Rumah Kedua Homestay Hj Esmon Di Parit Raja Johor

Homestay Hj Esmon di Parit Raja Johor merupakan Homestay pilihan kami sekeluarga sekiranya kami mempunyai urusan di sekitar Batu Pahat, Parit Raja dan Ayer Hitam Johor.


Rumah Kedua Homestay Hj Esmon Di Parit Raja Johor
Rumah Kedua Homestay Hj Esmon Di Parit Raja Johor

Pada Bulan Jun Tahun lepas, sewaktu kami sekeluarga bercuti Ke Legoland Malaysia, kami telah menjadikan Homestay Hj Esmon sebagai tempat penginapan kami. 

Walaupun kedudukan Legoland Malaysia dan Parit Raja agak jauh. Tetapi, disebabkan kemudahan yang disediakan oleh pemilik Homestay Hj Esmon Di Parit Raja Johor, menyebabkan kami mengambil keputusan untuk menyewa di sini.

Boleh baca perkongsian dalam entri berikut:
-> 7 Sebab kenapa kami menginap di Homestay Hj Esmon Di Parit Raja Johor ketika Bercuti di Legoland Malaysia 

Kemudian, pada bulan Oktober yang lalu, sekali lagi kami menginap di Homestay Hj Esmon ketika menghadiri Majlis Konvokesyen adik Ipar di UTHM.

Kali ni, kami menyewa di Rumah kedua yang terletak bersebelahan dengan rumah yang pernah kami sewa sebelum ini.

Sekiranya anda berminat nak tahu apa kelebihan Rumah Kedua Homestay Hj Esmon Di Parit Raja Johor... Jom kita baca entri ini sehingga tamat.

Kedudukan Homestay Hj Esmon Parit Raja Johor

Homestay Hj Esmon terletak di No. 3A & 3B, Lorong Haji Sarji, 86400 Parit Raja, Johor. Kedudukan sebenar Homestay ini adalah di di Latitude dan Longitude berikut:
  • Latitude: 1.8594691
  • Longitude: 103.1026535

Kawasan Berhampiran:
  • 1.5 km dari Universiti Tun Hussien Onn (UTHM).
  • 2.5 km dari Kolej Kemahiran Tinggi MARA.
  • 1 km dari Kolej Jururawat Masyarakat.
  • 1.5 km dari Pekan Parit Raja.
  • 1 km dari Fujitsu.
  • 9 km dari pekan Ayer Hitam.
  • 9 km dari Institut Pendidikan Guru Tun Hussein Onn (IPTHO).
  • 18 km dari Bandar Batu Pahat.
  • 25 km dari Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat.

Kemudahan Berhampiran 
  • Stesyen Minyak Petronas,
  • Kedai-kedai makan seperti Mc Donalds, KFC, pasar mini, kedai rakyat 1 malaysia, dan kedai-kedai makan yang lain. 
  • masjid, surau, mesin ATM 
  • Terdapat bank tidak jauh dari Homestay ini seperti Maybank, CIMB, Public Bank dan BSN.
  • dan sebagainya.

Kemudahan Yang Disediakan di Homestay Hj Esmon Parit Raja Johor

- 3 Bilik Tidur

Bilik Tidur Utama (Master Bedroom) dilengkapi:
  • Katil Queen-size
  • Penyaman Udara
  • Kipas
  • empat bantal
  • Kelengkapan Solat 
  • Penyidai tuala 


Bilik Tidur Utama

Homestay Di Parit Raja Johor
Antara Kemudahan Yang disediakan di Bilik Tidur Utama

Sabun dan Tuala turut disediakan


Bilik Tidur Ke 2 Dilengkapi kemduahan seperti:
  • 1 Katil Queen-size 
  • Penyaman Udara
  • Kipas
  • dua bantal
  • Kelengkapan Solat 
  • penyidai tuala.
Bilik Tidur ke 2 Homestay Hj Esmon Parit Raja Johor

Kemudahan Bilik Tidur ke 2 Homestay Hj Esmon Parit Raja Johor
Kemudahan Yang Disediakan di Bilik Tidur Kedua

Bilik tidur ketiga dilengkapi: 
  • Katil bersaiz Queen
  • Kipas 
  • dua bantal
  • Kelengkapan Solat 
  • penyidai tuala.
Homestay Hj Esmon Di Parit Raja Johor
Kemudahan Yang Disediakan di Bilik Tidur KeTiga

