduhan berlaku di rumah Syikin... kebetulan pula ke tiga-tiga pemuda yang bersama Imam Muda Hassan sebentar tadi lalu dihadapan rumah Syikin untuk pulang ke rumah masing-masing.

Lalu mereka bertindak meleraikan pergaduhan tersebut. Dan menerangkan cerita sebenarnya kepada Maya dan Syikin.

Maya yang tak sabar nak tahu.. siapa yang bakal menjadi isteri kedua Imam Muda Hassan, telah meminta ke tiga-tiga pemuda ini menunjukkan rumah janda Siti.

Sampai di rumah janda Siti, berlinang air mata Maya apabila melihat sendiri keadaan rumah dan diri Janda Siti. Tak sangka, ada orang yang sedaif ini tinggal di kampung mereka yang dia tidak pernah ambil tahu selama ini.

Lalu, Maya terus memeluk Janda Siti dengan linangan air mata membasai pipi beliau.

Maya berasa menyesal kerana selama ini bersangka buruk dengan suaminya sendiri.

Sebaik sahaja pulang ke rumah, Maya terus mencari suaminya... Lalu memohon maaf kepada suaminya atas tindakan beliau selama ini.

Maya redha dengan apa yang cuba dilakukan oleh suaminya... Dan membenarkan suaminya untuk menikahi janda Siti...
  
Jadi, pernikahan diantara Imam Muda Hassan dan Janda Siti pun berlangsung dengan meriahnya. 

Sewaktu majlis akan nikah berlangsung.. Maya berada di sebelah Janda Siti... Begitu juga ketika majlis persandingan diadakan... Maya lah orang yang sentiasa berada di sisi Janda Siti. 
..

Bagi pendapat peribadi saya... Inilah Kisah poligami terpuji yang seharusnya dicontohi.. Baru betul-betul mengikut sunnah Rasulullah S.A.W.

Baru betul-betul memikul tanggungjawab dalam masyarakat, untuk membela nasib kaum wanita... Lihat hasilnya.. Isteri pertama pun tiada alasan untuk menolak permintaan suami.. Malah orang kampung pun turut merestui perkahwinan imam muda.
..
..
Tetapi.... secara realitinya... Dalam sejuta lelaki... Belum tentu ada seorang lelaki yang sanggup memikul tanggungjawab seperti Imam Muda Hassan...

Info Berkaitan :

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Terbaiklah tuan.. Sungguh terinspirasi saya untuk berpoligami namun masih gurau gurau la..

    BalasPadam
  2. Menarik juga citer imam muda nak kawen lagi.
    kalau nak kawen dua atau lebih.. ekonomi, mental, fizikal dan rohani kena kuat.. kalau tak mau haru biru. ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang menarik cerita ni.. boleh dijadikan contoh dan tauladan..

      Padam
  3. janganlah saya diduga dengan situasi sebegini ;)

    BalasPadam
  4. haha..

    kuat btul gosip dalam cter ni..

    apa2 pun cter ni mmg mnarik..

    BalasPadam
  5. nak cakap kahwin lebih ini bagus memang betul jika kena caranya..

    cuma pemikiran kita telah diburukkan dengan emosi galau,cemburu dan pelbagai tohmahan yang tidak adil..

    kahwin sahaja boleh mendatangkan keredhaan Allah dan dua kali kahwin pastilah dua kali keredhaan Allah..

    Ingat kahwin bukan untuk dunia tetapi untuk akhirat yang kekal abadi..

    BalasPadam
  6. kalau saya takmo juga, semoga Allah tak duga saya dengan keadaan ini

    BalasPadam
  7. HUU.. menarik. rjn betul tls satu cerita smpai abeh

    BalasPadam
  8. Salam ukhuwah. Mungkin ada sambungan cerita watak baru imam google pula.

    BalasPadam
  9. Lama juga tak tengok lakonan razali hussain ni, mesti mantap lakonan dia, jalan cerita pun macam best ja

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang best lakonan dia.. sangat sesuai memegang watak imam muda Hassan..

      Padam
  10. Wah menarik sekali ceritanya, nice sharing

    BalasPadam