9 Sebab Kenapa Anda Perlu Hadir Ke Karnival Persatuan Alumni UTHM (UTHMA) 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ada berita baik untuk  bekas pelajar PLSP, ITTHO, KUiTTHO, dan UTHM..

ALUMNI UTHM/KUiTTHO/ITTHO/PLSP

Persatuan Alumni UTHM (UTHMA) akan mengadakan Akrnival Alumni UTHM (UTHMA) 2016 yang akan diadakan di :
  • Tempat : Dewan Wawasan, Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan
  • Tarikh : 5 Mac 2016
  • Masa : 8 Pagi hingga 6.00 Petang.

Tentatif Karnival Persatuan Alumni UTHM (UTHMA) 2016

TENTATIF KARNIVAL PERSATUAN ALUMNI UTHM (UTHMA) 2016

5 Mac 2016 (Sabtu)  |  Dewan Wawasan, Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan

8.00 pagi
- Ketibaan Alumni dan Para Jemputan
- Pendaftaran Peserta
- PENDAFTARAN AHLI PERSATUAN ALUMNI UTHM bermula

9.00 pagi
CAR BOOT SALE bermula (sehingga 6.00 petang)

9.30 pagi
PERTANDINGAN “KIDZ GAMES” bermula
- Mewarna / “Sand Colour”
- Permainan Indoor Games (Lego / Puzzle / dll)
- Pelbagai Aktiviti Santai
10.00 pagi
MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN DAN PEMILIHAN JAWATANKUASA UTHMA 2016-2018
- Ucapan Perasmian
- Pembentangan Laporan Aktiviti dan Kewangan
- Pembubaran Jawatankuasa 2014-2016
- Pemilihan Jawatankuasa 2016-2018

11.30 pagi
FORUM “BIZ LUNCHEON TALK”
(1) Dato’ Anuar AR,  CEO Gold Silver Resources (M) Sdn. Bhd.
(2) Kas Roshan, Pengarah Drama (Cinta Teruna Kimchi, Hati Perempuan)
(3) Zada Khan, COO Elle Zada

12.45 t/hari
SESI FOTOGRAFI (“Photo Booth” disediakan)

1.00 petang
“BUSINESS NETWORKING SESSION”
Makan Tengah Hari / Solat Zohor

2.30 petang
SEMINAR KECEMERLANGAN
(1) Didik Anak Gaya Rasulullah – PN. NURHIDAYAH, Parenting Trainer
(2) Bijak Melabur Hartanah – EN. MUSLIH THANI, Properties Consultant
(3) Bebas Kewangan – EN. HAFIZ MASIAT, Financial Planner
(4) Cergas & Cerdas – EN. ZULFADLI ROZALI, Malaysia Athlete

4.30 petang
SESI FOTOGRAFI (“Photo Booth” disediakan)
Minum Petang / Solat Asar
6.00 petang
Bersurai

**********************************************************************************************
YURAN PENYERTAAN

Kategori 1 : Alumni UTHM (Ahli Seumur Hidup UTHMA)
PERCUMA Keseluruhannya kepada Ahli Seumur Hidup Persatuan Alumni UTHM (UTHMA)

Kategori 2 : Alumni UTHM (Belum Menjadi Ahli Seumur Hidup UTHMA)
- RM 50.00/orang : Yuran Pendaftaran Seumur Hidup Persatuan Alumni UTHM (UTHMA)
- PERCUMA Car Boot Sale + Semua AKTIVITI*

Kategori 3 : Pasangan Bukan Alumni UTHM
- RM 50.00/orang : Yuran Pendaftaran Seumur Hidup (Bersekutu) Persatuan Alumni UTHM (UTHMA)
- PERCUMA Car Boot Sale + Semua AKTIVITI*

Kategori 4 : Orang Awam
- RM 100.00/orang (AKTIVITI* sahaja)
- RM 150.00/orang (Car Boot Sale + AKTIVITI*)

* AKTIVITI - Forum "Biz Luncheon Talk" + Seminar Kecemerlangan
**Makan Tengah Hari + Minum Petang disediakan

Boleh hubungi URUSETIA Pendaftaran Karnival Persatuan Alumni UTHM (UTHMA) 2016

  1. MOHD ZUBAIR SULAIMAN (019-2107187)
  2. MUHAMMAD SUHAIMI SULONG (019-7209500)


Anda juga boleh mendapatkan maklumat tentang karnival ini menerusi link berikut: https://www.facebook.com/events/1760611557500089

Isi Borang Pendaftaran secara Online KARNIVAL PERSATUAN ALUMNI UTHM (UTHMA) 2016
>> KLIK DI SINI

**********************************************************************************************

Kenapa Anda Perlu Hadir Ke Karnival Persatuan Alumni UTHM (UTHMA) 2016??

