10 Perniagaan yang sesuai dijalankan sebelum dan semasa bulan Ramadhan

Assaalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Masih ingat lagi, pengalaman Berniaga Cadar Patchwork Cotton pada tahun lepas.. Kami membuat keputusan untuk menjalankan perniagaan tersebut, bermula pada Bulan Rejab.. 

Tujuannya sebab nak cari duit lebih untuk keperluan Hari Raya Aidilfitri.. Masa tu anak dah bertambah daripada 2 orang menjadi 3 orang.. Anak-anak saudara pun dah bertambah.. Banyak duit raya nak disediakan untuk anak-anak, anak saudara, adik-adik dan saudara-mara.. 

Adik-adik pun dapat duit raya lagi? Off Courselah.. Isteri saya anak sulung daripada 7 orang adik beradik, manakala saya anak kedua daripada 5 orang adik beradik.. Kenalah sediakan duit raya untuk mereka.. Bukannya selalu pun boleh bagi duit kepada mereka... Masa hari raya ni jerlah peluang terbaik yang kami ada.. ;)

So, nak cari duit lebih kenalah berniaga... Tak boleh nak bergantung kepada duit gaji dan bonus semata-mata... memang tak cukup untuk keperluan Hari Raya..

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat saya ambil, sepanjang terlibat dalam perniagaan cadar Patchwork Cotton pada tahun lepas..


Antara Cadar Patchwork Cotton dalam bungkusan besar yang pernah saya terima 
Sumber : Klik Di Sini



Stok Cadar Patchwork Cotton yang terdapat di rumah saya
Sumber : Klik Di Sini

Ada masanya Stok Cadar Patchwork Cotton ni bertimbun.. Sampai boleh buat replika KLCC.
Sumber : Klik Di Sini

Baby Naila cukup suka tengok Stok Cadar Patchwork Cotton ni yang penuh dengan warna warni..


Tips berniaga berdasarkan Pengalaman Saya


Sebelum kita berniaga, kita perlu tahu emosi pembeli.. Emosi pembeli ni akan berubah mengikut keperluan dan keadaan semasa.

Sebagai contoh, berdasarkan pengalaman saya berniaga Cadar Patchwork Cotton.. 

Saya mula berniaga pada bulan Rejab.. Masa tu jualan Cadar Patchwork Cotton memang best.. Demand tinggi.. Buat iklan promosi simple-simple dekat facebook pun ramai orang yang berminat nak tengok..

Tak perlu buat iklan FB Ads pun boleh hasilkan jualan. 

Setiap kali stok baru sampai, dalam masa seminggu, stok habis di jual.. Keadaan berikut berterusan, sehinggalah di penghujung bulan Syaaban..

Disebabkan terlalu seronok menjual Cadar Patchwork Cotton, pada bulan Ramadhan, saya dan isteri ambil lagi stok sebanyak 50 unit. 

Kami berharap dapat habiskan stok ini sebelum Hari raya Aidilfitri..  Jadi, dapatlah kami gunakan duit hasil jualan tersebut untuk hari raya.

Tetapi jangkaan kami meleset... Masa ni cukup susah nak buat jualan..  Iklan dekat Facebook dah tak jalan.. Guna iklan FB Ads pun tak berapa nak jalan..

Masa ni saya dapat belajar sesuatu... Cadar Patchwork Cotton yang saya jual tidak memenuhi emosi pelanggan pada ketika itu..

Emosi pelanggan lebih tertumpu kepada barang-barang persiapan hari raya seperti kuih/biskut rayatudung, baju raya yang dah siap dijahit, alat-alat perhiasan rumah dan sebagainya..

Masa ni kalau nak jual kain pasang boleh, tapi confirm tak ada orang nak tolong jahitkan sebab kebanyakan tukang jahit dah tak nak terima tempahan. So, masa ni kalau nak jual kain pasang, kena jual sekali dengan Panduan Menjahit Baju Raya.  

Barulah kain pasang yang kita jual ada yang berminat nak beli.. Sebab kalau tak ada orang yang boleh jahitkan baju pembeli, pembeli dapat jahit baju raya sendiri dengan menggunakan pandukan yang diberikan.

Kalau siapa dapat ambil peluang ni memang best.. Buat jualan produk fizikal dan dalam masa yang sama dapat selesaikan masalah pelanggan dengan menjual produk informasi.. Jualan berganda!!

