Perbezaan Passive Income Vs Active Income melalui Blog : Persediaan menghadapi Cabaran Ekonomi 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sekarang tinggal kurang 2 minggu sahaja lagi tahun 2015 bakal sampai ke penghujungnya. Lepas tu tibalah tahun 2016, yang dijangka agak mencabar dari segi ekonomi.

Agaknya apa cabaran ekonomi yang bakal kita hadapi pada tahun 2016 nanti?
  • Kos sara diri makin naik
  • Banyak subsidi dimansuhkan
  • Harga Minyak naik
  • Tambang Pengangkutan Awam naik
  • Kadar Bayaran Tol naik
  • Keadaan matawang negara makin lemah
  • Ada pekerja yang terpaksa diberhentikan sebab nak kurangkan kos operasi syarikat
  • Banyak peniaga gulung tikar
  • Banyak syarikat tak nak ambil pekerja baru
  • Potongan Gaji Secara Mandatori ke atas mereka yang liat membayar hutang PTPTN
  • Tiada jaminan Gaji akan naik berdasarkan keadaan ekonomi semasa..

Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut? 

Bagi yang dah bersedia.... Oklah...

Macamana pula bagi mereka yang belum lagi bersedia?

Untuk itu, saya rasa terpanggil untuk menulis entri ini... dengan tujuan untuk berkongsi sedikit pengalaman dan pengetahuan tentang menjana pendapatan melalui blog... Atau lebih spesifik lagi, untuk membantu pembaca blog saya mengenali Passive Income Vs Active Income melalui Blog.


Passive Income Vs Active Income melalui Blog


Sebelum ni saya rasa, ramai yang dah tahu tentang Passive Income dan Active Income melalui Blog..

Tetapi berdasarkan pemerhatian saya... Sebenarnya masih ada juga yang tidak faham atau tidak tahu untuk membezakan di antara keduanya... Sehingga ada yang menganggap Active Income yang mereka perolehi melalui blog, merupakan Passive Income... Mereka menganggap setiap bulan boleh menjana pendapatan yang sama menerusi sesebuah laman web... 

Mereka beranggapan, bila bulan ni mereka berjaya mendapat hasil RM100 daripada sebuah laman web, bulan depan pun mereka boleh memperolehi pendapatan yang sama menerusi laman web tersebut.... 

Tetapi sangkaan mereka SILAP!

Pada bulan depannya... mereka rasa terkejut apabila mendapati pendapatan mereka berkurangan, atau ada juga yang langsung tak ada pendapatan.... masa tu barulah mereka sedar, itu sebenarnya bukanlah Passive Income... Tetapi sebaliknya hanya active Income... Kena tambahkan usaha untuk menghasilkan jualan demi jualan, barulah boleh dapat income...

Sebenarnya saya pun dah biasa melalui semua itu melalui blog...

Sebagai contoh, boleh tengok pendapatan yang berjaya saya perolehi melalui blog pada bulan Disember 2015...  



Komisyen Affiliate Bookcafe.com.my 
Komisyen Affiliate tudungsicomel.com
Contoh Passive Income dan Active Income yang telah saya perolehi menerusi Blog pada bulan Disember 2015

Pendapatan-pendapatan ini saya perolehi menerusi beberapa laman web iaitu: 

Tetapi, pendapatan menerusi laman-laman web yang saya senaraikan di atas, tidak saya perolehi secara konsisten pada setiap bulan... Sebab ia merupakan pendapatan aktif.. Saya hanya boleh menghasilkan jualan sekali sahaja kepada pelanggan yang sama... Selepas itu, saya perlu mendapatkan pelanggan yang lain untuk menghasilkan jualan..


Contohnya saya jual ebook yang diterbitkan oleh laman web Klikjer.com. Saya promosi ebook RahsiaTaobao.com kaw-kaw punya dalam blog saya... Kemudian Ali membaca blog saya dan berminat untuk membeli ebook tersebut... Syukur Alhamdulillah, saya berjaya mendapat satu jualan daripada Ali.... Tetapi, Adakah Ali akan membeli ebook yang sama setelah membaca blog saya pada bulan yang berikutnya? 