Sebelum saya menyenaraikan 9 Sebab Kenapa Anda Perlu Hadir Ke Karnival Persatuan Alumni UTHM (UTHMA) 2016.. Izinkan saya berkongsi sedikit cerita tentang seorang class mate saya... yang juga merangkap house mate saya semasa kami sama-sama belajar di KUiTTHO kira-kira 10 tahun dahulu.   

Kawan saya bernama Ahmad Zaiwin Bin Mohd Kassim.. Mungkin ada diantara anda yang pernah mengenali beliau secara langung atau tidak langsung...

Kenapa saya tertarik nak bercerita tentang kisah kawan saya ni?

Apa yang menarik tentang beliau?

Bagi saya... Beliau merupakan seorang Usahawan Berjaya daripada 'Zero kepada Hero' yang wajar kita kenali.. 

Semasa di KUiTTHO kami mengambil Program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Mekatronik) bermula pada tahun 1999 dan tamat pada tahun 2004.

Sepanjang belajar di KUiTTHO, beliau tidak pernah terlibat dalam bidang keusahawanan. Tetapi beliau seorang yang komited terhadap sesuatu bidang yang beliau minati.

Sebagai contoh, beliau minat dengan aktiviti extrim seperti berlari jarak jauh, berkayak, Wall Climbing, berbasikal, berenang, mendaki gunung dan sebagainya.

Semasa zaman kami belajar dulu, tiada kolam renang yang terdapat di sekitar Parit Raja dan Batu Pahat... Disebabkan nak juga berenang,  beliau sanggup pergi ke Kem Askar Keluang yang dibuka untuk orang awam pada setiap hari Khamis untuk melakukan aktiviti tersebut.

Macamana saya boleh tahu..... Sebab saya kerap menemani beliau ke sana... Walaupun saya tak pandai berenang... ;) 

Selain itu, beliau juga rajin menyertai aktiviti lasak seperti Marathon, Sukan Berbasikal, Duathlon, Triathlon, dan sebagainya.  

Itulah Zaiwin Kassim yang kami kenali semasa belajar di Universiti.


Sejak Bila Ahmad Zaiwin Kassim mula terlibat dalam bidang Keusahawan?

Setelah tamat pengajian di peringkat sarjana Muda, kami mengambil keputusan untuk menimba pengalaman bekerja di Kuala Lumpur.   

Dalam tempoh tersebut, saya dan Ahmad Zaiwin Kassim tinggal bersama rakan-rakan yang aktif menjalankan perniagaan MLM.

Niat kami pada masa tu, untuk menimba pengalaman menjadi seorang usahawan (Melalui platform MLM)... Dalam masa yang sama melakukan berbapa pekerjaan part time untuk menampung kos sara hidup sepanjang tinggal di Kuala Lumpur.

Antara pekerjaan yang kami pernah lakukan sepanjang tinggal di Kuala Lumpur ialah: 
  • Jurujual MLM
  • Bekerja secara Part Time di IOI JW Marriot, Putrajaya dengan bayaran sebanyak RM5.00/jam.. 
  • Bekerja membuat Survey secara Offline (Cari Responden untuk menjawab soal selidik milik syarikat-syarikat besar. Bayaran diberikan berdasarkan jumlah Soal Selidik yang telah dijawab oleh responden)

Walaubagaimanapun saya tidak sempat menuai hasil melalui pengalaman yang telah kami lalui bersama... disebabkan saya mendapat tawaran untuk menyambung pengajian peringkat Sarjana di KUiTTHO (Kini UTHM)..

Tinggallah Zaiwin Kassim meneruskan perjuangan tersebut..

Selepas saya dipanggil untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana, rakan saya terus survive tinggal di Kuala Lumpur dan melakukan pelbagai pekerjaan secara part time  dan full time sebelum berpindah ke Kuching, Sarawak atas permintaan keluarga...