Baiklah... Untuk meringkaskan entri ini, berikut saya senaraikan "10 Perniagaan yang sesuai dijalankan sebelum dan semasa bulan Ramadhan".




4 Perniagaan yang sesuai dijalankan sebelum bulan Ramadhan


1. Jual Cadar Patchwork Cotton


Saya pernah mendapatkan Stok cadar Patchwork melalui 3 pembekal iaitu: 
  • Usahawan Cadar Online, Shah Alam (012-3050090)
  • Nurhidayah, Taiping Perak (013-5000420)
  • Pemborong cadar, Penang (Cadarborong.com)

Sekiranya anda nak menjual Cadar Patchwork Cotton, tapi tak nak keluarkan modal, anda juga boleh menjadi ejen Dropship. menjadi ejen Dropship lebih menguntungkan.. Sebab boleh dapat keuntungan atas angin..


2. Menjadi Supplier kepada Ejen Dropship atau Peniaga Bazar Ramadhan

Pada bulan Ramadhan, ramai orang sibuk nak berniaga sebab nak cari duit raya. Biasanya "peniaga baru" akan mencari Supplier yang dapat menawarkan harga paling murah.. Supaya mereka dapat meningkatkan margin keuntungan setiap kali mendapat jualan.

Biasanya "peniaga baru" macam saya ni tak ada modal yang besar untuk membeli secara borong dalam kuantiti yang banyak.

Jadi, sekiranya anda mempunyai modal, apa kata anda membeli secara borong sesuatu produk/barang dalam kuantiti yang banyak.. Kemudian anda jualkan barang-barang tersebut kepada "peniaga baru" ni. 

Katakan anda membeli 500 unit produk/barang.. Kemudian anda menjual produk/barang tersebut kepada 10 orang "peniaga baru" sebanyak 50 unit produk seorang.

Melalui cara ini anda boleh mendapatkan keuntungan atas angin.. Dan anda berjaya menghabiskan kesemua produk yang anda beli secara borong dalam kuantiti yang banyak dengan cepat.

Tapi sebelum itu, anda perlu tahu tempat nak cari pembekal. Anda boleh dapatkan Tips  menerusi tiga link di bawah:
-->> Tips Bisnes jual barang murah dari China -> http://bit.ly/2mhke7I
-->> Tips Bisnes Jual Perabot Murah dari China -> http://bit.ly/2lIkE6P 
-->> Tips Beli Barang Murah Tanpa Perlu Pergi Ke China -> https://bit.ly/2H21Yh6




3. Mengambil Tempahan Menjahit Baju Raya (Baju Kurung/Baju Melayu/Jubah/Baju Riau/Pahang)

Sebelum bulan Ramadhan, ramai orang sibuk membuat tempahan baju raya. Masa ni siapa yang pandai menjahit baju, boleh buat side Income..

Saya masih ingat lagi, semasa saya kecil dulu.. Emak saya antara orang paling sibuk dekat kampung pada bulan Syaaban dan Ramadhan..

Sebab pada siang hari emak saya bekerja di kebun, pada sebelah petang dan malam hari pula emak saya sibuk menjahit baju yang ditempah oleh orang kampung.

Walaupun hanya tinggal di kampung, tetapi banyak juga tempahan yang emak saya terima. Setiap kali nak raya, dekat 40 pasang baju raya yang emak saya kena siapkan. Mana taknya, satu rumah sahaja dah hantar dekat 5 pasang.. Daripada baju emak, anak perempuan, anak lelaki dan kadang tu dengan ayahnya sekali..

Kalau upah (keuntungan bersih) untuk sepasang baju raya RM30-RM40 (Harga kawan-kawan)... Dapat jahit 20 pasang baju pun dah boleh dapat antara RM600-RM800.. 

Berminat nak belajar menjahit? Boleh baca panduan menjahit baju Raya di link berikut
==>> Belajar teknik menjahit baju kurung tradisional (langkah demi langkah)


4. Jual Pakaian/kelengkapan Untuk keperluan Umrah

Ramai orang bercita-cita untuk menunaikan Umrah pada bulan Ramadhan.. Disebakan itu kalau anda perasan, Pakej Umrah pada bulan Ramadhan biasanya lebih mahal berbanding bulan-bulan yang lain. Kalau anda mempunyai kenalan baik dengan mana-mana ajen pelancongan yang ada menguruskan pakej Umrah, mungkin ada rezeki anda!! 



