3 Tips Murah Rezeki di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Dalam entri blog saya sebelum ini, saya ada kongsikan tentang cara Membeli Secara Onlie Tanpa Perlu Menggunakan Duit Sendiri!.

Anda dah ke belum entri tersebut.. Kalau belum baca saya syorkan anda mambacanya dengan klik Di Sini.

Kenapa saya syorkan anda membaca entri tersebut?

Saya rasa entri tersebut akan dapat memberi banyak manfaat kepada anda.. Terutamanya dekat nak raya ni.. Banyak nak pakai duit.. Semoga melalui entri tersebut, akan dapat membantu anda untuk mengurangkan perbelanjaan. Nanti, bolehlah bagi duit raya lebih sikit dekat anak-anak buah!

Oklah.. Untuk entri kali ni saya nak kongsikan 3 Tips di Murahkan Rezeki.. Semoga kita dapat sama-sama amalkan untuk kebaikan kita bersama...



3 TIPS MURAH REZEKI


1# TIP REZEKI 1 : BANGUN DI AWAL PAGI

Bangun awal pagi dapat memberikan kevergasan tubuh badan dan kecerdasan otak kepada kita. Apabila kita menggunakan daya pemikiran pada awal pagi, kita akan berjaya menghasilkan idea-idea yang menarik.. Sangat sesuai dengan keperluan saya sebagai seorang ahli akademik dan penulis blog secara Part Time..


Hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Berpagi-pagilah kalian (memulakan aktiviti pada awal pagi) untuk mencari rezeki dan keperluan. Sesungguhnya ia membawa keberkatan dan kejayaan.” (Riwayat al-Tabarani)

Berdasarkan Hadis Nabi di atas, sekiranya kita memulakan aktiviti pada awal pagi untuk mencari rezeki, In Shaa Allah ia akan membawa keberkatan dan kejayaan.. Hadis ini turut disokong oleh satu Hadis yang lain seperti berikut..

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Wahai anakku, bangunlah dan hadapilah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi daripada kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Riwayat al-Baihaqi)

Jadi, sempena keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ini.. Saya syorkan supaya kita tak payah sambung tidur selepas sahur.. Tunggu waktu masuk azan Subuh.. Kemudian solat Subuh..

Selepas solat Subuh luangkan masa sebentar untuk membaca Al-Quran.. Dapat baca dalam 4 muka surat pun jadilah... Selepas itu, mulakan kerja anda... In Shaa Allah, anda akan sentiasa dimurahkan rezeki..


2# TIP REZEKI 2 : BANYAK BERSEDEKAH

Dalam Al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah S.A.W banyak menekankan tentang keperluan bersedekah.. Contohnya Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 245 yang bermaksud


"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkah hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak.” (Surah al-Baqarah, Ayat 245 ).

Kepada pembaca tegar blog saya, tentu anda masih teringat lagi tentang CEO eQurban iaitu Tuan Haji Masrukhin yang mempunyai sifat suka bersedekah.. Terutamanya untuk membangunkan Rumah Warisan Kaseh Darul Maghfiroh dan membantu umat-umat Islam di Kemboja. Sekiranya anda tertinggal membaca entri tersebut, saya syorkan anda membacanya DI SINI

Disebabkan sifat beliau yang suka bersedekah, pada hari ini nama syarikat beliau eQurban Resources Sdn Bhd semakin dikenali bukan sahaja di Malaysia.. Malah Indonesia, Kemboja, Thailand, Filiphina, Kazakhstan, Turkmesnistan, Tajikistan, Kyrgysztan, dan Mongolia. 

Lebih menarik lagi, Syarikat eQurban Resources Sdn Bhd merupakan antara NGO terawal yang telah menyumbangkan dana untuk membangunkan sebuah sekolah untuk masyarakat Islam di Kemboja.. Sebelum jejak langkah tersebut diikuti oleh NGO-NGO lain dari Malaysia dan dari negara-negara yang lain.    

