Perniagaan Jutawan Senyap : Langkah menangani Masalah Ekonomi 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..



Terlebih dahulu saya nak tanya... Anda kenal tak siapa Jutawan senyap?


Apa perniagaan yang Jutawan senyap lakukan?

Anda pernah tak baca buku Menjejaki Jutawan Senyap, tulisan Chef Li @ Dato' Dr. Rusly Abdullah?

Kalau anda belum baca, saya syorkan anda baca buku tersebut... Baca sehingga khatam berulang-ulang kali ...

Buku tersebut akan dapat memotivasikan anda untuk menjadi seorang yang berjaya dalam dunia perniagaan.


Sumber : Klik Di Sini


Kisah Jutawan Senyap yang terdapat dalam buku Menjejaki Jutawan Senyap, bukannya seorang dua... Tapi ramai...

Yang menariknya... boleh dikatakan kesemua kisah jutawan senyap yang terdapat dalam buku tersebut merupakan peniaga pasar malam?

Percaya atau tidak?

Peniaga pasar malam pun boleh menjadi Jutawan Senyap... Setiap hari mereka boleh mendeposit wang ke akaun bank dalam jumlah yang agak banyak.. 

Sekarang ni kita nak simpan duit RM500 sebulan dalam bank pun belum tentu mampu.. Tapi peniaga pasar malam boleh melakukannya... 

Disebabkan kagum melihat semangat dan hasil yang ditunjukkan oleh para peniaga pasar malam, penulis sanggup meninggalkan pekerjaan beliau sebagai Pegawai bank untuk menjadi peniaga pasar malam... 


Sebab apa? Sebab peniaga pasar malam boleh menjana pendapatan dengan menjual.. Sedangkan sumber pendapatan penulis sebagai pegawai bank, hanya terhad kepada gaji yang dibayar olah majikan sahaja.. 

Rezeki orang yang berniaga tak sama dengan rezeki orang yang bekerja makan gaji..

Rezeki orang yang berniaga, 100% terletak di tangan Allah S.W.T.. Allah boleh memberikan limpahan rezeki kepada mereka pada bila-bila masa yang dikehendaki.. Seperti yang tertulis dalam Surah At-Thalaaq, Ayat 2-3 yang bermaksud:


“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
(Surah At-Thalaaq, Ayat : 2 -3)



Justeru itu, jalan keluar terbaik untuk menangani masalah ekonomi adalah dengan berniaga..



Motivasi untuk adik ipar dan beberapa rakan-rakan saya yang telah mengikuti jejak langkah Chef Li.


Nak memulakan sebuah perniagaan bukannya mudah..

Nak memastikan perniagaan kita dikenali, supaya ramai orang datang ke kedai kita juga bukannya mudah..

Ia bukannya semudah... Buka jer kedai makan, Terus ramai orang serbu...

Tidak... Tidak semudah itu...

Kuncinya adalah... Sabar.. 

Teruskan berusaha tanpa berputus asa dan bersabar...

Jangan sesekali berfikir untuk berundur, apabila telah melangkah maju ke hadapan...

Pasangkan niat yang betul.. Anggaplah perniagaan yang kita lakukan sebagai satu jihad.. 

Cintailah perniagaan tersebut dengan sepenuh hati, sebagaimana kita mencintai diri kita sendiri...

Lakukan pekerjaan tersebut dengan ikhlas... Berikan servis terbaik kepada pelanggan kita... 

Sajikan kepada mereka menu yang terbaik, supaya mereka akan sentiasa mengingati kita... Sehingga mereka sudi berkongsi cerita tentang kebaikan perniagaan kita kepada rakan-rakan dan saudara mara mereka secara iklhas... Tanpa perlu kita menyuruh mereka melakukan perkara tersebut... Biar mereka sendiri yang ikhlas bercerita, bagi pihak kita... 


