Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Syukur Alhamdulillah.. Pada kali ini saya berkesempatan menghadiri Majlis Sepetang Bersama Blogger 2015..
Walaupun event ini merupakan kali yang keempat dianjurkan oleh Team Denaihati Network, tapi ini kali Pertama saya berpeluang menyertai event ini..
Tarikh penganjuran SBB2015 memang sesuai pada masanya.. Kebetulan pula masa ni saya free.. anak-anak pun tengah cuti sekolah dan baru lepas pergi Legoland pada minggu lepas.. Jadi ada peluanglah saya meninggalkan mereka di rumah.. ;)
Syukur Alhamdulillah.. Pada kali ini saya berkesempatan menghadiri Majlis Sepetang Bersama Blogger 2015..
Walaupun event ini merupakan kali yang keempat dianjurkan oleh Team Denaihati Network, tapi ini kali Pertama saya berpeluang menyertai event ini..
Tarikh penganjuran SBB2015 memang sesuai pada masanya.. Kebetulan pula masa ni saya free.. anak-anak pun tengah cuti sekolah dan baru lepas pergi Legoland pada minggu lepas.. Jadi ada peluanglah saya meninggalkan mereka di rumah.. ;)
Aim utama saya hadir ke SBB 2015 adalah untuk menyertai aktiviti Treasure Hunt... Saya memang suka join aktiviti Outdoor yang boleh keluarkan peluh macam ni... Walaupun secara realitinya saya merupakan seorang atlet indoor Game ;)
Pada hari Sabtu 13 Jun 2015, saya telah bangun seawal 5.00 pagi untuk pergi ke SBB2015.. Jarang saya bangun awal macam ni pada hari Sabtu... Tetapi disebabkan jarak perjalanan dari Sabak Bernam ke Putrajaya agak jauh, jadi saya gagahkan jua menghadapi cabaran tersebut...
Setelah mempersiapkan diri, saya bertolak keluar dari rumah pada jam 5.30 pagi... Dan kemudian singgah sembahyang Subuh di Masjid Ma'muniah, Sabak Bernam, Selangor..
Selepas selesai Solat Subuh barulah saya perasan.... Rupanya saya tak bawa kasut sukan.. Saya dah tersialah ambil kasut kerja dari rak kasut. Bukan kasut sukan, tapi kasut kulit....
Huhuhu....
Masa tu dah rasa tak ada mood nak join aktiviti Treasure Hunt.. Kalau saya patah balik semula ke rumah, mungkin saya akan sampai ke Putrajaya dalam pukul 9.00 pagi...
Takper.. Perjalanan perlu diteruskan... Perlu sampai ke Putrajaya untuk menyertai SBB2015, walaupun tanpa menyertai aktiviti Treasure Hunt... Saya dah nekad pada ketika itu..
Tapi nak dijadikan cerita... Saya dapat menyertai Aktiviti Treasure Hunt di SBB2015.. dengan memakai sendel jer..
Dan dah tertulis rezeki saya di sana.... Syukur Alhamdulillah... Kumpulan saya berjaya menjadi pemenang tempat ke 3 dalam Cabaran Treasure Hunt tersebut...
Kumpulan Kun Anta (Kumpulan 1) berjaya menjadi pemenang tempat ke 3 dalam Cabaran Treasure Hunt SBB2015.. Dapat hadiah wang tunai RM800 + Hamper..
Syukur Alhamdulillah... Rezeki kumpulan kami... Tak sia-sia saya memandu selama 2 jam setengah dari Sabak Bernam ke Putrajaya pada pagi tadi... ;)
Selain kumpulan kami, ramai lagi peserta yang bertuah dapat bawa pulang hadiah semasa menyertai SBB2015... Jom kita tengok sebahagian daripada gambar-gambar pemenang yang lain...
Kumpulan pemenang Tempat Kedua dalam Cabaran Treasure Hunt SBB2015 memenangi hadiah wang tunai hadiah wang tunai RM1200 + Hamper
Kumpulan pemenang Tempat Pertama dalam Cabaran Treasure Hunt SBB2015 memenangi hadiah wang tunai hadiah wang tunai RM3000 + Hamper
Pn. Siti Rokiah berjaya memenangi Samsung Note Edge dalam cabutan Bertuah SBB2015
Halim Brothers berjaya memenangi iphone 6 dalam cabutan Bertuah SBB2015.. Hadiah yang menjadi impian setiap peserta SBB2015...
Peserta yang berjaya memenangi Jam Tawaf Denaihati dalam cabutan Bertuah SBB2015
Tahniah kepada Zakwan Zain, Mahamahu dan BloggerLelaki yang menang GoPro Hero 4 Silver.
Kredit Gambar : mohdrasul.com
Terdapat banyak lagi gambar-gambar pemenang hadiah Cabutan Bertuah SBB YEOS 2015 yang tidak dapat saya kongsikan di blog ini..
Secara keseluruhannya... Ramai peserta yang hadir ke SBB Yeos 2015, tidak pulang dengan tanga kosong... memang berbaloi sangat-sangat datang ke SBB Yeos 2015.. ;)
Tahniah saya ucapkan kepada semua pemenang..
Melalui penganjuran aktiviti SBB Yeos 2015, secara tidak langsung telah memberi peluang kepada saya untuk mengenali rakan-rakan blogger...
Ramai rakan blogger yang sebelum ini saya hanya dapat melihat gambar mereka secara online, kini berpeluang untuk bertemu mereka secara live... ;)
Terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Team Denaihati Network... dan juga semua penaja yang sudi terlibat dalam menganjurkan event ini..
Harap boleh jumpa lagi pada tahun depan... In Shaa Allah...
0 Ulasan