Tentulah tidakkan... Ali dah beli ebook tersebut pada bulan lepas... Takkanlah dia nak beli ebook yang sama secara berulangkali...

Kalau Ali nak beli pun, mungkin dia akan membeli ebook lain yang terdapat dalam senarai Carta Ebook Top Sales Klikjer.com 


Senarai Ebook Top Sales Klikjer.com
1. RahsiaTaobao.com oleh Nigel J. W. Ong
2. SistemSaham.com oleh Khairul Arifin Selamat
3. PikatLelaki.com oleh Dr HM tuah
4. RahsiaKambing.com oleh Farid Sulaiman
5. RahsiaSolat.com oleh Ustaz Hasnan
6. DuitFiverr.com oleh Nigel Ong
7. FormulaKurus.com oleh Nazrin Nasser
8. RahsiaUnitTrust.com oleh Khairul Arifin Selamat
9. BisnesBurger.com oleh Afiq Rusly
10. PanduanMuet.com oleh Allahyarhamah Norehan Mohd Nooh

Ya... Dah tentu punya Ali akan beli Ebook yang lain... 

Jadi, adakah kita berjaya mendapatkan pasivve Income (pendapatan berterusan) daripada pelanggan yang sama (Ali)?

Saya kata tidak...

Jadi, ini bukanlah passive Income... Tetapi sebaliknya hanya Active Income... Setiap bulan saya kena berusaha mendapatkan pelanggan yang baru untuk ebook/produk yang kita promosikan.. 

Sama juga kesnya dengan komisyen affiliate yang berjaya saya peorlehi menerusi laman-laman web lain seperti jobdirumah.netBookcafe.com.my , tudungsicomel.com dan koleksi ebook TimInfokerjaya


Semuanya merupakan active Income melalui blog melainkan satu jer... Iaitu komisyen yang diperolehi melalui laman web onexoxstore.com.

Menerusi laman web ini, anda boleh menghasilkan dua jenis sumber pendapatan iaitu:
  1. Active Income (Melalui jualan Simkad)
  2. Passive Income melalui Program User Get User (Insentif 6% secara berterusan)


1. Active Income (melalui jualan Simkad) 

Sebagai ejen Affiliate ONEXOXStore.com anda akan mendapat komisyen RM1 untuk setiap SIMKAD yang terjual menerusi link affiliate anda.

Komisyen affiliate ini akan di bayar oleh tuan Amirol Zolkifli, selaku pemilik laman web tersebut.


2. Pendapatan Pasif melalui Program User Get User (Insentif 6% berterusan) 

Sekirnya anda merupakan pengguna Simkad ONEXOX.. Selain mendapat komisyen RM1 untuk setiap jualan SIMKAD, anda juga berpeluang mendapatkan pasif income melalui Simkad tersebut. 


 


Ini disebabkan, Simkad yang berjaya dijual menerusi link affiliate anda akan didaftarkan di bawah nombor anda. Jadi, setiap kali tambah nilai (TOPUP) dilakukan ke atas SIMKAD tersebut, anda akan mendapat komisyen sebanyak 6%.

Di sini anda berpeluang untuk menjana passive Income melalui blog... Buat jualan sekali, kemudian anda akan mendapat komisyen berulang pada setiap bulan melalui pelanggan yang sama.

Contohnya, anda berjaya mendapatkan 10 jualan menerusi link affiliate anda.. Komisyen yang bakal anda perolehi adalah seperti berikut:

1. Komisyen Active Income

    - RM1.00 untuk setiap jualan X 10 = RM10.00 (Komisyen ini dibayar sekali sahaja untuk setiap jualan SIMKAD)

2. Komisyen Passive Income (Contoh setiap user TOPUP RM50 sebulan)

    - RM50.00 X 10 orang X 6% = RM30.00 (Komisyen ini boleh diperolehi secara Berterusan pada setiap bulan, selagi pengguna TOPUP SIMKAD yang mereka gunakan)


