Anniversary ke 9 dan Due date anak ke 4..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T.... Kerana dengan izinnya saya dan isteri masih di beri peluang untuk bernafas di muka bumi ini... Melihat putera dan puteri kami membesar di hadapan mata...

Pada 5 Januari 2016 yang lalu... Genaplah 9 tahun usia perkahwinan kami...

Terima kasih buat isteri tercinta Norsuzana Binti Zakaria... Kerana sudi menerima saya sebagai pasangan hidup....

Terima kasih kerana sanggup susah senang bersama saya selama 9 tahun... 

Terima kasih kerana melahirkan 3 orang permata hati saya... Haikal, Adam dan Naila...

Gelagat 3 orang permata hati saya.... Haikal, Adam dan Naila..

Doakan semoga hubungan kami berkekalan hingga ke akhir hayat... Dan anak-anak kami membesar sebagai anak yang soleh dan solehah... In Shaa Allah...

Esok ataupun lusa (9 Januari 2016)... Dengan izin Allah S.W.T... In Shaa Allah, isteri saya akan menghadiahkan seorang lagi permata hati untuk saya... Membesarkan lagi bilangan  ahli keluarga kami, di samping dapat meramaikan umat nabi Muhammad S.A.W...

Doakan semoga segala urusan dipermudahkan Allah S.W.T... Sebagai seorang suami, saya juga hanya mampu berdoa buat isteri saya... Yang selebihnya bertawakal kepada Allah S.W.T....

Doakan yang baik-baik untuk kami ya....

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini... 

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. pehh.. 

    dah anak keempat dahhh.. 

    BalasPadam
  2. wah dah 9thn ye...comel2 anak anuar...
    happy anniversary bt korang berdua...
    smoga wife anuar lahirkan baby yg sihat..
    smoga perkahwinan bahagia sehingga ke jannah..

    BalasPadam
  3. Tahniah Tuan, Semoga sentiasa kekal bahagia.

    BalasPadam
  4. Tahniah Bro Anuar. Semoga berbahagia selalu.

    BalasPadam
  5. tahniah tuan...kerana berjaya melayari bahtera rumahtangga selama 9 tahun dan terus ke jannah..

    dapat ahli kelaurga baharu memang best sangat dan terkata seronoknya ...tahniah sekali lagi..

    BalasPadam
  6. tahniah tuan, dan semoga anak ke 4 selamat dilahirkan

    BalasPadam
  7. wuuu...

    dah 4 org... semoga diperbudahkan segala-galanya..

    BalasPadam