Inilah kelebihan orang yang suka bersedekah.. Seperti yang telah dinyatakan dalam satu Hadis Nabi Muhammad S.A.W. 

Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: "Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

Hadis ini turut diperkuatkan lagi dengan isi kandungan Al-Quran dalam Surah Al-Hadid, ayat 18 yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Surah Al Hadid, Ayat 18)

Jadi, sempena Bulan Ramadhan ini.. Marilah kita sama-sama bersedekah.. Sekiranya kita masih belum lagi melaksanakan ibadah Aqiqah untuk anak-anak kita, eloklah kita segera melakukannya. Tak perlulah nak tunggu sampai Hari Raya Qurban, baru kita nak buat Aqiqah.. Pada bulan Ramadhan pun kita masih boleh melaksanakan Ibadah Aqiqah.

Anda boleh melaksanakan Ibadah Aqiqaah menerusi Laman Web eQurban.com. Ibadah Aqiqah tersebut akan dilaksanakan di Kemboja, untuk memberi makanan berbuka Puasa kepada masyarakat Islam yang hidup dalam kesusahan. In Shaa Allah, akan mendapat ganjaran pahala melaksanakan Ibadah Aqiqah, dan dalam masa yang sama dapat juga pahala memberi makan berbuka puasa kepada orang-orang fakir miskin.    

Rasulullah bersabda: "Wahai umat manusia, bertaubatlah kepada Allah sebelum kamu mati dan segeralah mengerjakan amal salih sebelum kamu sibuk (dengan yang lain), dan jalinkanlah hubungan di antara kamu dengan Tuhan kamu dengan sentiasa mengingatinya (berzikir) dan banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah, diberi kemenangan (terhadap musuh dan digantikan dengan apa yang kamu dermakan itu dengan balasan yang berganda-ganda.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)


3# TIP REZEKI 3 : BERTAWAKAL SEPENUH HATI

Dengan bertawakal semata-mata kepada Allah SWT, seseorang itu akan direzekikan dengan rasa kaya jiwanya. Ini bersesuaian dengan Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud

"Barangsiapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (Surah At-Thalaq, Ayat 3)

Ayat Al-Quran ini turut diperkuatkan lagi dengan Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:


Nabi Muhammad SAW telah bersabda: "Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.”(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Alhamdulillah...

Mudah-mudahan anda dapat praktikan tips mudah ini dan memperolehi rezeki berlipat kali ganda hasil kebaikan yang anda lakukan..

Selamat menyambut Nuzul Quran. Semoga terus Ghairah untuk mengerjakan amal kebaikan menjelang 10 malam terkahir Ramadhan.. In Shaa Allah, lebih banyak ganjaran pahala menanti kita selepas ini.. 


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Tentu ramai yang tak sanggup terus bangun selepas sahur.. betul tak? Hehehe

    BalasPadam
  2. Terima kasih kongsikan..masalahnya saya ni memang teruk la..mata selalu sangat suruh tidur lepas subuh..lepas ni nak kena berubah dah la...

    BalasPadam
  3. Bab bangun awal tu yang tak berapa nak cantik. Terutama bila hari minggu, ingat nak tahan mata tapi tak termampu...

    BalasPadam
  4. Tips yang ke-3 biasa orang susah nak lakukan. Konsep tawakal.. Sebab kadang kite tak tahu bile Allah akan balas apa yang kite buat.. Tak tahu bile Allah akan gantikan sedekah kite tu dgn gnjrn berlipat ganda.. So, kdg kala org jadi tak yakin bile nak sedekah.. Konsep dia mudah, ada iman mesti kene ada keyakinan pada Allah..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah spjg bulan ramadhan ni boleh buat semua tu cuma yg menjadi cabaran sgt2 adalah selepas solat subuh mata mcm berat je tp lawan jgk dgn buat keje2 rumah sbb fikirkan kebaikan berpagi2an...

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah, ramai yang berkongsi tips murah rezeki di bulan Ramadhan

    BalasPadam