Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Dah lama rasanya saya tak join aktiviti santai macam ni... Malam Istimewa meraikan pelajar semester akhir..
Kali terakhir saya sertai aktiviti Dinner bersama pelajar semester akhir JKE, PSIS pada tahun 2013..
Masa tu saya join, sebab ada anak PA (Penasihat Akademik) saya berada di semester 6. Jadi, untuk tidak menghampakan mereka, saya turun padang pada malam tersebut...
Hmmmm... Pejam-pejam celik dah 2 tahun berlalu.... Anak-anak PA saya pun dah ada yang bekerja dan ada juga yang sambung pengajian ke peringkat Ijazah... Bila teringat bali kenangan-kenangan indah bersama mereka, rasa rindu juga... Ada kalanya tergelak sorang-sorang bila teringatkan kisah-kisah nakal mereka...
Kadang tu datang kelas lambat... Hantar tugasan lambat... Tak pasal-pasal kena ceramah dengan saya... hehehe...
Oklah... Itu kenangan silam, bersama anak-anak PA saya yang lama...
Tapi setiap semester, ceritanya lebih kurang sama... Cuma pelajar jer yang berbeza...

Syukur Alhamdulillah.... Pada semester ini, saya mempunyai kelapangan masa untuk menyertai aktiviti Dinner Pelajar Semester Akhir DEP dan DTK, JKE PSIS.. Yang melibatkan 5 buah kelas kesemuanya iaitu kelas DTK5A, DTK5B, DTK5C, DEP5A dan DEP5B.
Sebenarnya saya tak ada mengajar pelajar semester 6, tapi saya ada menyelia 3 kumpulan projek akhir pelajar semester 6... 2 Kumpulan projek akhir pelajar dari kelas DTK6C dan 1 kumpulan Projek pelajar lagi dari kelas DTK6B.
Walaupun tidak menngajar mereka pada semester 6, tapi saya mengajar kedua-dua kelas tersebut (DTK6B dan DTK6C) ketika mereka berada di semester 5 dalam kursus EC501-Embedded System And Applications...
Jadi, agak rapat jugalah saya dengan beberapa orang pelajar dalam kedua-dua kelas tersebut... Terutamanya anak-anak projek saya... ;)
Itu merupakan salah satu sebab kenapa saya rasa berminat untuk menghadiri Dinner Pelajar Semester Akhir pada kali ini...
Jom layan sebahagian gambar-gambar yang dapat saya kongsikan pada malam tersebut...
Jejaka-jejaka Macho dari kelas DTK6C
Awek-awek Cun dari kelas DTK6A, DTK6B dan DTK6C
Rakan-rakan pensyarah yang turut serta memeriahkan event ini
Saya duduk disebelah VVIP@ Isteri Ketua Jabatan saya
Kak Iju @ KP DTK, Cik Izma dan Cik Ina yang berpakaian serba merah..
Encik Amir @ KJ JKE selaku VIP pada malam tersebut, memberi ucapan sebelum merasmikan majlis..
Encik Amir @ KJKE merasmikan Majlis Makan Malam Pelajar Semester Akhir JKE PSIS
Berdiri disebelah Encik Amir merupakan Pengurus Majlis Makan malam tersebut..
MC wanita bertudung merah dari Kelas DEP5A...
MC Lelaki Berdiri Berbaju Hitam dari kelas DTK5A
Nampak serasi apabila kedua MC ini digandingkan bersama untuk mengacara majlis..
Majlis Makan Malam ini tidak diadakan di Hotel 5 Bintang, tetapi di Dewan Banquet Jabatan Pelancongan Dan Hospitaliti, PSIS
Bacaan Doa..
Hidangan Pertama pada malam tersebut...
Cheff dan Tukang Hidang makanan terdiri daripada Pelajar-pelajar Diploma Hotel dan Katering, Jabatan Pelancongan Dan Hospitaliti, PSIS
Sambil menikmati juadah makanan yang disediakan by Course oleh para pelajar Diploma Hotel dan Katering daripada Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, PSIS kami dihidangkan dengan persembahan pelajar daripada setiap kelas..
Wakil Pelajar Kelas DEP6A memulakan persembahan..
Diikuti oleh Wakil Pelajar Kelas DEP6B dan gabungan pelajar kelas DEP6A dan DEP6B membuat persembahan..
Masa untuk melayan Sup pula...
Hmmmm... Enaknya...
Persembahan daripada wakil pelajar kelas DTK6C
Diikuti Persembahan daripada wakil pelajar kelas DTK6B
Dan yang terakhir sekali Persembahan daripada wakil pelajar kelas DTK6A
Sepanjang mengenali mereka, tak pernah melihat mereka menyanyi dan membuat persembahan di dalam kelas... Tak sangka sebahagian daripada mereka berbakat... Mempunyai suara yang merdu... Walaupun masih belum mampu menandingi suara Hafiz AF atau Datuk Siti Nurhaliza... Tapi bagi saya, dah kira sedap dah tu...
Menikmati Hidangan Utama...
Hadiah-hadiah utama yang disediakan pada malam tersebut...
AJK program malam tersebut..
Menikmati hidangan terakhir pada malam tersebut.
Pemenang tempat Ketiga persembahan terbaik
Pemenang tempat Kedua persembahan terbaik
Pemenang tempat Pertama persembahan terbaik
Penerima Hadiah Penampilan Lelaki paling menyerlah pada malam tersebut..
Penerima Hadiah Penampilan Wanita paling menyerlah pada malam tersebut..
Malam ini, saya berpeluang melihat pemapilan pelajar-pelajar JKE PSIS di luar daripada kebiasaan.. Pelajar lelaki nampak smart... Pelajar perempuan nampak Comey...
Sepanjang mengenali mereka tak pernah melihat mereka berpakaian dan berpenampilan cantik dan Smart macam ni.. Terutamanya pelajar-pelajar wanita... Sebab biasa dalam kelas mereka pakai baju bengkel jer... Kali ni mereka berpenampilan yang agak menyerlah, menampakkan kejelitaan mereka... Comey-comey juga budak elektrik ni rupanya...
Sesi bergambar kenangan..
Secara keseluruhannya, saya berpuas hati menghadiri Majlis Makan Malam Pelajar Semester Akhir DEP dan DTK, JKE PSIS..
Makanan pun sedap... Yang paling penting sekali... Ada kenangan terindah untuk mereka pelajar-pelajar semester akhir JKE, PSIS..
Semoga mereka dapat menamatkan Pengajian di Peringkat Diploma dengan cemerlang... Dan berjaya dalam kehidupan setelah menamatkan pengajian nanti... Samada menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, atau berjaya mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan mereka...
Kami sentiasa mendoakan kejayaan anda....
Selain itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada penasihat-penasihat kelab Kejuruteraan Elektrik PSIS dan semua AJK yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menganjurkan Majlis Makan Malam ini...
Diharap semoga majlis seperti ini dapat diadakan pada setiap semester... In Shaa Allah...

0 Ulasan