Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Qurban dan Aqiqah merupakan sunat Muakkad.. Iaitu Ibadah yang sangat dituntut ke atas umat Islam.
Makna Aqiqah : Dari segi bahasa bermaksud "MEMUTUSKAN"Dari segi syarak bermaksud Menyembelih Kambing atau ternakan lain seperti unta, biri-biri, kibas dan lembu buat anak yang baru lahir khususnya pada hari ketujuh kelahiran atau selewat-lewatnya sebelum anak itu baligh
Disebabkan itu setiap kali menyambut kelahiran bayi, umat Islam disarankan untuk menyembelih kambing atau ternakan lain seperti yang dinyatakan di atas, khususnya pada hari ketujuh kelahiran atau selewat-lewatnya sebelum anak itu baligh.
Daging Aqiqah yang telah siap dilapah sebelum dimasak
Imam Al-Bukhari meriwayatkan daripada Salman Bin Amir Al-Dhabi R.A katanya: "Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya, Bersama bayi itu aqiqahnya, maka tumpahkanlah darah untuknya dan tanggalkan daripadanya perkara yang menyakitkan (kotoran dan najis)"
Bahagian Aqiqah mengikut Jantina Anak
Secara umumnya, dianjurkan untuk ibu bapa menyempurnakan aqiqah untuk anak-anak mereka, sekiranya anak lelaki afdal dilakukan dua bahagian sembelihan (2 bahagian lembu atau 2 ekor kambing), manakala untuk anak perempuan hanya perlu satu bahagian sembelihan.
Kambing yang sudah sedia untuk dikorbankan..
Namun begitu terdapat segelintir ibu bapa yang kurang berkemampuan untuk melaksanakan Ibadah Aqiqah dalam tempoh 7 hari selepas bayi dilahirkan sehinggalah anak tersebut telah Aqil Baligh...
Ini berikutan kos Aqiqah untuk satu bahagian lembu di Malaysia sekitar RM400 - RM450..Manakala kos untuk menyempurnakan Aqiqah bagi seekor kambing sekitar RM750 - RM850.
Sekiranya kita telah dewasa dan mengetahui tiada sembelihan aqiqah yang pernah dilakukan untuk diri kita, kita sendiri boleh membuat sembelihan aqiqah untuk diri kita sendiri.
Sebenarnya ada tempat untuk melaksanakan Aqiqah pada harga yang murah, iaitu dilaman web eQurban.com
Anda boleh membuat tempahan untuk Aqiqah bagi seekor kambing pada harga RM550 seekor dan satu bahagian lembu pada harga RM295. Memang Murah! Sebab Ibadah Aqiqah untuk menyembelih lembu dan kambing dilaksanakan di Kemboja. Daging dari sembelihan Aqiqah diberi makan kepada orang-orang miskin yang terdapat di sana melalui sekolah-sekolah dan madrasah-madrasah.
Macamana nak buat Tempahan Qurban dan Aqiqah menerusi Laman Web Equrban?
1. Pergi ke laman web Equrban.com (Klik Di Sini)
2. Klik pada Butang Tempah di bawah tajuk Program Aqiqah
Klik pada Butang Tempah seperti yang ditunjukkan oleh anak panah berwarna kuning
3. Klik pada Butang Tempah Lembu Aqiqah atau Tempah Kambing Aqiqah (Pilih berdasarkan kemampuan kita)
Pilih samada nak tempah Lembu Aqiqah atau kambing Aqiqah
4. Ataupun anda juga boleh membuat pertukaran pilihan semada berada di page Borang Tempahan.
Kalau nak tukar Tempahan Kambing kepada lembu, atau sebaliknya boleh klik pada link yang ditunjukkan oleh anak panah berwarna kuning
5. Isi maklumat yang diperlukan pada borang tempahan.
Sila isi semua maklumat yang diperlukan seperti contoh yang saya berikan di atas.
6. Setelah borang lengkap diisi dan disertakan bersama bukti pembayaran, sila klik butang hantar Tempahan.
Klik Pada Butang Hantar Tempahan..
Selesai sudah tempahan untuk melaksanakan Ibadah Aqiqah.. Tunggu sehingga maklumat diterima dan dikemaskini oleh Admin eQurban. Jangan lupa simpan bukti pembayaran sebagai backup, sekiranya berlaku keciciran maklumat disebabkan masalah teknikal.