6 Perniagaan yang sesuai dijalankan semasa bulan Ramadhan


1. Bisnes Air dan Dadih Di Bulan Ramadhan

Bisnes air merupakan perniagaan yang paling sesuai dijalankan pada bulan Ramadhan. Perniagaan ini kurang risiko, tetapi dapat memberi margin keuntungan yang lumayan.

Lihat sahaja di Bazar-Bazar ramadhan. Berapa banyak gerai menjual air yang terdapat di sana.

Setiap gerai cuba menonjolkan keunikan yang tersendiri untuk menarik perhatian pelanggan.. Ada pelbagai jenis air yang dijual kepada pelanggan yang confirm dahaga, dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk membeli.

Sekiranya anda berhajat nak cari Side Income dengan kos yang rendah.. Perniagaan ini adalah jawapannya... -->> Panduan Bisnes Air Di Bulan Ramadhan



2. Menjual Makanan Untuk Berbuka Puasa

Menjual makanan di Bazar Ramadhan juga tak kurang hebatnya seperti menjual air. Sebahagian besar daripada penduduk Malaysia beragama Islam.. Mereka mempunyai keinginan yang tinggi untuk membeli Juadah berbuka puasa di Bazar Ramadhan.

Pada bulan Ramadhan kali ini, Insha Allah sekali-sekala saya juga akan turun berniaga di Bazar Ramadhan pada hujung minggu (Jumaat, Sabtu dan Ahad). Bukan perniagaan saya, tapi perniagaan ayah mertua dan adik ipar saya.

Pada bulan Ramadhan nanti, kemungkinan Restoran Pak Ya Nasi Pandan akan ditutup sementara. Sebagai gantinya, para pelanggan boleh mendapatkan makanan kami di Bazar Ramadhan. Bazar Ramadhan mana yang akan kami berniaga, akan dimaklumkan apabila tiba masanya nanti.

Banyak jenis makanan yang boleh dijual di Bazar Ramadhan, antaranya -->> Bisnes Burger di Bulan RamadhanRoti Canai dan MurtabakPau dan PizzaChesse CakePutuKek Cawan, dan lain-lain..




3. Bisnes Baju Kurung Di Bulan Ramadhan

Bisnes yang tidak perlu diperkatakan lagi..

Pada ketika ini emosi untuk membeli baju raya sangat tinggi... 

Raya setahun sekali... Nak beli baju baru pun sekurang-kurangya setahun sekali... 

kadang tu kalau ada rezeki lebih boleh belikan baju baru untuk adik-beradik dan anak-anak saudara... 

Inilah peluang terbaik untuk anda...



4. Bisnes Kuih Raya Di Bulan Ramadhan

Kuih Raya biasanya mendapat permintaan yang tinggi di Bulan Ramadhan.. 

Sebagai pekerja makan gaji seperti saya, kita tidak cukup masa untuk membuat kuih raya sendiri. Biasanya saya akan beli sahaja dekat Bazar-Bazar Ramadhan, kedai-kedai atau rakan-rakan yang ada menjual kuih raya..  Inilah peluang kepada anda untuk sediakan katalog kuih raya dan kemudian tunjukkan kepada rakan-rakan anda. ;)

Ada seorang rakan saya pernah berjaya menjual sebanyak 400 balang kuih raya sepanjang Bulan Ramadhan. 

Kuih raya tersebut di beli pada harga RM9.00/balang di kilang pembuat kuih raya (di kawasan kampung) .. Kemudian beliau menjual kuih raya tersebut di kawasan bandar, pada harga yang lebih murah daripada harga pasaran.

Sekejap sahaja kuih raya habis terjual.. 

Margin keuntungan bersih yang berjaya rakan saya perolehi ialah sekitar RM5.00/balang.. 

RM5.00 X 400 = RM2,000 

Berminat nak Bisnes Kuih Raya? Boleh dapatkan-->>Panduan Bisnes Kuih Raya di Bulan Ramadhan


5. Ambil Tempahan Biskut Raya Buatan Sendiri

Sekiranya anda mempunyai kemahiran membuat biskut raya sendiri lagi bagus.. margin keuntungan lebih besar.. Sebab buat sendiri kemudian jual sendiri... Ataupun buat sendiri, kemudian minta tolong orang lain ambil tempahan.

Dekat tempat saya bekerja, ada makcik kawan saya ni dia pandai buat biskut raya.. Dia buat satu katalog dan minta rakan saya bawa katalog tersebut ke pejabat. 