Melalui penerangan ini, saya harap anda jelas tentang perbezaan diantara  Passive Income Vs Active Income melalui Blog....
Sumber : Klik Di Sini
Contoh mereka yang telah berjaya menjana passive Income bersama ONEXOX 

Sedikit nota ringkas daripada saya... Supaya memudahkan anda untuk membuat ulangkaji.. ;)


Passive Income ni merupakan pendapatan yang diperolehi secara berulang melalui pelanggan yang sama... Atau buat kerja sekali kemudian dapat income berkali-kali seperti penulis buku, pebulis ebook, penggubah lagi, Pemilik rumah yang mendapat sewa rumah pada setiap bulan, Ejen Insurans, Penyedia domain/hosting (Passive Income sebulan/setahun sekali) dan lain-lain.
Active Income pula merupakan pendapatan yang kita perolehi setiap kali kita bekerja atau menjual. Sebagai cintoh jual buku, jual ebook, jual Topup, Kerja makan gaji, tukang gunting rambut, tukang jahit baju, peniaga kedai makan dan sebagainya...


Saya harap anda boleh faham dengan contoh dan penerangan yang saya berikan di atas... 

Sebelum melangkah ke tahun 2016, saya harap kita boleh sekurang-kurangnya memiliki satu passive Income supaya dapat membantu kita mengharungi cabaran ekonomi dengan lebih tenang... 

Sekian sahaja daripada saya untuk kali ni... Jumpa lagi di lain waktu...


P/S : Jangan bergantung kepada Active Income (bekerja makan gaji) semata-mata, walaupun pada hakikatnya anda seorang pekerja yang rajin.. Sebab kita takkan tahu apa yang akan berlaku pada kemudian hari... Sebaiknya kita ada memiliki kedua-dua jenis sumber pendapatan tersebut sebagai persediaan menghadapi cabaran ekonomi pada masa depan... Jangan lupa sediakan payung sebelum hujan..

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Alhamdulillah.. ramai yang sedar keperluan untuk memiliki sekurang-kurangnya satu pasif income...

    BalasPadam
  2. bru tahu perbezaan antara kedua2 nya..

    In Shaa Allah jie pun tgh mencari passive income..

    hari tu ada trima email dr bro anuar join contest onexox tapi jie bz dgn kelahiran bby..maaf diucapkan..

    BalasPadam
  3. Sebenarnay saya dah tahu antara Pasif Income dengan Aktif Income, cuma nak dapat je yang susah sikit. Perlu bekerja keras untuk dapatkannya.

    BalasPadam
  4. mantap tu bro. passive income sangat sesuai tuk orang yang busy dan kurang masa untuk jana aktif income.

    BalasPadam
  5. kena rajin tambah pendapatan sampingan.

    tak leh dok diam je sekarang nih.

    BalasPadam
  6. Memang kena buat persediaan awal sebelum keadaan menjadi parah.

    BalasPadam
  7. Huiyoo.. tak kurang hebat juga rupanya saudara Anuar kita nih ye, seronoknya lah kan...

    BalasPadam
  8. oo camtu, faham dah apa beza passive dan active income

    BalasPadam
  9. Bagus buat income macam ni. Boleh dapat duit.

    BalasPadam
  10. betul, zaman makin mencabar semua pakat naik. maka usaha pun harus berganda!

    BalasPadam
  11. memang sukar nak dapat passive dari blog.
    active pun kadangkala tak tercapai juga..
    dalam klikjer, saya suka promo tipskereta tu... sebab ada blog niche kereta di ohpemandu.

    BalasPadam
  12. inilah perkara yang saya selalu fikirkan sekarang..tahap kerajinan saya untuk mencari lubuk duit perlu sangat ditingkatkan

    BalasPadam
  13. Pasif income ek...

    Alhamdulillah, masih ada.. walaupun xde la banyak

    BalasPadam
  14. pasif income tu penting juga boleh bantu bila masa sesak..huhuhu

    BalasPadam