7. Sekiranya anda ingin mengetahui status pelaksanaan tempahan Aqiqah, anda boleh klik pada Tab Arqip seperti dalam gambar di bawah, kemudian klik "2015 Status Lembu Aqiqah".
Di page ini, anda akan dapat melihat status tempahan Aqiqah semua peserta.. Status Aqiqah yang sudah selesai dilaksanakan dilabel sebagai Done.. Status Aqiqah yang belum selesai dilaksanakan di label sebagai Pending..
7. Muat Turun Sijil Perakuan pelaksanaan Aqiqah
Klik pada link di sebelah nama peserta untuk memuat turun Sijil Perakuan pelaksanaan Aqiqah (Contoh ditunjukkan oleh anak panah berwarna kuning)
Contoh Sijil Perakuan pelaksanaan Aqiqah . Sumber : Equrban.com
Keadaan sebenar di tempat Aqiqah
Penduduk Kampung di Kemboja bergotong royong menyembelih dan melapah lembu Korban dan Aqiqah. Sumber : Equrban.com
Semoga melalui entri ini dapat menguatkan keyakinan rakyat Malaysia untuk melaksanakan Ibadah Korban dan Aqiqah menerusi laman web Equrban.com. Melalui sumbangan anda, secara tidak langsung dapat membantu meringankan kesusahan orang-orang yang lebih memerlukan..
Terutamanya pada bulan Ramadhan yang mulia ini... Lagi banyak kita beri sumbangan kepada orang-orang yang susah, In Shaa Allah lebih banyak ganjaran pahala menanti kita...
Pengalaman Bertemu CEO eQurban Tuan Hj Masrukhin sewaktu menghadiri Majlis Sepetang Bersama Blogger 2015
Sewaktu menghadiri Majlis Sepetang Bersama Blogger baru-baru ini, saya sempat mendengar perkongsian ilmu dan pengalaman daripada CEO Equrban sendiri iaitu Tuan Hj Masrukhin.
Dari Kiri : Tuan Hj Masrukhin (CEO Equrban.com), Tuan Haji Amir Hassan (Founder Denaihati.com) Aqif Azizan (Pakar Copywriting), dan Mbak Anazkia (Blogger dari Indonesia)
Hasil daripada keuntungan eQurban, 100% digunakan untuk membantu masyarakat Islam di Kemboja.. sehingga mampu menyumbangkan dana untuk membangunkan sebuah sekolah untuk masyarakat Islam di sana..
Kini, selain melaksanakan qurban dan aqiqah di Kemboja, eQurban juga telah meluaskan lokasi sembelihan ke beberapa lagi negara yang memerlukan seperti Indonesia, Thailand, Filipina, Kazakhstan, Turkmesnistan, Tajikistan, Kyrgysztan dan Mongolia. Kesemua lokasi tambahan ini tidak lain adalah bertujuan membantu komuniti Islam di sana yang mempunyai taraf ekonomi dan kehidupan yang sememangnya memerlukan bantuan dan perhatian dari kita semua.
Saya rasa cukup bertuah dapat mendengar perkongsian ilmu dan pengalaman Tuan Hj Masrukhin yang juga merupakan pemilik Rumah Warisan Kaseh Darul Maghfiroh.
Rumah Warisan Kaseh Darul Maghfiroh
Semoga segala usaha amal jariah yang telah dilaksanakan oleh Tuan Hj Masrukhin Marzoki dan pihak pengurusan Equrban mendapat keredhaan Allah S.W.T.. Dan dapat dicontohi oleh umat Islam yang lain.. In Shaa Allah..
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pihak Equrban, saya syorkan anda klik pada banner di bawah..
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pihak Equrban, saya syorkan anda klik pada banner di bawah..
Segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T.. Dan segala yang kurang baik itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri..
Andai ada tersalah kata, atau terlanjur bicara dalam penulisan saya kali ini... Saya mohon ampun dan maaf...
Selamat menyambut bulan Ramadhan... Semoga amal ibadah kita yang bakal kita laksanakan sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini diterima oleh Allah S.W.T.. In Shaa Allah... Amin..
Andai ada tersalah kata, atau terlanjur bicara dalam penulisan saya kali ini... Saya mohon ampun dan maaf...
Selamat menyambut bulan Ramadhan... Semoga amal ibadah kita yang bakal kita laksanakan sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini diterima oleh Allah S.W.T.. In Shaa Allah... Amin..
0 Ulasan