Nasi Arab Ayam MENU ISTIMEWA untuk hidangan Aidilfitri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tak lama lagi dah nak raya.

Pada hari raya pertama di kampung saya, Biasanya akan diadakan aktiviti "Baraan". 

"Baraan" merupakan istilah dalam bahasa Jawa untuk Aktiviti mengunjungi rumah jiran tetangga dalam satu kumpulan.

Sebaik sahaja selesai menunaikan solat Sunat Aidilfitri, kaum lelaki akan bergerak dalam satu kumpulan untuk mengunjungi rumah jiran tetangga. Tetapi bukan semua rumah jiran tetangga yang akan mereka kunjungi. Kalau nak singgah semua rumah dalam satu kampung, memang tak sempat.

Jadi, ada syarat yang ditetapkan.. Iaitu sekurang-kurangnya ada seorang wakil yang menyertai aktiviti "baraan', sebelum rumah mereka tersenarai untuk dikunjungi. 


Kebiasaannya, tuan rumah akan buat menu istimewa untuk menyajikan tetamu yang berkunjung ke rumah mereka.

Kalau tahun lepas mereka hidangkan Soto kepada tetamu, tahun ini mereka akan cuba buat menu yang lain.. Mungkin Mee Rebus Udang, Laksa, Mee Kari, Nasi Ayam dan sebagainya.

Setiap rumah pasti akan cuba membuat kelainan. Kejutan kecil untuk jiran-jiran yang akan mengunjungi rumah mereka. 

Maklumlah raya kan setahun sekali. Jadi, mereka cuba gunakan peluang yang ada dengan sebaiknya untuk menghidangkan menu istimewa kepada jiran-jiran mereka.

Tetapi...

Bila dah setiap tahun bertukar menu, sampai dah tak ada idea nak cari menu yang baru..

Erk.. Nak cari menu apa ya tahun ni?

Bila dah buntu sangat tak ada idea, mulalah membuat carian Google..

Cari punya cari.... Alhamdulillah dapat...

Ni sekadar cadangan saya jer... Sekiranya anda juga sedang mencari menu istimewa untuk hidangan Aidilfitri...

Nasi Arab Ayam MENU ISTIMEWA untuk hidangan Aidilfitri..

Panduan Memasak Nasi Arab Ayam
Sumber : Klik Di Sini

Nak belajar buat Nasi Arab Ayam, bolehlah kunjungi laman web milik Puan Aini Nurrasyidah menerusi pautan berikut : masaknasiarab.com

Beliau ada menghasilkan sebuah Panduan Memasak Nasi Arab dalam bentuk Video dan Ebook.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Panduan memasak Nasi Arab Ayam tersebut, saya syorkan anda klik pada banner di bawah:
Panduan Memasak Nasi Arab Ayam

P/S: Kalau dah masak Nasi Arab Ayam nanti, jangan lupa ajak emak mertua makan sekali ye ;)


Info Berkaitan:

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. amboi sedapnya nasi arab... elok benar jumpa calon resipi menu pagi raya ni.... hehe

    BalasPadam
  2. sedap makan nasi arab bulan posa ni 

    BalasPadam
  3. fuhhh sodapnyee.. den skarang ni goma mkn nasi arab

    BalasPadam
  4. Mak aaiiii, specialnya menu. Tak perlu pergi kedai Arab dah lepas ni :)

    BalasPadam