Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Dah lama sebenarnya, saya tak mengikuti perkembangan harga emas dunia....
Nak dijadikan cerita....
Pada 28 September 2015 (Isnin Minggu lepas).... isteri saya bagi tahu, Harga Emas dah Naik dah Sekarang ni...
Isteri saya bagi tahu... kawan sepejabat dia baru buat Surver di kedai emas, sebab nak beli Emas 916...
Kawan sepejabat isteri saya berkata "Tak boleh nak beli emas sekarang ni... Sebab harga tengah mahal"
Kemudian isteri saya teringat kepada emas 999 kami..... Sebelum ini kami memang ada berniat nak menjualkannya... sebab kami nak tukarkan seutas rantai tangan emas 999 (seberat 51 gram ini) kepada dua jenis emas 999 yang lebih ringan... Supaya senang nak pajak dan tebus semula.....
Macam sekarang ni.... Kalau saya pajak rantai tangan emas 999 ni..... Masa nak tebus balik agak susah..... Sebab, bukannya senang nak menyimpan duit secara konsisten pada setiap bulan... Lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi macam sekarang ni.... Huhuhu...
Saya pernah cuba menjual emas 999 ni dekat Facebook pada harga RM7,200... Tapi masa tu memang tak ada sambutanlah.... Sebab harga yang saya tawarkan jauh lebih mahal daripada harga emas semasa.... Sajer nak test Market... hehehe

Masa tu... emas ni baru lepas saya tebus daripada Bank Rakyat.... Setelah saya lanjutkan tempoh pajakan selama 6 bulan....
Fuhhh!!! Bukan senang ye nak kumpul duit sebanyak lebih RM5k, untuk menebus semula emas ni...
Sebab tu lah saya perlu menjualkan emas ini... dan kemudian membeli 2 jenis emas yang lebih ringan....
Surat Pajak Rantai Tangan Emas 999 yang dikeluarkan oleh Ar Rahnu Bank Rakyat...
Ok... Berbalik semula kepada kisah isteri saya tadi....
Bila isteri saya bagi tahu... "Abang, Harga emas tengah mahal sekarang ni.... Jadi tak Abang nak jual emas 999 tu?"
Tanpa membuat semakan Harga Emas semasa dunia... Saya terus bersetuju nak jual emas tersebut....
Lalu... Saya pun buatlah survey harga emas dari satu kedai ke kedai yang lain.....
Berikut merupakan hasil survey yang telah saya lakukan....
Kedai Emas 1:
(Tokey Kedai emas : Wanita Cina yang sudah berusia)
Harga Emas 999 : RM200
Harga Emas 916 : RM190
Meletakkan harga yang cukup tinggi, tapi tak cukup duit nak beli emas yang saya bawa... Huhuhu..
Kedai Emas 2:
(Tokey Kedai emas : lelaki dan wanita Cina yang agak berumur)
Harga Emas 999 : RM180
Harga Emas 916 : RM170
Mahu Surat emas daripada kedai asal, baru nak beli emas yang saya bawa....
Kedai Emas 3:
(Kedai Pajak Gadai Emas : lelaki dan wanita Cina yang kurang mesra)
Harga Emas 999 : RM180
Harga Emas 916 : RM170
Susut nilai 30% daripada harga emas semasa (RM126.00/gram)... Murah sangat...
Kedai Emas 4:
(Tokey Kedai emas : lelaki dan wanita Cina yang boleh diajak tawar menawar)
Harga Emas 999 : RM180
Harga Emas 916 : RM170
Harga asal Tokey kedai nak beli RM142.00/gram.
Bila saya tak jadi nak jual, tokey kedai sanggup Upkan harga jadi RM151.00/Gram.
Kedai Emas 5:
(Tokey Kedai emas : lelaki Melayu yang boleh diajak tawar menawar)
Harga Emas 999 : RM175
Harga Emas 916 : RM165
Susut nilai 25% daripada harga emas semasa (RM131.25/gram)
Setelah proses tawar menawar berlaku, tokey kedai sanggup Upkan harga jadi RM150.00/Gram.
Setelah membuat sedikit analisis dan perbincangan bersama isteri.... Akhirnya kami bersetuju melepaskan rantai tangan emas 999 yang kami bawa kepada Kedai Emas Nombor 4, pada harga RM151.00/gram....
Hasilnya....
RM151 X 51.01 = RM7702.00
Hati tersenyum gembira... Sebab dapat jual rantai tangan emas 999 semula ketika harga emas tengah naik.... Ini bisik hati kecil saya.....
Bila saya balik ke rumah.... Barulah saya terfikir..... Betulke Emas dah Naik Harga?
Atau... Harga emas di pasaran dunia sama jer, cuma jadi Mahal disebabkan Mata Wang kita dah jatuh?
Untuk mendapatkan kepastian, saya pun mulalah membuat sedikit tinjauan secara Online... Berikut adalah hasilnya....
Harga pasaran Emas Dunia pada 20 Mei 2015 lebih mahal daripada sekarang....
Sumber : kitco.com
Harga emas dunia sekarang dalam keadaan paling murah dalam tempoh 5 tahun
Inilah hakikatnya....
Saya pernah cuba menjual rantai tangan emas 999 ni pada harga RM7200.00 (Harga Emas Semasa USD1210.90/Ounce) pada 20 Mei 2015.... Tiada sambutan.... Sebab mereka merasakan harga yang saya jual terlalu mahal...
Harga Emas Semasa USD1210.90/Ounce pada 20 Mei 2015
Tetapi, pada 28 September 2015... Ketika harga emas dunia lebih rendah berbanding sebelum ini..... Saya berjaya menjual emas ini pada harga RM7702.00 (Harga Emas Semasa USD1132.40/Ounce) ... Perbezaan harga sebanyak RM502... Nampak banyak kan?
Harga Emas Semasa USD1132.40/Ounce pada 28 September 2015
Sebenarnya.... Kita jer yang rasa Harga emas dah naik, sebab kita duduk di Malaysia....
Sumber : bnm.gov.my
Pertukaran Ringgit terhadap USD... 1 USD = RM4.40
Tetapi hakikat yang sebenarnya... Harga Emas Dunia tak lah naik sangat.... Cuma Mata Wang Kita yang dah jatuh...
Kesimpulannya..
- Harga Emas dah naik di Malaysia disebabkan Mata Wang kita semakin jatuh berbanding Dollar US.
- Emas di pasaran dunia tak naik harga pun.... Malah lebih rendah berbanding harga emas pada 28 Mei 2015..
P/S : Harap anda faham dengan apa yang saya tulis ni... Kalau tak faham boleh bertanya...
- Pengalaman Memajak Emas Di Pejabat Pos
- Keuntungan Memajak Emas di ArRahnu Pos Malaysia Berbanding Bank Rakyat
- Pelabur emas jangan tersilap langkah - Azizi Ali (Jurulatih Jutawan Malaysia)
- Rahsia Pelaburan Emas!
- Ini Bukan Senarai Mangsa Emas Sontot
- Promosi Hebat Emas 916 Harga Murah : Serendah RM100/Gram
- Bagaimana Peniaga Kedai emas meraih keuntungan di sebalik kejatuhan harga emas dunia
0 Ulasan