Ruang Tamu
  • Kabinet TV dan TV + Astro.
  • Set sofa dan meja kopi.
  • Meja Komputer 
  • Komputer.
Homestay Di batu pahat Johor
Kemudahan Yang Disediakan di Ruang Tamu
Kemudahan Yang Disediakan di Ruang Tamu

Set Komputer di Homestay Hj Esmon Parit Raja Johor
Set Komputer yang disediakan 

Homestay Di Ayer Hitam Johor
Antara sebab kenapa Anak-anak suka tinggal di Homestay ini.. ;)

Ruang Makan 
Set meja makan untuk 4 orang.
Meja makan untuk 4 orang

Dapur
  • Peti Sejuk 2 pintu
  • Kelengkapan Memasak
  • Jag air elektrik.
  • Rak pinggan dan pinggan mangkuk.


Kemudahan yang disediakan di Dapur

Kemudahan-kemudahan lain yang turut disediakan adalah seperti:
  • Dua bilik air - Lengkap dengan Pemanas Air 
  • Wifi Free.
  • Seterika dan Papan Penggosok.
  • Tempat letak kereta berbumbung. 
  • Mesin Basuh. 
  • Ruang Paking yang selesa
  • Hotel Amenities Seperti Sabun Mandi, Teh, Milo Dan Gula. 

Ruang Parking Homestay di Parit Raja
Ruang Parking Yang Selesa

Homestay Hj Esmon Di Parit Raja Johor
Mesin Basuh dan Penyidai Pakaian yang di Sediakan 

Sesuai Untuk Aktiviti keluarga seperti:
  • Menghadiri Konvokesyen
  • Melawat Kawan/Ahli Keluarga
  • Berbulan Madu
  • Bercuti Bersama Keluarga
  • Lain-lain Aktiviti Seperti (Kenduri, Raya, Tahun Baru, dan Sebagainya.)
  • Menghadiri Kursus / Praktikal / Loging
  • Kes Kecemasan


Kadar Sewa Homestay:
  • Hari Biasa (Daftar masuk: Ahad – Khamis): RM160.00 semalam
  • Hujung Minggu (Daftar masuk: Jumaat – Sabtu): RM190.00 semalam
  • *Waktu Puncak: RM190.00 semalam 
  • **Kadar sewa masih boleh dirunding.
* Waktu Puncak (Peak season): Semasa pendaftaran, konvokesyen dan aktiviti-aktiviti utama di UTHM dan kawasan sekitar, Cuti Umum dan Cuti Sekolah.
* Diskaun: Diskaun akan diberikan kepada tetamu yang menginap 3 malam atau lebih.

Daftar Masuk/ Keluar:
  • Waktu daftar masuk: 2.00 petang
  • Waktu daftar keluar: 12.00 tengahari  
** Daftar masuk awal dan daftar keluar lewat hanya dibenarkan sekiranya terdapat kekosongan. 

Sekiranya berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Homestay Hj Esmon Parit Raja, saya syorkan anda menghubungi pemilik Homestay ini melalui maklumat-maklumat berikut:


Copy n Paste Banner Homestay di Blog Coretan Anuar

Sekiranya tidak keberatan.. saya menjemput anda "copy" dan "paste" html Code banner di bawah ke blog anda.. Kemudian jangan lupa tinggalkan url blog anda pada ruangan komen entri ini... 

Saya akan melawat blog anda untuk memastikan banner tersebut ada diletakkan di url yang diberikan... Semoga perkongsian info ini akan dapat memberi manfaat kepada orang lain..




Info Berkaitan:

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Eh murah la harga homestay ni nak dibandingkan dengan keselesaan yang diberikan tu

    BalasPadam
  2. nmpk luas dan selesa..selamat x dak adik beradik study kat uthm..kalo x mmg boleh jdik pilihan..

    BalasPadam
  3. wah ni dah macam rumah sendiri nih. home sweet home lagaknya =)

    BalasPadam
  4. rumah yang tampak nyaman dan enak untuk ditempati, kereen

    BalasPadam
  5. Harga ni berpatutan. Biasa I duduk kat kawasan Johor yg murah pun kena RM200. Lain kali mesti duduk di homestay tu.

    BalasPadam
  6. pengin sekali punya rumah yang elegan , sederhana namun mewah

    BalasPadam