Sepanjang berada di KL, seingat saya beliau pernah menjadi promoter pakej pelancongan dan pernah mendapat top performance sales untuk syarikat tersebut.  

Kemudian Pernah menjadi Engineer selama 2 tahun (2005-2007) di KKB Engineering Berhad

Seterusnya.... Terlibat secara sepenuh masa menjadi usahawan 

Zaiwin Kassim bersama Tan Sri Tony Fernades
Sumber : Klik Di Sini

Kini beliau telah menjadi salah seorang usahawan berjaya dan pakar strategik kerjasama yang terkenal di negeri Sarawak.. terutamanya dalam bidang keusahawanan automotif.. 

Pada hari ini beliau telah memegang jawatan/berpengalaman sebagai :
  • CEO di Pro Auto Care Sdn Bhd (Sebuah bengkel kereta terbaik di Kuching, Sarawak) (2007 hingga sekarang) 
  • Chairman kepada Koperasi Belia Inovatif Sarawak (KOBIS) sebuah organisasi koperasi negeri memberi tumpuan kepada pembangunan belia dalam bidang inovasi, kemahiran dan keusahawananBermula dari 2011 hingga sekarang
  • Sering menjadi penceramah jemputan di majlis-majlis / seminar di Sarawak dalam bidang inovasi dan keusahawanan.
  • Sentiasa memupuk & memperkasakan orang lain untuk mencapai matlamat yang lebih besar dalam hidup khususnya golongan belia.
  • Menjadi Penulis jemputan, dan lain-lain lagi..

Dr Mazalan Kamis, Ketua Pegawai Eksekutif YIM (kiri) berjabat tangan dengan En Zaiwin Kassim, Pengerusi KOBIS (kanan) semasa pertukaran MoU sambil disaksikan oleh Ketua Menteri Sarawak, YB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan YB Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Sumber : Klik Di Sini


Zaiwin Kassim bersama Khairi Jamaluddin
Sumber : Klik Di Sini

Pada tahun 2010 Zaiwin antara 13 rakyat Malaysia disenaraikan di MPC (Malaysia Productivity Corporation) Publication yang berjudul Innovator Malaysia disahkan oleh MACRI (Malaysia Association of Creativity & Innovation) & MOSTI (Ministry of Science, Technology & Innovation)

Beliau pernah mewakili Malaysia untuk CAAYE (Commonwealth Asia Alliance of Young Entrepreneurs) Summit di Mumbai, India... dan pernah menerima anugerah ASEAN award for Youth Development Works di Vietnam pada bulan Disember 2015 baru-baru ini.  

Zaiwin Kassim menerima anugerah ASEAN award for Youth Development Works di Vietnam
Sumber : Klik Di Sini 

Sehingga sekarang.... saya masih teringat lagi satu cerita yang Zaiwin pernah sampaikan kepada saya kira-kira 10 tahun dahulu...

Kisah tentang seorang pemuda yang :
  • Pernah menjadi Jurujual XEROX kemudian berhenti kerja setelah berjaya mencapai top sales
  • Pernah menjadi seorang askar kemudain berhenti..
  • Dan beebrapa pengalaman lain, kemudian berhenti...
  • Sehinggalah pemuda ini berjaya mempunyai skill Leadership yang hebat...

Apabila saya cuba mengaitkan kisah pemuda tersebut dengan Ahmad Zaiwin yang sekarang... Seakan ada satu persamaan...

Sememangnya inilah impian yang Zaiwin cari dalam hidup beliau.. Dan alhamdulillah... Berliau berjaya mencapai impian tersebut... Daripada seorang Zero dalam Bidang keusahawanan, Kini menjadi Seorang HERO... dan berjaya menjadi antara Ikon Usahawan Belia di Sarawak.  Tahniah My Friend!!....

Kisah kejayaan beliau mungkin boleh dijadikan sebagai satu inspirasi kepada Alumni UTHM (UTHMA) yang bercita-cita tinggi.. Yang sanggup berusaha keras tanpa mengenal erti putus asa untuk menjadi seorang yang biasa bertukar kepada seorang yang luar biasa...

Ok.. Berbalik Semula kepada Cerita tentang Alumni UTHM...