Pak Ya Nasi Lemak Pandan Hijau 

"Jom makan di Restoran Pak Ya Nasi Pandan.. Boleh rasa nasi lemak pandan hijau... Nasi Ayam, Bihun/Meehon Sup Utara, Sup Tulang, Mee Rebus Tulang pun boleh tahan juga sedapnya.."

Alangkah bagusnya, kalau semakin ramai pelanggan menyebut dialog yang sama tentang perniagaan kita... 

Daripada asalnya 10 pelanggan, boleh berkembang menjadi 20 pelanggan... Kemudian berkembang lagi menjadi 40 pelanggan... Seterusnya 80 pelanggan, 160 pelanggan, 320 pelanggan, 640 pelanggan, 1280 pelanggan... Dan seterusnya...

Bilangan pelanggan akan terus berkembang, sekiranya kita dapat memberi servis terbaik kepada pelanggan-pelanggan kita... 


"Cabaran utama dalam perniagaan makanan ialah sejauh mana kita dapat menjaga hati pelanggan-pelanggan kita supaya menjadi pelanggan tetap, dan kemudian boleh tolong ajak orang lain datang ke kedai makan kita..."

Ini yang kita susah nak buat... Kalau kita berjaya buat perkara ini, In Shaa Allah perniagaan kita akan maju..

Bagi perniagaan  yang baru bermula, Nak beri servis terbaik kepada pelanggan kita agak memakan masa.. Sebab kita sendiri belum cukup berpengalaman.. Kata orang baru nak belajar berniaga..  Banyak lagi perkara yang perlu diperbaki dari seri layanan, kepantasan, kecekapan, keselesaan pelanggan, bilangan pekerja dan sebagainya..

Setiap masa kena buat analisis tentang perkara-perkara tersebut... Lakukan penambah baikan dari masa ke semasa..

In Shaa Allah, perniagaan anda akan maju kehadapan...

Jangan sesekali mengalah, atau berundur ke belakang... Anggaplah kita seperti bayi yang sedang bertatih... Perlukan masa untuk berjalan dan berlari...

Cuba bayangkan apa yang akan berlaku selepas perniagaan kita berumur setahun atau 10 tahun dari sekarang...

Kena pelbagaikan strategi pemasaran.. Lakukan pemasaran secara Online dan juga Offline... Jangan berharap pelanggan datang sendiri cari kita, tanpa kita sendiri perlu mencari pelanggan...

Kita perlu cari pelanggan... Perkenalkan perniagaan kita kepada mereka, barulah mereka boleh datang cari kita...

Antara strategi pemasaran yang boleh dilakukan secara Online adalah seperti berikut:

1. Fanpage : https://www.facebook.com/PakYaNasiPandanBatuGajah
2. Blog : Restoran Pak Ya Nasi Pandan
3. Google Map : Restoran Pak Ya Nasi Pandan

4. Email Signature
5. Youtube
6. dan lain-lain

 


Antara strategi pemasaran yang boleh dilakukan secara Ofline pula adalah seperti berikut:
  • Buat Kad Perniagaan - Berikan kad perniagaan kepada rakan-rakan atau kenalan anda
  • Buat Flyers - Edarkan Flyers kepada orang ramai
  • Cetak Beg Plastik sendiri yang mengandungi nama syarikat, nombor phone, menu utama, Fanpage dan sebagainya
  • Berniaga di Bazar Ramadhan atau mana-mana Ekspo supaya lebih ramai orang tahu kewujudan perniagaan kita
  • Buat cenderamata bercetak seperti Kalendar, Buku Surah Yassin, dan Buku Surah Al-Mathurat. Kemudian boleh sedekahkan kepada tetamu Majlis Bacaan yassin, atau di surau-surau dan masjid-masjid..
  • Banyakkan bersedekah...

Yakinlah rezeki tersebut kepunyaan Allah S.W.T... Sekiranya kita rajin berusaha dan bertawal... In Shaa Allah, rezeki melalui perniagaan tak akan putus sampai bila-bila... ;)

Info Berkaitan:

Catat Ulasan

0 Ulasan