Tak Dapat Big Hero, Dapat Mini Darwin Robot Pun Jadilah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bila sebut tentang watak Big Hero, rasanya boleh dikatakan semua orang tahu.. 

Cerita tentang robot berwarna putih yang dikenakan pakaian berwarna merah.. Robot ini boleh mengimbas tahap kesihatan dan emosi seseorang.. Kemudian robot ini telah diprogramkan dan dibuat sedikit pengubahsuaian untuk bertarung demi mencari kebenaran dan menegakkan keadilan..

Korang ingat, saya tak tengok ke cerita kartun?

Of Koslah tengok... Saya pun ada anak-anak kecil yang mahukan saya menemani mereka ketika menonton cerita untuk kanak-kanak.. ;)

Tentu bestkan kalau kita dapat memiliki satu Big Hero dekat rumah kita... Boleh buat main.. Boleh programkan Big Hero mengikut kemahuan kita... ;)


Tak Dapat Big Hero, Dapat Mini Darwin Robot Pun Jadilah


Minggu sebelum bawa anak-anak bercuti ke Legoland, saya ada terlibat dengan training membina robot dekat tempat saya bekerja..

Tapi bukanlah bina robot Big Hero macam dalam movie tu, cuma bina Mini Darwin Robot jer. 

9 Mini Darwin Robot yang telah berjaya disiapkan oleh para peserta..

Walaupun Mini Darwin Robot tidaklah sebesar dan secanggih Big Hero, tetapi robot ini berkeupayaan untuk melakukan pelbagai pergerakan.. Kerana robot ini dilengkapi dengan 16 Servo motor..

Kalau setakat nak laksanakan pergerakan Tarian Gangnam Style tu tak ada masalah punya.. hehehe...

Ok.. Sebelum tu, jom kita layan dulu gambar-gambar sepanjang training dijalankan...

Encik Farhan, penyelia makmal Perkakasan Komputer 2 begitu komited membina Mini Darwin Robot

Robot dekat depan tu sebagai contoh.. Kalau tak faham baca manual, boleh terus refer dekat robot tu.. ;)

Peserta lain sedang bertungkus lumus menyiapkan robot masing-masing..
Mereka bertiga ni merupakan Pasukan Robot PSIS.. ;)

Encik Tarmizi dan Encik Azizy pun tak kurang hebatnya.. ;)


Siapa kata orang lelaki jer pandai bina robot... Korang tak tengok lagi kehebatan peserta wanita.. ;)


Mereka berdua yang paling pantas... 
Encik Fuad dan Encik Sharif merupakan peserta pertama yang berjaya menyiapkan robot dalam training tersebut..

Dalam training kali ni, saya dan Encik Farhan buat robot sorang satu .. Tak sahre buat kerja berkumpulan seperti para peserta yang lain.. 

Sebabnya ada robot lebih.. 

Daripada robot tersebut tidak di pasang, lebih baik kami tolong pasangkan..

Tetapi seperti biasalah, saya ni buat kerja slow and Stedy... Semasa Encik Farhan dah masuk step yang 40, saya baru sampai step yang ke 28... huhuhu...


Jom tengok sebahagian gambar yang sempat saya snap semasa proses pemasangan robot dijalankan... (Patutlah lambat... sambil pasang robot, sempat lagi snap gambar... hehehe)

Kaki dan tangan robot dah siap dipasang... Sekarang ni dalam proses memasang badan robot.. 

Badan dan kepala robot dah siap dipasang.. 




Dalam proses nak mencantumkan kaki dan tangan robot pada badan robot..

Syukur Alhamdulillah... Akhirnya siap Mini Darwin Robot yang saya pasang..

Bila robot dah siap di pasang, kena Download Application robot ini di Smartphone.. Ada dua Application yang perlu didownload iaitu Darwin-Mini dan R+ m.Motion..

Aplikasi Smartphone Darwin-Mini untuk mengawal pergerakan robot..

Aplikasi Smartphone R+ m.Motion untuk mengawal pergerakan robot..

Pergerakan robot ini boleh dikawal dengan menggunakan Smartphone atau Notebook , dengan syarat ada sambungan Bluetooth..

Terdapat lebih 40 pergerakan sedia ada dalam aplikasi Smartphone... Apabila kita menekan sahaja button pergerakan yang kita inginkan, robot ini akan melaksanakan pergerakan tersebut.

Contoh 40 pergerakan yang robot ini boleh lakukan (Pergerakan sedia ada dalam aplikasi Smartphone)
  • Berdiri
  • Lambai tangan kanan
  • Lambai tangan kiri
  • Duduk
  • Hulurkan tangan
  • Berlari
  • Berjalan
  • Angkat tangan 
  • Right Side Kick
  • Left Side Kick
  • Left Kick
  • Right Kick
  • Left Attack
  • Front Attack
  • Right Attack
  • Sit Up
  • dan sebagainya..


Berikut merupakan sebahagian gambar-gambar pergerakan robot..






Nak tengok Video pun ada.. Tapi ini Video yang saya ambil dari Youtube... Video yang saya buat, tak secantik Video ini.. Jadi layan Video dari Korea ni pun ok juga.. Sama jer.. Cuma paparan pada Smartphone sahaja yang berbeza... Paparan pada Smartphone saya dalam English, tapi dalam Video ini mengguankan tulisan Korea..


Hmmm.. Best tak? Ini baru menggunakan pergerakan yang sedia ada pada aplikasi Smartphone... Untuk pengetahuan anda, robot ini boleh diprogramkan... Kita boleh programkan pergerakan robot ini mengikut kemahuan kita... Nak programkan robot ini membuat tarian Gangnam Style pun boleh.. 

Macam dalam video dekat bawah ini:


Hmmm... Macamana? Menarik tak?

Ok.. Sekarang ini, tiba untuk saya "kenakan pakaian" pada robot ini... Nak pakai baju yang mana satu yer? Ada Idea tak?

hehehe..

Pakaian yang disediakan untuk Mini Darwin Robot..

Hah... Dah siap pun... Semua robot sudah lengkap berpakaian...

Cuba teka, mana satu robot yang saya pasang?


Robot yang saya pasang berada di barisan hadapan yang duduk disebelah kiri sekali.. 

Sebelum sesi training berakhir, beberapa game sempat kami main bersama Mini Darwin Robot...

Tapi game yang sempat saya ambil gambar, satu ni jer... 

Pertandingan lari berhalangan...





Petandingan lari berhalangan antara dua Mini Darwin Robot

Robot ini bagus untuk kanak-kanak.. Siapa yang berkemampuan, bolehlah belikan robot ini untuk anak-anak anda.. Mana tahu selepas memiliki Mini Darwin Robot ini, anak-anak anda berminat untuk menjadi pakar robotik di Malaysia?

Ok.. Setakat itu sahaja perkongsian saya pada kali ini.. Jumpa lagi di lain waktu... Kalau ada yang berminat nak memiliki Mini Darwin Robot ini, bolehlah anda layari laman web http://en.robotis.com/index/product.php?cate_code=121310.. 

Catat Ulasan

0 Ulasan