Sebenarnya terdapat ramai lagi Alumni UTHM yang telah mengecapi kejayaan luar biasa seperti Ahmad Zaiwin Kassim...

Ada diantara mereka yang telah berjaya mendapat gelaran Datuk, Profesor Madya, CEO kepada syarikat-syarikat, Senior Engineer, Usahawan Terkenal, Pengarah Drama, Penulis Novel terkenal, Penulis Buku Terkenal, Usahawan Online, Pensyarah Universiti, Pensyarah Politeknik dan sebagainya... 

Ada diantara mereka akan hadir ke Karnival Persatuan Alumni UTHM (UTHMA) 2016 nanti... Dan akan berkongsi rahsia kejayaan tersebut dengan khalayak yang bakal hadir ke karnival ini nanti...

Contohnya:

Dato' Anuar A. Rahman, CEO Gold Silver Resources (M) Sdn. Bhd. .. Sebelum ini beliau pernah menjadi rakan setugas saya semasa berkhidmat di Politeknik Mukah Sarawak.

Sumber : KLIK DI SINI 

Sekiranya anda berminat nak belajar ilmu pelaburan emas daripada beliau, eloklah hadir ke Karnival Persatuan Alumni UTHM (UTHMA) 2016..

Encik Hafiz Masiat, Financial Planner. Beliau juga sebenarnya mempunyai beberapa bisnes yang dijalankan secara online dan offline.. Pakar Copywriting dan pemasaran Facebook.. Sebelum ini beliau pernah menjadi rakan setugas saya semasa berkhidmat di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor..

Kenangan Bersama Encik Hafiz Masiat dalam satu program di Politeknik.  
Encik Hafiz Masiat berbaju putih berjalur merah... Manakala saya berbaju merah berjalur putih.

Bukan senang ye nak dapat peluang mendengar talk daripada Encik Hafiz Masiat. Rakan-rakan di facebook beliau sentiasa dahagakan tip-tip pemasaran dan pengurusan kewangan daripada beliau....

Sehingga ada yang berharap Encik Hafiz Masiat membuat kursus atau seminar, supaya ramai orang yang dapat menuntut ilmu daripada beliau...

Pastinya ini merupakan satu Berita Baik untuk warga Persatuan Alumni UTHM (UTHMA.. Di mana anda akan mendapat peluang tersebut semasa menghadiri Karnival Persatuan Alumni UTHM (UTHMA) 2016 nanti....

Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini...

9 Sebab Kenapa Anda Perlu Hadir Ke Karnival Persatuan Alumni UTHM (UTHMA) 2016


1. Peluang nak dapat Pekerjaan untuk Graduan Baru!!

Bila ada perjumpaan rasmi alumni universiti, mengikut kajian yang akan hadir adalah;
  1. yang dah lama grad
  2. yang dah 5 tahun grad

Yurp...Graduan baru memang susah nak hadir sebab katanya malu dan malas.

Ok, ini hakikat. 2 golongan di atas adalah mereka yang dah ada sedikit sebanyak pengaruh di syarikat tempat kerja meraka. Ada yang mempunyai:
  • maklumat kerja kosong
  • gembira nak tolong junior

Buang semua tanggapan buruk. Join Karnival Persatuan Alumni UTHM (UTHMA) 2016. Serius peluang besar dalam komuniti senior anda. Cubalah!


2. Mendapat Inspirasi apabila melihat kejayaan Ahli alumni yang lain.

Seperti yang saya senaraikan di atas, sebenarnya ramai Alumni UTHM yang telah mengecapi pelbagai kejayaan dalam career masing-masing.  

Alangkah menariknya kalau kesemua alumni ini dapat berkumpul, dan berkongsi kisah kejayaan masing-masing.

Kemudian ada dalam kalangan yang menceburi career yang sama, dapat berkongsi idea dan pendapat untuk memantapkan kerjaya dan perniagaan masing-masing. Pastinya platform ini dapat memberikan satu situasi menang-menang kepada setiap alumni yang hadir. 



3. Networking untuk kembangkan perniagaan

Peluang untuk anda  memperkenalkan kualiti produk atau perkhidmatan yang anda usahakan. Anda merupakan testimoni terbaik untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan anda. Jadi, lebih mudah untuk anda menceritakan tentang manfaat produk anda kepada rakan-rakan alumni yang mengenali anda.

