Nasi Lemak Pandan Restoran Pak Ya Nasi Pandan, Metro Pengkalan, Pusing Perak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Syukur Alhamdulillah.... Kerana dengan izinNYA, impian adik ipar saya dan ayah Mertua saya untuk memiliki sebuah kedai makan sendiri akhirnya menjadi kenyataan...


Restoran Pak Ya Nasi Pandan di Metro Pengkalan, Pusing Perak


Masih ingat lagi di awal pembabitan adik-adik ipar saya memulakan perniagaan Nasi Lemak Pandan Hijau di hadapan Stesyen Minyak Petronas Metro Pengkalan, Pusing Perak..   

Pengalaman Berniaga Nasi Lemak Pandan Hijau di hadapan Stesyen Minyak Petronas Metro Pengkalan, Pusing Perak


Masa tu ramai orang dekat kawasan persekitaran belum pernah merasai nasi lemak pandan Hijau.. 

Ada orang datang ke tempat kami berniaga, sebab nak beli nasi lemak... Tapi bila tengok nasi lemak berwarna hijau, terus tak jadi nak beli... Pembeli tu nak cari nasi lemak warna putih juga... Sebab itu kebiasaan makanan mereka.... Dan mungkin juga masa tu mereka rasa ragu-ragu nak makan nasi lemak berwarna hijau...

Pernah ada pelanggan datang penuh satu kereta... Parking kereta di tepi jalan, berhampiran dengan tempat kami berniaga... Driver sorang je yang turun, untuk membeli sebungus nasi lemak daripada kami... Dah beli sebungkus nasi lemak, lepas tu mereka makan beramai-ramai dalam kereta... Tak lama kemudian driver tadi keluar semula daripada kereta terus menuju kepada kami... Kali ni beliau beli beberapa bungkus nasi lemak lagi daripada kami..... Sah ini bukan nak tambah namnya... Tapi nak beli untuk setiap sorang satu yang ada dalam kereta tu.... hehehe...  

Lepas tu ada macam-macam gelagat pelanggan lagi yang mampu membuatkan kami tersenyum melihat reaksi mereka, apabila melihat nasi lemak kami berwarna hijau.. ;)



Sambutan Perniagaan Nasi Lemak Hijau Pada Minggu Pertama



Pada minggu pertama berniaga, nasi lemak yang dijual tak habis... ada lebihan nasi lemak yang dibawa pulang... Kalau habis pun, masa berniaga agak lama... Mula berniaga sekitar jam 7.00 pagi, kena tunggu dekat pukul 11.00 pagi baru boleh tutup kedai.. 

Inilah adat berniaga...

Nak berniaga tahap kesabaran kena tinggi... Perlu yakin dengan rezeki pemberian Allah S.W.T..

Ada cabarannya... Ada dugaannya... Ada masanya perlu menempuhi cuaca buruk... Maklumlah langit tak selalu cerah...  Walaubagaimanapun asam garam dunia perniagaan perlu ditempuhi dengan tabah.... Sokongan daripada ahli keluarga amat diperlukan...

Tetai kini... Syukur Alhamdulillah...

Apabila nasi Lemak Pandan Hijau mula dikenali, kini kami dah ada pelanggan setia yang sering mengunjungi tempat adik saya berniaga pada setiap hujung minggu... 

Boleh di katakan setiap kali berniaga, nasi lemak habis dijual... Kadang tu belum sampai pukul 10.00 pagi, dah terpaksa kena tutup kedai... Sebab nasi lemak dah habis terjual... Itulah rezeki orang berniaga..


Syukur Alhamdulillah... Fasa Pertama dalam Dunia perniagaan telah pun berjaya ditempuhi.....



Doa Selamat Sempena Pembukan Restoran Pak Ya Nasi Pandan, Metro Pengkalan, Pusing Perak


Pada 12 Mac 2015 ayah mertua saya telah pun mengadakan Majlis Doa Selamat sempena pembukaan Restoran Pak Ya Nasi Pandan, Metro Pengkalan, Pusing Perak.

Ayah mertua saya menjemput jemaah surau di kawasan berhampiran...

Syukur Alhamdulillah... Ramai juga jemaah yang turut hadir pada malam tersebut...

Majlis Bacaan Doa Selamat Restoran Pak Ya Nasi Pandan, Metro Pengkalan, Pusing Perak

Antara tetamu yang hadir..

Sedar tak sedar, kini dah cukup sebulan Restoran Pak Ya Nasi Pandan beroperasi... Dalam tempoh sebulan berada dialam peniagaan diumpamakan sebagai seorang bayi yang baru belajar bertatih... Banyak lagi asam garam dan liku-liku perniagaan yang belum kami lalui... Tetapi kami bersedia untuk menempuhinya dengan izin Allah S.W.T...


Senarai Menu Restoran Pak Ya Nasi Pandan

  • Nasi Lemak Pandan Hijau
  • Nasi Ayam
  • Bihun/Meehon Sup Utara
  • Sup Tulang
  • Mee Sup
  • Mee Rebus
  • Mee Rebus Tulang
  • Mee Kari
  • Dan lain-lain..


Kalau datang ke sekitar kawasan Ipoh, Batu Gajah, Pusing, Tronoh, Seri Iskandar...Jemputlah singgah ke Restoran kami..


Menu Utama Restoran Pak Ya Nasi Pandan, Metro Pengkalan, Pusing Perak

Nasi Lemak Pandan, menu utama Restoran Pak Ya Nasi Pandan


Mee Rebus Terbaik di Ipoh Perak

Mee Rebus Pak Ya, menu yang sentiasa mendapat permintaan pelanggan.. Rasailah keenakan Mee Rebus sebenar..

Nasi Ayam sentiasa mendapat tempat di hati para pelanggan kami

Meehon Sup/Sup Tulang Utara juga tak kurang hebatnya..

Kuew Teow Sup/Sup Tulang pun ada..

Sekiranya ingin menikmati sajian makanan yang kami sediakan, jemputlah singgah ke lokasi perniagaan kami...



Waktu Perniagaan Restoran Pak Ya Nasi Pandan


Hari : Setiap hari Isnin hingga Sabtu
Masa : 4.30 Petang hingga 11.30 Malam

Lokasi Perniagaan Restoran Pak Ya Nasi Pandan

[Pendaftaran Perniagaan : IP0424468-T]
No33, Laluan Batu Gajah Perdana 1,
Taman batu Gajah Perdana,
31000 Batu Gajah, Perak
(Berhampiran dengan Stesen Minyak Petronas, Pusing, Perak)


Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan, sila hubungi:


Doakan semoga perniagaan kami dapat berjalan lancar.... Amin...


Info Berkaitan dengan Artikel ini:  

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Alhamdulillah.. Boleh tahan gak sambutan dia tu..semoga maju selalu.. Aminnnn...

    BalasPadam
  2. alhamdulillah.. boleh lah try lps ni kalau ada rezeki

    BalasPadam
  3. resam orang berniaga, kene telan yang pahit-pahit dulu baru dtg yg manis..Alhamdulillah dan tahniah...

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah dan tahniah. Sedapnya nampak menu :)

    BalasPadam
  5. saya lagi suka makan atau beli nasi lemak di stall2 tepi jalan..lagi2 kalau di kawasan kampung..biasanya sedaaaap

    BalasPadam