Kem MyBot Jabatan Kejuruteraan Elektrik, PSIS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada 7 dan 8 Mac yang lepas, dekat tempat kerja saya ada menganjurkan Kem MyBOT (My Inspiration Robot). 

MyBOT (My Inspiration Robot) merupakan satu kategori baru yang diperkenalkan semasa 7th FIRA Malaysia Cup & Congress 2014. Penyertaan bagi kategori ini adalah terbuka kepada sekolah-sekolah menengah terpilih yang digandingkan bersama-sama pasukan robot Institusi Pengajian Tinggi Awam seluruh Malaysia. 

Terdapat tiga sub-kategori yang akan dipertandingkan semasa 8th FIRA Malaysia Cup & Congress iaitu MyBOT Open Creative, MyBOT Curling dan MyBOT Shooting. MyBOT sesuai dijadikan sebagai satu platform untuk mendedahkan para pelajar kepada aspek kemahiran merekabentuk dan memasang set ROBOROBO serta membangunkan algoritma aturcara robot menggunakan perisian Rogic.  


Banner Kem MyBot, JKE, PSIS



Maklumat lengkap program Kem MyBOT adalah seperti berikut:

  • Nama program : Kem MyBOT
  • Tarikh : 7hb – 8hb Mac 2015
  • Masa         : 8.00 pagi – 5.00 petang
  • Tempat : Bilik Robot Soccer, JKE, PSIS
  • Bilangan peserta : 20 orang pelajar sekolah (4 orang setiap sekolah)
  • Bilangan sekolah : 5 buah sekolah 


Peserta bagi program ini terdiri daripada 20 orang pelajar daripada 5 buah sekolah menengah yang telah dicalonkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah  Sabak Bernam. Sekolah -sekolah yang terlibat ialah:




  • Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah (SMK MA)
  • Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam (SBPI)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar (SMK SB)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sabak Bernam (SMKA SB)
  • Sekolah Agama Menengah Pasir Panjang (SAM PP)

Objektif utama program kem MyBot ini diadakan adalah seperti berikut:

  • Menarik minat pelajar kepada bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
  • Memperkenalkan dan memperkasakan teknologi robotik kepada pelajar sekolah menengah.
  • Mempromosikan politeknik sebagai pilihan utama pelajar selepas tamat sekolah menengah.
  • Membolehkan pelajar mengaplikasikan pengetahuan dalam bidang pengaturcaraan, komunikasi dan kemahiran teknikal dalam pengendalian robot.



Hari Pertama Program Kem MyBot Jabatan Kejuruteraan Elektrik, PSIS (7 Mac 2015)


Pendaftaran peserta program dibuat seawal jam 8.00 pagi di Makmal Projek, Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Para peserta dibahagikan kepada lima kumpulan mengikut sekolah masing-masing dan seorang ketua pasukan dilantik bagi melancarkan proses kerja. Setiap pasukan dibekalkan dengan modul ROBOROBO, satu set ROBOROBO, toolbox dan juga komputer riba yang telah disediakan Perisian Rogic. Setiap pasukan juga dibantu oleh dua orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar politeknik. 


Set ROBOROBO dan toolbox yang disediakan kepada setiap kumpulan






Pelajar-pelajar sedang khusyuk memasang autonomous robot.

Sesi pengenalan peralatan dan komponen, latihan pemasangan dan pengaturcaraan autonomous robot disampaikan oleh Encik Mohd Zeid Abu Bakar.  Para peserta dilihat begitu teruja memasang dan seterusnya memprogramkan robot masing-masing yang mampu bergerak secara automatik dan hanya berpandukan maklum balas daripada tiga sensor infra merah untuk membuat pembetulan perjalanan.

Pelajar-pelajar sedang memprogramkan robot menggunakan Rogic.

Para pelajar juga diberikan kesempatan untuk menguji dan seterusnya melakukan pembetulan kepada robot masing-masing. Untuk tujuan ini, penganjur telah menyediakan satu obstacle avoidance course. Robot-robot dikehendaki menyelusuri litar terbabit sehingga ke garisan penamat dan pada masa yang sama mengelak daripada melanggar sebarang dinding ataupun halangan. Pasukan dengan catatan masa terbaik dikira sebagai juara. 


Setiap kumpulan diberikan kesempatan untuk menguji robot masing-masing

Setiap pasukan bergilir-gilir menguji autonomous robot.


Keputusan Pertandingan Obstacle Avoidance Bot (OAB)

Berikut merupakan keputusan Pertandingan Obstacle Avoidance Bot (OAB)

Keputusan Pertandingan Obstacle Avoidance Bot (OAB)

Kategori ini diungguli oleh SMK SB (50 mata), diikuti oleh SBPI (40 mata), SMKA SB (30 mata), SMK MA (20 mata) dan SAM PP (10 mata).