Selain itu, anda juga boleh melakukan sesi perbincangan, menyertai car Booth Sale, pertukaran kad perniagaan, mengedarkan risalah, memberi surviniour dan sebagainya untuk memberi kesedaran kepada alumni tentang kewujudan perniagaan anda..


4. Peluang Mencari Supervisor untuk menyambung pengajian di Peringkas Sarjana atau Dr. Falsafah 

Ya... Ramai Alumni yang sudah memiliki Doktor Falsafah dalam bidang kepakaran masing-masing, malah mungkin ada yang sudah mendapat title Profesor Madya atau Profesor di Universiti-universiti tertentu. Kemungkinan salah seorang daripadanya merupakan sahabat baik anda yang sudah lebih 10 tahun anda tidak hubungi.

Kebetulan pula, pada ketika ini tergerak di hati anda untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah... Tetapi anda mempunyai masalah untuk mencari supervisor.

Inilah peluang terbaik yang anda miliki untuk mencari supervisor. Kalau rakan-rakan anda tak dapat menjadi supervisor anda atas sebab-sebab tertentu, mungkin mereka boleh mengesyorkan kepada anda supervisor yang sesuai dengan projek Master atau PHD anda.   


5. Memudahkan Pensyarah Politeknik untuk mencari Tempat latihan Industri Pelajar dan program Sangkutan Industri Pensyarah Politeknik (SIP)

Ramai dalam kalangan alumni UTHM merupakan pensyarah Politeknik. Setiap pensyarah politeknik, biasanya akan ada anak PA (penasihat Akademik) yang akan menjalani Latihan Industri semasa semester ke 4 atau semester ke 6.

Jadi, inilah peluang terbaik untuk anda mengenali rakan-rakan anda yang bekerja di sektor swasta supaya dapat menempatkan pelajar Latihan Industri di tempat mereka bekerja.

Selain itu, dalam masa yang sama.. Anda juga boleh buat survey sekiranya ingin melaksanakan program Sangkutan Industri Pensyarah Politeknik (SIP)... ;) 


6. Peluang Mencari Jodoh kepada Alumni yang masih lagi single 

Kepada yang masih bujang dan sukar untuk bertemu jodoh, saya syorkan datanglah ke Karnival Persatuan Alumni UTHM (UTHMA) 2016.

Manalah tahu ada rezeki anda bertemu jodoh di sana.

Kata orang Jodoh dan Pertemuan ditangan tuhan... Kita perlu berusaha mencari jodoh tersebut... Manalah tahu ada sahabat yang sudah lama tidak anda hubungi, rupanya masih lagi single... Dan serasi dengan anda suatu masa dahulu...

Psss... Awas kepada yang telah mendirikan rumah tangga.. Sila tundukkan pandangan mata anda... Terutamanya apabila terjumpa semula dengan Ex Girlfriend atau Ex Boy friend... Jangan membiarkan cinta lama bertaut semula... nanti buruk pula jadinya.... Jadi, kita fikirkan yang positif, cuba elakkan perkara-perkara yang negatif yer...


7. Mempelajari perkara baru

Sebelum ini mungkin anda tidak pernah tahu tentang protokol bagi menyambut tetamu, cara berhadapan dengan orang kenamaan dan macam-macam lagi. 

Dengan menghadiri Karnival seumpama ini akan dapat membuka minda anda dan secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi keyakinan diri. Terutamanya apabila anda dapat berjumpa balik dengan rakan-rakan lama anda yang sudah biasa berurusan dengan orang-orang kenamaan seperti Datuk,  Datuk Sri, Tan Sri dan sebagainya..

Mungkin anda boleh belajar sesuatu daripada mereka... Atau mungkin boleh minta mereka kongsikan pengalaman bagaimana berurusan dengan orang-orang kenamaan ini...

Sebagai contoh, rakan saya Ahmad Zaiwin yang dah biasa berurusan dengan orang-orang kenamaan.... Kadang tu, bila dikenang balik semasa kami belajar... Tak sangka pula beliau boleh berada sampai ke tahap macam tu sekali...


8. Sumber kewangan atau mencari rakan kongsi

Melalui Karnival Persatuan Alumni UTHM (UTHMA) 2016, anda juga berpeluang untuk mencari rakan kongsi atau sumber kewangan untuk membesarkan lagi perniagaan anda.

