Klinik UPSR Didik Berita Harian (Fasa 1) 2015 tidak akan diadakan di PSIS


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sehingga sekarang ni, dah ada beberapa ibu bapa calon UPSR 2015 menghubungi saya, bertanyakan tentang "Bila Klinik UPSR Didik Berita Harian 2015 (Fasa 1) akan diadakan di Daerah Sabak Bernam?"


Sumber : Keratan Akhbar Didik Berita Harian 16 Februari 2015 


Ada ibu bapa yang menghubungi saya menerusi nombor telefon peribadi, nombor telefon pejabat, email dan sebagainya.

Berat hati untuk saya menjawab soalan demi soalan yang mereka ajukan. Lebih-lebih lagi apabila ada ibu bapa yang bertanya. 

"Ada kekosongan lagi tak nak hantar anak untuk menyertai Klinik UPSR Didik Berita Harian di Sabak Bernam?"

"Macamana saya nak dapatkan Borang Untuk menghantar anak ke Klinik UPSR Daerah Sabak Bernam?"

Sebelum ini saya agak keberatan untuk menjawab soalan-soalan tersebut, sebab saya sendiri masih belum pasti jawapannya.

Pihak Berita Harian berharap kami menganjurkan Klinik UPSR tersebut di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS). Tarikh pun dah ditetapkan, siap dah diiklankan dalam akhbar Didik Berita Harian.

Orang yang secara sukarela untuk menganjurkan Klinik UPSR tersebut pun dah ada. AJK pun telah dibentuk. Cuma tunggu "Green Light" daripada pihak pengurusan atasan PSIS sahaja untuk memastikan Program tersebut dapat diadakan di PSIS seperti sebelum ini.

Tapi sayangnya....

Apa yang diharapkan tidak dapat menjadi kenyataan....

Klinik UPSR Didik Berita Harian (Fasa 1) 2015 tidak dapat diadakan di PSIS atas sebab-sebab tertentu... Saya rasa tak perlulah saya menceritakan sebabnya... 

Biarlah ia menjadi rahsia..

Walaubagaimanapun Klinik UPSR Didik Berita Harian (Fasa 1) 2015 untuk Daerah Sabak Bernam tetap akan diadakan.  

Cuma dianjurkan oleh organisasi yang berbeza. 

Pada kali ini Kolej Komuniti Sabak Bernam pula bersedia untuk menganjurkan Klinik tersebut.

Pengarah Kolej Komuniti yang sangat sporting dahmenyatakan persetujuan untuk menganjurkan program tersebut di tempat mereka.. Syukur Alhamdulillah... 

Banyak kenangan yang tak dapat dilupakan sepanjang menganjurkan Klinik UPSR ini. Dan ada satu draft entri sewaktu menganjurkan Klinik UPSR (Fasa 2) 2014 yang tak sempat saya nak publish dekat blog ini.

Sebelum ini saya bercadang untuk publish entri tersebut ketika mempromosikan  Klinik UPSR Didik Berita Harian (Fasa 1) 2015.  

Tapi, bila dah tak jadi.. saya kongsikan gambar-gambar terakhir ketika menganjurkan Program tersebut pada 24 Ogos 2014.. 

En. Muhammad Fakhri bin Alias, 
Penyunting Eksekutif, Unit Pendidikan Berita Harian sedang sedang membuat Ice Breaking dihadapan para peserta



Slot Bahasa Melayu diadakan pada hari Ahad, 24 Ogos 2014, jam 8.30 pagi disampaikan oleh Cikgu Muhamad Faizullah Bujang (Guru Besar Cemerlang) 

Juruacara Majlis bagi Majlis Perasmian Penutup Klinik UPSR Didik Berita Harian (Fasa 2) 2014


Tuan Haji Nordin Bin Haji Othman, 
Ketua Jabatan Matematik, Sains dan Komputer , menggantikan Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah memberi ucapan ketika Majlis Perasmian Penutup

Tuan Haji Mokhtar Bin Manijo,
Pegawai Pelajaran Daerah Sabak Bernam
Selaku Tetamu VVIP Majlis Perasmian Penutup yang dijemput khas untuk merasmikan majlis tersebut.

Pemberian Sijil Penyertaan kepada para peserta yang disampaikan oleh Tuan Haji Mokhtar Bin Manijo, Pegawai Pelajaran Daerah Sabak Bernam sambil diiringi oleh Tuan Haji Nordin Bin Haji Othman, KJMSK, PSIS

Dapat surat Khabar Percuma Berita Harian untuk dua hari (Sabtu dan Ahad)



Slot Matematik diadakan pada hari Ahad, 24 Ogos 2014, jam 2.00 petang disampaikan Cikgu Roslan Rasip

Para peserta berangkat Pulang meninggalkan PSIS dengan menaiki bas.

Mungkinkah Ini Kali yang terakhir Klinik UPSR Didik Berita Harian diadakan di PSIS?

Sama-samalah kita nantikan jawapannya..

 


Kepada ibu bapa yang pernah menghubungi saya sebelum ini, disebabkan berminat untuk menghantar anak tuan/puan untuk menyertai Klinik UPSR Didik Berita Harian (Fasa 1) 2015.

Saya syorkan tuan/puan beli akhbar Berita Harian esok (Atau Hari Isnin yang lain). Mungkin nombor telefon penganjur yang baru dah ada diiklankan dalam akhbar tersebut.


Hanya ini sahaja klu yang dapat saya berikan.. disebabkan saya sendiri pun tak tahu nombor telefon "Person Incharge" baru yang dapat anda hubungi berkaitan Klinik UPSR tersebut..

Kalau dah ada nanti, saya hubungi anda semula.. ok?




Catat Ulasan

0 Ulasan