Ramai kawan lama kata saya dah GEMUK.... Tapi TAK KISAH... Asalkan isteri saya suka...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Macam ganaskan sekali baca entri ni... hehehe...

Macam tergedik-gedik pun ada tajuk entri ini....

TAPI...

Untuk makluman anda, entri ini tidak berunsur lucah pun.... 

Cuma nak berkongsi apa yang saya rasai..... Setiap kali bertemu dengan kawan-kawan lama....

Ramai kawan-kawan lama saya jujur.... Cakap terus terang.... 

Jumpa jer dengan saya, kebanyakan mereka akan kata... S


"Nuar, aku tengok ko dah makin gemuklah sekarang ni"... 

Yurp... Memang saya akui, sekarang ni saya dah semakin gemuk... 

Isteri saya pun cakap macam tu... Anak-anak saya pun cakap macam tu... 

Sebab keadaan badan saya sekarang ni agak berbeza dengan masa saya muda-muda dulu....

Saya di sebelah kiri... Gambar saya semasa belajar pada semester 3 atau semester 4 di KUITTHO, Parit Raja (Kini UTHM)

Masa belajar dulu... Makan ikut budget student... Memang nampak kuruslah... hehehe

Gambar di bawah ni pula semasa saya berada di tahun 4 pengajian di KUITTHO...

Gambar semasa melakonkan watak Derhaka dalam Persembahan Pentomen bertajuk "Perjuangan Masih Belum Selesai"

Masa ni dah agak berisi sikit... Rajin minum air susu kacang soya, setiap hari berjoging, buat Sit Up, Bersenam, Work Out dan sebagainya...

Alhamdulillah... Dapatlah berat badan yang ideal.... 

TAPI SEKARANG....

Dah tak ada masa nak berjoging, bersenam dan sebagainya.... Makan pula semakin bertambah-tambah... Anak tak lalu nak makan, saya tolong habiskan.... Anak pak mertua tak lalu nak makan, saya juga yang tolong habiskan.... Macam manalah badan tak naikkan?

Isteri saya pula pandai memasak.... Setiap kali dia memasak, memang saya puji sedap... Bila dah sedap, tentulah saya akan makan banyak... Bertambah-tambah...

Gambar terkini... Saya dan Isteri...

Pada minggu lepas, semasa isteri saya nak siapkan hobi beliau... Dia sibuk mencari gambar perkahwinan kami... Bila jumpa gambar tu, dia bandingkan dengan muka saya sekarang...

Isteri saya kata... "Kurus betul abang masa ni"... Ana rasa, Ana lebih suka tengok muka abang sekarang... Dah semakin berisi"

Hmmm... Oklah kan? Isteri saya suka... Pedulilah apa orang lain nak kata... Asalkan saya bahagia dan masih lagi berada dalam kesihatan yang baik...

Walaubagaimanapun, saya cuba juga untuk mencari masa untuk joging dan bersenam demi untuk mengekalkan kesihatan... Tapi, masa masih belum mengizinkan... 

In Shaa Allah, kalau saya dapat berpindah tinggal di quaters tempat saya bekerja... Dah tak jauh nak berulang-alik ke tempat kerja.... Masa tu nanti, mungkin saya ada masa untuk bersenam atau beriadah di sebelah petang...  


Info Berkaitan:



Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. haha..

    biasalah tu.

    orang bahagia.

    BalasPadam
  2. Takpe yang gemuk atau kurus yang penting sihat.

    Betapa besarnya nikmat sihat yang Allah beri.

    BalasPadam