Hari Kedua Program Kem MyBot Jabatan Kejuruteraan Elektrik, PSIS (8 Mac 2015)


Hari kedua program dimulakan dengan taklimat ringkas berkenaan soccer bot. Bagi menjimatkan masa robot yang sama perlu diubahsuai dan ditambah dengan servo motor oleh para pelajar supaya dapat membuat tendangan bola dan pukulan kilas. Pengaturcaraan Rogic juga perlu diubahsuai. Kawalan robot adalah secara bluetooth menggunakan bluetooth console. Kreativiti pelajar disertai bimbingan fasilitator dan pensyarah telah menghasilkan robot-robot yang praktikal.

Antara robot-robot soccer bot yang dibangunkan para pelajar.

Pertandingan Soccer bot dilakukan antara kelima-lima buah sekolah secara liga. Sebelum pertandingan dimulakan, para peserta telah diberikan taklimat berkenaan undang-undang dan cara permainan dimainkan. 


Para peserta membuat pembetulan kepada robot masing-masing, sebelum robot beraksi di atas padang

Untuk pertandingan ini, soccer bot yang bertanding perlu menjaringkan kelima-lima bola ping pong ke dalam gol sambil mengelak pemain-pemain pertahanan dan penjaga gol yang terdiri daripada cawan styrofoam. Setelah selesai menjaringkan kelima-lima bola, robot perlu meluru ke garisan penamat. Pasukan pertama yang melepasi garisan penamat dikira sebagai juara.

























Pertandingan soccer bot sedang berlangsung. Pertandingan diadakan secara liga yang melibatkan 5 buah sekolah

Keputusan PertandinganSoccer Bot League (SBL)

Berikut merupakan keputusan Pertandingan Soccer Bot League (SBL)

Keputusan PertandinganSoccer Bot League (SBL)

Kategori ini diungguli oleh SMK MA (30 mata), kemudian diikuti oleh 3 pasukan yang masing-masing mencatat keputusan seri iaitu SBPI, SMK SB , SAM PP dengan masing-masing berjaya mengumpul 20 mata dan diikuti oleh pasukan SMKA SB (10 mata).


Majlis Perasmian dan Penutup Kem MyBOT PSIS 2015


Pada sebelah petang pula sesi pembelajaran dihentikan seketika bagi memberi ruang kepada Majlis Perasmian dan Penutup Kem MyBOT PSIS 2015. 

Masjlis Perasmian Penutup Kem MyBOT ini telah dirasmikan oleh Puan Robiah Binti Zakaria, Ketua Program DEP, JKE, PSIS.

Secara keseluruhannya, pertandingan persahabatan yang dilangsungkan ini berjalan dengan lancar dan tertib. Program kemudiannya diteruskan dengan majlis penyampaian hadiah dan bergambar beramai-ramai.


Keputusan Keseluruhan Pertandingan yang melibatkan 2 kategori yang dipertandingkan

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang.

Pemenang Tempat Pertama :  Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar (SMK SB)

Pemenang Tempat Kedua :  Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam (SBPI)

Pemenang Tempat Ketiga :  Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah (SMK MA)

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sabak Bernam (SMKA SB)

Sekolah Agama Menengah Pasir Panjang (SAM PP)

Berdasarkan keputusan yang diperolehi melalui kedua-dua pertandingan, tiga sekolah yang layak digandingkan bersama pasukan robot PSIS adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah.


Bergambar kenang-kenangan antara pelajar-pelajar, guru-guru pengiring dan pensyarah MyBOT.

Bergambar kenang-kenangan antara pelajar-pelajar dan fasilitator.


Secara keseluruhannya, Kem MyBOT berjalan seperti yang dirancang dan telah mencapai objektif yang disasarkan. 

Diharapkan program ini telah dapat membantu meningkatkan kemahiran dan keyakinan pelajar bagi menghadapi 8th FIRA Malaysia Cup & Congress 2015 pada 10 - 15 Mei 2015 dan seterusnya mengharumkan nama PSIS. Selain itu, diharapkan kolaborasi yang wujud di antara PSIS dan sekolah akan dapat diteruskan selepas pertandingan selesai. Pasukan-pasukan yang terpilih bakal menjalani latihan lanjutan di MyBOT Boot Camp yang akan diadakan di Makmal Projek JKE PSIS, seperti yang telah dirancang..

Good Luck diucapkan kepada pasukan Robot PSIS dan Sekolah-sekolah yang terpilih... Semoga kita berjaya mengungguli kategori-kategori yang akan disertai dalam 8th FIRA Malaysia Cup & Congress 2015 yang akan diadakan pada 10 - 15 Mei 2015 nanti.. In Shaa Allah..

Catat Ulasan

0 Ulasan