Tapi sebelum itu, dia ada bekalkan satu balang sampel biskut raya kepada kawan saya, untuk dimakan beramai-ramai di pejabat.. Disebabkan biskut makcik kawan saya ni memang Tip Top, ada sahaja tempahan yang beliau terima..

Setiap minggu kawan saya ni perlu pergi ke rumah makcik beliau untuk mengambil biskut yang telah siap untuk diedarkan kepada pelanggan yang telah membuat tempahan.. 

Best juga berniaga macam ni... Duduk dekat rumah sahaja... Kemudian terima tempahan daripada pelanggan.. 

Sekiranya anda berhajat nak cari side Income dengan membuat biskut raya.. ini adalah jawapannya... 

6. Bisnes Cetak Kad Raya dan Sampul Duit Raya

Bisnes yang terkahir ialah Bisnes Cetak kad Raya dan Sampul Duit raya.  

Sekarang ni dah banyak organisasi dan individu yang berminat mencetak kad Raya dan Sampul duit raya sendiri.. 

Prospek pelanggan mungkin terdiri daripada majikan di tempat anda bekerja, rakan-rakan anda, adik beradik anda dan saudara mara anda... Sesiapa sahaja boleh menjadi prospek perniagaan anda.. 

Untuk menjalankan perniagaan ini, anda boleh deal dengan mana-mana syarikat percetakan... Anda boleh minta mereka sediakan Broucher, untuk diedarkan kepada prospek anda..

Kemudian bila dapat order, anda dapat komisyen daripada syarikat percetakan tersebut.. menarik bukan?


Ok.. Cukup setakat ini sahaja perkongsian 10 Perniagaan yang sesuai dijalankan sebelum dan semasa bulan Ramadhan..  

Sebenarnya ada banyak lagi jenis perniagaan lagi yang boleh anda lakukan, untuk menambah pendapatan bagi menampung keperluan Hari Raya Aidilfitri antaranya:-

Rezeki melalui perniagaan ini mempunyai keunikannya yang tersendiri.. Ia tak sama seperti kerja makan gaji... 

Rezeki melalui perniagaan ini berdasarkan ketentuan Allah S.W.T.. Ada kalanya banyak dan adakalanya sedikit... Namun begitu, kita kena berusaha untuk mendapatkan rezeki tersebut...

Antara strategi yang dapat kita usahakan untuk mendapatkan rezeki yang melimpah ruah melalui perniagaan, ialah dengan mengamalkan suruhan Allah S.W.T dan meninggalkan larangannya...

Rezeki didunia perlu kita kejar.. Ibadah-ibadah Wajib dan Sunat di Bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan jangan pula kita abaikan...

In Shaa Allah... Semoga kita beroleh keberkatan Rezeki untuk keperluan hidup didunia dan sebagai bekalan di Akhirat... 

Info Berkaitan:


Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Coretan yang menarik dan bermanfaat :)

    BalasPadam
  2. Bagus betul artikel ni..semoga ada yang memanfaatkannya..bukan senang nak kumpul duit raya kan..huhu..dekat2 raya jual kuih raya kat pasar ramadan adalah pilihan yang tepat..

    BalasPadam
  3. Tempahan baju memang banyak la sempena aidilfitri, tukang jahit pun sampai takde baju sebab nak siapkan tempahan orang..

    BalasPadam
  4. Kena pandai study mood bakal pelanggan dan sesuaikan dengan musimnya. Ya, noted! :)

    BalasPadam
  5. Sedang mencari idea perniagaan.. dan anda adalah antara penyumbangnya.. Terima Kasih

    BalasPadam
  6. tukang jahit dah tutup order! tu dia.. sebulan lagi nak puasa dah tutup...

    BalasPadam
  7. jual air ..modal kecik , untung banyak

    BalasPadam
  8. Jual kuih raya bulan puasa insha Allah untung besar.

    BalasPadam
  9. Daya dah tahun ke-3 menjual nasi dan lauk-pauk di Bazar Ramadhan Bukit Indah. Alhamdulillah....

    BalasPadam
  10. Tahun ini nualan tidak rancak sangat, mungkin salah satu sebab hujan srlalu turun di sebelah petang dan pengunjung kurang.

    BalasPadam
  11. Terimakasih kerana berkongsi pengalaman. Ilmu yg bermanafaat, semoga kehidupan anda sekelurga diberkati Allah.

    BalasPadam