Manalah tahu ada rakan lama anda, yang berminat untuk Joint Venture perniagaan anda... Jadi, secara tidak langsung anda sudah berpeluang untuk menambah/mengembangkan perniagaan anda... 

Bayangkan kalau ada 10 orang yang berminat untuk turut serta menjadi rakan kongsi perniagaan anda... Bukankah rezeki namanya tu... ;)

P/S: Nak cari rakan Kongsi kenalah melalui cara yang betul... Jangan main terjah jer.. Nanti lain pula jadinya...


9. Sumbangan Untuk membantu Persatuan Alumni dari segi idea, tenaga, kreativiti dan juga kewangan

Sebagai Tanda Terima kasih kepada UTHM di atas ilmu yang telah kita perolehi... Dan sebagai satu platform untuk menjadikan kita seorang yang bekerjaya seperti sekarang... 

Persatuan Alumni UTHM sangat berbesar hati sekiranya menerima penyertaan daripada semua graduan yang telah berjaya dalam kerjaya masing-masing untuk memberikan sumbangan dalam membangunkan persatuan. Antara sumbangan yang boleh diberikan oleh ahli alumni adalah seperti idea, tenaga, kreativiti dan juga kewangan.

Ahli alumni juga digalakkan untuk terlibat dengan semua aktiviti yang dianjurkan persatuan sebagai salah satu bentuk sumbangan dan sokongan kepada persatuan. Dengan ini, secara tidak langsung alumni dapat menyumbang dalam pembangunan persatuan dan juga universiti secara khususnya dan masyarakat secara amnya.


Untuk menyertai Karnival Persatuan Alumni UTHM (UTHMA) 2016... Boleh hubungi URUSETIA Pendaftaran Karnival Persatuan Alumni UTHM (UTHMA) 2016
  1. MOHD ZUBAIR SULAIMAN (019-2107187)
  2. MUHAMMAD SUHAIMI SULONG (019-7209500)

Atau... Anda juga boleh mendapatkan maklumat tentang karnival ini menerusi link berikut: https://www.facebook.com/events/1760611557500089

Isi Borang Pendaftaran secara Online KARNIVAL PERSATUAN ALUMNI UTHM (UTHMA) 2016
>> KLIK DI SINI

PENCALONAN JK UTHMA 2016-2018
Sila isikan pencalonan melalui pautan berikut
-> bit.ly/uthmaAGM2016


Alamak... Tak sangka Setiausaha Persatuan Alumni UTHM (UTHMA) mempunyai perancangan untuk saya.. 

Ni yang tiba-tiba rasa neves ni.... ;)

Secara peribadi... saya rasa masih belum layak untuk memberi talk tentang "Blogger Berjaya" kepada khalayak Persatuan Alumni UTHM (UTHMA).... Sebab masih ramai lagi blogger di luar sana yang jauh lebih baik berbanding saya..

Tetapi, kalau ramai yang berminat untuk mendengar talk daripada saya, saya akan cuba berkongsi mana yang termampu....

So, ada ke yang berminat nak dengar talk dari saya? 
Kalau ada boleh tulis Komen di bawah entri ini 

Cukup 50 Komen (daripada individu yang berbeza), In Shaa Allah, saya akan cuba memenuhi permintaan anda...  




Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. Kalau join Alumni boleh berjumpa kembali rakan lama dan mana tahu ada peluang bisnes yang boleh diterokai bersama

    BalasPadam
  2. Ulasan yg baik untuk Alumni. Terima kasih Anuar. Jom kita bersama kukuhkan hubungan dan kembangkan network business sesama keluarga besar Alumni UTHM

    BalasPadam
  3. Ulasan yg baik untuk Alumni. Terima kasih Anuar. Jom kita bersama kukuhkan hubungan dan kembangkan network business sesama keluarga besar Alumni UTHM

    BalasPadam
  4. wah rupanya alumni UTHM..kawan ciktom alumni UTHM..boleh inform dia ni mana tau dia berminat nak pergi jugak 5 mac ni...ciktom sokong anuar jadi next speaker utk talk..

    BalasPadam
  5. menarik juga program dia, kalau dekat bolehlah plan ke sana

    BalasPadam
  6. wah bestnya kalau dapat hadirkan diri :D

    BalasPadam